Sikap biadap segelintir penyokong Pakatan Pembangkang yang sanggup
memijak gambar pemimpin negara, malah bertindak di luar jangkaan dengan
mencanangkan agar bendera Jalur Gemilang ditukar, disifatkan sebagai
kejayaan ajaran Pakatan Pembangkang dalam menyemai rasa benci terhadap
pemerintah di negara ini.
Menurut Pengerusi Barisan NGO Perak, Mohd Salleh Khan Mohd Jaafar,
sikap dan pendekatan budaya kurang ajar yang disemai oleh Pakatan
Pembangkang ini dikhuatiri boleh mencetuskan ketegangan dan salah faham
di kalangan rakyat di negara ini.
“Inilah perkara yang paling kita takuti apabila hilangnya rasa
bersalah di kalangan rakyat apabila membuat kesalahan. Hari ini jelas,
atas nama dan kepentingan politik mereka, segala bentuk sikap biadap dan
kurang ajar dibenarkan demi untuk menjatuhkan kredibiliit dan maruah
kepimpinan kerajaan yang sedia ada.
“Sebagai contoh, membuka seluar di khalayak ramai dengan
memperlihatkan punggung di atas gambar pemimpin, memijak dan menghina
pemimpin negara merupakan satu perbuatan yang tidak beradaB. Namun
jelas, tidak ada perasaan bersalah dalam diri mereka yang melakukan
perkara tersebut, bahkan mereka ini bergembira dengan sikap tidak
senonoh dan jijik itu serta ianya dianggap sebagai satu perjuangan
rakyat.
“ Apakah ini yang Pakatan Pembangkang mahu, anak-anak muda jadi
kurang ajar serta tidak hormat kepada hak-hak orang lain semata-mata
atas kepentingan politik mereka? Jika inilah nilai-nilai yang cuba
disemai oleh kepimpinan Pakatan Pembangkang terhadap rakyat di negara
ini, kami khuatiri provokasi seperti ini akan mencetuskan keadaan yang
lebih buruk sekiranya ia tidak ditangani secara serius,” jelas beliau
kepada UMNO Online di sini hari ini.
Tambahnya lagi, sesuatu harus dilakukan oleh pihak yang terbabit
dalam menyekat usaha pihak Pakatan Pembangkang yang kini dilihat sedang
rancak menyemaikan benih-benih kebencian terhadap kepimpinan kerajaan
yang dipilih oleh rakyat hari ini.
“Tindakan provokasi yang tidak bertamadun serta tidak bermoral ini
seolah-olah bagaikan satu usaha untuk mewujudkan situasi tegang di
kalangan rakyat, yang kami yakin sekiranya tidak dibendung, ia akan
menyebabkan impak yang lebih besar seperti berlakunya huru hara dan
sebagainya.
“Sekiranya perkara seperti ini terus dibiarkan, maka keamanan dan
keharmonian negara boleh hancur dengan sikap biadap dan kurang ajar
segelintir rakyat yang terpengaruh dengan hasutan dan dakyah Pakatan
Pembangkang seperti yang dapat kita lihat hari ini.
“Hari ini, belum lagi berkuasa, mereka sudah memperlihatkan sikap
seperti telunjuk menjolok mata. Cuba kita bayangkan sekiranya mereka
berjaya menguasai negara, sudah tentu sikap biadap dan kurang ajar
mereka akan lebih lagi dari apa yang kita dapat lihat hari ini,” tegas
beliau lagi. -MediaUMNO
0 Komen:
Catat Ulasan
APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....