Nuffnang

AMEK KAU!!! Seorang Jeneral dan 4 Komando "Asing" Dah Sampai Dekat "Istana" Kiram!!!

Menurut Idjirani iaitu jurucakap Jamalul Kiram III, 'pasukan pembunuh asing' itu menginap di Hotel Maxim di Pasay City. Kehadiran pasukan tersebut telah dilaporkan kepada Polis Kebangsaan Filipina dan Angkatan Tentera Filipina.

Phillipine Enquirer melaporkan sepasukan pembunuh asing telah tiba di Manila dalam misi memburu dan membunuh kepala lanun Sulu, Jamalul Kiram III dan penasihatnya, Pastor 'Boy' Saycon. Media negara Filipina itu memetik kenyataan yang dikeluarkan oleh , Abraham Idjirani yang memberitahu, seorang 'Kolonel tentera asing' tiba di Manila bersama-sama 'empat orang komando' dan turut mengupah tiga orang pembunuhan upahan tempatan untuk membunuh Kiram dan para pengikutnya.




Gambar Hiasan


Nampaknya konco-konco kepala lanun Sulu yang hidup senang lenang di Filipina sudah mulai keresahan dan ketakutan. Malaysia akan mewujudkan sebuah mahkamah khas untuk membicarakan lanun-lanun Sulu yang ditangkap. Filipina pula dikatakan sedang giat menjalankan siasatan terhadap Jamalul Kiram III dan Nur Misuari. Manakala Indonesia yang diharapkan oleh lanun-lanun Sulu itu agar memberikan bantuan kepada mereka menerusi tawaran penyerahan Sarawak kepada Indonesia, telah melakukan kawalan ketat di sepanjang sempadan bagi mengelakkan lanun-lanun Sulu berkenaan menggunakan wilayah Indonesia sebagai pangkalan baru untuk melancarkan serangan.




Bingainya si jurucakap ini ialah, kalau benar Malaysia menghantar pasukan pembunuh untuk memburu dan membunuh Jamalul Kiram III, sudah lama kepala lanun Sulu itu terbujur kaku bersama-sama anak perempuan dan penyokong-penyokongnya.

Kalau Singapura dan Lee Kuan Yew sendiri pun tahu kemampuan komando-komando Malaysia serta menaruh perasaan hormat, mengapa agaknya lanun-lanun Sulu itu memandang rendah?

Sudah tentulah kerana mereka memang bebal dan jenis bodoh tidak boleh diajar, susah tak boleh ditolong!!!

Semalam, pasukan keselamatan Malaysia menemui satu lagi mayat lanun Sulu di Tanjung Batu yang dipercayai terbunuh dalam serangan pihak keselamatan Malaysia pada 6 Mac lalu. Manakala di Kampung Simunul, Semporna pula, penduduk bekerjasama dengan pihak berkuasa, membersihkan kampung tersebut daripada mayat-mayat lanun Sulu.

Kekacauan yang diharapkan dan sokongan rakyat tempatan yang dikatakan akan diberikan kepada lanun-lanun Sulu sekiranya mereka melakukan serangan dalam mana-mana wilayah Sabah, ternyata tidak menjadi kebenaran.

Namun yang semakin benar dan menyerlah kebenaran ialah, LANUN-LANUN SULU itu sememangnya lanun dan penjenayah.


Perasan saja lebih tetapi akhirnya ternyata mereka adalah gerombolan yang amat mudah diperbodoh-bodohkan oleh pihak lain yang mahu berkuasa di Malaysia. Baru kena gempar dengan SYILING 50 SEN, takutnya kepala lanun Sulu itu sehingga mengunci rahangnya.

Share this article

22 Komen:

  1. Membunuh manusia di anggap tidak perikemunusiaan. sebab itu mereka mengunakan tektik kotor... oleh pehak yang tak guna itu memgunakan perbodoh-bodohkan mereka untuk masuk Malaysia supaya di anggap penjenayah penceroboh Negara orang.. di mata antarabangsa mereka salah dan dipaksa bunuh secara yang sah. Pehak Pengotor itu tidak kotor tangan .

    BalasPadam
    Balasan
    1. apa yg ko merepek ni? aku tak paham

      Padam
    2. dia nk ckp yg ada org dlm yg jemput sulu ni msk...org dlm tu memperbodohkn & mempergunakan sulu...

      jadi dlm pndgn dunia, sulu penceroboh tu adalah penjenayah jd tu darah dorg dibenarkan utk dibunuh...

      dlm kes ni sulu yg malang tetapi si org dlm yg jemput sulu msk tu bersih tgn dia...

