Blogger Tips and TricksLatest Tips And TricksBlogger Tricks

Ringkas, Mudah Dan Padat : Manifesto BN Bagi PRU13 #ManifestoBN #PRU13 #GE13









CIRI-CIRI UTAMA MANIFESTO BN :
  • BN janji 150 komitmen baru jika diberi mandat tadbir negara selepas PRU13.
  • 112 daripada komitmen ini telah pun dilaksanakan, selebihnya menambah kekuatan janji-janji demi memenuhi keperluan rakyat.
  • Manifesto ini perlu dilihat sebagai moving target & janji-janji dinamik yang akan dilaksanakan sepanjang 2013-2018.
  • Apa yang dibentangkan adalah sangat realistik, berlandaskan kalkulasi ekonomi yang berhati-hati dan tidak semberono.
  • Pendekatan manifesto yang sangat bertanggungjawab dan memberi kesan kepada semua rakyat Malaysia. Merangkumi keperluan rakyat termasuk di Sabah, Sarawak dan kawasan pedalaman di Malaysia.

  • Penambahan BR1M untuk segmen masyarakat yang memerlukan pembelaan. Kejayaan BR1M 1.0, 2.0 diteruskan – menggunakan falsafah ‘perkongsian kemakmuran’ bersama rakyat.

  • BR1M dinaikkan RM1200 untuk satu keluarga, RM600 untuk orang bujang. Baucer Buku 1 Malaysia dinaikkan RM300, Bantuan Persekolah dinaikkan RM150.
  • Pengurangan harga kereta antara 20-30% secara gradual.
  • Dasar 1Negara 1Harga untuk barangan keperluan asas.
  • Kementerian baharu dalam menangani isu-isu dalam bandar.
  • 1,000,000 juta rumah mampu milik – termasuk 500,000 perumahan PR1MA.
  • Mengambil alih penyelenggaraan semua perumahan awam.
  • Sistem nasional untuk penjagaan kesihatan rakyat.
  • Membina Lebuh raya Pan Borneo.
  • Sasaran 3.3 juta peluang pekerjaan; 2 juta daripadanya berpendapatan tinggi.
  • Sekolah satu sesi diperluaskan.
  • Bantuan khas RM100,000 kepada sekolah yang mempunyai kelas pendidikan khas.
  • Transformasi sekolah vokasional.
  • 4,000 anggota Polis setiap tahun.
  • Penggunaan SafeCam.
  • Pengecualian cukai sumbangan kepada pembangunan rumah ibadat.


MAKLUMAT LANJUT, LAYARI LAMAN WEB BERIKUT :

Barisan Nasional
1Malaysia



#ManifestoBN #PRU13 #GE13 
read more...

KANTOI!!! Kamu Tak Buat Apa-Apa Tapi Zip Kamu Terbuka!!!

KULIM - Semasa ditahan, kedua-dua pasangan kekasih itu menafikan perbuatan mereka sehinggalah polis mendapati zip seluar lelaki serta butang seluarnya terbuka manakala beberapa helai pakaian dalam wanita ditemui di atas lantai bahagian pemandu.




Anggota polis memeriksa keadaan lelaki dan pasangannya yang ditahan



Sepasang kekasih berusia 40 dan 50-an ditahan ketika leka memadu asmara di dalam kereta di pekarangan bangunan tinggal di Kilang Sagu dekat sini, kira-kira jam 3.15 pagi kelmarin.

Sebelum itu, pasangan berkenaan yang menyedari kehadiran polis cuba melarikan diri bagaimanapun berjaya ditahan setelah kereta dinaiki mereka memasuki jalan mati.

Ketika siasatan dijalankan, pemandu kereta yang merupakan seorang wanita memaklumkan dia sudah berkahwin dan mempunyai tiga anak manakala kekasihnya juga sudah beristeri dan mempunyai lima anak.


Wanita berkenaan memaklumkan dia terpaksa mencari hiburan di luar kerana suaminya yang bekerja sebagai pemandu lori enggan melayani nafsunya kerana beralasan dia sudah berusia.

