Nuffnang

IKON BELIA

Khairy Jamaludin, Dato Siti Norhaliza, Dato Sheikh Muzaffar, Dato Lee Chong Wei, Irfan Khairi dan ramai lagi.





Ini adalah hanya segelintir belia yang diangkat sebagai ikon mereka. Adakah mereka ini masih kekal sebagai ikon di kalangan anda?

Bagi generasi muda, istilah ikon atau idola merujuk kepada individu atau kumpulan yang menjadi rujukan, panduan, impian, atau pujaan mereka. Ikon mereka boleh terdiri daripada sesiapa sahaja yang dirasakan mempunyai perwatakan, karisma dan 'aura' yang tersendiri yang memenuhi citarasa mereka.

Dato Lee Chong Wei dan Dato Nicol David mungkin menjadi ikon atau idola belia kita terutama mereka yang bergiat aktif di dalam sukan. Tetapi kedua-dua mereka tidak semestinya menjadi ikon atau idola kepada para belia yang tidak meminati bidang sukan. Begitu juga halnya belia yang meminati Dato Siti Norhaliza begitu memuja dan mengkagumi beliau. Tetapi, para pengikut 'metal' tidak mungkin meminatinya dan mungkin juga langsung tidak mengenali beliau.

Bagaimana dengan anda semua? Siapa yang menjadi ikon atau idola anda?
read more...

ZARINA ANN JULIE : SEKSI DAN HANGAT DALAM FHM INDONESIA

From Malaysia with Love???


Pelakon yang pernah menghangatkan dunia artis seketika dulu kembali menghangatkan. Kalau dulu di Malaysia, kini muncul dalam majalah seks di Indonesia pula. Hmm....entahlah. Rasanya akan ada ramai belia yang akan bangkit selepas melihat gambar ini.

Makluman diperolehi dari http://sejarahmelayu.blogspot.com/
read more...

SUKAN SEA : HARIMAU PERLU BAHAM SANG GAJAH

JAKARTA – Pengurus skuad bola sepak negara, Datuk Hamidin Mohd. Amin (gambar) percaya pasukan negara akan bangkit dengan keputusan lebih baik berbanding berkongsi mata dengan Singapura kelmarin, apabila berdepan Thailand hari ini.

Menurut Hamidin, walaupun memulakan kempen mempertahankan pingat emas Sukan SEA dengan satu mata, ia disifatkan baik berbanding jika menamatkan aksi tanpa mata, kelmarin.
Jelas beliau, sebagai juara bertahan, sudah pasti Malaysia memikul tekanan pada aksi pertama.
“Aksi pertama kelmarin tidaklah terlalu buruk. Jika dikaji, kita juga pernah kalah pada aksi pembukaan ketika saingan Piala Suzuki AFF, juga pada kejohanan-kejohanan lain.
“Lagipun berdasarkan rekod pertembungan kita dengan Singapura, ia menjadi perlawanan yang sukar, baik di pihak kita mahupun Singapura.

“Jadi kita harap setelah pemain mula merasai kehangatan sebenar kejohanan di sini pada perlawanan pertama kelmarin, mereka harus bangkit dan mencatat keputusan yang menggembirakan peminat pada aksi kedua menentang Thailand esok (hari ini).

“Saya yakin setelah kita bermula dengan seri, esok (hari ini) kita mampu menjelmakan keputusan yang diharapkan apabila berdepan Thailand esok,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.
Mengulas lanjut pertembungan dengan Thailand hari ini, Hamidin berkata, pemain dinasihatkan menganggap semua perlawanan adalah penting tanpa mengira sesiapa pun lawan dari kalangan Kumpulan A termasuk lawan selepas ini, iaitu Kemboja apatah lagi tuan rumah, Indonesia.
“Mungkin ramai yang berpendapat kita boleh menyifatkan Kemboja sebagai lawan mudah tetapi tanggapan seperti itu harus dibuang oleh pemain.



“Saya tegaskan kepada pemain bahawa semua perlawanan adalah sukar, semua lawan adalah kuat apatah lagi menentang Thailand” katanya.

Mengulas insiden penyokong Indonesia yang tidak menghormati lagu kebangsaan Negaraku pada aksi pertama kelmarin, Hamidin berkata, dia memang menjangkakan gelagat sedemikian.

“Saya sudah ada pengalaman sedemikian. Namun, pemain kita sudah bersedia menghadapi gangguan dan provokasi sedemikian. Gelagat penyokong mereka tidak menjejaskan mental dan emosi pemain,” katanya. – Utusan
read more...

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top