Nuffnang

MESTI TONTON : DAGING BABI VS AIR ZAM ZAM

Eee....patutlah Islam mengharamkan babi.





Ini pula keajaiban air zam-zam....




BB : Allah Maha Mengetahui
read more...

BONGKAR : THE UNSPINNERS DEDAH PUTARBELIT MALAYSIAKINI

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof hanya menerangkan cara-cara negara lain mensyaratkan warga mereka untuk membolehkan mengundi secara pos tetapi Malaysiakini sudah menuduh SPR nak tetapkan pembayaran cukai sebagai syarat untuk warga Malaysia di seberang laut mengundi cara pos.

Tan Sri Aziz ada menjelas dan menerangkan dalam laporan Utusan Malaysia. Klik sini.

"Ada sesetengah negara lain menetapkan syarat seseorang warganegaranya yang tinggal di luar negara dalam tempoh lima tahun dibenarkan mengundi secara pos jika mereka ada pulang ke negara asal dalam tempoh berkenaan. Ada juga negara yang menetapkan syarat empat tahun.

"Mengenai warganegara tidak membayar cukai tidak boleh mengundi secara pos, saya merujuk contoh di Amerika Syarikat (AS) iaitu pengundi pos di negara itu adalah terdiri daripada pembayar cukai," katanya.




Adakah Malaysiakini ingat membenarkan mengundi pos boleh main sebarang saja? Amerika, Britain dan lain-lain demokrasi impian mereka pun mengenakan syarat. Kenapa tidak pula Malaysia.

Satu perkara pokok yang perlu ditanya juga. Dasar kita adalah undian adalah berdasarkan kawasan penginapan dan akan dititik beratkan oleh SPR mengundi mengikut alamat IC.


BB : Biasa la, putar belit mainan mereka.
read more...

PELUANG MEMENANGI RM 20,000

Rebutlah peluang keemasan ini......




Bukan baucar, bukan bantuan RM 100, bukan RM 500, Tapi tunai RM 20,000.

Satu lagi pengiktirafan kerajaan kepada golongan belia.

Anugerah Perdana Belia Negara


Borang, syarat penyertaan dan kriteria pemarkahan boleh diperolehi di sini

BB : Wow...RM 20,000 tu beb. Terima kasih kerana mengiktiraf dan menghargai perjuangan aktivis belia. Dengar khabar PM sendiri akan menyampaikan anugerah ini di Hari Belia Negara 2012 di Putrajaya. Ayuh...kita isi borang ramai-ramai.
read more...

TUN DAIM : BN PERLU DEKATI ORANG MUDA

KUALA LUMPUR, 11 Feb (Bernama) -- Bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin berkata Barisan Nasional (BN) perlu mengambil inisiatif untuk mendekati golongan muda dalam menarik minat mereka kepada gabungan parti itu.




Bekas Bendahari Umno selama 17 tahun itu berkata parti komponen BN juga mesti meluangkan masa untuk mempengaruhi golongan muda menerusi program, dasar dan polisi yang dijalankan kerajaan.

"Jika kita libatkan orang muda secara intelektual, mereka akan faham (perjuangan BN)," katanya pada majlis Tun Daim Bersama BN Lembah Pantai di sini Jumaat malam.

Turut hadir ialah Ketua Umno Bahagian Lembah Pantai merangkap Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin.

Daim juga berkata kerajaan mesti mempunyai dasar ekonomi yang kukuh dan polisi yang boleh diterima oleh rakyat dalam usaha menarik mereka memilih parti yang memerintah negara.

Beliau turut meminta kerajaan supaya menyelesaikan isu yang berbangkit seperti kontroversi berkaitan Perbadanan Fidlot Nasional (NFC) untuk mengelakannya daripada dipolitikkan oleh pihak pembangkang.

BB: Kuasa pengundi muda bakal menentukan senario politik negara
read more...

1.2 JUTA ORANG MUDA MELAYU BELUM DAFTAR PENGUNDI

Menurut Undang-undang di Malaysia, rakyat yang berumur 21 tahun ke atas adalah layak mengundi dalam pilihan raya dengan syarat mereka telah mendaftar sebagai pemilih. Statistik penduduk terkini menunjukkan sejumlah 16.1 juta rakyat Malaysia adalah berusia 21 tahun ke atas. Dan daripada jumlah itu, hanya 12.4 juta sahaja yang mendaftar sebagai pengundi. Ini bermakna, terdapat seramai 3.7 juta rakyat Malaysia yang layak mengundi tetapi masih belum mendaftar sebagai pemilih.



Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar menyatakan bahawa dua juta daripada 3.7 juta yang belum mendaftar itu terdiri daripada orang-orang Melayu. Daripada dua juta orang Melayu yang belum mendaftar itu, 60 peratus terdiri daripada golongan yang berumur di bawah 40 tahun. Menurut Wan Ahmad lagi, 3.7 juta adalah angka yang besar. Jumlah pengundi sebesar itu mampu mempertahankan atau menjatuhkan sesuatu kerajaan. Mengapa ramai yang tidak mendaftar sebagai pengundi? Melihatkan angka yang besar sebanyak 3.7 juta rakyat Malaysia belum mendaftar sebagai pengundi, pasti ada masalahnya.

Adakah kerana sistem untuk mendaftar sebagai pengundi terlalu rumit di Malaysia? Mungkinkah ramai yang tidak tahu di mana untuk mendaftar? Apakah Malaysia memerlukan satu sistem pendaftaran pengundi secara automatik supaya rakyat yang berumur 21 tahun ke atas secara automatiknya menjadi pengundi? Parti-parti politik dan NGO yang dilantik sebagai Penolong Pendaftar kepada SPR bagi mendaftarkan pengundi tidak begitu agressif bekerja? Adalah lebih baik, badan-badan akademik melakukan kajian atau survey untuk mencari jawapan kepada permasalahan ini. Pilihan raya umum (PRU) ke 13 boleh berlaku bila-bila masa dari sekarang.



