Blogger Tips and TricksLatest Tips And TricksBlogger Tricks

KALIMAH ALLAH - Dari Sudut ‘Fiqh Al-Waqi’


KUALA  LUMPUR – Gesaan yang dibuat DAP berhubung isu pengunaan kalimah Allah untuk penganut agama Kristian di dalam Bible perlu dilihat dari dua sudut yang berbeza. Lontaran tersebut disuarakan oleh Pengerusi, Sekretariat Ilmuwan Malaysia (Ilmu) Dr Fadlan Mohd Othman.

Menurut Dr Fadlan kita wajar melihat dan membahaskan isu ini dari dua sudut pandangan iaitu dari segi ilmiah dan ‘fiqh al-waqi’ (realiti). Dari sudut ilmiah ia tidak mempunyai masalah, selari dengan firmah Allah SWT di dalam Al-Quran, surah az-Zumar. Ayat 38 yang bermaksud ;


“Dan sungguh jika kamu bertanya kepada mereka: Siapakah yang menciptakan langit dan bumi?, nescaya mereka menjawab: Allah.”





“Soalan ini diajukan kepada kufar Quraish, orang-orang musyrik kafir quraish yang (telah) mensyirikkan Allah SWT.  Mereka menjawab dengan lafaz Allah” katanya.

Menurut beliau, ayat tersebut merujuk kepada orang Arab jahiliyah telah mensyirikkan Allah, mereka memang mengetahui bahawa Allah adalah Tuhan yang menciptakan dan mematikan, Tuhan yang memberi rezeki dan mentadbir alam ini.

Ia kerana sudah menjadi budaya orang Arab sejak zaman berzaman memanggil Tuhan sebagai Allah tanpa mengira agama. Maka orang Arab Kristian juga menamakan Tuhan Bapa sebagai Allah, sama seperti orang Arab Islam dan orang Yahudi. Oleh yang demikian, adalah amat tidak sesuai untuk mengunakan pendekatan yang sama di Malaysia. Ini kerana menurut beliau dari sudut realiti ia tidak berlaku seperti kebiasaan ortang arab.

“Dalam realiti Malaysia (ia) tidak sesuai, kerana di Malaysia sekiranya kita (umat Islam) terjatuh atau tersadung kita akan menyebut Allahu Akbar, Masyallah, Astagfirullah dan sebagainya tetapi kalau kawan kita (yang bukan beragama Islam), mereka tidak akan mengunakan kalimah Allah” katanya.

Bagi menyokong hujah tersebut, Dr Fadzlan membawakan dalil dari hadis nabi Muhammad saw “Wahai Aishah, jika tidak kerana kaum kau masih baru meninggalkan kepercayaan jahiliyah, nescaya aku akan bangunkan Kaabah di atas binaan Nabi Ibrahim as.”. (Riwayat Bukhari & Muslim).

Hadis ini menunjukkan Nabi membiarkan binaan Kaabah yang dibina tidak mengikut struktur yang diasaskan oleh Nabi Ibrahim as, sedangkan membina kembali Kaabah mengikut struktur asal merupakan sesuatu yang perlu dilaksanakan.

Ini kerana implikasi merobohkan Kaabah pada masa itu akan membawa ‘kerosakan’ yang lebih besar berbanding kesalahan struktur Kaabah yang tidak sesuai mengikut kaedah ‘fiqh al-waqi’.

Menurut beliau, ia berdasarkan kepada pandangan para ulama, sekiranya Nabi Muhammad saw membina semula Kaabah, akan berlaku kekeliruan, salah faham dan persepsi negatif masyarakat yang akan mengatakan Islam yang dibawa oleh Nabi saw adalah untuk menunjukkan kuasa dan bukannya dakwah untuk menyembah Allah SWT.

read more...

Calon PRU Gagal Tapisan - SPRM Tempelak Sinar Harian, Akui PR Takut Calon Disemak


Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menafikan menjadi sumber kebocoran keputusan saringan awal bakal calon pilihan raya.




Ia mengulas laporan akhbar Sinar Harian semalam, yang memetik sumber-sumber, bahawa dua menteri, seorang menteri besar dan seorang ketua menteri gagal dalam saringan SPRM.

Parti yang mereka wakili tidak dinyatakan tetapi dikatakan calon BN kerana Pakatan Rakyat enggan mengemukakan senarai calon mereka untuk disaring SPRM.

Berita Harian melaporkan bahawa SPRM menegaskan bahawa saringan mana-mana calon termasuk menteri besar, ketua menteri atau kepimpinan tertinggi parti-parti, tidak pernah didedahkan kepada sesiapa kecuali parti-parti yang meminta saringan tersebut dibuat.

Suruhanjaya itu juga menolak dakwaan keputusan saringan tersebut, dengan menyatakan bahawa proses itu masih berterusan, lapor akhbar tersebut.

SPRM menambah bahawa keputusan saringan itu tidak terikat di segi undang-undang dan terserah kepada parti-parti politik untuk memilih calon mereka berdasarkan hasil saringan tersebut.


Kah...kah..kah.....


Paku Dulang Paku Serpih
Kata Orang Dia Yang Lebih

Telus Bersih dan Berintergriti
Tapi Sayang, Nak Tapis SPRM Pun Tak Berani

Gelang Si Paku Gelang
Nampak Sangat PR Kuat Temberang

Dua Tiga Kucing Berlari
Cai-Cai PR, Jawapan Korang Yang Kunanti


KUI...KUI...KUI...


read more...

Kajian UMCEDEL: Kenapa Cina Lebih Suka Anwar Jadi PM?

Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya, Universiti Malaya (UMCEDEL) sekali lagi menjalankan kajiselidik mengenai pilihanraya pada 26 Disember 2012 hingga 11 Januari 2013 yang melibatkan 1409 responden. Sebelum ini, kajiselidik yang sama telah dilakukan pada 31 mac 2012 - 15 april 2012 yang melibatkan 2282 responden dan 1 september 2012 – 16 september 2012 yang melibatkan 1536 responden.

Penemuan kajiselidik UMCEDEL sebelum ini menunjukkan 50% peratus memilih BN dan 30% atas pagar, namun ianya telah disambut sinis oleh penyokong BN sendiri kerana menganggap UMCEDEL sebagai ‘menyambung tugas’ Merdeka Center, iaitu pusat kajiselidik yang didalangi pihak asing dan tidak boleh dipercayai.




