Nuffnang

Produser Drama Saran Artis Buat Pembedahan Untuk Cantik Sepertinya

Huh!!! Ini bukan Hollywood atau Bollywood beb! Ini Mana punya ajaran yang beliau anuti ni? Dah la Islam tu! BB ingat produser ni perlu berhati-hati sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan sebegini. Jangan main-main Beb!!!


"Kalau saya tengok wajah pelakon itu banyak kedut, saya sarankan dia buat pembedahan atau apa sahaja asalkan tampak cantik. Bagi saya jika seseorang itu buat pembedahan itu urusan dia dengan Allah. Kadang-kadang saya kata, kalau dia tidak mampu, saya sanggup taja". 




"Semua itu saya buat demi kebaikan artis itu juga. Kalau dia nampak tua sebelum waktunya, ingat ada orang nak tawar dia berlakon. Bila tak ada tawaran, mana nak masuk pendapatan. Pada saya artis perlu menitik beratkan soal kecantikan tidak kira wanita atau lelaki".


Itulah antara sebahagian saranan daripada produser drama A. Aida kepada artis yang sanggup menaja mereka supaya nampak cantik. 





"Saya tidak takut untuk mengaku setiap bulan saya akan membelanja sekitar RM4,000 hanya untuk kecantikan. Semua pil atau makanan sampingan yang saya ambil dirujuk kepada pakar terlebih dahulu. Saya tidak ambil sembarangan. Begitu juga dengan suntikan vitamin yang saya lakukan di sebuah hospital swasta". 


"Saya mengaku menyuntik vitamin C setiap bulan kerana itu semua untuk kebaikan kerjaya. Memanglah tugas saya lebih kepada berbual atau berkomunikasi dengan pelanggan tetapi apa salahnya kalau orang pandang wajah kita terasa tenang".


 Sumber : Beautifulnara
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top