Daripada 12 PRU, hanya dua kali mereka hilang penguasaan majoriti 2/3 di parlimen iaitu dalam PRU 1969 dan PRU 2008. PRU 1969 melahirkan sejarah berdarah 13 Mei. Tragedi 13 Mei menyebabkan Tun Razak melakukan penjenamaan semula Perikatan menjadi BN. Penjenamaan semula memberikan kemenagan besar kepada BN. Apatah lagi apabila parti pembangkang seperti PAS dan Gerakan menyertai gabungan politik tersebut. PAS kemudiannya keluar dari BN. PRU 2008 menyebabkan Tun Abdullah Badawi turun dari takhta lebih awal. Abdullah disalahkan kerana BN hilang penguasaan majoriti 2/3 di parlimen dan beberapa negeri tumbang kepada PR. Datuk Seri Najib Razak naik sebagai perdana menteri pada tahun 2009 dalam keadaan BN lemah.

Persamaan di antara Najib dan arwah ayahnya adalah kedua-dua mereka mengambil alih kepimpinan negara pada ketika parti mereka tidak begitu kuat. Perbezaannya pula adalah Tun Razak lebih radikal. Menjenamakan semula Perikatan menjadi BN. Membawa masuk Tun Dr Mahathir yang dipecat oleh Tunku Abdul Rahman kembali kepada Umno. Sementara Najib belum begitu berjaya meyakinkan Umno untuk bersamanya dalam gagasan 1Malaysia yang diperkenalkannya. Program transformasinya “disabotaj” secara terang-terangan oleh “golongan garis keras” dalam Umno. PRU 13 dikatakan akan menjadi “ibu segala pilihan raya” di Malaysia. 




PR begitu bersemangat mahu mengambil alih kuasa manakala BN terlalu yakin Malaysia masih di bawah mereka. Gagasan 1Malaysia dan transformasi politik, ekonomi dan sosial Najib dikatakan memikat majoriti rakyat Malaysia. Pakatan pula yakin mampu menawan Putrajaya. Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkali-kali mengulangi kenyataan bahawa BN akan tumbang dalam PRU 13. Apabila melihat angka 3.7 juta rakyat Malaysia yang masih belum mendaftar sebagai pengundi, kedua-dua BN dan PR tidak dilihat serius untuk mencapai cita-cita mereka. BN sekurang-kurangnya mempunyai seluruh jentera kerajaan bersama mereka. Sabah dan Sarawak pula dikatakan masih menjadi “fix deposit” kepada parti yang memerintah semenjak merdeka itu.

Bagi Pakatan yang ingin mengambil alih kuasa, bukankah pendaftaran pengundi baru secara agressif penting bagi merealisasikan cita-cita? Apatah lagi dua juta pengundi yang belum mendaftar terdiri dari orang-orang Melayu. 60 peratus dari dua juta itu berumur di bawah 40 tahun. Nak ke Putrajaya, kena kerja keras. Pakatan kini mempunyai sokongan yang kuat daripada masyarakat Cina. Masyarakat Melayu di pendalaman majoritinya masih bersama BN. Peluang untuk mendapatkan sokongan pengundi Melayu muda adalah mendaftarkan mereka sebagai pengundi secara agressif. Lihat bagaimana Parti Demokrat menghantar Barack Obama ke Rumah Putih. Bukankah pendaftaran pengundi baru menjadi strategi utama mereka?

Program seperti ceramah umum yang dihadiri ribuan orang terbukti tidak banyak membantu dalam kemenangan pilihan raya. Ianya lebih kepada “masturbasi politik” kerana kebiasaannya dihadiri oleh penyokong-penyokong tegar. Jika jumlah kehadiran dalam ceramah dan komen-komen di internet dijadikan ukuran kekuatan sesuatu parti politik, tidak hairanlah mengapa BN menang dalam semua PRU yang dipertandingkan di negara ini.
Sumber : Malaysiakini


BB : Mana dia jentera pendaftar ni? Depa dok buat apa? Lena ka? Sedangkan senarai nama semua dah ada di JPN. Boleh buat pemutihan apa. Kalau di luar negara kita ada rekod dengan Imigresen. Kalau dah meninggal pun kita ada rekod. Yang dalam parti pulak dok buat apa? Buat kerja main cincai aja... Bukan susah, jaga kawasan sendiri, jaga bahagian sendiri. Pastikan semua jentera berfungsi. Kalau setakat jaga kroni sendiri, jangan harap la... Orang sekarang dak celik segala-galanya. Jangan dok ingat korang dah ada jawatan kat bahagian/ cawangan tu kira dah hebat. Pemimpin yang baik adalah pemimpin yang menjaga kebajikan rakyatnya tanpa mengira fahaman politik...

read more...

TONTON VIDEO LUCAH : 3 MENTERI LETAK JAWATAN

Tiga orang menteri di selatan India mengambil tindakan meletak jawatan, semalam, selepas didakwa menonton filem lucah semasa perhimpunan dewan rakyat.

Ketiga-tiga menteri daripada parti pemerintah Bharatiya Janata itu dirakam stesen televisyen tempatan sedang menonton filem lucah di telefon bimbit masing-masing, kelmarin, semasa menteri lain sedang membincangkan rang undang-undang.

Namun, dakwaan itu ditolak seorang daripada mereka yang mendakwa sedang menonton klip video di sebuah parti untuk tujuan perbincangan dan bukannya filem lucah.



“Kami meletak jawatan kerana tidak mahu memalukan parti dan tidak mahu memberi peluang kepada pembangkang untuk menganggu perjalanan perhimpunan dewan rakyat,” menurut Menteri Koperasi, Laxman Savadi kepada pemberita.


Rakaman televisyen menunjukkan ketiga-tiga menteri itu menonton video seorang wanita menari, membuka baju dan melakukan aksi seksual.
 
--SINAR HARIAN--
 
BB : Baru tengok video lucah, di Malaysia yang terlibat terus pun masih relaks dan masih bercita-cita nak jadi pemimpin no 1. Hmmm......mana yang lebih berintergriti ni
 
read more...

HARIMAU MUDA BAHAM GOMBAK UNITED 2-0

Harimau Muda bermula baik untuk musim baru S-League 2012 setelah berjaya menewaskan Gombak United 2-0 di Stadium Jalan Besar. Perlawanan yang dilangsungkan malam Khamis tersebut hanya disaksikan kira-kira 300 orang penonton dari kedua-dua belah negara.




Harimau Muda beraksi di S-League sebagai salah satu perancangan penukaran pasukan sama seperti Lions XII yang beraksi di Liga Super Malaysia. Thamil Arasu membuka jaringan perlawanan setelah berjaya menolak kemas ke gawang gol Gombak United pada minit ke-15.

Pada separuh masa kedua, Harimau Muda menggandakan jaringan menerusi Wan Zaharulnizam pada minit ke-81.