Bagaimanapun setelah berkenalan dengan kekasihnya yang bekerja sebagai pengawal keselamatan, mereka sering berdua-duaan di sekitar kawasan gelap terutama di belakang bangunan tinggal untuk berjumpa dan melakukan hubungan seks kerana tidak mampu menyewa bilik di hotel atau rumah tumpangan.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ghuzlan Saleh berkata, pihaknya menasihatkan orang ramai supaya tidak menjadikan kawasan bangunan tinggal dan lokasi tersorok untuk mereka melakukan aktiviti tidak sihat kerana ia boleh mengundang kepada kejadian jenayah seperti samun dan sebagainya.

“Dari pemeriksaan dijalankan, polis mendapati pasangan lelaki mempunyai rekod jenayah lampau dan pernah disiasat di bawah seksyen 324 Kanun Keseksaan pada 1982,” katanya. - Sinar Harian
read more...

Astaghfirullah... Mereka Ulama' Tapi Mereka Main Pintu Belakang!!!

Astaghfirullah Al'Azim.... Minta BB Dijauhkan daripada azab Allah sepertimana yang diturunkanNYA kepada kaum Nabi Luth A.S. Na'uzubillah.






Ulamak pas ni taktau ke manjamah isteri dari belakang adalah haram??? mana ulamak pas belajar agama ni?? 

Kisah ini sebenarnya belum pun lama lagi. Masih baru. Malah ia sama segarnya dengan kisah klip video Anwar Ibrahim menoron China Doll. Bezanya Ketua Dewan Ulama PAS Perlis yang bernama Abdul Rashid Rahman ini dengan Anwar Ibrahim ialah, Anwar menoron China Doll dan meliwat jantan, sedangkan Abdul Rashid pula meliwat isterinya sendiri dan gemarkan seks ganas tetapi gagal bertanggungjawab terhadap makan pakai isteri serta keluarganya. 

16 November 2011, isteri kedua Ketua Dewan Ulama PAS Perlis (bekas), Siti Rosmala Mohamed ketika dalam permohonan fasakh atau permohonan menceraikan suaminya, telah menerangkan kepada Hakim Mahkamah Rendah Syariah Kangar, Mohd Zaidi Abdullah beberapa perkara yang amat mengejutkan dan tidak terfikir langsung akan dilakukan oleh seorang Ketua Dewan Ulama seperti Abdul Rashid Rahman, meskipun dia mungkin seorang penganut Syiah yang menghalalkan liwat isteri.

Siti Rosmala Mohamed yang juga merupakan seorang ustazah menceritakan, sepanjang 10 tahun mereka berkahwin, dia hanya diberikan nafkah sebanyak RM300 sekali sahaja iaitu pada November 1999 dan kerap kali dipukul. Malah Abdul Rashid juga terlalu kerap melakukan hubungan seks secara kasar dan di luar tabi terutama sekali MELIWAT. 

Selain itu, ustazah yang mengajar di Sekolah Menengah Tunku Bendahara di Kodiang itu juga mengaku bahawa Abdul Rashid kerap memukulnya termasuklah di kepala dan dirotan atas sebab-sebab yang kecil. Seperkara yang menarik ialah, Abdul Rashid Rahman tidak pernah lupa tentang 'nafkah batin' walaupun nafkah zahirnya tidak pernah ditunaikan. 

Menurut Siti Rosmala lagi, setiap hari Abdul Rashid 'mahu', malah jikalau dalam 'pantang' sekalipun, terpaksalah dia melayan kehendak jantan kemaruk seks itu yang berselindung di sebalik serban, jubah dan janggut kambing. 

Itu yang diceritakan oleh Siti Rosmala kepada hakim dan di mahkamah. 

Jawatan Ketua Dewan Ulama PAS Perlis sekarang ini disandang oleh Idris Yaakob.

- IPS
read more...

OPS DAULAT MUTAKHIR !!! Inikah Ketua Pengganas Sulu Yang Dicari?? Baru Ditahan.


Misteri Ketua Pengganas Sulu Yang dicari-cari selama ini mungkin sudah sampai ke punghujungnya.  Penangkapan ini semestinya dapat membantu PDRM dalam melakukan siasatan lebih mendalam bagi menjejak saki baki pengganas.





Seorang lelaki berusia 60-an dipercayai salah seorang ketua pengganas sulu berjaya ditahan di Melaka hari ini.

Belum ada kenyataan rasmi daripada PDRM, namun mengibas muka lelaki yang ditahan itu menyerupai Datu Piah yang sedang diburu pihak polis.

