Nuffnang

GHAIRAH : 61 REMAJA DITAHAN NIKMATI TARIAN TIANG

KUALA LUMPUR – Seramai 61 remaja yang sedang berseronok menyaksikan aksi panas penari-penari tiang adalah antara yang ditahan dalam serbuan Ops Noda di sebuah pusat hiburan di Jalan P. Ramlee di sini, awal pagi tadi.





Pusat hiburan  itu menggunakan khidmat penari tiang bagi menarik ramai pelanggan termasuk mereka bawah umur.

Kelab malam ini dipercayai baru beroperasi empat minggu menyajikan 'hidangan' yang menjolok mata apabila penari wanita hanya memakai coli serta seluar dalam mempamerkan aksi ghairah kepada para pengunjung saban malam.

"Pelanggan akan dihiburkan dengan tarian ghairah di atas pentas,  penari itu akan melakukan aksi panas dan memanjat tiang setinggi kira-kira tiga meter, mereka akan melakukan persembahan kira-kira 15 minit pada jam 10.45, 11.45 malam dan 1.30 pagi, " kata Pegawai Turus Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Kuala Lumpur, Deputi Superintendan Azman Mat Isa.

Kesemua mereka ditahan dalam operasi sekitar jam 1 pagi tadi.





Azman berkata, polis memeriksa hampir 217 pengunjung di premis tersebut dan turut menahan enam penari tiang wanita warga tempatan.“Kita juga dapati pusat hiburan itu tidak mempunyai lesen perniagaan sah atau permit pusat hiburan.

"Semua remaja itu kemudian dibawa ke Ibu Pejabat Polis (IPD) Dang Wangi untuk diambil keterangan sebelum penjaga atau ibu bapa mereka dihubungi bagi mengambil semua mereka," katanya.

Sumber : Sinar Harian
read more...

ZIANA MAHU ANUAR KAHWIN

Rasanya dah terlalu lama berita perkahwinan penyanyi sensasi Anuar Zain dinantikan oleh ramai pihak. Namun sehingga ke hari ini tiada sebarang tanda yang menunjukkan Anuar bakal menamatkan zaman bujangnya.




Kakak kepada penyanyi lelaki bersuara merdu ini, Ziana Zain turut menyatakan hasratnya untuk melihat Anuar mendirikan rumahtangga memandangkan umur Anuar kini sudahpun mencecah 42 tahun. Bagi Ziana, dalam umur begitu Anuar perlu memikirkan soal jodohnya.
Menurut Ziana;

“Sebagai kakak saya ingin melihat adik saya walaupun saya tidak bertanya hal tu kerana bimbang persoalan itu agak sentitif.”
Ziana sendiri tidak kisah siapakah calon adik iparnya asalkan wanita itu dapat membahagiakan adiknya . Beliau juga menafikan bahawa adiknya cerewet dalam memilih pasangan dan turut berkongsi bahawa Anuar suka wanita yang bijak untuk dijadikan suri hidupnya .

Sumber : Rentak Artis
read more...

HOMOSEKSUAL : PENAFIAN AMRAN SERTA ULASAN HARUN SANI DAN FATHUL BARI




SECARA fitrah, setiap manusia ada rangsangan seksual dan secara normal manusia tertarik kepada jantina berlainan jenis. Gangguan seksual di luar fitrah adalah tidak normal dan manusia perlu berusaha untuk menjauhinya, malah mengikis perasaan sedemikian.



Kecenderungan sedemikian adalah satu penyakit. Ia berupa ketagihan atau kegilaan yang sukar dibendung manusia yang tunduk kepada nafsu dan bukannya ajaran Islam.

Dengan sebab itu, agama merawatnya melalui bentuk hukuman berat apabila didapati bersalah dalam hubungan songsang seperti hukuman rotan sama dengan kesalahan zina.

Selain itu, individu itu sendiri perlu mengubahnya. Kelakuan songsang sukar untuk dibuktikan dan disabitkan kesalahan. Bagaimanapun, keadaan dunia sekarang sudah berubah apabila manusia mulai mengakui terbabit dalam kelakuan songsang secara terbuka.

Mungkin apa yang berlaku di zaman Nabi Luth kembali menyerang masyarakat sekarang. Sebenarnya, budaya homoseksual akan menghancurkan diri dan masyarakat manusia seperti yang pernah terjadi di zaman Nabi Luth.





Mereka yang terbabit itu sudah merosakkan diri dan jiwa pasangannya. Daripada seorang lelaki yang berjiwa kental dan perkasa ia menjadi lemah lebih-lebih lagi pasangannya yang sudah menjadi ‘effeminate’ (lelaki lembut yang mempunyai peribadi seorang wanita).

Perkara utama yang perlu anda lakukan ialah bertaubat kepada Allah dengan sebenar-benar taubat, iaitu berazam tidak mengulangi tabiat buruk itu.

Ia membabitkan perubahan dalaman termasuk dalam persoalan membina akhlak mulia dan baik. Antara akhlak dan nilai utama yang perlu ditanam dalam diri seseorang ialah nilai kebijaksanaan berdasarkan ilmu, nilai berani, menjaga maruah diri dan adil.

Mempunyai akhlak dan peribadi berdasarkan empat nilai utama itu, seseorang dapat menjaga diri, masyarakat dan negara. Ini ditambah dengan nilai keagamaan seperti patuh kepada perintah Allah.

Sebenarnya, kebebasan manusia secara sepenuhnya (al-bara’ah al-asliyyah) sudah dibatalkan (nasakh) dalam Islam apabila setiap individu Muslim perlu beribadat hanya kepada Allah dan perlu mematuhi perintah-Nya.