Lihat gol-gol yang dijaringkan klik sini

BB : Tahniah dan kekalkan momentum ini. Auuummmm.
read more...

CABARAN SEBAGAI ORANG MUDA MASA KINI

SHAH ALAM, 8 Feb (Bernama) -- Ramai yang merasakan generasi muda hari ini, tanpa mengira bangsa dan kepercayaan agama, semakin tidak mempercayai nilai kehidupan ideal yang dijalani nenek moyang mereka.





Dan bila memikirkan mereka, perkara pertama yang terlintas ialah kemerosotan akhlak dan nilai keperibadian anak muda masa kini.

Golongan muda hari ini ialah pemimpin masa depan dan di bahu mereka terletak tanggungjawab untuk mengekalkan serta memulihara legasi sosial dan budaya masyarakat.

Bagaimanapun ramai merasakan bahawa jika pelbagai masalah sosial yang dihadapi golongan muda hari ini mahu dijadikan ukuran, maka mereka menuju jalan yang salah.

Apapun, adakah hanya mereka yang harus dipersalahkan terhadap masalah sosial yang dihadapi masyarakat sekarang?





Sebelum menuding jari terhadap golongan muda ini, kita patut meneliti pelbagai aspek kehidupan yang ligat berputar dan persekitaran yang pesat membangun kini, kerana ada yang semakin menjadi tidak relevan, yang tidak lagi menjadi keutamaan, dan aspek kehidupan yang baru mucul yang tidak begitu dapat diterima kalangan generasi dewasa.

Kehidupan hari ini dipenuhi dengan banyak cubaan dan cabaran, maka pilihan yang tepat akan memastikan arah tujuan yang betul.

PENGARUH

Golongan muda, termasuk pelajar dan siswazah, dilihat sebagai golongan yang mudah dipengaruhi dalam membuat pilihan dan keputusan yang betul.

Dan pilihan mereka dalam menjalani kehidupan berkait rapat dengan peraturan dan larangan yang perlu mereka patuhi pada setiap peringkat usia muda.

Waktu "curfew" atau had waktu bebas sebelum berkurung di rumah adalah contoh terbaik.

"Kebanyakan universiti awam mempunyai waktu kurungan bagi mereka yang menginap di asrama kampus. Pukul 11 atau 12 tengah malam merupakan waktu paling lewat untuk seseorang itu memasuki perkarangan universiti.

Ini ditetapkan di UiTM dan UUM antaranya," jelas seorang gadis baru-baru ini.

Besar pengaruhnya jika lokasi kolej atau insittut pengajian tinggi seseorang pelajar itu terletak di bandar-bandar besar.

"Ada kawan sekuliah saya yang tidak balik ke kolej sehingga pukul 6 pagi keesokannya.

Entahlah dia ke mana dan buat apa, tapi dia kata dia bermalam di restoran makanan segera yang buka 24 jam," jelas seorang siswazah tahun satu di Selangor yang hanya ingin dikenali sebagai J. Liyana, 19.

Kelas bermula pukul 8 atau 9 pagi jadi pelajar-pelajar yang bermalam di luar kolej masih sempat menghadiri kuliah pada keesokan harinya, katanya.

Tempat-tempat hiburan sebelum ini diarah mematuhi waktu operasi yang ketat; mereka perlu tutup pukul 1 pagi selewat-lewatnya.

Bagaimanapun ada pusat hiburan yang kini dibuka hingga lewat 3 pagi, terutama yang beroperasi di kawasan tumpuan pelancong, menurut seorang petugas sebuah firma keselamatan di Selangor.

Dan inilah yang membuatkan anak muda tempatan turut berada di luar kampus hingga lewat malam.

Apakah tujuan anak-anak muda ini berbuat demikian? Adakah tindakan mereka bermalam di luar kolej semata-mata mahu belajar berkumpulan atau mahu berseronok di luar kerana menganggap diri mereka sudah cukup dewasa untuk bebas?

CABARAN IBU BAPA

Penulis pernah berdepan dengan situasi ibu bapa diajukan soalan tentang cara memastikan anak mereka yang semakin meningkat dewasa untuk mendengar kata.

Seorang daripada mereka memberikan respons bahawa cara membesarkan anak-anak hari ini berbeza dengan dahulu, pendekatan yang perlu digunakan juga harus berlainan.

Mungkin disebabkan terlalu banyak dugaan daripada kemudahan yang tersedia di luar sana, yang mudah mempengaruhi golongan muda ini, untuk tidak menumpukan perhatian kepada pelajaran dan kerjaya mereka.

AGAMA

Apa pula kata orang muda hari ini tentang istilah akhlak dan pentingnya agama di dalam kehidupan mereka?

Adakah mereka merasakan nilai-nilai murni dan agama masih relevan dalam kehidupan seharian mereka?

"Akhlak sangat relevan dan akan sentiasa relevan kepada saya, baik dari aspek persendirian mahupun di tempat kerja, lebih-lebih lagi pekerjaan saya sebagai seorang juruaudit di Lembah Klang ini. Saya dianggap sebagai contoh atau role model.

"Saya perlu memastikan saya ada prinsip yang kukuh - berintegriti, jujur, berdisiplin, boleh dipercayai - dan saya tegas dan bertanggungjawab. Orang yang berakhlak baik boleh disamakan dengan permata berharga yang sukar ditemui," jelas juruaudit Zinnirah Abbas, 35, yang menetap di Bandar Utama.

Gadis ini berkata agama bersama pendidikan dan latar belakang keluarga yang baik memainkan peranan besar dalam membentuk keperibadian akhlak dan etika profesional seseorang itu.

Suhana Lina Sarkawi dari Sarawak percaya seorang insan yang mengamalkan nilai agama yang kuat akan mempertahankan akhlak diri yang mulia.

"Agama ialah cara hidup. Akhlak itu mencerminkan sikap atau tingkah laku seseorang yang mempengaruhi tahap penyesuaian dirinya terhadap keadaan sekeliling. Asalkan ia seiringan dengan ajaran agama, pasti akhlak tidak mudah rosak," katanya.

HARTA DAN AKHLAK

Pemerhatian sesetengah pihak terhadap mereka yang tinggal di rumah mewah dan berharta, lebih mudah terdedah kepada pengaruh yang meruntuhkan akhlak, sebaliknya mereka yang tidak mempunyai kemewahan itu lebih kukuh memelihara akhlak dalam keadaan yang penuh dugaan ini.