Kita Tunggu Kenyataan Rasmi PDRM

Sumber ; KLIK SINI
read more...

ASTAGHFIRULLAH AL'AZIM - Tiada Pahala Bagi Sembahyang Orang UMNO???


Astaghfirullah al 'azim...... BB Mengucap Panjanggggggg bila membaca kenyataan dari Tok Guru ni. Ni Bukan nak SPIN ok, ni betul-betul diucapkan oleh Tok Guru.

"UMNO tolak Islam, tolak Islam maknanya tolak Allah dan kalau sembahyang tidak dapat pahala, boleh pahala apa kalau tolak Islam.

Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat terus mencetuskan kontroversi lagi dengan mendakwa sembahyang orang UMNO tidak mendapat pahala kerana parti itu menolak dasar Islam.

Dalam masa sama, Menteri Besar Kelantan itu turut mendakwa UMNO menolak Allah SWT kerana mengamalkan dasar kebangsaan yang menolak dasar Islam dalam pemerintahan.





"Kalau nak dapat pahala ikhlas ini bukan senang, hendak pahala ikhlas bagaimana kalau tolak Islam, Allah yang bawa turun Islam kepada Nabi Muhammad SAW, tiba-tiba UMNO tolak ambil kebangsaan," katanya ketika menyampaikan ceramah di Kampung Jambu, di sini malam tadi.

Kira-kira 500 orang yang rata-ratanya terdiri daripada penyokong tegar Pas menghadiri ceramah berkenaan.

Pada 17 November tahun lalu, Nik Abdul Aziz dalam sidang akhbar sempena Muktamar Tahunan Pas Ke-58 mendakwa UMNO merupakan sebuah parti murtad kerana menolak dan memperlekehkan Islam dalam dasar parti itu.

Beliau dalam nada tegas kemudian turut melontarkan persoalan sama ada parti itu kini menganut agama Kristian, Buddha atau sebuah parti politik yang tidak mempunyai agama.

Pas sebelum itu menerusi adik Nik Abdul Aziz, Nik Razi Nik Mat turut berdoa kepada Allah SWT supaya menjahanamkan UMNO dan Barisan Nasional (BN) semasa mengadakan solat hajat di Stadium Muhamad Ke-IV sempena Muktamar Tahunan Pas itu.

Sumber theunspinners


Tengok Banner Ni Pula :

HUH!!! Walau Yg Lain OK, Tapi Yang Ni Kawe Tak OK!!!


  • Liza Johari haha..dh tetiba org pas tak buat banner tu..kat kmpg sy berlambak banner sebegitu.. terang2 depa yg letak, bila org persoalkan kata2 camni, boleh je tetiba kata difitnah... sudahlah...asyik main drama tak habis2

read more...

BONGKAR!! 18 MS SURAT CINTA KAK WAN KEPADA TUN M DIDEDAHKAN!!




Misteri sama ada benar atau tidak Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail pernah menulis surat setebal 18 muka surat kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang menceritakan tabiat sebenar suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim akhirnya terjawab.


Ini berikutan buat pertama kalinya selepas 15 tahun menyimpan rahsia, Dr. Mahathir dalam temu bual eksklusif bersama Utusan Malaysia akhirnya mengakui memang benar Wan Azizah menghantar surat tersebut semasa Anwar masih bergelar Timbalan Perdana Menteri.


Katanya, surat Wan Azizah itu terlalu peribadi dan beliau tidak berhasrat mendedahkan kandungannya kerana tidak mahu mengaibkan mana-mana pihak selain menyifatkannya tidak lagi penting kerana sudah terlalu banyak tabiat Anwar didedahkan pengamal media alternatif.


"Saya setakat boleh kata memang ada terima sahajalah. Surat yang diberi kepada saya secara sulit, jadi saya tidak boleh dedahkan kepada orang tetapi kita boleh lihat, tanpa surat itu pun bersih atau tidak bersih individu berkenaan. Jadi apa perlunya kita rujuk kepada surat yang sulit.


"Dia (Wan Azizah) memang cuba nak pertahankan (Anwar) juga. Isteri ada kesetiaan kepada suami. Hendak buruk-burukkan itu tidaklah tetapi kecewa itu adalah. Lebih utama apa yang kita lihat (sekarang) bukan soal apa yang Wan Azizah kata," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.


