Felda Kembara Sakti Diceroboh - Detik Cemas Wanita Ditawan Pengganas
Berpuluh-puluh penduduk di Kampung Kembara Sakti, Felda Sahabat 42 dekat sini semalam bertempiaran lari selepas kampung mereka didatangi empat lelaki bersenjata api dipercayai saki-baki kepada kumpulan pengganas Sulu.
Dalam kejadian pada pukul 2 petang itu, kumpulan lelaki berpakaian serba hitam kemudian memasuki rumah seorang penduduk di situ dan menjadikan tuan rumah berkenaan sebagai tawanan.
Satu sumber memberitahu, tuan rumah berkenaan membabitkan seorang wanita yang semasa kejadian tinggal bersendirian di rumah tersebut.
Tuan rumah itu diikat kedua-dua belah kaki dan tangan sebelum mangsa turut diugut bunuh jika melawan atau membuat bising. Selepas itu, kumpulan pengganas terbabit masuk ke dapur dan sibuk mencari makanan kerana dipercayai terlalu lapar.
Tuan rumah yang menyedari kumpulan empat lelaki itu terlalu sibuk mencari makanan di dapur mengambil peluang melepaskan diri.
- Kosmo
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Nuffnang 3
MENARIK



anwar convenes urgent cabinet meeting to tackle us...

from fair credit to excellent credit how primerate...

tragedi letupan challenger milik nasa

kebakaran putra heights polis sahkan terdapat akti...

pencuri kabel maut dalam bumbung pasar siti hajar

Resepi Telur Bungkus Paling Menepati Selera Puas Hati Bila Isinya Lebih
0 Komen:
Catat Ulasan
APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....