Kebenarannya tidaklah mutlak kerana persekitaran bukanlah semata-mata faktor yang mempengaruhi akhlak seseorang, kerana ia juga bergantung kepada pilihan individu.

"Perkara yang bersangkutan dengan akhlak ini agak kompleks tetapi mereka yang sentiasa akur perintah agama, pasti terpelihara akhlaknya. Pendidikan dan cara seseorang itu dibesarkan turut memberikan impak.

Sebagai manusia, kita harus membuat pilihan yang seimbang untuk terus hidup dengan aman dan bertatasusila tinggi. Sekali lagi ia satu persoalan pilihan," sambung Suhana, sambil berkata adalah penting bagi orang Islam mendalami kefahaman tentang agama.

Akhlak yang baik dan budi pekerti yang tinggi pasti akan menjadikan seseorang itu contoh atau model terbaik untuk masyarakat.

Berakhlak baik tidak bererti seseorang itu menolak pemodenan.

Kesimpulannya, keperibadian akhlak membentuk golongan muda yang berjaya dalam menentukan masa depan mereka.

-- BERNAMA
read more...

TERBARU... GAMBAR SEKSI NORA DANISH YANG.....



Alahai...Nora Danish.....ala..ala....












2-3 hari sudah kita disajikan dengan cerita Nora Danish dengan Apek Harimau Muda. Tup tap hari ni keluar pulak gambar seksi si Nora ni. Biasa la janda yang meletup macam si Nora Danish ni memang ramai yang ambil perhatian.




Bukan setakat duda, laki orang, bujang trang tang-tang pun begitu mengambil berat tentang Nora Danish ni.





Klik MPP untuk lihat gambar dan cerita.

BB : memang tak suka ambil gambar lebih-lebih lagi yang boleh menyeksakan orang lain
read more...

EGO FABIO CAPELLO TERCABAR PUNCA PERLETAKAN JAWATAN



Akhirnya kita mendapat berita yang amat mengejutkan khususnya di arena bola sepak. Jika semalam pemain Piala Presiden Negeri Sembilan digantung antara 1 hingga 5 tahun kerana rasuah, hari ini kita bertambah terkejut dengan berita peletakan jawatan Fabio Capello sebagai jurulatih England.

Semuanya gara-gara egonya yang memang terkenal amat tinggi di'jatuhkan' oleh pihak FA England khususnya dalam isu pelucutan ketua pasukan daripada John Terry tanpa berbincang dengannya terlebih dahulu. FA England dalam tindakannya awal minggu ini telah melucutkan jawatan ketua pasukan daripada John Terry berikutan isu perkauman melibatkan pemain Chelsea itu dengan pemain QPR Anton Ferdinand yang juga adik kepada Rio Ferdinand.

Dengan peletakan jawatan Capello ini, FA England menghadapi cabaran getir dengan kejohanan Euro 2012 yang hanya tinggal 4 bulan sahaja lagi. Harry Redknapp dilihat calon paling sesuai bagi menggantikan Capello namun dengan Spurs dalam prestasi merebut kejuaraan Liga pertama mereka di era moden ini, mungkin pengurusan Spurs amat sukar melepaskannya
read more...

MEJA BERSEPAH LAMBANG KREATIVITI DAN KECERDASAN MINDA




Siapa kata meja bersepah di pejabat menjejaskan prestasi kerja atau produktiviti? Albert Einstein dan Roald Dahl antara pemikir terkenal pun amat dikenali dengan meja kerja yang bersepah. Lebih mengejutkan penemuan yang diperoleh oleh Ketua Penyelidik Universiti Groningen, Jia Liu menyatakan meja bersepah tidak menjejaskan kualiti kerja sebagaimana ia kelihatan kerana pendekatan menyelesaikan masalah yang golongan ini miliki membantu kecekapan kerja atau meningkatkan daya kreativiti seseorang dalam penyelesaian masalah.

"Tidak semua bukti menyokong kaitan konvensional antara persekitaran bersepah dengan minda yang berserabut" katanya lagi.




Tu dia.... antara kategori mana? Kepada pihak-pihak yang memperjuangkan kekemasan dan "kecantikan", perlu difikirkan kembali pendekatan atau amalan-amalan yang dilaksanakan di organisasi anda. Pilihan perlu dibuat samada  kekemasan tempat kerja atau kekemasan hasil kerja yang diinginkan. Jangan kerana "peraturan" yang dilaksanakan menyekat "keselesaan" pekerja untuk menghasilkan kerja yang lebih bermutu dan berkualiti.




Walaubagaimanapun, tidak dinafikan bahawa meja yang kemas akan memberikan keselesaan kepada tuan empunya, cuma apa yang nak ditekankan di sini ialah produktiviti seseorang itu tidak semestinya bergantung kepada keadaan meja tempatnya bekerja.

BB : Nak meja kemas, tapi tak sempat nak mengemas....
read more...

500 ACARA , 2 JUTA BELIA MERIAHKAN HARI BELIA NEGARA 2012


Pengiktirafan Untuk Belia Merentasi Sempadan Politik

 


Sebanyak 500 acara dalam 33 segmen bakal memeriahkan sambutan Hari Belia Negara (HBN) 2012 yang akan berlangsung selama lima hari bermula 23 hingga 27 Mei 2012 di Putrajaya.



Seramai dua juta belia dijangka akan berhimpun dan melibatkan diri pelbagai aktiviti melalui segmen – segmen dan acara yang disediakan pada Himpunan Jutaan Belia-Putrajaya Mei 2012 yang bertemakan Jutaan Peluang, Ribuan Keriangan ini. Antaranya adalah sukan dan rekreasi, seni budaya, kemahiran dan kepimpinan, teknologi maklumat dan keusahawanan, kerohanian dan jatidiri, penerokaan bidang-bidang baharu dan banyak lagi.




Sambutan HBN 2012 merupakan karnival terbesar di peringkat Asia Tenggara dengan turut menghimpunkan penyertaan belia di peringkat antarabangsa. Korea Selatan, Jepun, Negara-Negara Komanwel dan Asia telah pun menyatakan persetujuan untuk turut serta dalam pelbagai acara yang disediakan sempena HBN tahun ini.