Apatah lagi dengan mengambil latar-belakang Pengarah UMCEDEL iaitu Profesor Datuk Dr. Mohammad Redzuan Othman yang merupakan bekas Presiden ABIM yang juga masih setia kepada Anwar Ibrahim serta bersifat ‘mesra’ dengan idea-idea liberalisasi. Selain itu, Prof. Redzuan juga dipersoal mengenai kelayakannya untuk mengendalikan banci politik memandangkan beliau adalah dari Fakulti Sejarah dan Sastera. 
Justeru, apabila beliau mengumumkan penemuan kali ini menunjukkan penurunan sokongan terhadap BN, maka ia sebenarnya telahpun dijangka. Sudah menjadi strategi standard pihak Merdeka Center untuk menunjukkan sokongan menurun di saat PRU semakin hampir bagi menjatuhkan moral BN, dan sudah menjadi ‘tugas’ UMCEDEL untuk mengikut langkah yang sama. 
Walaubagaimanapun, bagi berlaku adil, kita wajar mengambil sikap terbuka dan menerima penemuan yang dibentangkan oleh UMCEDEL, yang mana menunjukkan 78% daripada 1409 responden meragui BN atas isu integriti dan salahguna kuasa dan daripada 78% itu, 95% daripadanya ialah kaum Cina, sekaligus memberikan petanda bahawa parti komponen MCA berdepan dengan kesukaran untuk mendapat semula kerusi mereka. Lebih menarik ialah, isu NFC, Lynas, dan Deepak juga dikatakan menjadi isu besar di kalangan rakyat dan mampu mengancam BN. 
Manakala di pihak pembangkang, isu yang menjadi keutamaan rakyat ialah perbahalan dalaman. Walaubagaimanapun, amatlah menghairankan kerana hanya 59% peratus yang menganggap ia sebagai isu utama, manakala 21% tidak pasti dan 20% lagi tidak peduli jika diperintah oleh kerajaan yang sering berbalah sesama sendiri. Isu-isu seperti PTPTN, tol percuma dan penurunan harga minyak pula menunjukkan yang 50% responden benar-benar percaya kepada janji-janji pembangkang yang mereka mampu menunaikannya. 
Sekali gus menunjukkan bahawa rakyat Malaysia gagal memahami penjelasan dan logik urustadbir ekonomi negara dan juga dunia untuk mempercayai bahawa kerajaan mampu melakukan semua ini tanpa berhadapan dengan masalah kewangan dalam masa yang singkat. Apapun, sekiranya kita mengambilkira yang 1409 responden itu benar-benar mewakili suara rakyat Malaysia, maka satu perkara yang perlu diberi perhatian ialah kecenderungan bangsa Cina untuk memilih PR atau menerima Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri. 
Kita yakin yang kaum Cina tidak semudah itu untuk termasuk dalam 59% yang percaya bahawa PR mampu menunaikan janji-janji manis mereka yang tidak logik sama sekali. Sokongan kaum Cina kepada PR, atau Anwar Ibrahim jika benar, dilihat adalah lebih kepada faktor pendirian PR yang liberal dan bersedia untuk menghapuskan klausa ‘Negara Islam’ dalam perlembagaan serta menghapuskan hak keistimewaan Melayu. Lebih dari itu, PR juga diketahui begitu kuat menyokong aktiviti Kristian sama ada secara langsung atau tidak langsung serta terbuka kepada kumpulan songsang LGBT. 
Walaupun PAS seharusnya menjadi ‘pengimbang’ kepada desakan liberalisasi di dalam PR, tetapi umum tahu bahawa suara PAS tidak laku iaitu tidak punya nilai walaupun satu sen di dalam pakatan itu. PAS tidak mampu berbuat apa-apa selain menentang secara lisan, atau paling teruk memijak bendera DAP. Itu saja. Ini kerana PAS cukup takut jika ditendang keluar dari PR dan tidak akan bertindak lebih dari sekadar membuat bising di akhbar bagi menunjukkan seolah-olah mereka tidak berdiam diri apabila Islam diperkotak-katikkan. 
Hakikatnya, PAS tidak boleh mengharapkan PKR untuk turut membela Islam walaupun parti itu diterajui oleh Anwar Ibrahim, seorang Melayu Islam. Anwar berfahaman plural, berjiwa liberal dan lebih selesa bersama DAP Kristian Evangelist-Liberal daripada PAS Islam Wahhabi-Syiah yang sekejap ekstrem sekejap terbuka. Kekeliruan dan flip-flop PAS menghapuskan terus saki-baki maruah mereka yang tinggal selepas pertama kali Hadi memeluk Kit Siang.

Dalam kata lain, kewujudan PAS di dalam PR selain dari penyumbang kepada tenaga demonstrasi dan ayam sabung untuk bertemu UMNO, parti itu bolehlah diabaikan saja. Justeru, kita tidak hairan kenapa kaum Cina memilih PR dan kita tidak hairan jika mereka sanggup menerima Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri. Memandangkan segala rahsia Anwar di dalam genggaman DAP, penemuan kajiselidik UMCEDEL bahawa kaum Cina lebih cenderung kepada PR mungkin mempunyai kredibiliti untuk dipercayai.

Namun, yang mungkin perlu dipersoal ialah motif mereka menyokong PR kerana kita percaya bahawa integriti kerajaan bukan isunya. Jika ini yang menjadi isu, maka integriti DAP dari segi rasuah dan menipu undi adalah lebih teruk lagi, begitu juga PKR dan PAS. Kesimpulannya, kaum Cina memilih PR kerana PR sanggup menghapuskan Islam sebagai agama rasmi serta hak istimewa Melayu. Kaum Melayu pula memilih PR kerana konon ingin menghapuskan rasuah, walaupun ia bermakna menggadaikan Islam dan Melayu.
read more...

BONGKAR!! Blog Unspinner Dedah Dalang Penyebaran Bible Di Penang


Dalam kita sibuk dengan isu penggunaan kalimah Allah, rupanya ada pihak yang mengambil kesempatan di atas perkara ini. Dalam diam, mereka secara proaktif menyebarkan Bible secara terbuka dengan tumpuan kepada pelajar-Pelajar sekolah. 

Mari kita ikuti pembongkaran isu ini yang dibuat oleh blog The Unspinner seperti di bawah:


Tiga ahli kumpulan Gideon telah mengaku menyebar Bible




Dari maklumat yang diterima, pihak yang sebarkan Bible telah dikenalpasti dan mengaku terlibat. Mereak adalah dari sebuah organisasi antarabangsa bernama Gideon.


Dua lelaki berumur 50 tahun dan 40 tahun serta empunya kereta wanita berumur 50an mengaku mengedar Bible di Sekolah Menengah Jelutong.



"text-align: justify;">

Lelaki 50 tahun itu mengaku adalah sebahagian dari pertubuhan peniaga dan profesional Kristian bernama Gideon.


Kumpulan ini adalah kumpulan sukarela Kristian dan mereka hanya wakil di Pulau Pinang. mereka tidak punya pejabat di Pulau Pinang. Ada 10 orang wakil di Pulau Pinang yang berperanan menyebarkan Bible di Pulau Pinang.


Selama ini mereka beroperasi di Georgetown Pulau Pinang dan sudah 10 kali mengedarkan di kawasan itu.
Sumber Bible ini datang dari Kuala Lumpur dan dibekalkan oleh Pertubuhan Gideon. Menurut Sel13:



Bible tersebut mempunyai Kulit Hadapan berukuran 3 inci X 4.8 inci dan mempunyai 643 helaian muka surat. Pada muka hadapan tertulis ‘NEW TESTAMENT’ *PSALM PROVERBS’ dan mempunyai lambang salib dalam bulatan dengan tulisan berwarna emas.


Bahasa yang digunakan adalah Bahasa Inggeris.


Isi kandungan kitab kecil tersebut diambil daripada THE NEW TESTAMENT OF OUR LORD AND SAVIOUR JESUS CHRIST WITH PSALMS AND PROVERBS yang telah diterbitkan oleh THE GIDEONS INTERNATIONAL beralamat di P.O BOX 140800, NASHVILLE, TN 37214-0800. Alamat website penerbit adalah www.gideons.org.


Mukaddimah kitab tersebut tertulis: ‘The verse is John 3:16 dalam 25 bahasa iaitu Afrikaans, Belanda, Inggeris, Finland, Perancis, Jerman, Greek, Hebrew, Hindi, Icelandic, Itali, Jepun, Korea, Norway, Poland, Portugis, Russia, Sinhalese, Sepanyol, Sweden, Tamil dan Vietnamese. Tiada sebarang tulisan dalam Bahasa Melayu dan Jawi dikesan dalam kitab berkenaan.


Semakan juga mendapati, istilah Tuhan hanya menggunakan perkataan ‘GOD’ dan ‘LORD’ sahaja. Tiada perkataan ‘ALLAH’ digunakan.



Dalam hal ini, lelaki berumur 40 tahun itu mengaku telah memberi kepada seorang pelajar Melayu kerana pelajar itu meminta mahu tengok. Namun begitu, mengikutnya dia telah mengambil balik Bible tersebut. [Penang negeri Kristian?]


Menurut mereka, tujuan Bible itu diedar adalah kepada pelajar bukan Islam. Sebanyak 170 naskhah telah dibawa dan 70 naskhah telah diedar.


Guru Besar sekolah, Encik Teh telah memberi amaran kepada mereka supaya tidak mengedarkan naskah bible di kawasan sekolah. Namun mereak berdegil dan edarkan di luar kawasan sekolah.


read more...

