Nuffnang

ISU LAHAD DATU : TINDAKAN PEMBANGKANG DIKECAM!!

LAHAD DATU - Calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Parlimen Silam Datuk Datu Nasrun Datu Mansur membidas pembangkang kerana terus menjadikan insiden pencerobohan Lahad Datu sebagai modal kempen.

Beliau berkata perbuatan mengaitkan kejadian pencerobohan militan Sulu itu dengan BN merupakan taktik kotor dan mesti ditolak rakyat.




Mereka mencampuradukkan politik dan isu keselamatan, sedangkan isu keselamatan dan kedaulatan negara tidak boleh dikompromi, katanya kepada pemberita selepas melawat Pusat Daerah Mengundi Kampung Tanjung Paras, Pulau Sakar, di sini Ahad.

Dalam pada itu kata Datu Nasrun, beliau telah mengenal pasti beberapa kawasan yang boleh dijadikan petempatan baharu bagi penduduk di kawasan yang terjejas pencerobohan.

Penduduk di kawasan petempatan setinggan terutama kampung air di sini akan dipindahkan ke kawasan yang lebih teratur, katanya.

Beliau juga yakin pembangkang tidak akan diterima di kerusi Parlimen Silam serta tiga kawasan dewan undangan negeri di bawahnya iaitu Tungku, Lahad Datu dan Kunak.

"Kita yakin pengundi di sini matang dan boleh membuat pilihan yang bijak. Sekiranya mandat itu terus diberikan kepada BN, jaminan agenda pembangunan akan diteruskan di kawasan berkenaan termasuk di Pulau Sakar yang merupakan pulau terbesar di Teluk Darvel dengan kepadatan penduduk kira-kira 500 orang dan beberapa pulau berhampiran yang berpotensi besar untuk dijadikan sebagai pusat pelancongan," katanya.

Menurutnya projek lain yang akan diberi perhatian termasuk penyediaan bekalan air bersih menerusi pembinaan paip air dasar laut dan bekalan elektrik.

Antara projek besar yang sedang dibangunkan di bawah kerajaan BN ialah Kluster Perindustrian Minyak Sawit Lahad Datu di Sabah yang menelan belanja kira-kira RM450 juta untuk mengukuhkan status global industri minyak sawit Malaysia.

"Ketika ini kita sedang membina sebuah kompleks sukan yang melibatkan peruntukan RM15 juta untuk dimanfaatkan belia di kawasan ini dan pelbagai lagi perancangan di masa akan datang.

Parlimen Silam menyaksikan Datu Nasrun berdepan tiga calon lain iaitu Dr Badrulamin Bahron daripada PKR, Nawawie Saking (Parti Reformasi Sabah - STAR) dan calon Bebas Dumi Masdal.

-- BERNAMA
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top