Senarai Segmen Yang Ada di HBN 2012 :

   1.    Himpunan Jutaan Belia
   2.    Modal Insan
   3.    Pakaian Seragam
   4.    Y-Avenue
   5.    Volunteers
   6.    My Hobby
   7.    Fit And Active
   8.    Fast & Furious
   9.    Sports Industries
   10.  Pameran Kerjaya
   11.  International Youth
   12.  Karnival G2Y
   13.  Colour of Malaysian Youth
   14.  MAHA Youth
   15.  Young Entrepreneur
   16.  Education Fair
   17.  Konvoi
   18.  Gadget World
   19.  Putrajaya Uptown
   20.  Amusement and Recreation
   21.  Food Valley
   22.  Celebrity Village
   23.  Dot Invest
   24.  Senorita Square
   25.  Junior World
   26.  Candy Island
   27.  Gardening Valley
   28.  Performing Art Centre
   29.  JOM Heboh
   30.  International
   31.  Youth Tourism
   32.  Karnival Titian Cinta (Love Lane) 2012
   33.  Perkhemahan dan Jambori




Sebarang pertanyaan dan maklumat, boleh berhubung terus dengan Sekretariat HBN 2012 di talian 03-8871 3629 / 3632 / 3285 / 3707 atau faks ke 03-8888 8725.


Maklumat lanjut klik sini

BB : Memang banyak giler......pergh...layan..
read more...

ANWAR DALAM MAJALAH PORNO JEPUN

Berita dari GAP : Akhirnya BAPA PORNO NEGARA, mister anwar ibrahim telah mencapai makam yang diinginkan oleh mana-mana pelaku seks bebas.
 


Popular dan dipopularkan oleh sebuah majalah lucah antarabangsa.

Semalam aku dapat email dari seorang rakyat malaysia, mengenalkan diri sebagai zamz dari toyohashi Jepun. Samada dia pelajar atau pekerja aku tak pasti. Namun isi kandungan email yang telah bikin panas sedikit sebanyak telah mencalarkan imej rakyat malaysia di Jepun.


Kata zamz, dia ditunjukkan oleh rakannya (berbangsa jepun) mengenai cerita/foto kegiatan seks pemimpin politik malaysia bernama anwar ibrahim yang disiarkan oleh majalah lucah di Jepun.

Kawan zamz bertanya kepadanya, adakah ini ciri pemimpin dan kualiti seorang malaysian yang cukup hebat bercakap mengenai islam dan tamadun? Zamz terkedu. foto tersebut telah bikin maruahnya jatuh sebagai orang melayu yang beragama islam.


2 hari lepas majalah indonesia menempelak anwar kerana begitu pro kepada perjuangan zionis. Ia telah memalukan hatta telah bikin panas hampir keseluruhan umat islam yang simpati kepada perjuangan palestin.

Hari ini anwar telah bikin nama malaysia busuk pula di jepun !

Skandal seksnya dengan pelacor telah dilaporkan oleh majalah bubka, majalah yang soft core dalam menjuarai foto dan kisah seks.



Tun M cukup popular di kalangan rakyat jepun.

Dia dianggap sebagai Bapa Pemodenan Malaysia.

Hari ini kita juga ada bapa.

Bapa porno negara, itulah Anwar Ibrahim.
 
BB : Apa lagi la yang penyokong dan pengikut Anwar ni nak pertahankan. Hish! tak paham aku
read more...

RANKING TERBARU BLOGGER : PAPAGOMO MASIH UTUH, MPP TERUS MENDAKI CARTA



BB : Tahniah Papa Gomo, Tingkatkan Prestasi, Elakkan Kontroversi. Hm..bila la BB nak masuk dlam ranking ni ? :(

read more...

ORANG MUDA TUNTUT PENJELASAN NIK AZIZ



Sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Orang Muda Berpadu Anti Korupsi (OMBAK) mendesak kerajaan Pas Kelantan memberi penjelasan berhubung perjanjian yang ditandatangani pada tahun 2002 dengan sebuah syarikat pemaju, Liziz Standaco Sdn. Bhd. (Liziz Standaco) untuk menjalankan projek pembangunan di Lembah Sireh di sini.


Presiden OMBAK, Wan Khairul Ihsan Wan Muhammad berkata, ini kerana melalui perjanjian yang dimeterai itu, kerajaan negeri bersetuju memberikan tanah seluas kira-kira 400 hektar kepada pemaju tersebut dengan bayaran premium hanya sebanyak RM1 juta dan sebagai ganti, pemaju perlu menjalankan beberapa projek di negeri ini membabitkan kos dianggarkan RM370 juta.


Wan Khairul mendakwa, dalam dokumen perjanjian yang dimilikinya, pemaju disyaratkan membina sebuah masjid bernilai RM20 juta, membangunkan jambatan penghubung Kampung Cina di sini dengan Palekbang Tumpat sebanyak RM150 juta, membina jambatan berkembar bersebelahan Jambatan Sultan Yahya Petra (RM160 juta), membina sebuah stadium tertutup wanita (RM25 juta) dan memasukkan wang ke dalam tabung perumahan sebanyak RM15 juta.


Dakwa beliau, persoalan utama timbul kerana dalam dokumen dinyatakan bahawa perjanjian tersebut tamat selepas 12 tahun iaitu sekitar tahun 2014 namun semua syarat yang ada dalam perjanjian masih belum dibangunkan sedangkan tempoh yang tinggal hanya dua tahun lagi.


Tambahan pula dakwa beliau, melalui dokumen yang diterimanya daripada sumber sahih, beberapa klausa dalam perjanjian itu menyatakan sekiranya kerajaan Pas Kelantan berhasrat membangunkan sendiri projek-projek yang disyaratkan dalam perjanjian, Liziz Standaco perlu memberikan wang mengikut jumlah kos yang ditetapkan kepada kerajaan negeri.


"Begitu juga dengan klausa berhubung jambatan berkembar iaitu pemaju perlu membinanya tetapi kalau kerajaan negeri sendiri nak buat mereka perlu masukkan duit kepada kerajaan negeri.


"Bagaimanapun sekarang, kita tahu jambatan berkembar itu sedang dibangunkan oleh kerajaan Pusat dan hampir siap jadi persoalannya adakah kerajaan negeri sudah menerima wang RM160 juta iaitu kos yang ditanggung kerajaan Pusat dan di mana wang itu.


