Berakhir sudah majlis MPAT MBM kali ke 61 yang menyaksikan pemilihan Jawatankuasa kerja serta kepimpinan Majlis Belia Malaysia bagi sesi 2012-2014. Pelbagai ragam anak muda khususnya pemimpin-pemimpin dan perwakilan persatuan belia dari seluruh negara telah berkumpul di Hotel Summit, USJ, Subang semenjak 18 Januari yang lalu.
Dipendekkan cerita, sekitar jam 2. 45 petang tadi Pengerusi Pilihanraya MBM yang dilantik Ketua Eksekutif Persekutuan Pengakap Malaysia, Encik Mohd Zaki Nuru-udin telah mengumumkan keputusan pemilihan itu buat menghilangkan debaran calon-calon yang bertanding.
Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM) sedia ada, Mohamed Maliki Mohamed Rapiee
mengekalkan jawatan itu buat penggal 2012-2014 apabila menang tanpa
bertanding pada pemilihan hari ini.
Gandingan beliau iatu saudara MUA’AMAR GHADAFI JAMAL daripada Gerakan Belia 4B (M) memenangi kerusi Timbalan Presiden, juga tanpa bertanding.
Berikut adalah senarai pemenang bagi jawatan-jawatan yang dipertandingkan kali ini.
Keputusan Pemilihan Jawatankuasa Kerja MBM sesi 2012-2014
1. Pengerusi Tetap
Khairul Anuar
El-Shazali Musa
MBN Perak
2. Timb. Pengerusi Tetap
K. Murali
KBBT
3. Presiden
Mohd Maliki
Mohd Rapiee (Mng Tanpa
Btanding - MTB)
MBN P. Pinang
4. Timb Presiden
Mua'amar
Ghadafi (MTB)
Gerakan 4B (M)
5. Setiausaha Agung
Zaidi Aziz
(MTB)
6. Naib Presiden
- Low Eng Teck
GBBM
- Mandzri bin Nasib
Felda (MBFM)
- Nasrul Ahmad
(MGB Melaka)
- 2 Lantikan
Presiden
(Wanita - akan diumumkan kemudian)
(Borneo - akan diumumkan kemudian)
7. JK Kerja (Exco)
- 12 kerusi
8. 3 Lantikan Presiden
- Ketua
Penerangan (akan diumumkan kemudian)
- Pen. SU (akan diumumkan kemudian)
- Pen.
Bendahari (akan diumumkan kemudian)
Tahniah kepada pemenang. Jaga dan hargailah kepercayaan serta amanah yang diberikan oleh para perwakilan kepada anda semua. Kepada yang tewas, teruskanlah perjuangan saudara-saudara semua dalam mengangkat martabat pembangunan belia di negara kita.
BELIA PENGGERAK TRANSFORMASI!!!
0 Komen:
Catat Ulasan
APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....