Satu Malaya dah tahu Sokongan masyarakat Cina terhadap Barisan Nasional agak goyang!! Dan cabaran sebenarnya bagi mana-mana pihak untuk menghimpunkan masyarakat kaum ini bagi program-program politik khususnya yang dianjurkan oleh BN.
Ah Jib Gor! Begitulah gelaran yang diberi kepada YAB PM kita oleh masyarakat Cina dalam Majlis Ramah Mesra Bersama PM di Port Klang Free Zone semalam. Program ini turut dihadiri Datuk Seri Michelle Yeoh.
Lebih 60 ribu rakyat Cina membanjiri PKFZ untuk menunjukkan sokongan mereka kepada PM kita yang mencatat sejarah dalam Malaysian Book of Records! Kedatangan PM disambut dengan begitu meriah oleh masyarakat Cina tempatan. Dalam ucapan PM, beliau berkata, pilihanraya akan menentukan destinasi masa depan negara. 55 tahun BN telah berusaha untuk menjaga keamanan dan keharmonian Malaysia dan beliau berjanji akan terus mempertahankan keamanan dan keharmonian ini.
PM kita juga telah mengumumkan beberapa berita baik untuk rakyat Cina dalam ucapan beliau.
- Kelulusan menubuhkan SMK Chung Phua di Kelantan
- 71 buah SJKC berpindah ke kawasan baru
- 1 tapak SK diberi untuk pembinaan SJKC, Sungai Long, Kajang
- Peruntukkan 100 juta untuk SJKC setiap tahun bermula tahun 2009 dan akan diteruskan
- Pada penghujung majlis, PM telah menyumbangkan sebanyak RM 300,000. Sumbangan ini juga adalah untuk Tabung Perwira Polis dan Tentera. Majlis berlangsung sehingga pukul 12.00 malam.
I was shocked (pleasantly) and proud!
BalasPadamIt's amazing! At the time when people are saying the Malaysian Chinese are anti-Malays... what I saw on TV was beyond words. They came and cheered for DS Najib. They held up the banner ' I love PM'
The cheering said it all..!
THANK YOU MY FELLOW COUNTRYMEN AND WOMEN.. LET'S US BE 1 ONCE AGAIN..!
-Saya orang Melayu.
Walaupun saya orang pembangkang tapi semangat yang ditunjukkan oleh semua kaum ni patut dicontohi oleh semua parti skalipun parti bebas. kita mahukan kesepaduan dan keharmonian...
BalasPadamyes,i agree with u.the malaysian chinese are not anti malays. they are only against corruption.regardless of our backgrounds,we are truly one malaysia.BN the best.
BalasPadam