"Jadi di sini beberapa perkara menimbulkan tanda tanya kerana semua syarat dalam perjanjian belum dibangunkan sedangkan tempohnya hampir tamat malah Lembah Sireh juga sudah dibangunkan sejak beberapa tahun lalu," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.


Wan Khairul berkata, kerajaan Pas Kelantan perlu menjelaskan perkara ini kepada rakyat kerana tanah yang diberikan itu sangat luas tetapi premium yang diterima cuma RM1 juta justeru ia menandakan satu kegagalan dan kemungkinan berlaku 'sesuatu' jika semua syarat perjanjian tidak dipatuhi.


Dakwa beliau lagi, penjelasan turut perlu diberikan sama ada kerajaan negeri ada menerima apa-apa bayaran dan di manakah duit itu sekarang disimpan atau adakah ia telah dibelanjakan.


"Banyak perkara yang sangat mencurigakan termasuklah syarat membina jambatan menghubungkan Kampung Cina dan Palekbang kerana batu asasnya telah diletakkan beberapa tahun sebelum perjanjian itu.


"Adakah ini bermaksud kerajaan tidak mampu melakukannya sehingga memasukkannya dalam syarat perjanjian yang sampai sekarang pun masih belum dibina," tegas beliau.


Sebagai rekod, batu asas telah dipasang kerajaan Pas Kelantan di Palekbang kira-kira 18 tahun lalu kononnya untuk membina jambatan merentasi Sungai Kelantan menghubungkan antara Kampung Cina di Kota Bharu dan Tumpat.


Tambah Wan Khairul, OMBAK masih memberi peluang kepada kerajaan Pas Kelantan terutama Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menjelaskan perkara itu namun jika tiada jawapan beliau sendiri bersedia menyerahkan dokumen berkenaan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk disiasat.


Sumber : Semut Hitam


BB : Aku pun orang muda yang mahukan kebenaran, bukan lakonan
read more...

GEMPAR : MB KEDAH LETAK JAWATAN DAN SERTAI HASSAN ALI??

KUALA LUMPUR 8 Feb. - Berita mengenai perletakan jawatan Menteri Besar Kedah Dato' Seri Azizan Abdul Razak bertiup kencang malam tadi apabila maklumat ini diterima melalui Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) yang disusuli dengan laman sosial Twitter serta Facebook.

Ianya semakin mendapat perhatian setelah ianya tersebar menerusi laman-laman blog Penyokong UMNO. Namun terdapat juga laman blog Penyokong Pakatan yang menafikan dakwaan tersebut dan menjelaskan ianya sengaja disebarkan pihak lawan bagi mencipta satu propaganda jahat yang bakal melemahkan Pakatan.

Namun setakat ini, tiada kenyataan rasmi dibuat dari pihak PAS Pusat dan Negeri berkenaan isu tersebut.

Azizan sebelum ini telah bertindak membelakangi pendirian Pakatan setelah menyatakan pendirian tegas mempertahankan tindakan 5 pelajar Kolej Universiti Insaniah di bawah Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU).



Tindakan beliau telah menimbulkan kemarahan terhadap Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) yang menganggap beliau tidak menjamin pendirian PAS yang secara serius akan memansuhkan Akta tersebut jika memperolehi kemenangan pada Pilihanraya Umum akan datang.

Azizan turut dikecam beberapa Pemimpin Pakatan termasuklah bekas Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Prof. Dr. Abdul Aziz Bari yang mendesak ADUN Sungai Limau, Kedah itu melepaskan jawatannya sebagai Menteri Besar Kedah.

Sumber : KLPos

BB : Sama-sama kita tunggu..........
read more...

GENERASI MUDA TOLAK PROVOKASI POLITIK

Dalam dunia politik ada bermacam cara dan gaya kempen dilakukan dalam usaha pihak terbabit untuk menarik minat serta sokongan khalayak terhadap pertubuhan ataupun parti yang diwakili.



Jika strateginya berjaya, maka imbuhannya ialah sokongan erat yang menjamin kertas undi akan memihak kepadanya tapi andaikata tersilap langkah risikonya lebih banyak undi yang akan hilang dan sokongan akan kian malap.

Kalau kita singkap kembali diari politik tanahair terutama sekali bermula pertengahan tahun lalu hingga sekarang, seakan kelihatan satu lakaran jelas hala tuju satu dua pihak yang berkepentingan dalam dunia politik.


Imbasan semula beberapa peristiwa berikut;-

1. Kita pernah digegarkan dengan kisah kematian seorang hamba Allah yang dicanang ke seluruh negara sebagai korban kekejaman pihak polis semasa demo Bersih 2.0, kemudiannya, hasil bedah  siasat didapati kematian arwah adalah kerana serangan penyakit jantung.

- Berdasarkan rakaman CCTV didapati arwah yang diketahui menghidap darah tinggi dan dalam usianya yang mengjangkau 50 tahun termasuk dalam kategori berisiko terkena serangan sakit jantung telah berlari masuk ke dalam bangunan berdekatan setelah melihat kedatangan FRU kemudiannya jatuh pengsan sebelum meninggal dunia di luar pintu bangunan tersebut.

2. Dalam demo jalanan yang sama juga kita dikejutkan dengan ‘kematian’ seorang lagi peserta demostrasi yang akhirnya diketahui hanyalah berlakon pengsan beberapa kali dengan niat untuk menarik perhatian khalayak ramai.

- Beberapa rakaman video amatur kemudian menunjukkan ‘kematiannya’ itu terbukti satu lakonan apabila di dapati peserta demo tersebut telah mati atau pengsan di 2 tempat berlainan dan di waktu yang berbeza.

3. Kemalangan yang menimpa Timbalan Presiden Pas, Mohammad Sabu ketika beliau ingin menyertai demonstrasi Bersih 2.0, telah diwar-warkan sebagai kecuaian pihak polis walaupun hakikatnya selepas siasatan mendapati beliau sengaja melarikan diri dari ditahan pihak berkuasa.

- Rakaman CCTV pula menunjukkan motosikal yang dinaikinya membuat pusingan U ketika cuba melarikan diri dari pihak polis sebelum terbabas kemudian melanggar pembahagi jalan.

4. Dalam demostrasi yang sama juga kita dipertontonkan dengan adegan Anwar Ibrahim dan pengawal peribadinya yang kononnya telah dengan sengaja ‘ditembak dari jarak dekat’ menggunakan gas pemedih mata oleh FRU. ‘Akibat tembakan’ tersebut seluruh negara digemparkan dengan khabar angin bahawa saudara Anwar Ibrahim telah nazak dek kerana ‘kekejaman’ pihak polis dan FRU.