Dr. Mahathir berkata demikian ketika diminta mengesahkan sama ada benar atau tidak Wan Azizah pernah menyerahkan surat rahsia setebal 18 muka surat menceritakan mengenai kisah sebenar suaminya dengan harapan bekas Perdana Menteri itu boleh membantu.


Ditanya mengapa begitu lama menyimpan rahsia tersebut meskipun pelbagai tuduhan keji dilemparkan ekoran tindakannya memecat Anwar, Dr. Mahathir berkata, beliau bukan jenis manusia yang suka memburuk-burukkan pihak tertentu tanpa sebarang asas kukuh.


"Cuma dalam konteks ini, takut orang seperti itu berkuasa saya terpaksa dedahkan tetapi yang lain semua (kandungan surat) yang tidak memberi manfaat, tidak perlu saya dedahkan," katanya. Utusan
read more...

OPS DAULAT : MATI Lebih Baik Dari DITAWAN Pengganas - Hero Kg. Senallang

“Saya lihat lelaki itu duduk di bawah pokok nangka seperti menunggu rakannya dan ketika itulah saya bersama abang dan seorang lagi penduduk kampung, Mohd Saparudin Abdul Hatam mula merancang untuk bertindak.

“Kami mengambil kedudukan masing-masing di mana saya duduk di hadapan sebelah kiri, abang saya di sebelah kanan dan Saparudin di belakang menunggu peluang untuk melakukan serangan,” katanya.

Almasi berkata, tidak berapa lama selepas itu, lelaki yang mengacukan M16 ke arah orang kampung meneguk minumannya dan ketika anggota pengganas Kiram itu hendak meletakkan botol minuman, ketika itulah dia dan abangnya serentak menyerang lelaki tersebut.

“Mujurlah saya dapat merampas senjata di tangannya, manakala abang saya dapat melepaskan tumbukan ke arah mukanya, manakala Saparudin menendang dari arah belakang sehingga dia rebah.

“Apabila rebah, penduduk kampung yang ketakutan pada mulanya, terus menyerang dan memukul lelaki itu dengan kayu dan batu... malah wanita dan kanak-kanak juga turut memukul pengganas Kiram itu seperti melepaskan marah,” katanya.

Menurutnya, tidak berapa lama selepas itu lelaki tersebut tidak lagi bergerak dan apabila diperiksa lelaki itu sudah tidak lagi bernyawa menyebabkan penduduk kampung yang ditawan melarikan diri dan segera melaporkan kejadian itu kepada polis.




Almasi menunjukkan tempat dia dan abangnya mengambil kedudukan 
sebelum melakukan serangan ke atas lelaki bersenjata itu



“Apa nak jadi, jadilah.... Kalau mati... matilah aku hari ini,” kata Almasi Ansyah, 27, wira Kampung Senallang Lama yang mula-mula menerkam pengganas Kiram bersama abangnya, Boi Ansyah, 29, dalam kejadian penduduk kampung itu ditawan seorang lelaki, 3 Mac lalu.

Menceritakan peristiwa pagi Ahad itu, Almasi bersama 200 penduduk Kampung Senallang Lama dikejutkan dengan teriakan seorang lelaki yang berusia 50-an, ‘akulah yang menembak mati polis malam tadi’ yang turun dari arah sebuah bukit sambil membawa raifal M16 memerintahkan penduduk kampung berhimpun di dalam masjid.

Ansyah yang sedikit pendiam berkata, di dalam masjid kampung itu, lelaki tersebut dilihat menelefon seseorang berkemungkinan rakannya yang juga pengganas Kiram.

“Kami menjadi takut melihat lelaki itu seperti tidak waras dan mengarahkan kami semua keluar dari rumah dan berkumpul di masjid.

“Kanak-kanak dan wanita menangis ketakutan... lebih-lebih lagi lelaki separuh abad itu melepaskan satu das tembakan ke lantai,” katanya.

Menurutnya, lebih kurang sejam dikurung, penduduk kampung tersebut kemudiannya diarahkan berjalan menuju ke sebuah bukit kira-kira satu kilometer dari masjid itu tanpa ada sikit pun belas kasihan.