Tak Tahan Mainan Politik Atasan, Pengerusi Cawangan DAP Lapor ROS


Hahaahaaaa.... Macam ketam mengajar anaknya berjalan, macam itulah gelagat DAP yang semakin jelas ketempangannya mentadbir partinya sendiri.





Isu keputusan pemilihan Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP baru-baru ini, kelihatan tidak berkesudahan dengan hari ini DAP Cawangan Desa Dahlia, Senawang membuat laporan kepada Pendaftar Pertubuhan (ROS) di Seremban berhubung apa didakwa sebagai penipuan terhadap sistem demokrasi.

Laporan itu dibuat pengerusi DAP cawangan itu, Richard Francis dan naib pengerusinya, Jesu Dason kepada Pegawai Pendaftar ROS, Zainor Shida Arshad.
Pada sidang akhbar selepas membuat laporan itu, Richard mendakwa pemilihan itu jelas menunjukkan ada amalan ala kuku besi atau autokratik dalam parti berkenaan.

“Jika benar parti DAP menggunakan nama Democratic Action Party (DAP)sebagai prinsip perjuangan mereka, sepatutnya ia diamalkan secara telus ketika berlangsungnya pemilihan parti tersebut.

“Saya adalah perwakilan yang mengundi pada pemilihan itu di Pulau Pinang. Saya sedih apabila mendapati kaum saya, masyarakat India kurang mendapat tempat dalam parti berkenaan. Eloklah DAP itu diubah kepada ‘Autocratic Action Party’ atau AAP,” katanya.

Richard berkata, DAP seharusnya menghapuskan amalan nepotisme dan memberi peluang kepada pemimpin baharu menguruskan parti dan mengesyorkan pemilihan CEC diadakan semula bagi menunjukkan parti itu mengamalkan demokrasi.

“DAP asyik menyebut perihal bersih di luar parti, sedangkan rumah sendiri kotor. Bersihkan rumah kita dahulu, baru negara.

“Jika kepimpinan tinggi DAP masih enggan mengadakan pemilihan semula CEC, usahlah bercakap soal demokrasi dalam DAP, ubahlah nama DAP kepada AAP. Jika benar parti ini mengamalkan demokrasi, buatlah pemilihan semula,” katanya yang telah menyertai parti itu sejak lapan tahun lalu.

Beliau berkata, laporan yang dibuat pada Jumaat bukan bersifat peribadi sebaliknya atas kemahuan ahli akar umbi dan beliau sedia menerima tindakan disiplin daripada parti termasuk kemungkinan disingkir dari parti.

“Sebelum membuat laporan kepada ROS, saya telah berbincang dengan ahli dan mereka bersetuju dengan tindakan ini,” katanya.


read more...

Kalimah Allah - DAP dan Majlis Peguam Nekad Mahu Penjarakan Ibrahim Ali

Riuh rendah para pemimpin pakatan pembangkang mencemuh kenyataan Presiden perkasa, Ibrahim Ali berhubung saranannya supaya dibakar kitab Bible yang mengandungi kalimah Allah s.w.t dan kini sedang giat disebarkan oleh golongan pendakyah Kristian kepada para pelajar Melayu Islam di Pulau Pinang.


Respon keras oleh Ibrahim itu ada asasnya, lebih-lebih lagi sudah lama umat Islam menahan sabar setelah bertahun-tahun isu kalimah Allah s.w.t telah dengan sengaja ditimbulkan oleh DAP dan para pendakyah Kristian dengan niat untuk merosakkan akidah umat Islam.




Hanya orang yang tidak beriman dari golongan munafikun sahaja yang tidak terasa keesaan Allah s.w.t dan tidak sensitif untuk mempertahankan kesucian kalimahNya dari dinodai oleh pendakyah agama lain.

Tapi agak menakjubkan bila mana ada juga kalangan pemimpin PAS yang tumpang sekaki mengkritik saranan Ibrahim Ali, kelihatannya seperti parti berlabel Islam itu lebih sensitif bila 'kesucian' Bible disentuh berbanding kesucian hakiki kalimah Allah s.w.t yang sedang cuba dinodai oleh DAP dan pendakyah Kristian.


Barangkali PAS sudah terlalu liberal dan kini telah bertukar kulit dari parti yang memperjuangkan hak agama Islam dan umatnya berubah menjadi parti pro Kristian pula. Besar kemungkinan itu kalau dilihat pada watak dan pembawaan ramai pemimpin PAS yang lebih sudu dari kuah berbanding sesetengah penganut Kristian.

Selain PAS, para pemimpin PR yang lain sama ada dari PKR mahupun DAP rata-ratanya bersungguh benar mengambil kesempatan dari kenyataan keras Presiden Perkasa berhubung kalimah Allah s.w.t dalam kitab Bible itu untuk menimbulkan kemarahan penganut Kristian.


Mereka cuba menimbulkan desakan dan tekanan supaya pihak berkuasa mendakwa Ibrahim di bawah Akta Hasutan sebagaimana digesa oleh Presiden Majlis Peguam, Lim Chee Wee. Malah tidak kurang juga yang mahukan Kerajaan bertindak lebih tegas dengan memenjarakan sahaja Ibrahim kononnya atas kesalahan menimbulkan keresahan umum.


Bagi sesetengah penganut Kristian yang sememangnya totok DAP dan pro PKR tentu sahaja menyambut propaganda PR itu dengan telinga terbuka selanjutnya turut memanipulasi secukup rasa tanpa mempedulikan punca sebenar isu asalnya dari niat jahat golongan pendakyah Kristian sendiri. Golongan sebegini hanya melihat isu dari perspektif kepentingan sendiri walhal sedari dulu lagi Perlembagaan Persekutuan yang menjadi tunggak asas berdirinya negara ini telah memperuntukkan agama Islam adalah agama Persekutuan dan penganut Islam adalah dilindungi daripada sebarang dakyah agama lain.


Persoalannya kenapa selepas PRU 12 2008, hanya dek kerana PR beroleh sedikit kekuatan politik dan kuasa tiba-tiba sahaja segalanya mahu dilanggar dan persetujuan bersama yang sekian lama dipatuhi kini mahu dicabar? Kenapa bilamana Ibrahim Ali dan Perkasa bersuara mempertahankan Islam maka ia dianggap sebagai hasutan sedangkan kelancangan mulut Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng serta pendakyah Kristian cuba menodai kesucian kalimah Allah s.w.t tidak pula dikecam sama?


Kita percaya masih ada penganut Kristian yang terbuka mindanya dan melihat isu ini dari perspektif lain dan tidak mahu turut terjebak dalam mainan politik sempit yang dimulakan oleh gereja Kristian dan DAP. Jika benar demikian bangkitlah segera menolak dakyah-dakyah politik sempit itu demi kepentingan semua pihak.
read more...

- BONGKAR : "MELAYU" Kesayangan DAP - Siapa ZAIRIL KHIR Sebenar?

Banyak desas-desus yang berlegar dari tahun 2011 berkaitan dengan seorang lelaki yang bernama Zairil Khir Johari.

Bermula dengan cita-citanya yang ingin menjadi Menteri Besar Perak sekiranya Pakatan atau lebih tepat lagi DAP, memenangi Perak dalam PRU-13 yang akan menjelang tiba bila-bila masa sahaja lagi.

Kemudian kisah Zairil ini dihangatkan lagi baru-baru ini semasa CEC DAP yang lalu, kononnya dialah satu-satunya ‘Melayu’ yang terpilih didalam CEC DAP.





Maklumat terbaru yang penulis dapat dari sahabat di Singapura telah membongkar siapa Zairil yang sebenarnya.

Kisah Zairil yang hanyalah sekadar anak tiri kepada Khir Johari seorang bekas pemimpin UMNO bukan lagi rahsia malah penduduk Kampung Kanchut, Alor Star sendiri yang mendedahkannya.