Baca seterusnya di Suara Generasi Baru
read more...

NAJIB BAKAL DISAMAN RM 55 BILLION

KUALA LUMPUR 7 Feb. - Barisan Bertindak Hak-Hak Hindu (HINDRAF) bakal menfailkan saman terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin berjumlah RM55 billion. Saman ini didakwa atas tuduhan diskriminasi Kerajaan pimpinan Pengerusi BN itu terhadap bekas penuntut sekolah Tamil oleh kerajaan dan sektor swasta selama 55 tahun.



Perkara ini disahkan Pengasas Badan Bukan Kerajaan itu yang menjelaskan mereka akan memohon mahkamah mengeluarkan perintah supaya kesemua 523 sekolah Tamil ditaja sepenuhnya oleh kerajaan, setiap sekolah diberikan 10 ekar tanah dan sebuah kampus khas melatih guru India diadakan di Universiti Malaysia.

 "Kami sudah minta, dan minta, dan minta perkara itu ratusan kali," kata Uthayakumar yang turut mengedarkan risalah mencari sokongan di tengah-tengah perayaan Thaipusan di Batu Caves hari ini

P.Uthayakumar dan M.Manoharan juga menjelaskan, saman tersebut bakal difailkan pada hari Khamis ini di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.Barisan Bertindak Hak-Hak Hindu (Hindraf) hari ini berkata akan memfailkan saman terhadap lelaki pertama dan kedua Malaysia itu di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada pagi Khamis.

Pengasas bersama Hindraf P Uthayakumar dan peguam M Manoharan berkata, mereka akan memohon mahkamah mengeluarkan perintah supaya kesemua 523 sekolah Tamil ditaja sepenuhnya oleh kerajaan, setiap sekolah diberikan 10 ekar tanah dan sebuah kampus khas melatih guru India diadakan di Universiti Malaysia.

Mereka juga menuntut ganti rugi RM55 bilion setahun untuk dakwaan 55 tahun diskriminasi terhadap bekas penuntut sekolah Tamil oleh kerajaan dan sektor swasta.

Sumber : KLPos

BB : Kita tunggu tindakan seterusnya
read more...

LISA SURIHANI DAN ARTIS OTAI JUMPA PM??



Lisa Surihani, Amy Search, Aznil Haji Nawawi antara penggiat seni dan idola remaja tanah air yang ditemui oleh YAB PM bagi mendapatkan input @ pandangan penggiat seni dalam agenda transformasi negara.

Lagi gambar dan berita di Apa Kata Cikgu Lin

read more...

RED BULL MONKEY RUN... AYUH ORANG MUDA


REGISTER NOW and get your hands on a Red Bull Monkey Run t-shirt, a sports wristband watch along with a waterproof bag!





KOTA KINABALU – Acara Red Bull Monkey Run 2012 menyasarkan pelajar kolej dan universiti di Sabah bagi membolehkan mereka mempamerkan ketangkasan, daya saing dan keyakinan dalam kegiatan menguji ketangkasan.

Pengerusi Lembaga Sukan Sabah, Datuk Louis Rampas berkata, acara itu bermula hari ini hingga 12 Februari di 1Borneo Hypermall di sini bagi mencari wakil Sabah ke peringkat akhir di Pulau Pinang pada Julai depan dalam merebut hadiah berupa kereta Perodua Myvi.



Beliau berkata, acara itu bertujuan menarik penyertaan belia dalam aktiviti sukan dan riadah. "Diharapkan ada wakil daripada Sabah yang akan ikut serta ke tahap yang lebih tinggi dan memecahkan rekod lapan saat yang dipegang oleh wakil Brunei,” katanya pada majlis perasmian Red Bull Monkey Run Edisi Universiti 2012 di sini, hari ini.

Teks ucapannya dibacakan oleh Pengarah Belia dan Sukan (Persekutuan) Sabah, Mohd Dahali Matsin.
Louis juga berharap acara itu akan menggalakkan lebih banyak acara seumpama itu dianjurkan di Sabah sebagai aktiviti masa lapang dan berfaedah untuk golongan belia. – BERNAMA


Red Bull Monkey Run 2011. Jump, Swing and Climb. Do Anything but Don't Sink!What Happens When Monkey Meets Bull??? The MONKEY will RUN... 6 obstacles and 1 winner.

Are you game enough? Challenge the time and overcome your fears. Red Bull Monkey Run, the first obstacle race in Penang. RM5000 for the Grand Prize and take part in Men's Open and Women's Open with total prizes worth RM12,000!

Keterangan Lanjut Klik Sini
read more...

LAGI ARTIS SELAMBA PELUK ANJING



PETALING JAYA: Penyanyi Adira (AF8) mengakui kesilapannya kerana memeluk seekor anjing seperti mana tersebarnya sekeping gambar yang dipaparkan di beberapa laman blog hiburan.

Mengulas mengenai perkara itu, Adira atau nama sebenarnya Siti Adira Suhaimi, 22, berkata anjing yang dipeluk itu bukan miliknya tetapi kepunyaan ibu mertua kepada kakaknya yang berbangsa Cina di Sabah.

 

Isu Pengkid

“Saya tidak nafikan itu gambar saya. Memang saya memeluk anjing itu tetapi ia bukan milik saya.

“Sebenarnya ia adalah gambar lama yang diambil pada tahun lalu ketika saya sekeluarga berkunjung ke rumah ibu mertua kakak yang bukan beragama Islam.

“Ia adalah gambar yang saya jadikan gambar profil di dalam telefon bimbit dan tidak tahu bagaimana ia boleh tersebar,” katanya kepada mStar Online..

Ketika ditanya tidakkah dia peka dan sensitif bahawa tindakan dangkal itu boleh mengundang persepsi negatif di kalangan masyarakat, Adira berkata sebagai selebriti beragama Islam yang mengetahui soal hukum-hakam, dia mengakui kesilapan tersebut.

“Saya sedar tindakan bergambar dengan anjing itu salah dan boleh mengundang fitnah. Tapi saya peluk anjing itu ketika ia dalam keadaan kering dan sudah pun menyamak selepas itu.

“Saya memeluknya kerana terlalu geram melihat kecomelan binatang itu. Memang ia haram di sisi Islam tapi anjing juga makhluk Tuhan,” katanya.