Katanya, ada orang tua dan kanak-kanak tidak larat berjalan dipaksa berjalan sejam lamanya sehinggalah tiba di sebuah pondok di kaki bukit yang tingginya kira-kira 300 meter.


Ketika ditanya apa menyebabkan dia berani bertindak sedemikian, Almasi berkata, dia yang pada awalnya takut, secara tiba-tiba menjadi berani apabila melihat kanak-kanak dan wanita menangis ketakutan.

Menurutnya, mujurlah rancangan mereka untuk menyerang lelaki itu berjaya dan sekiranya gagal mungkin ramai penduduk yang menjadi korban pengganas Kiram yang sehari sebelum itu membunuh enam anggota polis dalam satu serang hendap di Kampung Air Simunul.

“Selepas kejadian itu, ramai penduduk kampung melarikan diri kerana bimbang rakan-rakan lelaki itu datang semula dan membalas dendam sehinggalah pasukan keselamatan mengisytiharkan kampung itu selamat,” katanya.

Sementara itu, Saparudin melahirkan kesyukuran kerana terselamat dalam insiden itu, namun mereka masih lagi risau dan mengharapkan pihak polis meningkatkan kawalan di kampung itu.

“Jarak kampung ini dengan Simunul bukannya jauh sangat, kami bimbang tentang keselamatan anak isteri kami yang masih trauma dengan kejadian tersebut,” katanya.

Sebelum ini, Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar memuji keberanian penduduk kampung melawan pengganas bersenjata yang ceroboh kampung mereka. - Sinar Harian
read more...

Habis La Khalid... Orang Dalam Sendiri Buat Laporan SPRM #SayangiSelangor #TolakPR #ManifestoBukanJanji #GE13 #PRU13




Seorang anggota di cabang PKR yang diketuai Tan Sri Khalid Ibrahim hari ini membuat laporan ke atas menteri besar Selangor itu atas dakwaan menyalahguna dana berjumlah kira-kira RM20,000 dari cabang parti itu.





Anggota cabang buat laporan ke atas Khalid


Satu video yang disiarkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia di portal Youtube menunjukkan anggota cabang berkenaan, Airos Shahidin Manaf yang membuat laporan berkenaan atas dakwaan tidak menerima penjelasan sewajarnya berhubung isu tersebut.

Airos Shahidin mendakwa, isu berkenaan dibangkitkan dalam mesyuarat agung cabang tersebut enam bulan lalu.






Laporan ke atas Abdul Khalid, yang merupakan ketua cabang PKR Kuala Selangor, menunjukkan lebih banyak sentimen tidak puas hati akar umbi berkenaan yang mungkin memaksa beliau bertanding di DUN lain.





Dalam video tersebut, Airos Shahidin berkata beliau turut mengesyaki terdapat pemimpin lain dalam cabang berkenaan yang terlibat menyalahguna dana berkenaan.



Lelaki berkenaan juga menafikan bahawa beliau dinaungi Umno dan menegaskan bahawa beliau bertindak demikian bagi memastikan parti itu ditadbir dengan telus.







POINT NYE DI SINI:


  • Ini pun konspirasi UMNO jugak ke, MB Khalid? 
  • Airos Shahidin Manaf nafi beliau disogok oleh BN. Ini memang kerja PKR. 
  • Laporan telah dibuat. Harap SPRM buat siasatan dengan terperinci. 
  • Harap Khalid Ibrahim tak tergagap-gagap jawab tuduhan ini. 
  • Skandal pasir sebabkan kematian Teoh Beng Hock dan Datuk Wong. (http://www.nst.com.my/latest/datuk-wong-was-killed-claims-raja-petra-1.44133
  • Oii Khalid... yang besar pun kau belasah, yang kecil pun kau belasah. 
  • Betulkah laporan ini, 20 ribu sikit sangat takkan Khalid nak balun. 
  • Sapu duit Rumah Urut dengan Pasir selangor pun dah kaya raya khalid. Atau Ronnie Liew (rumah urut) dengan Anwar Ibrahim (pasir) dah belasah semua tak bagi Khalid?
    read more...