Apabila setiap Muslim memahami perkara itu, segala larangan Allah dapat dipatuhi tanpa banyak alasan. Seterusnya kita mesti ingat bahawa kehidupan di dunia bukannya kekal dan setiap orang akan kembali kepada Allah.

Segala kewajipan dan larangan yang dikenakan ke atas manusia akan disoal di akhirat nanti. Dengan adanya perasaan takut kepada Allah, ingat kepada mati dan hari akhirat seseorang dapat mengelak daripada terjebak melakukan aktiviti songsang.
read more...

RTC : PELUANG UNTUK ORANG MUDA JANA EKONOMI





IPOH, 17 Feb (Bernama) -- Kira-kira empat dekad lalu, kebanyakan kampung di seluruh negara dalam keadaan serba kekurangan dari segi kemudahan asas.

Penduduk kampung mendapatkan bekalan air daripada perigi atau sungai, bergantung kepada pelita minyak tanah atau "lampu ayam" sebagai sumber cahaya waktu malam, menggunakan kayu api untuk memasak, jalan masih tanah merah, jauh sekali untuk memiliki barang mewah seperti televisyen.

Semua itu kini tinggal sejarah. Terima kasih kepada kerajaan yang menyedari suasana itu perlu berubah untuk rakyat menikmati sebuah kehidupan yang lebih baik dan selesa.

Usaha transformasi masyarakat luar bandar itu dimulakan oleh perdana menteri kedua Tun Abdul Razak Hussein yang membawa masuk pelbagai kemudahan asas, peluang pendidikan yang lebih luas, menempatkan penduduk luar bandar ke pembangunan tanah rancangan dan memperkenalkan dasar-dasar yang memastikan tiada siapa pun tercicir daripada pembangunan arus perdana.

Walaupun banyak kemajuan telah dicapai, dengan taraf kehidupan penduduk meningkat, usaha membantu dan memajukan penduduk luar bandar masih diteruskan dan kali ini anak allahyarham Tun Razak, Datuk Seri Najib, perdana menteri keenam, menerajui usaha itu.






Untuk mendekati dan membantu masyarakat luar bandar, Najib percaya Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) yang dicadangkan oleh Malaysian Blue Ocean Strategy Institute (MBOSI) akan membawa kesan yang diharapkan.

PLATFORM LONJAK EKONOMI

Inisiatif menubuhkan RTC di bawah teras Strategi Lautan Biru Kebangsaan 4 atau National Blue Ocean Strategy 4 (NBOS4) bermatlamat untuk menjadi penghubung masyarakat luar bandar dengan aktiviti yang mempunyai nilai tambah yang tinggi bagi mewujudkan impak ekonomi dan pendapatan berganda.

RTC Gopeng yang terletak di Terminal Agribisnes Negara (Teman) juga dijangka mengimbangi kepesatan pembangunan di bandar dan wilayah yang lain.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Shafie Apdal ketika mengadakan perjumpaan dengan Ketua-ketua Kampung negeri Perak di RTC Gopeng berkata pusat itu akan menjadi perintis kepada semua RTC yang akan dibuka di seluruh negara.

"RTC akan menjadi nadi kepada peningkatan pendapatan serta aktiviti ekonomi luar bandar. RTC antaranya dapat meningkatkan mata pencarian, produk luar bandar dapat dipasarkan dan dalam tempoh yang panjang, ia dapat dieksport," katanya.

Beliau berkata KKLW dan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani adalah dua kementerian yang menerajui pelaksanaan program di bawah RTC di samping mendapat kerjasama kementerian lain seperti Kementerian Pengajian Tinggi, Kementerian Kesihatan dan Kementerian Kewangan.

RTC juga adalah pusat integrasi perkhidmatan meliputi pengumpulan, pemprosesan dan pengedaran hasil pertanian, perbankan dan insurans, khidmat nasihat perniagaan, latihan dan kemahiran, penjagaan kesihatan dan ruang niaga.

RTC Gopeng dan RTC di Wakaf Che Yeh, Kelantan yang sudah beroperasi akan juga berperanan sebagai platform bagi golongan muda luar bandar untuk mendapatkan peluang pekerjaan dan melatih diri dalam bidang kemahiran tertentu.

KERJASAMA PIHAK SWASTA

Ketua Setiausaha KKLW Datuk Ibrahim Mohamad berkata RTC Gopeng diwujudkan khusus demi kemudahan semua penduduk dalam lingkungan 100km dari pusat berkenaan.

RTC Gopeng ialah hentian setempat bagi hampir semua jabatan yang berurusan dengan orang ramai seperti -- Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Imigresen, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), YAPEIM, Yayasan Tekun, Pos Malaysia, Klinik Kesihatan dan Agro Bank.

Pusat itu juga menyediakan perkhidmatan swasta seperti Kontena Nasional yang menawarkan kemudahan logistik pemasaran produk.

Ketua Pengarah Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) Ahmad Ishak pada taklimatnya awal Februari lepas, menarik perhatian bahawa pihak swasta juga memainkan peranan dalam usaha merancakkan semua aktiviti RTC Gopeng.

Hipermarket borong akan beroperasi di premis itu yang mana ia bekerjasama dengan usahawan tani bagi mengedar hasil pertanian ke seluruh rangkaian pasarannya di negara ini.