Penyanyi yang sedang popular dengan lagu Sakura ini menyambung, kesan penyebaran gambar itu mengajarnya agar lebih berhati-hati dan tidak menyimpan gambar yang boleh mencetuskan syak wasangka atau kontroversi pada masa hadapan.

“Ini bukan kali pertama saya diasak kontroversi dan saya perlu ambil kisah atas setiap perkara yang boleh memburukkan nama saya dan keluarga. Saya mohon maaf atas kesilapan itu.

“Saya berharap peminat tidak mudah menjatuhkan hukum atau menghentam golongan artis dengan kata-kata yang kesat dan keterlaluan.

“Saya akui perkara ini berlaku disebabkan kecuaian dan sikap kurang peka. Sebagai manusia saya tidak pernah lari daripada melakukan kesilapan,” katanya dalam nada kesal.
 
read more...

Leuniey Nafi Khairul Fahmi (Apex) Punca Putus Tunang



KOTA BHARU - Nur Eilunie Natasha Nazri atau Leuniey, yang sebelum ini didakwa ada hubungan dengan Khairul Fahmi Che Mat, menafikan pertunangannya terputus bulan lalu kerana penjaga gol kebangsaan itu.

Sebaliknya, Leuniey, 21, berkata, pertunangannya dengan pasangannya, yang juga anak usahawan terkenal di Kelantan, terputus kerana tidak ada persefahaman dan masalah peribadi.

“Saya terima ini sebagai satu dugaan, mungkin telah tersurat jodoh kami telah tiada. Perkara ini telah diselesaikan dengan baik dan keluarga saya telah berjumpa dengan keluarga bekas tunang saya itu.

“Kedua-dua pihak menerima keputusan ini dengan sebaiknya. Saya ingin tegaskan perkara ini tidak ada kena-mengena dengan Apex,” katanya pada sidang media di butik pengantin milik ibunya di sini, semalam.
 
 

Menurutnya, hanya rakan terdekat dan keluarga yang tahu mengenai kisah putus tunang antara dia dan pasangan, dan isu mengaitkan Apex amat memeranjatkan dia dan keluarga.

“Saya agak terkilan dengan isu yang ditimbulkan ini, apa yang disebarkan tidak benar, dan saya minta pihak yang menyebarkan berita mengatakan saya pernah keluar bersama Apex tampil menunjukkan bukti,” katanya.

Dia yang bertunang pada 16 Disember lalu dan terputus sebulan kemudian berharap, penjelasannya akan menamatkan isu berkenaan dan tidak ada lagi dakwaan yang mengaitkan Apex dengannya.

Leuniey juga menolak dakwaan bahawa dia menjadi punca tercetusnya masalah dalam perhubungan Apex dan Dahlia.

“Saya menolak seratus peratus. Apa yang terjadi pada hubungan Apex sebelum ini, ia tidak ada kena-mengena dengan saya, malah kes putus tunang Apex juga tidak ada kaitan dengan saya,” katanya, yang turut mengakui tidak meminati sukan bola sepak termasuk pemain kebangsaan berkenaan.
 
 
Media sebelum ini melaporkan Apex yang kini berada di Bahrain menjadi punca keretakan hubungan Leuniey dan pasangannya.

Susulan itu, ayah Apex, Che Mat Hussin melahirkan kekecewaan dengan tuduhan terbaru terhadap anaknya itu dan tidak menolak kemungkinan untuk mengupah pengawal keselamatan untuk mengawasinya, yang dikatakan berada dalam situasi terancam.
 
Sumber : Celah Gelegar
read more...

NASIB 179 YB DI TANGAN PENGUNDI MUDA


179 Orang YB Di Bawah Tangan Pengundi Muda Kata Exco Pergerakan pemuda Hisamuddin Yahya


Pemuda UMNO mendedahkan 179 daripada 222 kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) akan datang, bakal ditentukan golongan muda berusia bawah 40 tahun.

Pengerusi Biro Daftar Pemilih dan Keahlian Pemuda UMNO Malaysia, Hisamuddin Yahaya, berkata bagi menghadapi fenomena itu, Pemuda UMNO perlu memastikan 40,000 ahlinya yang masih belum mendaftar sebagai pengundi didaftarkan segera.



"Malah, bagi mencapai matlamat itu, semua Ketua Pemuda UMNO Bahagian sudah diarah supaya turun padang untuk mendaftarkan mereka secepat mungkin bagi memastikan ahli Pemuda UMNO dapat memberi undi kepada calon Barisan Nasional (BN) dalam PRU-13.

"Kita juga akan memberi tumpuan khusus di Sabah kerana lebih 20,000 daripada 40,000 ahli Pemuda UMNO di negeri itu masih belum mendaftar sebagai pengundi.


"Kajian mendapati kebanyakan mereka gagal mendaftar kerana berhijrah ke Semenanjung, selain lokasi penempatan mereka jauh di pedalaman dan pulau terpencil," katanya pada sidang media selepas menyampaikan hadiah kepada pemenang Pertandingan Badminton Sekolah-Sekolah Daerah Perak Tengah di Dewan Sekolah Menengah Datuk Abdul Rahman Yaakob, di sini, semalam.

Hisamuddin juga meminta Jawatankuasa Daftar Pemilih dan Keahlian Pemuda UMNO meneruskan usaha mencari dan mendaftarkan ahli baru walaupun Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak belum mengumumkan tarikh pilihan raya. "Kita tidak mahu jawatankuasa memberhentikan usaha mendaftar pengundi kerana tarikh pilihan raya masih belum diumumkan lagi. Malah, Pergerakan Pemuda menjadikan pendaftaran ahli dan pengundi baru khususnya di kalangan anggota UMNO dan pendaftaran pengundi muda sebagai fokus utama.



"UMNO bahagian juga diharap dapat meneliti senarai keahlian mereka bagi memastikan semua ahli yang berusia 21 tahun dan layak mengundi diingatkan untuk segera mendaftar sebagai pengundi," katanya. Hisamuddin berkata, sehingga kini seramai 600,000 ahli Pemuda berjaya didaftarkan sebagai pengundi dan jika semua pengundi terbabit keluar mengundi pada PRU-13 nanti, BN boleh menguasai dua pertiga kerusi Parlimen yang dipertandingkan.

Sumber : Tun Faisal
read more...

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top