"Nama sebenar Zairil adalah Christopher Ross Lim, inilah namanya sebelum ibunya Christine Lim berkahwin dengan Khir Johari pada Februari 1996".



Sebelum perkahwinan ibunya dengan Khir Johari, Zairil adalah penganut agama Kristian dan memeluk Islam selepas perkahwinan ibunya itu, namun jangan ditanyakan kepada penulis apa agamanya hari ini.

Ketika perkahwinan Christine Lim dan Khir Johari, Christopher Ross Lim @ Zairil hanya berusia 13 tahun, mustahil Zairil anak kandung Khir Johari atau anak luar nikah Khir Johari.

Oleh itu, maka sahihlah bahawa Zairil bukan anak kandung Khir Johari !

Dengan itu juga, maka sahlah Zairil tidak punya darah Melayu walaupun setitik.

Memandangkan Zairil telah sah bukan anak kandung Khir Johari, maka ada sembang-sembang kedai kopi pula mempersoalkan siapakah bapa kandung Zairil dan apa asal usulnya.

Kalau penulis mampu mendapatkan nama asal Zairil, pasti nama bapa kandungnya dan asal keturunannya boleh dibongkar.







Zairil bukanlah anak pungut Pak Khir sepertimana yang digembar-gemburkan dalam sembang kedai kopi. Nama bapanya adalah Howard Lim yang berasal dan masih menetap di Singapura namun belum dapat dipastikan Howard Lim ini masih bernyawa atau pun tidak.

Apa yang amat menarik dari maklumat yang penulis perolehi adalah, bapa kandung Christopher Ross Lim @ Zairil adalah seorang penyokong tegar PAP dan ada juga gossip mengatakan Howard punya jawatan dalam parti.
Jadi, tidaklah menghairankan bilamana Zairil… oppss.. atau mungkin penulis patut panggil Christopher, amat galak memberikan sokongan kepada DAP.

Malah Zairil menjadi harapan dan anak emas DAP dalam menarik undi Melayu untuk DAP.

Bukankah DAP ditubuhkan bagi menyambung kesinambungan PAP yang telah diharamkan ?


Disinilah Zairil sesuai menjadi alat permainan DAP untuk mengelabui mata kaum Melayu supaya tertipu dengan permainan silap mata DAP ini.
Jadi, bolehlah kita faham kenapa Zairil, seorang anak 100% keturunan Cina ini bersama DAP pada hari ini.

Sumber - Suara Generasi Baru
read more...

Pemindahan Rahim, Wanita Bermasalah Miliki Peluang Kedua

HUJUNG minggu lalu menjadi hari paling bermakna kepada dua wanita berusia 30-an di Stockholm, Sweden apabila berjaya memiliki rahim selepas menjalani pembedahan pemindahan uterus yang dilakukan oleh sekumpulan doktor pakar di Hospital Sahlgrenska yang terletak di barat negara itu. 

Lebih menarik, mereka menerima rahim tersebut daripada ibu kandung masing-masing sekali gus mencipta sejarah sebagai pemindahan rahim daripada ibu kepada anak yang pertama di dunia. 





Menurut ketua pasukan bedah berkenaan, Prof. Dr. Mats Brannstorm, lebih 10 orang doktor bedah yang berlatih bersama untuk prosedur tersebut selama beberapa tahun mengambil bahagian dalam pembedahan sukar tersebut. 

Menurutnya yang juga Pakar Obstetrik dan Ginekologi di Universiti Gothenburg, rahim wanita pertama telah dibuang beberapa tahun lalu akibat kanser pangkal rahim manakala wanita kedua dilahirkan tanpa rahim. 

“Keadaan dua-dua pesakit yang enggan identiti sebenar mereka didedahkan ini berada dalam keadaan baik walaupun sedikit penat selepas menjalani pembedahan. 

“Sementara itu, kedua-dua ibu mereka sudah boleh berjalan dan dibenarkan pulang dalam masa beberapa hari lagi,” ujar Bransstorm. 

Kes wanita ketiadaan rahim bukanlah senario baharu di Sweden, malah dianggarkan di negara itu, terdapat 2,000 hingga 3,000 wanita yang tidak dapat mengandung disebabkan ketiadaan rahim, sama ada ia berpunca daripada masalah kesihatan mahupun yang lahir tanpa rahim. 

Menurut Bransstorm lagi, kualiti rahim dikawal oleh ovari dan hormon di dalam badan manusia. 

Berdasarkan teori tersebut, pakar perubatan berpendapat, rahim wanita yang sudah mengalami fasa menopaus masih boleh menampung kehamilan.

Seorang penerima rahim yang dikenali sebagai Anna memberitahu, dia memilih untuk menjalani pembedahan tersebut bagi memulihkan semula fungsi badannya seperti wanita lain.


“Pengalaman mempunyai rahim adalah satu perasaan yang hebat. Saya gembira pembedahan pemindahan ini berjaya walaupun belum ada jaminan saya dan teman lelaki boleh menimang cahaya mata selepas ini. Bagaimanapun, memiliki rahim buat kali kedua adalah peluang terbaik dalam hidup saya. Jika saya berjaya hamil, ia adalah bonus buat kami,”


Walaupun pemindahan rahim antara ibu dan anak ini mencipta sejarah yang tersendiri, ia bukanlah pemindahan rahim yang pertama dalam sejarah perubatan dunia.

Ogos tahun lalu, seorang wanita kelahiran Turki, Derya Sert, 22, turut mendapat rahim selepas lebih dua dekad dia dilahirkan. 

Derya dikatakan tergolong dalam kelompok 5,000 wanita yang dilahirkan tanpa rahim di dunia. 

“Saya tidak pernah didatangi haid sepanjang hidup sehinggalah selepas beberapa bulan saya mendapat rahim yang didermakan oleh waris mangsa kemalangan maut,” ujarnya yang juga isteri kepada seorang mekanik kereta ini. 

Mempunyai impian untuk memiliki cahaya mata, Derya bagaimanapun diuji. Namun, selepas pertemuan dengan sepasukan doktor dari Hospital Universiti Akdeniz, dia mula memasang impian untuk bergelar ibu suatu hari nanti. 

“Pada 9 Ogos lalu, nasib saya berubah apabila sepasukan doktor dari Hospital Universiti Akdeniz berjaya melakukan pembedahan pemindahan rahim yang didermakan kepada saya.

“Saya sangat gembira dan bersyukur. Rahim yang saya terima ini merupakan satu anugerah tuhan yang sangat bermakna. 

“Sebelum ini doktor mengesahkan saya tidak mempunyai rahim namun saya memiliki sepasang ovari yang sihat dan boleh mengeluarkan telur seperti wanita normal. 

“Sekiranya diizinkan tuhan, kami mahu menimang cahaya mata dalam masa terdekat,” ujarnya yang menghabiskan masa selama enam bulan di hospital bagi menjalani pembedahan itu.

Apa yang menarik, Derya menjadi wanita pertama di dunia menerima rahim daripada seorang penderma yang telah meninggal dunia.

Pembedahan ke atas suri rumah ini merupakan kejayaan pembedahan pemindahan rahim kedua di dunia.

Kali pertama ia dilakukan di Arab Saudi pada tahun 2000 melibatkan rahim daripada seorang penderma yang masih hidup. 

Bagimanapun, pembedahan itu tidak berjaya kerana pembentukan darah beku yang banyak sekali gus memaksa doktor membuang organ berkenaan selepas 99 hari berada dalam perut penerimanya. 

Pasukan doktor di Turki bagaimanapun yakin masalah itu dapat diatasi dengan menggunakan rahim orang mati kerana lebih banyak tisu dan salur darah di sekitar rahim penderma boleh dimasukkan ke dalam tubuh si penerima.


“Kami gembira kerana selepas pemindahan rahim pada tahun lalu, Derya sudah didatangi haid malah ia hadir secara konsisten. Ini bermakna, tisu daripada rahim yang dipindahkan itu hidup dan berfungsi seperti rahim biasa. 