    OPS DAULAT : Doa Rakyat Malaysia Pembakar Semangat Kami




    "Memang saya ada teringatkan mereka, tapi terpaksa korbankan perasaan itu. Lebih-lebih lagi ketika melakukan pemeriksaan di Kampung Air di Semporna, Sabah untuk mengesan saki-baki pengganas Sulu yang bersembunyi di kawasan itu. 

    "Kami tidak tahu risiko dan bahaya yang bakal dihadapi sepanjang melakukan pemeriksaan di kampung berkenaan. Namun, saya bersyukur kerana tiada sebarang kejadian buruk berlaku ke atas kami," katanya ketika ditemui pemberita di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), di sini, malam tadi.

    "Setiap hari memang teringatkan anak dan isteri, tapi kerana kedaulatan negara, saya korbankan perasaan itu," kata Azizi Azman, 31, seorang daripada anggota dan pegawai PDRM yang bertugas dalam Op Daulat.




    Azizi yang bertugas di Cawangan Jenayah Berat Kontinjen Kota Bharu, Kelantan berkata, bagi menghilangkan rasa rindu terhadap isterinya, Nurhafizah Ismail, 31, dan dua anaknya, dia akan menghubungi mereka sekiranya berkesempatan berbuat demikian. 

    Azizi seorang daripada 139 anggota dan pegawai Cawangan Siasatan Jenayah, PDRM selamat tiba di KLIA jam 9.40 malam tadi dari Tawau, Sabah selepas menyertai Ops Daulat.

    Semua anggota dan pegawai terbabit kemudiannya dibawa menaiki bas dan van untuk menghadiri majlis sambutan ketibaan wira Ops Daulat di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) di Jalan Semarak, Kuala Lumpur. 

    Sementara itu, Poh Eng San, 46, yang bertugas di Cawangan Jenayah Berat Kontinjen Kedah berkata, dia gembira dapat kembali ke semenanjung serta menyifatkan pengalaman bertugas dalam Op Daulat adalah pengalaman yang sukar dilupakan. 

    "Sepanjang di sana, kami melakukan tugasan dengan semangat juang yang tinggi bagi memastikan kedaulatan negara dapat dikekalkan. 

    "Kami juga mahu mengucapkan terima kasih kepada rakyat Malaysia kerana sentiasa menyokong dan mendoakan keselamatan kami sepanjang menyertai misi ini," katanya.
    read more...

    OPS DAULAT : GEMPAR!! LELAKI SULU DITAHAN DI MELAKA!!!

    Tertuduh yang merupakan warga Filipina mengaku tidak bersalah atas kedua-dua pertuduhan berkenaan yang dibacakan di hadapan Majistret Syajaratudur Abd. Rahman dan Hakim Ahmad Sazali Omar.

    Beliau merupakan Seorang lelaki Sulu dan ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) dihadapkan di dua mahkamah berasingan di sini hari ini atas tuduhan memiliki kad pengenalan palsu dan menetap secara haram di negara ini.





    Iskandar Azlan Al Shah Mohd. Nazal Al Shah, 33, yang ditahan di bawah SOSMA kerana mempunyai kaitan dengan pencerobohan kumpulan pengganas Kiram di Sabah didakwa di Mahkamah Majistret di sini satas kesalahan memiliki kad pengenalan palsu dan di Mahkamah Sesyen kerana memasuki negara ini tanpa dokumen sah.

    Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa memiliki kad pengenalan dengan maklumat pengenalan diri palsu menggunakan surat beranak milik Sharif Abdilla di No. 19, Jalan Seri Mangga 2/5, Taman Seri Mangga, di sini pada pukul 7 malam, 8 Mac lalu.

    Dia didakwa di bawah Peraturan 25(e) Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda tidak kurang RM3,000 dan tidak lebih RM20,000 atau kedua-duanya.

    Timbalan Pendakwa Raya, Shahidani Abd. Aziz yang mengendalikan pendakwaan memohon agar tertuduh tidak dibenarkan diikat jamin kerana dia ditahan di bawah SOSMA dan merupakan warga asing. - UTUSAN ONLINE
    read more...

    MEMALUKAN!!! Nama Jer Ketua Pemuda PAS, TAPI.......








    Kalau nak kutuk UMNO sekali pun, apa perlu dikaitkan dan diguna Nabi Muhamamd sebagai contoh. Tak faham hukum ke?