"Jalinan kerjasama swasta, rakyat dan jentera kerajaan sememangnya dapat memajukan negara, di mana kesan limpahannya merangkumi penduduk di Perak, Pahang (Cameron Highlands), Kelantan (Lojing) dan Selangor (Sabak Bernam).

LAPAN INISIATIF UTAMA RTC

RTC menggerakkan lapan inisiatif utamanya yang telah digariskan iaitu pertama bergerak sebagai penyedia peluang latihan berterusan kepada masyarakat luar bandar di RTC dan kawasan sekitarnya dengan matlamat menambah pengetahuan, kemahiran dan keupayaan masyarakat luar bandar untuk meningkatkan pendapatan, peluang pekerjaan serta taraf hidup.

Latihan keusahawanan, motivasi, pembungkusan, penjenamaan, persembahan produk, pengurusan makanan ternakan, teknik fertigasi dan kemahiran elektronik turut ditawarkan.

RTC turut menjadi tempat Kios Informasi 1Malaysia yang merupakan pusat maklumat setempat yang menggabungkan informasi dan perkhidmatan yang ditawarkan pelbagai kementerian.

RTC juga menjadi platform kepada sektor pertanian bernilai tinggi dan membangunkan usahawan dalam bidang pemprosesan makanan untuk pasaran tempatan dan global.

Pusat ini juga menyediakan kemudahan perkhidmatan pembiayaan mikro kredit di bawah pemantauan Kementerian Kewangan.

KARNIVAL RTC GOPENG

Sempena perasmian RTC Gopeng oleh Perdana Menteri pada Sabtu, 18 Feb, Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) mengadakan Karnival RTC.

Pengarah Fama negeri Perak Basri Jasmo berkata program itu bertujuan memperkenalkan RTC sebagai pusat pengumpulan dan pemasaran hasil dan produk pertanian dari luar bandar.

Sebanyak 15 agensi kerajaan akan membuka kaunter mereka sepanjang karnival itu mulai 10 pagi hingga 5 petang. Antaranya ialah Polis Diraja Malaysia yang mengadakan pameran kenderaan, senjata, sejarah dan kerjaya, pertunjukan unit udara, forensik serta pameran pemusnah bom.

Orang ramai berpeluang mengambil bahagian dalam pelbagai aktiviti yang dirancang sempena karnival RTC Gopeng itu seperti pameran, jualan produk, pertandingan hiasan, persembahan seni pertahankan diri, seminar keusahawanan, pertandingan futsal dan pameran kerjaya.

-- BERNAMA
read more...

KOTAKAN JANJI : BELIA SELANGOR BANGKIT TUNTUT JANJI KERAJAAN

SHAH ALAM, 17 Feb- Golongan belia dari semua peringkat persatuan belia di negeri Selangor mahukan dan menggesa Kerajaan Negeri Selangor dan Kerajaan Pusat di bawah Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air menyelesaikan isu bekalan air bersih di negeri Selangor dengan segera. Timbalan Pengerusi Majlis Belia Selangor, Badrul Hisham Badrudin berkata, dari laporan media cetak dan elektronik difahamkan sudah banyak kali kedua-dua pihak telah bermesyuarat akan tetapi gagal membuat sebarang keputusan.

 




”Semalam EXCO Kerajaan Negeri Selangor Dr Xavier Jayakumar telah memaklumkan bahawa Kerajaan Selangor akan menggunakan kaedah proses pengambilan air mentah dari bekas-bekas lombong, pengambilan dan penapisan air sungai, penggunaan air hujan dan air mentah dari takungan hujan.


“Sebelum ini perbincangan kedua pihak gagal kerana Kerajaan Negeri Selangor menangguhkan kelulusan berhubung 3 perkara berikut iaitu pengambilan balik tanah hak milik, penggunaan tanah rizab hutan simpan dan kelulusan arahan pembangunan daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Pelaksanaan Projek Penyaluran Air Mentah dari Pahang ke Selangor telah berjalan mengikut jadual yang dirancang, namun pelaksanaan Projek Loji Rawatan Air Langat 2 telah mengalami kelewatan yang sangat kritikal,“ ujarnya dalam satu kenyataan kepada UMNO-Online. Tegas beliau persoalannya sekarang mengapakah Kerajaan Negeri masih berdegil tidak mahu memberi kerjasama kepada Kerajaan Pusat sebaliknya mereka telah mencadangkan perkara yang lain pula.




“Bukankah cadangan mereka ini juga memerlukan jumlah kewangan yang besar menggunakan duit rakyat Selangor? Bukankan anak syarikat negeri Kumpulan Darul Ehsan (KDEB) yang dipilih untuk meneraju pemindahan air mentah ini kroni kepada kerajaan negeri? Apakah jaminan Kerajaan Negeri Selangor tidak akan memilih syarikat perunding dari luar untuk membuat kerja-kerja ini seperti yang berlaku di Pulau Pinang di mana syarikat perunding luar dari Singapura yang dilaporkan menjadi perunding untuk membina rumah kos rendah?


“Jika Kerajaan Negeri betul-betul serius dengan permasalahan air di Selangor mengapakah baru sekarang dicadangkan perkara di atas, sepatutnya dari 2008 lagi. Adakah Kerajaan Negeri baru Yakin bahawa tahun 2014 Lembah Kelang termasuk Selangor tidak akan mengalami masalah air, maka cadangan-cadangan ini diunjurkan sekarang. Berapa lamakan cadangan-cadangan ini dapat direalisasikan? Berapakah jumlah kos yang akan dibelanjakan duit rakyat Selangor?,“ ujarnya lagi.