“Pembedahan ini dianggap berjaya tetapi kejayaan sebenar adalah apabila Derya melahirkan bayinya nanti,” kata ketua pasukan pakar bedah itu, Dr. Omer Ozkan.

Menurutnya, tempoh enam bulan diperlukan sebelum Derya dihantar kepada pakar-pakar sakit puan. - Kosmo Online

read more...

SALAH SIAPA?? Idola PR Sanggup Sembahyang Di Tokong Berbanding Masjid

Masya Allah!!! Portal Suara Generasi Baru telah mendedahkan idola anak muda PR yang sanggup bersembahyang di tokong semata-mata tidak mahu berimamkan orang UMNO.

Sangat memalukan bila negara mempunyai seorang anak muda sebegini buruk perangainya. Begitulah Khalid Ismath, seorang mahasiswa yang memalukan seluruh golongan mahasiswa di negara ini dengan sikap buruk dan tidak berakalnya.




Seorang mahasiswa di Universiti Malaya mengadu kepada saya bahawa Khalid Ismath menegaskan bahawa dia rela solat di dalam tokong dari bersolat di masjid yang berimamkan seorang imam yang menyokong UMNO.

Saya meminta bukti darinya dan dia memberikan alamat twitter milik Khalid Mohd Ismath sebagai bukti kebiadapan seorang mahasiswa yang diasuh oleh PAS dan Pakatan Haram.

Setelah diteliti, memang benar Khalid Ismath berkata begitu menerusi Twitter dan di bawah adalah bukti sikap buruk seorang yang kononnya bergelar “mahasiswa”.

Saya sebenarnya tidak pasti tokong mana yang Khalid nak masuk untuk bersolat. Mungkin tokong Buddha atau mungkin tokong Hindu. Hanya dia saja yang tahu tokong agama mana yang menjadi pilihannya.

Tak kira tokong mana sekalipun, saya mencabar Khalid Ismath untuk meneruskan kebodohannya dengan bersolat di mana-mana tokong yang dia pilih. Sekiranya dia tidak berbuat demikian, maka seluruh rakyat Malaysia layak memanggilnya dengan nama “munafik”.

Ini adalah kerana Rasulullah SAW ada menceritakan tentang ciri-ciri munafik bahawa mana-mana umat Islam yang tidak mengotakan (menipu) apa yang dia katakan, maka muslim itu layak dianggap munafik.

Sangat memalukan sikap Khalid Ismath ini, bukan?

Hina sangatkah kedudukan seorang imam yang menyokong UMNO? Apakah Allah SWT menilai seseorang itu dari sudut sokongan politik atau qualiti solat seorang muslim?

Apakah berdosa untuk bersolat dengan berimamkan seorang muslim yang menyokong UMNO? Apakah solat itu tidak sah? Dan apakah solat itu tidak diterima Allah SWT hanya kerana imamnya itu seorang UMNO?

Saya ingin memberitahu Khalid Ismath bahawa baru-baru ini puluhan orang ulama pondok PAS di Kedah begitu tenang bersolat dan berimamkan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin, yang juga merupakan Timbalan Presiden UMNO!

Apakah solat mereka itu hina di sisi Allah SWT? Atau Khalid Ismath sendiri sebenarnya adalah seorang yang hina dan berfikiran jijik seperti binatang yang tidak berakal?

Hanya kerana sokongan yang diberikan oleh seorang imam kepada sebuah parti politik, dia lebih rela meletakkan dirinya ke satu keadaan yang tidak adil atau lebih tepat lagi, zalim!

Apakah wajar seorang muslim bersolat di dalam tokong sedangkan pihak kerajaan di negara ini menyediakan puluhan ribu masjid untuk umat Islam bersolat dengan tenang sambil mengadap Allah SWT dengan khusyuk.

Namun itulah perangai seorang mahasiswa yang dididik oleh sebuah parti yang kononnya memperjuangkan “Islam”. Mungkin ibubapanya mengajar Khalid supaya jadi begitu? Salah didikan siapa sebenarnya?

Saya turut menerima rungutan dari adik-adik mahasiswa yang lain mengenai sikap Khalid Ismath yang melampau dan memalukan mahasiswa-mahasiswa di seluruh negara itu. Mereka malu kerana tidak sepatutnya seorang mahasiswa berfikiran bodoh sepertinya.

Inilah dia produk masa depan yang akan dihasilkan oleh Pakatan Haram sekiranya mereka diberi peluang untuk menjajah Putrajaya. Belum pun berkuasa, anak-anak didik Pakatan Haram begitu ghairah menunjukkan kesyaitanan mereka.

Sumber : Suara Generasi Baru
read more...

Guan Eng Marah Sakan Dengan Nik Aziz Gara-Gara Sumpah Laknat Terkena DAP

“Kepincangan DAP sebagai sebuah parti sudah lama terserlah, dari dahulu mereka kononnya sebagai parti pelbagai kaum. parti untuk semua rakyat Malaysia, tetapi semua hanyalah cakap kosong sahaja, jika benar mereka parti pelbagai kaum, mengapa orang Melayu masih tidak mendapat tempat, apa yang dilakukan baru-baru ini tidak lebih sekadar nak mengaburi mata".





DAP yang kononnya mengaku bahawa mereka adalah sebuah parti yang terbuka kepada semua dan telus dalam pentadbiran serta kepimpinan hanyalah satu retorik untuk mengaburi rakyat dalam usaha mendapatkan sokongan daripada kepelbagaian masyarakat terutamanya di kalangan orang Melayu dan masyarakat tempatan seperti di Sabah dan Sarawak.

Jika benar parti itu telus, cekap dan terbuka dalam segala hal, mengapa sehingga sekarang DAP masih tidak menjawab banyak persoalan yang diajukan kepada mereka seperti kes bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Aziz Tunku Ibrahim dan yang terbaru membabitkan pemilihan Jawatankuasa Pusat CEC baru-baru.




Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO, Datuk Musa Sheikh Fadzir menyifatkan DAP adalah sebagai sebuah parti yang hanya pandai bercakap tetapi apa yang diperkatakan itu tidak pernah betul, bukan sahaja di peringkat parti, malah sebagai kerajaan, DAP gagal dalam pentadbirannya.


“Kita lihat bagaimana DAP menjadi kerajaan di Pulau Pinang, apa yang sudah dilakukan untuk rakyat Pulau Pinang terutamanya kepada orang Melayu, orang Melayu terus terpinggir di kawasan bandar, orang Melayu yang tinggal di kawasan pinggir bandar turut terkena tempias sikap pilih bulu,” katanya kepada UMNO-online.

Musa berkata, DAP tidak perlu mendabik dada kononnya mereka telah banyak membuat perubahan sejak berada di Pulau Pinang, kononya mereka mengamalkan pentadbiran Cekap, Akauantabiliti dan Telusa hanyalah sekadar slogan.





Beliau menyifatkan tindakan berdiam diri DAP berhubung kes rasuh membabitkan Tunku Abdul Azizi bukti jelas bahawa parti itu akan cuba menyembunyikan kes berkenaan dan cuba mengalihkan dengan isu baru supaya rakyat lupa dengan apa yang berlaku.

“Kepada pemimpin DAP, tidak perlulah mereka bermain wayang, tembelang mereka bukan sahaja sudah diketahui oleh rakyat Pulau Pinang, malah rakyat di seluruh negara sudah kenal belang sebenar DAP, hanya PAS sahaja yang masih terus percaya dengan permainan DAP.

“Apakah kepimpinan seperti ini yang kita mahu untuk memerintah negara, tidak perlu pergi jauh sejak memerintah Pulau Pinang lebih 4 tahun, apa yang sudah dilakukan untuk membela rakyat, jika di Pulau Pinang mereka tidak mampu, bagaimana nak perintah negara.

