KUALA LUMPUR - Petronas hari ini mengumumkan penemuan minyak dan gas di telaga Adong Kecil West-1 di Blok SK333, di laut Sarawak, penemuan minyak dan gas, pertama di laut Malaysia selepas 24 tahun.
Syarikat minyak negara itu berkata penemuan kali terakhir di laut ialah di Medan Asam Paya pada 1989, juga di Sarawak.
Petronas berkata telaga Adong Kecil West-1, terletak kira-kira 20km di timur laut pekan Miri, digerudi oleh JX Nippon Oil & Gas Exploration (Onshore Sarawak) Ltd, operator bagi Blok SK333, bersama-sama rakan usaha samanya, Petronas Carigali Sdn Bhd.
Ia berkata, telaga itu digerudi pada kedalaman 3,170 meter dan menemui kira-kira 349 meter ketebalan hidrokarbon bersih.
Dua ujian gerudi merealisasikan kadar aliran kira-kira 440 tong minyak sehari dan 11.5 juta meter padu standard gas sehari, katanya menerusi satu kenyataan hari ini.
Petronas berkata, penilaian teknikal sedang dijalankan oleh operator bagi menentukan jumlah sumber di medan terbabit.
"Berdasarkan keputusan penggerudian, terdapat tanda-tanda bahagian lebih dalam di kawasan laut, yang mungkin berpotensi tinggi mengandungi hidrokarbon.
"Bagaimanapun, menerusi tekanan lubang bor yang tinggi, operasi penggerudian lebih mencabar untuk kolam yang lebih dalam dan dermaga dengan spesifikasi tinggi diperlukan untuk menguji jarak terbabit," kata Petronas.
Setakat ini, tiga penemuan dibuat di laut Sarawak, iaitu Miri, Asam Paya dan medan Adong Kecil West.
Menerusi penemuan ini, Petronas berkata ia sudah membuktikan laut Sarawak mempunyai potensi untuk penemuan lebih banyak minyak dan gas dengan medan Miri, medan minyak pertama Malaysia, ditemui pada 1910.
Aktiviti lanjut di laut itu akan dilakukan oleh syarikat usaha sama terbabit dalam menyokong Petronas mencergaskan semula eksplorasi minyak dan gas di laut Malaysia. - Bernama
Hmm... Bertuahnya Bumi Malaysia. Pelbagai Kurnia diberikan Tuhan Kepada Kita.
0 Komen:
Catat Ulasan
APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....