Unjuran yang dibuat oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) menunjukkan bahawa permintaan bekalan air terawat pada tahun 2011 di Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya dijangka meningkat kepada 4,631 juta liter sehari, iaitu melebihi keupayaan pembekalan sebanyak 4,431 juta liter sehari dengan defisit bekalan sebanyak 200 juta liter sehari. Menjelang akhir tahun 2014 pula, defisit bekalan dijangkakan meningkat kepada 703 juta liter sehari dengan permintaan bekalan air terawat dijangkakan meningkat kepada 5,349 juta liter sehari berbanding keupayaan pembekalan sebanyak 4,646 juta liter sehari.


“Kami juga kesal dengan sikap Kerajaan Negeri Selangor kerana memandang rendah kredibiliti, keupayaan dan profesionalisme pegawai-pegawai kerajaan dan agensi-agensi kerajaan yang mempunyai kemahiran dalam membuat penyelidikan dan laporan berkenaan permasalahan air ini. “Oleh itu, kami mendesak agar Kerajaan Negeri Selangor tidak lagi berdolak dalih, menuding jari dan menghenti mempolitikkan isu air di Selangor ini. Kami tidak yakin dengan janji Kerajaan Negeri Selangor kerana janji pilih raya dahulu pun masih tidak tertunai lagi, apatah lagi isu besar seperti ini dapat diselesaikan,“ ujarnya yang juga Pengerusi Gerakan Belia 4B Negeri Selangor. -MediaUMNO
read more...

PELUANG ORANG MUDA BERSAMA TUN MAHATHIR

Kementerian Belia dan Sukan akan mengadakan satu program bicara minda bersama pemimpin tercinta kita iaitu YABhg. Tun Dr. Mahathir Mohamad atau lebih dikenali sebagai Che Det. Beliau merupakan bekas Perdana Menteri Malaysia yang berkhidmat paling lama iaitu selama 22 tahun dan beliau akan berkongsi segala pengalaman bersama anda semua terutama dalam bidang kepimpinan.





Maklumat program adalah seperti berikut:
TARIKH : 24 FEBRUARI 2012 (JUMAAT)
TEMPAT : DEWAN TUN DR. ISMAIL, PWTC, KUALA LUMPUR
MASA : 8.30 PAGI – 1.00 PETANG

PAKAIAN : FORMAL

Untuk menyertai program ini sila lengkapkan maklumat berikut:
  1. Lengkapkan borang kehadiran di dalam link berikut: Borang Kehadiran
  2. Sila sahkan kehadiran anda di laman jemputan facebook di link berikut : Laman Jemputan
Untuk maklumat lanjut sila hubunggi pegawai berikut:
 
 
CIK NURUL ADIBAH – 017-4191190
EN. MOD NADZRI – 013-3479063 / modnadzri@kbs.gov.my
EN.ASRUL – 03-88713294 / asrulabu@kbs.gov.my
CIK MARCELLA – 012-6746640 / marcella@kbs.gov.my
 
 
SILA SAHKAN PENYERTAAN ANDA SEBELUM 21 FEBRUARI 2012.
 
 
Kepada semua yang menjadikan beliau sebagai Idola dan Ikon dalam hidup anda, pasti tidak mahu melepaskan peluang duduk dan bersama-sama menjana minda untuk menjadi seseorang dan mungkin pemimpin yang lebih baik di masa hadapan. Penyertaan adalah TERHAD kepada 1000 orang sahaja.





read more...

KARPAL SINGH DESAK ANWAR BERTAUBAT

Hampir seminggu kehadiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di sambutan Thaipusam, Batu Caves menjadi buah mulut malah menjadi bahan politik oleh pembangkang untuk memperlekehkan pegangan agama beliau.

Bagaimanapun semalam Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria telah tampil untuk menjernihkan keadaan apabila mengesahkan bahawa Datuk Seri Najib tidakpun melanggar syarak ketika menghadiri majlis tersebut.


Kehadiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada sambutan Thaipusam di Batu Caves, baru-baru ini tidak menyalahi hukum syarak, kata Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria.


Beliau berkata, sebagai seorang pemimpin, tidak salah untuk Perdana Menteri bersama-sama dengan kaum lain dalam perkara yang berkaitan dengan adat.
“Sekiranya tiada niat untuk merayakan atau reda dengan perbuatan agama lain tidak mengapa, tetapi kalau sama-sama merayakan baru tidak boleh”.Utusan Malaysia
Penjelasan Tan Sri Harussani itu mungkin dilihat terlewat bagi sesetengah kita, namun yang penting kebenaran telah terungkai & persoalan telah terjawab.

Sekadar imbasan semula berikut dipaparkan beberapa photo yang menjadi kontroversi terutama selepas komen awal oleh Mufti Perak semasa diajukan perkara tersebut oleh wartawan.



Antara photo yang acapkali dimanipulasikan oleh pembangkang sebagai gambaran ‘kelonggaran akidah’ Datuk Seri Najib & isteri ialah photo kedua yang memaparkan kalungan bunga yang agak besar sewaktu di majlis Thaipusam tersebut.

Bagaimanapun realitinya photo tersebut sebenarnya tidakpun menunjukkan Perdana Menteri & isteri telah syirik ataupun longlai akidahnya, sebaliknya lebih kepada menerima penghormatan semata-mata.
Tambahan pula, kehadiran beliau & isteri adalah kerana undangan & memenuhi jemputan selaku ketua negara yang berbilang bangsa & agama.