Menurutnya, tidak perlu DAP dan pembangkang bersusah payah mencari silap orang lain, sebaliknya perlu tunjukkan bahawa mereka mampu membawa perubahan bukannya sekadar bercakap sahaja dan menyalahkan orang lain apabila gagal. -MediaUMNO
read more...

KELANTAN - Janji Ditepati VS Janji Dicapati

“Kita kira janji itu meliputi orang muda, dewasa, golongan pertengahan dan pelbagai peringkat lain. Itulah gambaran komitmen sebenar BN untuk sama-sama membawa perubahan dan kemajuan di negeri ini bersama rakyat Kelantan".





KUALA LUMPUR 25 Jan – Rakyat Kelantan boleh menilai serta melihat bagaimana janji kerajaan pusat yang diterajui oleh Barisan Nasional (BN) berbanding dengan kerajaan negeri yang sekadar hanya gah pada gimik semata-mata walaupun setelah berpuluh tahun memerintah negeri itu

Ketua Pemuda UMNO Kelantan,  Annuar Safian berkata apa yang kerajaan Pas umum dan lancar sebelum ini seolah-olah tidak ada kesinambungan mahu pun isi yang benar-benar memberikan manfaat kepada rakyat negeri berkenaan.

Justeru  beliau dengan rendah hati menyeru rakyat negeri terbabit memperhalusi janji yang dibuat oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang dilihat secara menyeluruh dan untuk kepentingan rakyat Kelantan.

“Perumahan rakyat contohnya adalah keperluan terdesak yang memerlukan perhatian serius kerajaan….Begitu juga soal masalah air yang memerlukan tindakan secepat mungkin. Sampai bila keadaan itu berlarutan. Pembinaan stadium baru pula boleh dikatakan menjurus kepada kepentingan orang muda..tidak terkecuali ianya adalah untuk seluruh rakyat Kelantan yang hari ini rata-rata cukup minat dengan kebangkitan bola sepak pasukan Kelantan,” katanya kepada UMNO-Online di sini.





Beliau yang juga Ketua Pemuda UMNO Kubang Kerian seterusnya menambah begitu juga soal pembinaan lain seperti masjid dan sebagainya.

“Kesimpulannya inilah masa terbaik untuk rakyat Kelantan bersama-sama membawa perubahan. Janji BN bukanlah sekadar janji dan hari ini boleh dilihat bagaimana keseriusan pucuk pimpinan mengotakan apa yang dijanjikan,” ujarnya. -MediaUMNO
read more...

Belia Kubang Pasu Akan Terus Didampingi

UMNO Bahagian Kubang Pasu sedia bekerjasama dengan badan bukan kerajaan dan agensi-agensi kerajaan dalam menganjurkan pelbagai program untuk golongan belia bagi memantapkan lagi generasi muda.

Naib ketua UMNO bahagian Zulfitri Yaacob berkata UMNO Kubang Pasu telah melaksanakan banyak program untuk generasi muda sepanjang tahun lepas antaranya acara sukan dan mencambah ilmu pengetahuan.





“Kami mahu golongan belia dan remaja aktif dengan aktiviti berfaedah agar mereka terhindar daripada terbabit dengan gejala tidak sihat seperti merempit, dadah dan ketagihan air ketum.

“Golongan belia perlu diberi perhatian serius kerana mereka adalah harapan bangsa untuk terus membina negara mencapai tahap negara maju,” katanya berucap mewakili ketua UMNO bahagian Datuk Mohd Johari Baharom merasmikan pertandingan bola sepak 7-sebelah Taman Tunku Sarina di sini, hari ini.

Pertandingan untuk peringkat umur bawah 15 tahun merebut piala Ahli Parlimen Kubang Pasu itu menawarkan hadiah wang tunai berjumlah RM2,000 berserta piala.

Ia disertai 36 pasukan.

Beliau berkata pejabat Ahli Parlimen Kubang Pasu akan memberi bantuan sebanyak RM12,000 untuk membaiki padang bola sepak Taman Tunku Sarina yang diasas dua tahun lepas.

read more...

Badi Perkataan "RAKYAT", PKR Tewas Sebelum Berperang

Parti PKR tegar sekali menggunakan nama ‘rakyat’ dalam setiap aktiviti dan kempen mereka.   Sudah tentu sekali dalam menghadapi pilihanraya kali ini, nama ‘rakyat’ akan dijulang tinggi-tinggi kononnya sebagai matlamat perjuangan walaupun matlamat sebenarnya adalah ‘demi Anwar, untuk Anwar dan kerana Anwar’. 



Dalam Temurapat PRU PKR tahun lepas, parti tersebut telah meminta bantuan Merdeka Center, untuk menguji beberapa slogan bagi digunakan sebagai tema kempen dalam PRU-13.   Antaranya:

1.      Ubah Sekarang, Selamatkan Malaysia 

2.      Malaysia Baru, Muafakat Baru, Pimpinan Baru

3.      Demi Rakyat, Demi Masa Depan

Selaras dengan keterujaan PKR dengan perkataan ‘rakyat’, maka mereka nampaknya memilih slogan ketiga, iaitu ‘Demi Rakyat, Demi Masa Depan’ yang bagi mereka lebih tegas dan sesuai dengan imej KEADILAN.  Slogan ini dikatakan mendapat reaksi positif dari pengundi sasaran PKR iaitu Golongan Muda, Golongan Bekerja dan Kaum India yang tidak berpatisan. 





Dalam temurapat yang sama, parti itu telah menggariskan beberapa isu yang akan digunakan oleh mereka untuk menyerang BN.   Antaranya, kenaikan harga barang, subsidi minyak, AUKU, PTPTN, rasuah, masalah perumahan, masalah sosial, harga kereta yang tinggi serta peluang pekerjaan terhad. 

Kecuali isu ‘peluang pekerjaan terhad’, kebanyakan isu yang disebut telah pun lama dimainkan oleh PKR.  Dan hampir kesemua isu yang dimainkan juga menunjukkan kegagalan, kesilapan atau kelemahan di pihak mereka.  Dalam ertikata lain, serangan mereka tidak menjadi, tertembak diri sendiri atau pun kalah teruk. 

Dalam memainkan semua isu-isu tersebut juga, PKR secara tidak langsung menyerlahkan yang mereka tidak bijak matematik dan gagal ekonomi sepenuhnya.

 


Contohnya, dalam memperkatakan soal PTPTN, PKR telah ditempelak oleh DAP dan juga PAS kerana meletakkan Pakatan Rakyat dalam keadaan sukar.  Akhbar-akhbar Cina yang diketahui cenderung kepada DAP juga menghentam idea penghapusan hutang PTPTN kerana dikatakan memalukan serta tidak praktikal dari segi ekonomi.  

Begitu juga dengan isu mengenai subsidi minyak dan kenaikan harga barang yang merupakan isu global di mana rakyat sedia maklum bahawa sekiranya PKR menjadi kerajaan, mereka juga tidak akan mampu mempengaruhi harga pasaran dunia.  Menjanjikan penurunan harga barang dan harga minyak bagaikan menjanjikan bulan dan bintang iaitu sesuatu yang tidak logik kerana tidak berada di bawah kawalan sesebuah kerajaan sepenuhnya. 

Lebih dari itu, kerajaan sedia ada telah membuktikan keprihatinan dengan mengekalkan subsidi serta memberi bantuan-bantuan lain secara langsung bagi membantu rakyat menghadapi kenaikan kos sara hidup di era ini.  Kerajaan juga telah melancarkan skim rumah pertamaku, sekali gus membuktikan yang kerajaan tidak pernah mengabaikan kebajikan rakyat di kala   PKR hanya mampu berjanji. 

Isu AUKU pula menyerlahkan sikap dwistandard PR apabila MB PAS Kedah, Ustaz Azizan mengarahkan pelajar yang berdemonstrasi agar dikenakan tindakan di bawah Akta tersebut.

