Nuffnang

PAKATAN TENTANG PAKATAN!! Pakatan Apakah Ini?

Isu perebutan kerusi sebelum dan selepas penamaan calon semakin memuncak apabila PR meletakkan ramai calon-calon yang akan berlawan sesama sendiri.

Parti-parti komponen dalam PR berantakan, tiada pemuafakatan sama sekali. Contohnya PAS akan bertentangan dengan PKR di tujuh kawasan: DUN Bukit Besi, Kota Putera & Seberang Takir di Terengganu, DUN Panti di Johor, Parlimen Labuan dan DUN Sungai Acheh, Pulau Pinang. 

Ramai juga calon dari PR yang bertanding atas tiket bebas sehingga beberapa orang dipecat keluar dari DAP.

Gara-gara mahukan kuasa dan pengaruh, Pakatan Rakyat tikam dari belakang sesama sendiri, namun masih mahu menipu rakyat bahawa mereka perjuangkan keadilan & demokrasi.




Tidak boleh beri kepercayaan untuk urus tadbir negara

Pekan: Pakatan parti pembangkang sudah ranap sejak hari penamaan kelmarin kerana berbalah dalam menentukan calon masing-masing, kata Datuk Seri Najib Razak.

Sehubungan itu, Perdana Menteri berkata, rakyat perlu menolak pembangkang kerana jika diberi peluang memerintah, mereka akan meranapkan masa depan negara. 

“Nama sahaja pakatan rakyat, tetapi tidak boleh berpakat. Pakatan rakyat di mana pakatannya sudah ranap. Ini belum lagi nak mengendalikan sebuah kerajaan. 


Tidak sepakat

“Dalam pembangkang, waktu pilihan raya hakikatnya mereka tidak boleh berpakat... kalau tidak ada sesuatu gabungan yang bersatu dan suara yang satu, matlamat yang satu dan falsafah yang satu, maknanya ranap negara kita kalau kita beri kepercayaan kepada mereka.

“Sebaliknya, (rakyat) teruslah beri kepercayaan kepada BN... lebih-lebih lagi puak sana (pembangkang) sudah tak boleh pakai lagi sebab bila malam hari penamaan calon dah berbalah sama dia kerana ada kawasan PAS letak calon dan PKR pun letak calon,” katanya ketika merasmikan Projek Sentuhan Kasih FELDA Chini Timur 2 dan Kompleks Perumahan Kakitangan FELDA, di sini, semalam.

Najib juga berkata, rakyat tidak boleh memberi kepercayaan kepada pakatan seumpama itu untuk mengurus tadbir negara yang sedang mengalami perubahan besar menerusi dasar transformasi oleh BN. 
Katanya, rakyat hendaklah terus memberi kepercayaan kepada BN yang turut melaksanakan perubahan membawa masa depan negara dan taraf hidup rakyat yang lebih cemerlang pada masa akan datang.

Perdana Menteri berkata, rakyat perlu sedar bahawa pakatan pembangkang sehingga kini tidak melakukan sesuatu untuk meyakinkan rakyat.

“Adakah mereka ini boleh dipercayai untuk membawa negara kita kepada keadaan lebih baik. Percayalah jika mereka kata nak ubah kepada perubahan... BN pun nak ubah kepada perubahan tapi yang bezanya kita berubah daripada dalam,” katanya. - SUMBER


** Tengah Hari Tadi, Parti Keadilan Rakyat (PKR) Terengganu hari ini mengumumkan calonnya yang bertanding di tiga Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Bukit Besi, Kota Putera dan Seberang Takir menarik diri bagi memberi laluan kepada calon Pas.

Mereka ialah Mohd. Shamsul Mat Amin (Bukit Besi), Mohamed Abdul Ghani Ibrahim (Kota Putera) dan Ahmad Nazri Mohd. Yusof (Seberang Takir).

Pengumuman itu dibuat Pengerusi PKR Terengganu, Azan Ismail di pejabatnya di sini hari ini. - SUMBER



Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top