Pemuda UMNO mencabar Ketua Menteri Pulau
Pinang Lim Guan Eng menyatakan pendiriannya berhubung isu kalimah Allah
susulan keputusan Majlis Syura Pas bahawa kalimah itu khusus untuk agama
Islam.
Ketua Penerangannya Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata
pihaknya hairan kerana sehingga hari ini, Lim yang juga Setiausah Agung
DAP, hanya membisu dan enggan mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung
isu tersebut.
“Beliau yang mulakan perkara ini (kontroversi isu kalimah Allah),
tetapi selepas mengeluarkan kenyataan itu Lim hanya mendiamkan diri dan
saya difahamkan beliau juga cuba mengelak apabila ditanya media.
“Mengapa perlu takut, kalau berani minta beranilah jawab, sekutu
mereka (Pas) sudah beri jawapan dan sekarang DAP dan PKR pula perlu
tampil dengan pendirian mereka. Saya pasti semua orang sedang tunggu
(pendirian parti),” katanya di sini hari ini.
Beliau ditemui selepas Majlis Penyampaian Bantuan Persekolahan RM100
kepada 600 pelajar di kawasan Parlimen Kepala Batas yang dirasmikan
bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi selaku Anggota Parlimen
Kepala Batas.
Isu itu dibangkit oleh Lim semasa berucap sempena sambutan Krismas
lepas, menggesa kerajaan persekutuan membenarkan penganut Kristian
menggunakan kalimah ‘Allah’ dalam Bible bahasa Melayu.
Kenyataan itu mendapat bantahan pelbagai pihak, namun pemimpin parti
sekutu DAP termasuk Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan
Mursyidul Am Pas, Datuk Abdul Nik Abdul Aziz serta penasihat PKR Datuk
Seri Anwar Ibrahim menyetujuinya.
Bagaimanapun susulan keputusan majlis syura itu, Abdul Aziz mengubah
pandangan yang bukan sahaja tidak bersetuju dengan Lim, tetapi juga
menegaskan kalimah Allah hanya merujuk Tuhan Yang Satu dan perbuatan
menggunakannya untuk agama lain adalah mengarut.- Umno Online
Reezal yang Ketua Pemuda UMNO Kepala Batas turut menuntut Lim menarik balik kenyataannya itu.
0 Komen:
Catat Ulasan
APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....