 


Percubaan PKR untuk menyerang kerajaan melalui isu rasuah dan masalah sosial di dalam masyarakat juga membuatkan rakyat tersenyum sinis.  Mana tidaknya, jika Ketua Umum PKR itu sendiri terkenal dengan gelaran Bapa Rasuah iaitu ‘perintis’ gejala rasuah di dalam politik.  Pembantu peribadinya yang gaji tidak seberapa mampu memiliki rumah berharga jutaan ringgit.  Isteri sang pembantu merangkap perempuan simpanannya juga menerima gaji puluhan ribu sebulan tanpa perlu bekerja dalam ertikata yang sebenar. 

Kroni-kroninya, termasuk bapa dan abangnya yang dari ‘nobody’ menjadi ‘somebody’ dalam sekelip mata sejurus beliau memegang jawatan dalam kerajaan dahulu.   Dan kini, partinya dan parti-parti sekutu terus bergelumang dalam rasuah, penipuan, manipulasi yang menjadi punca masalah dalaman sehingga memaksa ramai yang keluar parti.  Jika ini bukan rasuah, apa namanya?



Serangan PKR terhadap harga kereta yang tinggi pula menunjukkan yang parti ini tidak punya semangat nasionalis dan sanggup membiarkan industri kereta nasional terjejas atau gulung tikar terus. 

Sementelah dengan itu, kita tunggu sajalah apa yang PKR akan kelentong mengenai peluang pekerjaan di Malaysia memandangkan hanya isu ini saja yang belum dimainkan oleh mereka. 

Walau apapun, kita tahu bahawa negeri-negeri yang diterajui PKR atau PR semuanya menghadapi masalah untuk menambah pelaburan sekali gus meningkatkan peluang pekerjaan.  Satu-satunya peluang pekerjaan yang meningkat dengan begitu drastik di negeri-negeri jajahan mereka adalah dalam bidang hiburan termasuk tukang-tukang urut yang mana tidak memerlukan seseorang itu bersusah payah meminjam PTPTN untuk belajar tetapi hanya berbekalkan gaya dan ‘keberanian’ sahaja. 

Jika inilah saja strategi PKR untuk menghadapi PRU-13, maka jelaslah yang PKR sudah kalah sebelum berkempen.
read more...

PANAS PEMECAH BERITA!!! BAR COUNCIL KANTOI DALAM DIAM


Hahaha.... Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua. Bangkai gajah takkan dapat ditutup dengan nyiru, lama-kelamaan busuknya dapat dibau juga... Rasanya cukup tepat peribahasa ini dengan Bar Council kita yang kononnya cukup TELUS, ADIL dan SAKSAMA dalam melaksanakan tugasan apatah lagi wadah perjuangan mereka yang cukup mulia SEBENARNYA.





Sebelum kita pergi ke isu utama, BB ingin mengimbas satu peristiwa yang telah MENCALIT ARANG ke muka pengamal perundangan di negara kita khususnya yang berada di dalam BAR COUNCIL itu sendiri.

Tanggal 28 April 2012, seluruh rakyat Malaysia boleh menyaksikan pertengkaran di antara Polis dan Ahli Bar Council semasa Bersih 3.0 yang lalu, dengan pihak Bar Council ini cuba memujuk polis untuk membenarkan peserta masuk ke Dataran Merdeka menggunakan surat yang entah dari mana sumbernya.


Tindakan mereka ini lebih menjadi tanda tanya apabila pihak Mahkamah sendiri telah mengeluarkan arahan supaya tidak diadakan sebarang aktiviti perhimpunan termasuk Bersih 3.0 di Dataran Merdeka






Lebih menjelekkan, surat yang tidak tahu asal-usulnya itu dijadikan “SENJATA” oleh peserta Bersih 3.0 untuk memulakan RUSUHAN dan MENYERANG sebuah kereta peronda sehingga kemalangan. Tidak cukup dengan itu, orang yang cuba menyelamatkan anggota polis yang kemalangan juga turut dipukul? 


Semua ini hanya untuk menuntut 8 perkara yang kononnya tidak diamalkan oleh kerajaan ketika ini.

Mari kita lihat video ini pula (sumber KLPOS, hehehe....tq bro, gua tumpang guna)






Video di atas telah menunjukkan dengan jelas tahap berat sebelah Bar Council serta kecenderungan mereka mewujudkan propaganda yang negatif diminda rakyat agar membenci kerajaan. 

Adakah ini bentuk kebebasan dan keadilan yang kita mahukan? Adakah tindakan yang dipelopori oleh sebuah institusi yang bertunjangkan keadilan seperti Bar Council ini “dihalalkan” dan dibiarkan begitu sahaja? Atau telah bertunasnya satu fenomena baru di mana keadilan hanya boleh dituntut dengan kecelaruan dan kekerasan?

Ok, sekarang BB akan BERKONGSI dengan semua pembaca BUKTI akan kecelaruan KONSEP KEADILAN, KETELUSAN dan KETERBUKAAN yang sering diperjuangkan oleh Bar Council. 


Konsep yang mereka TUNTUT kerajaan Malaysia serta Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) contohi. Konsep yang kononnya paling DEMOKRASI!!!!!!!! Konsep yang menghalalkan mereka dan PR untuk berhimpun, berdemo dan merusuh!!!! PTUiii...Ptuiii!!!!

Berikut adalah luahan seorang peguam yang telah diberikan KEADILAN DAN PELUANG mengikut konsep Bar Council. 




ini suratnya.....






nak lebih "CLEAR" klik pada gambar..

dan lagi......





Kalau korang, apa jawapannya????
Wahai sahabatku semua
bukalah mata, bukalah hati
Jangan menyesal kemudian hari

Untuk sebuah bangsa merdeka
jauhlah daripada rendah diri dan hipokrasi
mimpi malam kolonialisme yang ngeri
keluh-kesah hak asasi
menghilang identiti diri.
Untuk sebuah bangsa merdeka
luas dalam horizon perjuangan
tiada lupa akar bangsa
serta sejarah yang mengalurkan nama megahnya
tiada lupa tentang jerit bahasa.
Untuk sebuah bangsa merdeka
teruslah bergelut dengan dilema yang mengganggu citra unggul
semakin kuat ditekan makin kemas berpegang kepada ikatan
bukan nama simbol keris merdeka
tapi semangatnya menjadi tajam hingga akhirnya.
Seperti sebuah jarak padang terbuka
tetap berani dengan kewujudan dirinya
seorang yang memahami tangis bangsa
monolog pada dirinya sendiri
bersyukur kepada hari-hari lalunya.


 -------- SAJAK - MOHD FADZIL YUSOF -------



read more...

KALIMAH ALLAH - Hadi Di Belakang Penolakan PR ke Atas Keputusan Majlis Syura Pas


“Setakat ini, inilah pendirian Pakatan Rakyat berdasarkan kenyataan yang dibentangkan (Presiden Pas), Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat yang lalu,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR) di sini"





Tindakan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim  yang mempertahankan pendirian bersama pakatan pembangkang berhubung isu penggunaan kalimah Allah yang sekaligus dilihat menolak ketetapan oleh Majlis Syura Pas adalah tidak wajar sama sekali.

Timbalan Rektor Al-Madinah International Universiti Dr. Fadlan Mohd. Othman berkata ianya menyalahi etika dan amat-amat tidak wajar perkara itu berlaku kerana keketatapan yang dibuat oleh Majlis Syura Pas adalah berdasarkan pandangan majoriti.

Menurut beliau Anwar sepatutnya perlu mengambil kira  pandangan Majlis Syura Pas dan sewajarnya ketetapan itu  didahulukan memandangkan Majlis berkenaan diwar-warkan dibarisi oleh golongan ulama dan cendekiawan Islam Pas.




“Dalam ilmu tafsir….. pandangan terkini memansuhkan pandangan yang lama dan terdahulu. Justeru bagi saya, sewajarnya pandangan terkini yang perlu diambil kira.  Dan ianya sama sekali amat-amat tidak wajar dan sekaligus menyalahi yang sepatutnya,“ tegas beliau kepada UMNO-Online di sini.

