Nuffnang

Badminton Terbuka Malaysia 2013 : Dato Lee Chong Wei Pertahan Kejuaraan Buat Kali Ke 9

PEMAIN nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei menjuarai Kejohanan Terbuka Malaysia 2013 hari ini buat kali kesembilan.

Kemenangan beliau dicapai selepas menewaskan Sony Dwi Kuncoro dari Indonesia  21-7 dan 21-8.

Dato Chong Wei sebelum ini menjuarai Terbuka Malaysia pada tahun 2004, 2005, 2006, 2008, 2009, 2010, 2011 dan 2012.





Terdahulu Beregu campuran nombor satu negara, Chan Peng Soon dan Goh Liu Ying nyata kecewa dengan persembahan mereka apabila kalah kepada pasangan Denmark, Joachim Fischer Nielsen dan Christinna Pedersen pada perlawanan akhir Kejohanan Badminton Super Siri Maybank Terbuka Malaysia 2013.

Pilihan utama kejohanan itu kalah 13-21 dan 18-21 kepada Nielsen dan Pedersen yang merupakan pilihan kedua dalam masa 45 minit sekaligus meleburkan harapan mereka untuk menjulang kejuaraan buat kali pertama.

"Saya rasa kami boleh main lagi bagus daripada hari ini...kami kalah kepada mereka (Nielsen dan Pedersen) sebab terlalu ingin cepat menghabiskan permainan terutama pada set kedua.

"Saya rasa kami perlu lebih banyak belajar daripada beregu campuran ternama dunia yang lain sekiranya ingin berjaya pada masa depan," kata Peng Soon ketika ditemui pemberita selepas perlawanan di Stadium Putra, Bukit Jalil, di sini hari ini.

Tahniah Dato Lee Chong Wei kerana membuktikan bahawa perkahwinan bukan penghalang bagi mencapai kemenangan.
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top