Nuffnang

KOTAKAN JANJI : BELIA SELANGOR BANGKIT TUNTUT JANJI KERAJAAN

SHAH ALAM, 17 Feb- Golongan belia dari semua peringkat persatuan belia di negeri Selangor mahukan dan menggesa Kerajaan Negeri Selangor dan Kerajaan Pusat di bawah Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air menyelesaikan isu bekalan air bersih di negeri Selangor dengan segera. Timbalan Pengerusi Majlis Belia Selangor, Badrul Hisham Badrudin berkata, dari laporan media cetak dan elektronik difahamkan sudah banyak kali kedua-dua pihak telah bermesyuarat akan tetapi gagal membuat sebarang keputusan.

 




”Semalam EXCO Kerajaan Negeri Selangor Dr Xavier Jayakumar telah memaklumkan bahawa Kerajaan Selangor akan menggunakan kaedah proses pengambilan air mentah dari bekas-bekas lombong, pengambilan dan penapisan air sungai, penggunaan air hujan dan air mentah dari takungan hujan.


“Sebelum ini perbincangan kedua pihak gagal kerana Kerajaan Negeri Selangor menangguhkan kelulusan berhubung 3 perkara berikut iaitu pengambilan balik tanah hak milik, penggunaan tanah rizab hutan simpan dan kelulusan arahan pembangunan daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Pelaksanaan Projek Penyaluran Air Mentah dari Pahang ke Selangor telah berjalan mengikut jadual yang dirancang, namun pelaksanaan Projek Loji Rawatan Air Langat 2 telah mengalami kelewatan yang sangat kritikal,“ ujarnya dalam satu kenyataan kepada UMNO-Online. Tegas beliau persoalannya sekarang mengapakah Kerajaan Negeri masih berdegil tidak mahu memberi kerjasama kepada Kerajaan Pusat sebaliknya mereka telah mencadangkan perkara yang lain pula.




“Bukankah cadangan mereka ini juga memerlukan jumlah kewangan yang besar menggunakan duit rakyat Selangor? Bukankan anak syarikat negeri Kumpulan Darul Ehsan (KDEB) yang dipilih untuk meneraju pemindahan air mentah ini kroni kepada kerajaan negeri? Apakah jaminan Kerajaan Negeri Selangor tidak akan memilih syarikat perunding dari luar untuk membuat kerja-kerja ini seperti yang berlaku di Pulau Pinang di mana syarikat perunding luar dari Singapura yang dilaporkan menjadi perunding untuk membina rumah kos rendah?


“Jika Kerajaan Negeri betul-betul serius dengan permasalahan air di Selangor mengapakah baru sekarang dicadangkan perkara di atas, sepatutnya dari 2008 lagi. Adakah Kerajaan Negeri baru Yakin bahawa tahun 2014 Lembah Kelang termasuk Selangor tidak akan mengalami masalah air, maka cadangan-cadangan ini diunjurkan sekarang. Berapa lamakan cadangan-cadangan ini dapat direalisasikan? Berapakah jumlah kos yang akan dibelanjakan duit rakyat Selangor?,“ ujarnya lagi.


Unjuran yang dibuat oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) menunjukkan bahawa permintaan bekalan air terawat pada tahun 2011 di Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya dijangka meningkat kepada 4,631 juta liter sehari, iaitu melebihi keupayaan pembekalan sebanyak 4,431 juta liter sehari dengan defisit bekalan sebanyak 200 juta liter sehari. Menjelang akhir tahun 2014 pula, defisit bekalan dijangkakan meningkat kepada 703 juta liter sehari dengan permintaan bekalan air terawat dijangkakan meningkat kepada 5,349 juta liter sehari berbanding keupayaan pembekalan sebanyak 4,646 juta liter sehari.


“Kami juga kesal dengan sikap Kerajaan Negeri Selangor kerana memandang rendah kredibiliti, keupayaan dan profesionalisme pegawai-pegawai kerajaan dan agensi-agensi kerajaan yang mempunyai kemahiran dalam membuat penyelidikan dan laporan berkenaan permasalahan air ini. “Oleh itu, kami mendesak agar Kerajaan Negeri Selangor tidak lagi berdolak dalih, menuding jari dan menghenti mempolitikkan isu air di Selangor ini. Kami tidak yakin dengan janji Kerajaan Negeri Selangor kerana janji pilih raya dahulu pun masih tidak tertunai lagi, apatah lagi isu besar seperti ini dapat diselesaikan,“ ujarnya yang juga Pengerusi Gerakan Belia 4B Negeri Selangor. -MediaUMNO
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top