Kata beliau Anwar boleh jatuh dan boleh dikategorikan dalam situasi menghina kredibiliti ulama Pas yang membarisi Majlis Syura parti berkenaan.

“Ini satu perkara yang besar. Kepakaran Anwar adalah dalam politik… dan kepakaran dalam agama adalah orang yang selayaknya. Jadi sama-samalah  kita bermuhasabah,“ katanya.

Ustaz Fadlan seterusnya memetik sabda Nabi s.a.w yang bermaksud : “Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan etika/akhlak yang mulia”.

Kontroversi berhubung penggunaan kalimah Allah di kalangan pembangkang dilihat belum selesai apabila Datuk Seri Anwar Ibrahim mempertahankan pendirian bersama pakatan pembangkang sebelum ini agar kalimah berkenaan boleh digunakan oleh bukan Islam.

Menurut Ketua Pembangkang seperti yang dilaporan Mstar, Pakatan Rakyat kekal dengan pendirian mereka sebelum ini walaupun Majlis Syura Ulama Pas membuat ketetapan bertentangan apabila melarang penggunaanya oleh bukan Islam.

 -MediaUMNO
read more...

Sebab Reader's Digest Klasifikasikan Malaysia Negara Tidak Beradab

Sebuah majalah popular dan berpengaruh, Reader’s Digest telah mengadakan kajiselidik berkenaan adab dan kesopanan di 36 buah negara di dunia. Hasilnya, Malaysia yang mana ‘kesopanan dan kesusilaan’ termaktub di dalam Rukunegara, berada di tempat ke 34 sebagai negara paling tidak beradab.

Rasanya, kebanyakan rakyat Malaysia juga tidak terkejut dengan hasil kajiselidik tersebut.   Yang menjadi persoalannya ialah sama ada kita merasa malu atau mengambil ringan akan perkara ini adalah sesuatu yang wajar diperbahaskan.




Melayu yang mewakili majoriti rakyat Malaysia sebelum ini terkenal dengan sikap lemah lembut dan sopan santun.  Bahasanya beralun indah, marahnya berlapik, peribadinya merendah, geraknya berlenggok lembut.  Itulah Melayu – dahulu.  Namun, semua ini hanya tinggal kenangan. 

Alasan yang diberi apabila perkara ini dibangkitkan ialah ‘survival’ di era yang serba pantas dan canggih menjadikan sikap lemah lembut dan sopan santun tidak relevan lagi.  

Hujah ini tentulah tidak benar kerana bandar yang terpilih sebagai paling sopan di dunia ialah New York yang mana jauh lebih canggih, pantas dan maju.   Kenapa New York iaitu sebuah bandar di negara Mat Saleh yang sering dipersalahkan kerana menyebarkan budaya kuning masih mampu mempertahankan kesopanan dan kesusilaan penduduknya?

Apa yang lebih memalukan bagi Malaysia ialah kerana negara dikenali sebagai negara Islam contoh.  Islam telah mengeluarkan manusia dari kehidupan jahiliah, membawa ketamadunan iaitu kesopanan, adat dan peraturan.  Namun, semua ini langsung tidak terserlah dalam diri rakyat Malaysia, termasuk yang beragama Islam itu sendiri.  

Masalah adab sopan mungkin tidak wajar dikaitkan dengan politik.  Bagaimanapun, kita tidak dapat menafikan bahawa dalam keadaan di mana hampir 80% perkara yang berlaku di dalam negara ini pasti dikaitkan dengan politik oleh rakyatnya, maka pemimpin politik memainkan peranan penting dalam mewarnai sikap rakyat. 

Tiada siapa dapat menafikan bahawa kepimpinan negara, Dato’ Seri Najib Tun Razak mempunyai peribadi yang terpuji.  Lahir dari keluarga yang terhormat, dididik dengan penuh adab sopan dan kesusilaan.  Sifat terpuji beliau terserlah jelas dalam tutur kata dan gerak gerinya.  Begitu juga dengan kesemua Perdana Menteri Malaysia atau pemimpin tertinggi UMNO yang terdahulu.    Kesemua mereka mempunyai latarbelakang pendidikan yang baik, dari keturunan yang baik-baik dan mempunyai keperibadian terpuji.   Ini dapat dilihat dalam percakapan mereka yang lembut dan tenang tak kira di pentas politik, di persada dunia mahupun bersama rakyat jelata.  

Pendek kata, peribadi sopan santun rakyat Malaysia yang sebelum ini kita amat banggakan, adalah diteladani dari pemimpin kita.   Dan sikap biadab rakyat hari ini tidak boleh dipersalahkan ke atas bahu kepimpinan negara, kerana Perdana Menteri kita jelas mewarisi kesopanan dan kesusilaan yang sama hebat dengan kepimpinan terdahulu dan dari susur galur keluarganya. 

Justeru, kita wajar mencari di mana puncanya kebiadapan rakyat Malaysia. 

Sedar atau tidak, hanya selepas lahirnya ‘Reformasi’ yang dibawa oleh Anwar Ibrahim maka rakyat Malaysia tiba-tiba terdedah dengan begitu meluas dengan kebiadaban.    Kata-kata penghinaan, maki hamun, carut mencarut terhadap kepimpinan negara digunakan dan disebar secara meluas dan konsisten di alam maya, lalu dibawa turun ke padang dan kampung melalui pentas-pentas ceramah.  Anwar Ibrahim sendiri terkenal berceramah dengan penuh emosi amarah, kebencian dan dendam kesumat.  

Kemudian PAS juga turut menyemarakkan lagi budaya biadab ini dengan ceramah mencarut, mencaci dan menghina.  

DAP yang sememangnya tidak pernah dididik dengan adab, menambah meriahkan lagi keadaan dengan ceramah yang menghasut dan membakar api perkauman.  

Sejak itu, siri-siri demonstrasi dengan bersikap samseng dan memusnahkan harta benda awam pun bermula.   Pihak berkuasa diperlekeh.  Kepimpinan negara diperleceh.  Sikap hormat-menghormati pun terhapus sama sekali. 

Tak kira yang bertudung, yang berjubah, yang berjanggut semuanya terkinja-kinja memekik-mekik kata-kata maki hamun sesama manusia dan sesama Islam.   Lebih menggerunkan ialah mereka-mereka ini juga mendidik anak-anak mereka dengan sikap biadap yang sama. 

Siapa yang boleh lupa insiden puak PAS menunjuk ‘anu’ kepada Puteri UMNO.   Sedarkah kita bahawa semua ini tidak pernah berlaku di dalam pentas politik kebangsaan sebelum era Reformasi? 

Di celah-celah itu juga, kumpulan LGBT tiba-tiba menyerlahkan diri secara nyata dan meningkatkan lagi kebiadapan ke satu tahap yang lebih tinggi iaitu kelucahan melampau.   

Akhirnya, biadab pun menjadi budaya.  Memijak gambar, menghina bendera sendiri, mengutuk negara sendiri dan seterusnya menayang ponggong di dalam konsert dan di dalam demonstrasi adalah lanjutan dari budaya biadab yang terus dipupuk dan dibaja oleh pemimpin pembangkang.  Rakyat kononnya diseru mereka agar ‘mengekspresi’ diri tetapi apa yang diekspresikan ternyata hanyalah kemarahan, kebencian, dendam yang tidak berasas dan tidak berkesudahan akibat terpengaruh dengan momokan pembangkang. 

Kesimpulannya, Pakatan Rakyat adalah bertanggungjawab dalam mencetus, menyebar, memperkukuh dan meningkatkan budaya biadab di kalangan rakyat Malaysia.  

Sekiranya Malaysia ingin menebus malu berkaitan kajiselidik Readers’ Digest yang menampilkan kita sebagai negara paling biadab, maka PR perlulah ditenggelamkan agar kemurnian budaya beradab sopan rakyat Malaysia dapat dipulihkan.
read more...

Networkedblog

MENARIK

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top