      Padam
    3. Google Translate ke? LOL

      Padam
    4. Hadoii, apa yang ko merapo ni ? Pening kepala aku. Nak gi kedai beli panadol kejap....

      Padam
    5. org pendek akal mmg x kan paham.. mujur aku paham..

      Padam
  2. kalo aku jumpa,aku lastik matanya yg sbelah lg nih

    BalasPadam
    Balasan
    1. "Kenapa mata ko ni Syeiton ?, Syeiton baru balik operation tuan"

      Padam
  3. lepas ko dah lastik, bagi aku, aku lastik "anu"nya plak....

    BalasPadam
  4. apa ko merepek ni!!!!

    BalasPadam
  5. pesal ko ni?!?!?! biorlah org nak lestik juga

    BalasPadam
  6. ko dulu tokey krepek ke.,!!!

    BalasPadam
  7. bila dh msuk dan tau kena tipu. msa rundingan tu serah diri la...yg dok bunuh polis tu apesal...saja bg alasan...

    BalasPadam
  8. AWAS Kiram..sediakan keranda mu.
    Komando Malaysia..bergerak macam angin, macam apache.. daun tak goyang, ranting tak patah.

    BalasPadam
  9. aku ada member duk kat ulu tiram..tapi x lah sejahat kiram ni...

    BalasPadam
  10. ADUN BN BATU TALAM, RAUB, PAHANG - YB AZIZ BIN KIRAM. ADA KENA MENGENA KE DENGAN SUKU SAKAT LANUN KIRAM NIH?

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahahahahaha...apa la ko ni..wat lawak le...kalu ya tentu dia dah lari awalx lagi dahhhhh...huhuhuhuhuhhuuu..mintak maap le YB...

      Padam
  11. Orang orang jauh yang beri komen ni tahu kah keadaan di Negeri Sabah ? Jangan membahayakan kedududkan kami kerana kami sedar dikiri, dikanan, didepan dan dibelakang kami semuanya PATI. Dalam kumpulan PATI itulah militan sulu bersembunyi.

    BalasPadam
  12. x best la komen tanpa nama.
    admin buang la function komen tanpa nama tu

    BalasPadam
  13. Mungkin ada penjahat asing /PIHAK KETIGA MAHU MENGERUHKAN LAGI KEADAAN DGN CARA MEMBURUKKAN MALAYSIA DI MATA FILIPINA ......MUNGKIN ORG KIRAM PEMBUNUH ITU SENDIRI YANG KASI DUIT 50 SEN MALAYSIA TU KT BUDAK FILIPINA TU, LEPAS TU TUDUH MALAYSIA NK BUNUH DIE...... RUPANYA KIRAM SUDAH TAKUT DENGAN BAYANG-BAYANG SENDIRI....... EHHH, KALAU NK TAHU..... SUSAH SGT KE RM ATAU SYILING MSIA UTK DIDAPATI DI PULAU SULU ITU ? SENANG SEKALI KERANA RAMAI PENDATANG N RAKYAT SULU BERTANDANG KE SABAH MENCARI REZKI N DIORANG BAWA BALIK SAKI BAKI RINGGIT ATAU SYILING MSIA KE SULU ! TP NAPE SI KIRAM BEBAL NI SENANG SENANG JE TUDUH ADA UTUSAN DARI MSIA NK BUNUH DIE ?????? SAPE YANG KEJAM ? KIRAM N PENGGANASNYE ATAU PIHAK KESELAMATAN MSIA ????? EH MSIA BERTAMADUN LAH.....X MCM PENGGANAS SULU KEJAM NAK MAMPOOOOS .........MMG BEBAL, X WARAS, LAGI SAMDOL PLUS BODOH SOMBONG X BOLEH DIAJAR, X BOLEH DIBAWA BERUNDING !!!!!!

    BalasPadam
  14. kata jihad bila mengucap tercekik batang tengkok sebab syirik, ambik kau kan malaikat dah marah sesiapa menumpahkan darah sesama islam tanpa hak tidak masuk syurga,

    BalasPadam
  15. Sulu sebenarnya tak belajar sejarah...angkara kebebalan nenek moyang merekalah kini mereka nk tuntut hak keatas Sabah..puak2 cenggini layak digelar bughah...bertopeng agama semata..

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top