Tiada istiadat keagamaan Hindu yang beliau ikuti dan tidak pula wujud iktikad yang menyekutukan Allah s.w.t. Dalam pada itu di ketika isu yang menyelubungi Perdana Menteri & isteri telah diketahui hujung pangkalnya, kini di alam maya telah tersebar beberapa photo lain yang melibatkan beberapa pemimpin pembangkang.

Antara photo yang agak menarik ialah perbandingan beberapa keping photo dengan tajuk “Wal Halalku.. Walharammu..”




Jika dilihat kesemua 4 keping photo Datuk Seri Najib tersebut ternampak jelas ia lebih kepada kehadiran beliau atas dasar sebagai pemimpin negara tanpa melibatkan diri dalam ritual keagamaan lain.

Bagaimanapun 4 photo lain di sebelah kanan seakan menceritakan sebaliknya. Ada pepatah menyebut “sekeping gambar membawa seribu satu makna”.

Namun kesemua gambar di bahagian kanan itu menuntut penjelasan yang panjang lebar kerana terlalu banyak warna warni gambaran maknanya hingga terdetik dalam hati kita persoalan, “adakah mereka sengaja & redha untuk melakukannya?”.

Apa Pandangan anda terhadap gambar gambar Anwar di bawah pula? 










read more...

TERKINI : ANWAR JANGKA PRU 13 LEBIH AWAL

BANGKOK 15 Feb. - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim meramalkan pilihan raya umum ke-13 akan diadakan lebih awal dari yang dijangkakan, sama ada pada Mei atau Jun ini.




Beliau berkata, pemimpin parti campuran pembangkang dalam Pakatan Rakyat semasa mesyuarat mereka baru-baru ini, menjangkakan pilihan raya umum akan diadakan pada bulan itu.


Katanya, mereka membuat jangkaan itu berdasarkan pada pelbagai bantuan yang diberikan kerajaan kepada rakyat bulan depan.


"Tetapi saya fikir ia akan diadakan lebih awal. Kenapa kerana saya boleh baca fikiran mereka kerana saya juga pernah antara salah seorang daripada mereka,” katanya pada majlis “Sepetang dengan Anwar Ibrahim” di Kelab Koresponden Asing Thailand (FCCT), di sini, malam tadi.

Penggal lima tahun kerajaan sekarang akan tamat pada Mac tahun depan. — BERNAMA

BB : Wa jumpa Pak Belalang semalam, katanya habis padi dan tanaman di makan belalang pada bulan Mac. Hmmm...entah la
read more...

SBPA : BERITA BAIK UNTUK PENJAWAT AWAM



PUTRAJAYA 14 Feb. - Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) yakin segala masalah berbangkit berhubung Skim Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) akan dapat diselesaikan lebih awal iaitu sebelum tempoh ditetapkan untuk pasukan khas itu membuat semakan yang berakhir 16 April ini.


Presidennya, Datuk Omar Osman berkata, selepas bermesyuarat sebanyak tiga kali, pihaknya mendapati anggota jawatankuasa pasukan khas itu juga semakin terbuka dalam mendengar pandangan dan maklum balas daripada Cuepacs."Dalam perbincangan hari ini, suasana tenang sedikit selepas dua mesyuarat petugas khas berjalan.


Kita berbincang dengan baik dan dalam perbincangan, kita harap SBPA dapat diselesaikan sebaik mungkin," katanya kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat ketiga pasukan petugas khas itu di sini hari ini. Beliau berkata, selain mengambil perhatian mengenai aduan-aduan individu berhubung SBPA, lima tuntutan utama Cuepacs sebelum ini masih dibincangkan pada mesyuarat kali ini.


Lima tuntutan itu ialah mengkaji semula prinsip pemindahan gaji penjawat Gred 54 ke bawah; mengekalkan status kekananan penjawat dalam Skim Saraan Malaysia (SSM); mengkaji semula tangga gaji maksimum; menyenaraikan penjawat yang layak memperoleh kenaikan gaji tujuh hingga 13 peratus dan menyemak semula penstrukturan kenaikan gaji bagi semua gred.Omar berkata, mesyuarat pasukan petugas khas seterusnya dijangka diadakan pada 22 Februari ini. - BERNAMA
read more...

GEMPAR! VIDEO POCONG MENGGANAS DI PUSAT KARAOKE

Awas........





Kepada sahabat-sahabat di luar sana, berhati-hatilah, pilihlah pusat karaoke yang sesuai dan selamat supaya tidak mengalami kejadian yang sama.

read more...

VALENTINE DAY - KUPASAN DR ASRI


Hari Kekasih atau lebih tepat disebut Valentine Day diraikan oleh penganut agama Kristian pada 14 Februari setiap tahun. Tujuan ia diraikan adalah sebagai memperingati dua orang paderi bernama Valentine yang berasal dari Rom dan Terni. Kedua-dua paderi tersebut dikatakan telah mati demi mempertahankan agama Kristian.


Hari Valentine pada awalnya tidak sedikitpun berkait dengan cinta asmara. Ia dikatakan hanya dikaitkan dengan pengorbanan terhadap agama. Namun setelah puisi yang dikarang oleh Geoffrey Chaucher untuk majlis ulangtahun pertunangan Raja Richard II disalahertikan oleh pembaca, Hari Valentine menjadi sinonim dengan cinta dan kasih sayang.



Di seluruh dunia ramai yang turut meraikan hari tersebut walaupun berbeza pegangan agama. Ia diraikan dengan memberi hadiah, coklat, kad ucapan dan bunga-bungaan kepada pasangan masing-masing. Penganut agama Islam juga tidak ketinggalan meraikan Hari Valentine walaupun hukum meraikan sambutan tersebut sudah dibincang dan diputuskan oleh Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia Kali Ke-71 yang bersidang pada tahun 2005.



