Nuffnang

VIDEO OPPA GANGNAM STYLE Yang Tak Pernah Dilihat Di Malaysia

Apa citer plak ni. Hish!!! Fenomena Oppa Gangnam Style Dance semakin menjadi-jadi sekarang ni. Gua malas nak komen dah... korang tengok la sendiri.







Di bawah ni plak lagi la........ jom tengok kalau korang belia. Apa kata Presiden???

 
 
Presiden Majlis Belia Malaysia, Mohamed Maliki Bin Mohamed Rapiee

read more...

BONGKAR!!! Kos Sebenar Sewaan Jet Eksekutif Oleh Anwar

KUALA LUMPUR : Kos menyewa jet eksekutif selama dua hari untuk membawa Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim serta beberapa pemimpin pakatan pembangkang ke Labuan, Sabah pada pertengahan bulan ini adalah RM96,000 (AS$30,000).

Menurut sumber, kos tersebut meliputi semua caj termasuk bayaran juruterbang, jurutera dan perkhidmatan lain yang dikenakan Tjets Sdn. Bhd. (Tjets).
 
 
 


Difahamkan juga urusan tempahan jet berkenaan dilakukan oleh seorang individu dari Sarawak.

Sementara itu Pengerusi Tjets, Datuk Mohd. Taufik Omar ketika dihubungi Utusan Malaysia menjelaskan, beliau tiada hubungan persahabatan dengan Anwar, sebaliknya perkhidmatan pengurusan penerbangan jet eksekutif yang dinaiki oleh ketua pembangkang itu dilakukan secara profesional.

Jelasnya beliau tidak mengetahui bahawa Anwar akan menjadi penumpang jet eksklusif berkenaan apabila tempahan dibuat.

"Sehinggalah jet mahu berlepas baru saya tahu yang antara penumpang jet tersebut adalah Anwar dan rakan-rakannya. Saya orang berniaga dan menguruskan tempahan secara profesional. Saya tidak pula memeriksa siapa yang akan menjadi penumpang apabila sesuatu tempahan jet eksekutif dibuat," jelasnya.

Sebelum ini seorang penulis blog, John F. Seademon mendakwa Mohd. Taufik yang menyewakan jet tersebut kepada Anwar.
 
 
 

Kisah mengenai jet tersebut mula tercetus apabila Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua pada laman Twitternya telah memuat turun gambar jet eksekutif yang diberi nama Dassault Falcon pada 15 September lalu yang kemudian telah dipetik oleh beberapa blog antaranya http://mediawangsamaju.blogspot.com.

Selain Anwar, turut menaiki jet eksekutif berkenaan ialah Timbalan Pengerusi DAP, Dr. Tan Seng Giaw; Ketua Pengarah Pilihanraya Pas, Dr. Hatta Ramli dan Ketua Wanita PKR, Zuraidah Kamaruddin.

"Apabila saya melihat Anwar menjadi penumpang jet tersebut, apa yang boleh saya buat? Tidak mungkin saya meminta Anwar dan rakan-rakannya turun. Saya hanya sekadar boleh beristigfar dan tunggu apa yang akan berlaku selepas itu," Kata Mohd Taufik lagi.

Menurutnya, tidak banyak syarikat bumiputera yang terlibat dalam industri pengurusan penyediaan jet eksekutif di negara ini, oleh itu tidak adil bagi mana-mana pihak menunding jari dan menuduhnya ada kaitan dengan Anwar hanya kerana hal itu.

"Saya hanya  cari makan dan ini adalah salah satu bidang perniagaan saya. Adakah saya bersalah hanya disebabkan Anwar menjadi salah seorang penumpang dalam jet yang diuruskan oleh syarikat saya.

"Saya amat berharap penjelasan ini menceritakan perkara yang sebenarnya berlaku," katanya.
read more...

Video Penuh Shiela Amzah di Asia Wave.... Wa Salute Sama Lu...

Rasanya belum terlambat lagi gua nak ucapkan tahniah kepada Sheila Amzah di atas pencapaian yang membanggakan negara ini. Tak perlu "buka-buka", "dedah-dedah", "kepit-kepit" untuk dinobatkan sebagai pemenang.
 
 
Last but not least, terima kasih kepada Shila Amzah kerana telah mengharumkan nama Malaysia di persada dunia! Bukan calang-calang beb nak berentap di pentas orang....
 
 
 


Lagu mengikut urutan persembahan :

1. Set Fire To The Rain
2. Forever Love - Leehom Wang
3. Gemilang
4. Grenade
5. 征服-那英(Singer) Zheng Fu - Na Ying(Singer)


 
 
 
read more...

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top