Di dalam persidangan tersebut, telah diputuskan bahawa amalan merayakan Hari Valentine tidak pernah dianjurkan oleh Islam. Ianya mempunyai unsur-unsur Kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang Islam. Muzakarah juga berpendapat bahawa ajaran Islam amat mengutamakan kasih sayang dan tiada hari tertentu untuk meraikannya.


Pada tahun 2011, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia atau JAKIM telah melancarkan kempen ‘Awas Jerat Valentine’s Day’ di seluruh negara dengan menghalang umat Islam daripada menyambut perayaan itu. Pelbagai langkah diambil di dalam kempen tersebut termasuk menyerbu hotel untuk menghalang pasangan kekasih daripada melakukan khalwat dan perbuatan tidak bermoral serta mengedarkan risalah kepada mahasiswa universiti yang beragama Islam tentang larangan Hari Valentine.


Namun begitu, walaupun pihak JAKIM sudah menjalankan pelbagai langkah pencegahan, masih ramai juga umat Islam terutama di kalangan remaja yang diberkas dan didakwa di Mahkamah Syariah akibat mengingkari larangan dan melakukan maksiat ketika meraikan Hari Valentine.


Merayakan Hari Valentine tidak memberikan sebarang faedah kepada umat Islam. Selain daripada melanggar larangan agama, menyambut Hari Valentine juga boleh menimbulkan masalah sosial yang lebih teruk. Bermula dengan janji temu, bertukar-tukar hadiah, para remaja terjebak melakukan maksiat dan akhirnya mengundang gejala sosial seperti pengguguran dan pembuangan bayi yang tidak berdosa.



Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di dalam laporan Harian Metro ketika berucap pada Sambutan Hari Suami Isteri dan Pelancaran Buku Panduan Keluarga Mawaddah, di Kota Bharu mencadangkan Hari Valentine yang disambut dengan pelbagai acara maksiat digantikan dengan Sambutan Hari Suami Isteri oleh umat Islam. Penulis bersetuju dengan cadangan tersebut tetapi pada pandangan penulis, walaupun nama sambutan berbeza, ia tetap akan menimbulkan masalah sosial jika diraikan oleh pasangan kekasih yang belum berkahwin.

Sumber : Suara Generasi Baru
read more...

KBS TEPAT DALAM DEKATI ORANG MUDA



ANTARA usaha untuk memberi kesedaran kepada golongan muda Melayu dan Bumiputera yang telah layak melaksanakan tanggungjawab mereka sebagai pengundi adalah menerusi pendekatan politainment. Istilah dinyatakan oleh pensyarah Psikologi Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam, Dr Mohamad Yaacob ini merujuk kepada penggabungan perkataan politik dan entertainment (hiburan).




Katanya, pendekatan lebih santai, seronok dan menghiburkan perlu diguna pakai dan tidak seharusnya dipandang sepi. Politainment katanya, adalah mekanisme yang diguna pakai di negara lain seperti Indonesia dan Amerika Syarikat dalam memastikan pendedahan mengenai pilihan raya di negara mereka dapat disampaikan dengan jelas dan diterima rakyat. Ini kerana katanya, unsur hiburan adalah antara cara penyampaian berkesan dan antara medium pendekatan cepat diterima. Ternyata, di Amerika dan Indonesia, cara ini membuahkan hasil positif dan mengapa ia tidak dipraktikkan di Malaysia. Beliau berkata, politainment boleh dipraktikkan menerusi drama di televisyen.



Selain itu, dalam persembahan sketsa menerusi rancangan realiti juga boleh diselitkan segmen berkaitan kepentingan pergi mengundi dan ini tidak terkecuali rancangan kanak-kanak. Usaha konsisten ini dapat memastikan penghantaran mesej betapa pentingnya setiap warganegara mendaftar undi dapat dikekalkan. “Tidak dinafikan, cara politainment ini walaupun ada yang telah dilaksanakan namun masih berada pada tahap kejayaan kecil. Jika ia dipraktikkan oleh semua pihak yang terlibat tidak mustahil perubahan lebih positif mampu dicapai,” katanya. Mohamad berkata, jika menggunakan cara pendekatan yang sama dan tidak kreatif, peratus kesedaran yang cuba diwujudkan mungkin tidak seperti yang diharapkan.





“Perlu diketahui, sebilangan besar orang muda tidak minat bercakap hal politik. Dalam usaha mendekati mereka, hal politik perlu dikecualikan menjadi topik asas komunikasi, sebaliknya (berilah peluang) mengikut topik apa yang mereka minati ataupun sediakan program yang dekat dengan kehendak mereka selagi mana logik dilaksanakan,” katanya. Sebagai contoh, beliau berkata, pembukaan kaunter mendaftar pemilih boleh dilakukan di lokasi tumpuan orang muda ataupun wujudkan program diminati golongan ini seperti pertandingan futsal dan konsert nyanyian yang menampilkan selebriti sebagai ikon dalam usaha untuk menarik minat mereka melaksanakan tanggungjawab.





“Pendekatan ini dikategorikan sebagai ganjaran dalam bentuk kepuasan. Mereka mendaftar sebagai pemilih dan dalam masa sama mereka seronok dan terhibur dengan program-program yang diadakan,” katanya.Mohamad berpendapat, setiap parti politik seharusnya mampu melahirkan ikon yang boleh diikuti dan diminati oleh orang muda.“Apabila ada ikon yang diminati dalam sesuatu parti, secara tidak langsung menimbulkan keinginan untuk mendaftar undi kerana mahukan ikon atau parti yang disertai ikon mereka menang pada pilihan raya,” katanya sambil mengulangi kenyataan bahawa mengundi adalah kerja berkaitan dengan politik.


read more...

BR1M : RAZALI IBRAHIM SAMAKAN GOLONGAN TAK BERSYUKUR DENGAN YAHUDI

Pemberian wang RM500 menerusi Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) oleh kerajaan BN sepatutnya disyukuri semua rakyat dan tidak terpengaruh dengan tohmahan Pakatan Rakyat. Naib Ketua Pemuda Umno Datuk Razali Ibrahim berkata rakyat juga tidak sepatutnya dengan mudah termakan hasutan pembangkang kononnya pemberian bantuan tersebut adalah tanggungjawab kerajaan semata-mata.


"Contoh sebuah keluarga, adalah tidak wajar dan kurang ajar bagi seorang anak itu mengatakan bahawa adalah tugas ibu dan bapa memberi kepadanya wang. Konsep ini sama juga dengan pengagihan BR1M daripada kerajaan.





"Kerajaan mampu lakukan ini kerana kerajaan BN mentadbir negara dengan baik, berkemampuan dan bijaksana. Sebab itu kerajaan boleh memberi bantuan kepada rakyat. Jika negeri yang dikuasai pembangkang pun mentadbir dengan baik, mereka pun boleh buat, tetapi malangnya mereka gagal," katanya di Kuala Lumpur, baru-baru ini.


Mengulas pelaksanaan BR1M, Razali yang juga Timbalan Menteri Belia dan Sukan berkata pemberian kepada rakyat berpendaMpatan kurang daripada RM3,000 tanpa mengira lapisan masyarakat dan perbezaan idealogi politik, nyata menjadi buah mulut pembangkang dan menimbulkan keresahan di kalangan mereka.

Sumber : Johor Politico
read more...

ANAK MUDA TOLAK VALENTINE DAY



Jom kita tengok berapa ramai orang muda yang tolak Hari Kekasih ni.

Klik Orang Muda Tolak Valentine Day. Dan jangan lupa "like" kalau anda bersama saya.
read more...

SUBHANALLAH : SEJADAH BERDIRI SOLAT DI MARAN

Sebanyak 43 sejadah didapati berdiri di Maahad Tarbiyah Darul Islam di Maran Pahang baru-baru ni..




Kejadian disedari oleh beberapa pelajar di Maahad berkenaan sebelum kejadian tersebut dilaporkan kepada guru Maahad.


Sejumlah sejadah yang diletakkan di dalam surau lama maahad berkenaan secara misteri berada didalam keadaan menghadap kiblat dan berada dalam kedudukan solat seperti berdiri tegak, duduk di antara dua sujud dan sujud.


Kesemuanya kekal berada dalam keadaan demikian tanpa sebarang gangguan. Kejadian aneh ini turut menarik perhatian orang ramai yang tidak putus-putus mengunjungi surau berkenaan sejak awal pagi bagi melihat sendiri fenomena yang berlaku.


Beberapa pendakwah bebas yang ditemui menyifatkan kejadian ini sebagai tanda kebesaran Allah swt supaya umat Islam kembali kepada ajaran-agama Islam yang suci.

Video boleh dilihat di link sejadah solat di Maran

Atau di MPP Online
read more...

VIDEO TERBARU ANAK MUDA BERANI MATI DI PENANG

Ini dia!!! Anak Muda Berani Mati



Ir Shaik CABAR Guan Eng jawab 6 perkara! 




Bekas ahli kesal dengan pimpinan Pas 



Sejak perasmian 'Speaker's Corner' di Padang Kota, tidak ada penyokong-penyokong kerajaan BN berdiri di situ untuk berpidato dan mempertahankan kerajaan. Mungkin ramai yang meluat dengan ucapan-ucapan menghentam kerajaan BN di 'Speaaker's Corner' itu tetapi hanya sekadar memendamkan dalam hati saja.


Tetapi sesuatu yaang amat menarik telah berlaku apabila seorang anak muda tempatan Pulau Pinang dengan beraninya bersuara mempertahankan kerajaan BN dan mengkritik dasar-dasar kerajaan negeri di hadapan penyokong-penyokong PR yang ramai. Anak muda ini mula berpidato pada 22/01/2011 mempertahankan dasar2 kerajaan tetapi tidak ada rakaman yang dibuat untuk pidato beliau yang pertama.


Padang Kota-Speaker Corner 29-01-2012
Dari rakaman video tersebut, kita dapat lihat bagaimana sebenarnya kebebasan bersuara yang di amalkan oleh Pakatan Rakyat, bagi mereka kebebasan bersuara hanyalah apabila mempunyai pendapat yang sama dengan mereka , sekiranyaa berbeza kebebasan bersuara akan disekat. Dalam rakaman video itu juga, kita dapat lihat anak muda ini di 'boo' dan diganggu apabila beliau memberikan ucapan.



Sekadar gambar hiasan

Untuk makluman umum, ruang pidato ini diadakan setiap hari Ahad dari pukul 6.00 petang hingga pukul 10.00 malam . Saya difahamkan anak muda juga akan sekali lagi berpidato pada 12/02/2012 (6.00pm - 10.00mlm) semasa 'entry' ini ditulis untuk membawa isu-isu rakyat di Pulau Pinang. Di harapkan, penyokong-penyokong kerajaan Barisan Nasional yang ada di sekitar Pulau Pinang turut dapat hadir untuk memberikan sokongan. Mungkin ada sesuatu yang menarik akan disampaikan. Semoga cetusan yang dimulakan oleh anak muda ini menjadi pembakar semangat untuk pemidato2 pro-BN yang lain di 'Speaker's Corner' yang disediakan. Gua respek lu bro !!!



Padang Kota - Speaker Corner - 05-02-2012 

Sumber : bidaman.blogspot
read more...

Bantuan RM 5 Ribu Untuk Usahawan Muda

LUMUT — Kerajaan negeri Perak menerusi Yayasan Bina Upaya (YBU) akan bekerjasama dengan Biro Ekonomi dan Pembangunan Usahawan (BePU) Pemuda UMNO serta Persatuan Francais Malaysia (MFA) bagi melahirkan lebih ramai usahawan muda di negeri ini.
 
 

Gambar Hiasan

Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir berkata, bagi tujuan itu YBU menerusi program Belia Niaga Aman Jaya bersedia memperuntukkan pinjaman RM5,000 sebagai modal permulaan kepada belia yang berminat.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas merasmikan program Jelajah Francais 1Malaysia Peringkat Negeri Perak di Dewan Merdeka Majlis Perbandaran Manjung dekat sini, hari ini.

Program tersebut dianjurkan oleh BePU Pemuda Umno dengan kerjasama Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia; Persatuan Pedagang-pedagang Melayu Malaysia (Perdasama) Muda Malaysia; Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Penggunaan (KPDNKK); serta Persatuan Francais Malaysia (MFA). — BERNAMA


 
read more...

GILA : BLOGGER PAKATAN IKTIRAF LGE LEBIH ISLAMIK DARIPADA USTAZ AZIZAN




Gila!!! Astarfirullahal 'azim... Bawa mengucap cek Non oii.... Bukan setakat memuji kepimpinan 'Islamik LGE", tapi blogger tersebut turut mengakui wujudnya golongan "kuku besi" di kalangan pemimpin PAS yang pantang dan tak boleh ditegur. Apa citer ni. Kepimpinan Khalifah pun wujudkan "syura" untuk mendapatkan pandangan dan teguran.  

Di sini BB kongsikan satu komentar dari blog penyokong PR di bawah ini.

.................................................................................................



Tapi sekarang kita nak bercakap soal imej PAS dan imej DAP. Sebab apa? Sebab perkara ini sudah menjadi perbualan orang ramai. Sesuatu yang tak pernah terduga dan tak pernah terfikirkan pun lima tahun yang lalu. Siapa pernah terfikirkan lima tahun yang lalu orang boleh bertanya: Antara Lim Guan Eng dengan Azizan Razak siapa lebih Islamik pentadbirannya?

PAS dan DAP sama-sama dalam Pakatan Rakyat. Masuk PAS pun tak mengapa, masuk DAP pun tak mengapa. Akhirnya akan mengundi Pakatan Rakyat juga.

PAS itu parti Islam. DAP bukan parti Islam. Hanya Lim Guan Eng saja yang sering menyebut dia ingin mentadbir negeri sepertimana Umar Abdul Aziz mentadbir, dengan dasar ‘Amar makruf nahi mungkar’nya. Dan bukan itu saja. Dia juga telah menunjukkan banyak ciri-ciri pentadbiran yang bersifat Islamik.


Maka akibat daripada itu dia telah membentuk satu imej DAP yang agak mesra kepada rakyat dan kepada orang Melayu. DAP tidak lagi menjadi parti Cina yang anti Melayu dan anti Islam. Orang sudah lupakan kata-kata Karpal Singh yang anti Negara Islam dulu.

Ada pimpinan di kalangan pimpinan PAS yang dikatakan pantang ditegur. Memang dia berjaya menakut-nakutkan orang-orang di sekitarnya hingga tidak ada yang berani membantah dia, apatah lagi menegur dia. Tetapi di luar daripada lingkungan itu orang bercakap. Dan cakap-cakap yang seperti ini mudah dan cepat merebaknya. Ia sudah menjadi bualan orang ramai di mana-mana.

...........................................................................


BB : Siapa kata orang lupa apa yang Karpal Sing cakap???? Siapa kata??? Siapa kata orang lupa penghinaan terhadap Islam yang LGE buat di Penang???? Siapa kata. Siapa kata DAP tak racis dalam isu KFC???? Siapa kata????

read more...

GEMPAR : WHITNEY HOUSTON MENINGGAL DUNIA



Ahad, 12 Februari 2012. LOS ANGELES – Penyanyi pop legenda dan pelakon, Whitney Houston, 48, yang pernah menguasai dunia muzik Amerika Syarikat dalam tahun-tahun 1980-an dan 1990-an, ditemui mati di hotel di Berverly Hills, kata polis.





“Pada pukul 3:55 petang (semalam), Whitney Houston diisytihar meninggal dunia di sebuah hotel di Beverly Hills,” kata jurucakap polis, Mark Rosen. Beliau berkata, polis menerima panggilan kecemasan daripada seseorang di dalam rombongan beliau dan menemui Houston di atas lantai di bilik hotelnya di tingkat empat ketika usaha telah dibuat untuk memulihkan beliau.

“Tiada tanda jelas berlaku sebarang kejadian jenayah pada masa ini dan kes ini sedang disiasat oleh polis Beverly Hills,” kata jurucakap tersebut.
read more...

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

Networkedblog

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top