    Oh lupa nama Allah mereka sedia jaja untuk politik. Inikan nama nabi pula???




    - THE UNSPINNER -
    read more...

    PR Guna Khidmat Firma Perhubungan Awam Pro-Israel

    Media sebelum ini mendedahkan firma lobi Amerika Syarikat (AS), Orion Strategies telah mengatur perjumpaan wakil Suaram (Suara Rakyat Malaysia) dengan Ahli Kongres AS bagi mendapatkan kepakaran untuk menghadapi Pilihan raya Umum ke-13 (PRu-13). Untuk melaksanakan misi ‘perwakilan Malaysia’ itu, Mike Mitchell bagi pihak Orion Strategies dilaporkan telah menghubungi Hana Atuatasi, kakitangan Kongres untuk mengatur perjumpaan tersebut. 




    Mitchell juga turut menamakan dua delegasi Malaysia iaitu Pengarah Suaram Cynthia Gabriel, dan Pengarah Merdeka Centre, Ibrahim Suffian, dua NGO yang mendapat tajaan yayasan AS, National Endowment for Democracy (NED) dan Open Society Institute (OSI) yang mana organisasi diketahui menyokong penuh Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim. Orion Strategies menurut sourcewatch.org adalah badan pelobi milik kumpulan neo-konservatif atau lebih dikenali sebagai Yahudi yang mencipta ‘Project for the New American Century‘ (PNAC). Salah satu pelanggan Orion Strategies adalah Open Society Policy Center (OSPC), badan yang ditaja penyangak mata wang Yahudi, George Soros. 

    Mesyuarat antara wakil Malaysia dengan Kongres sepatutnya diadakan pada 14 dan 15 Mac, namun kandungan e-mel tidak menyatakan sama ada mesyuarat itu berlaku atau sebaliknya. Malah, semakan media juga mendapati Strategi Orion diketuai oleh Randy Scheunemann, bekas penasihat kepada bekas Setiausaha Pertahanan Donald Rumsfeld, dari parti Republikan AS. 

    Scheunemann digambarkan sebagai neo-konservatif, yang juga pernah berkhidmat untuk calon presiden Republikan, John McCain sebagai penasihat semasa pilihanraya Presiden AS 2008. Anwar juga sekitar tahun 2006 hingga 2007 pernah berkhidmat kepada Jabatan Negara AS, di bawah naungan Paul Wolfowitz, juga dari parti Republikan. Walau bagaimana pun, Pengarah Strategik PKR, Rafizi Ramli menafikan perkara itu dan menganggap sebagai gimik pilihanraya. Rafizi juga menganggap parti pembangkang itu mempunyai tokoh yang berkaliber dan tidak memerlukan bantuan luar. 

    Siapa? Rafizi? Malah turut difahamkan, Orion juga akan membawa pengarah Suaram itu ke Washington. Apabila PR menggunakan khidmat Yahudi ini, sudah pasti kaedah dan cara politik mereka serta pentadbiran mereka umpama kumpulan neo-konservatif.
    read more...

    OPS DAULAT : LELAKI TEMPATAN DAN WANITA ASING DITAHAN

    "Kami masih menyiasat penglibatan kedua-dua mereka dengan insiden pencerobohan militan Sulu," katanya pada sidang akhbar di Markas Operasi di Felda Sahabat 16, dekat sini hari ini.

    Seorang lagi lelaki tempatan ditahan mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma) dalam operasi polis bagi membanteras saki-baki penceroboh dari Selatan Filipina di Sabah. 



    Lelaki berusia 38 tahun itu ditahan di Tanjung Aru, Kota Kinabalu petang semalam, kata Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Tan Kok Liang.

    Beliau berkata dalam Operasi Daulat semalam, polis turut menahan seorang wanita berusia 45 tahun yang mempunyai kad identiti dari kesultanan Sulu di Kampung Sungai Bilis, Felda Sahabat dekat sini.

    Sementara itu, beliau berkata sebuah lagi balai polis bergerak ditempatkan di sekitar Kampung Tanjung Labian dan Kampung Tanjung Batu mulai pagi ini bagi meningkatkan keyakinan penduduk kampung yang terjejas akibat insiden pencerobohan itu.

    Tan berkata sehingga pukul 1 tengah hari ini, 20 laporan polis telah dibuat antaranya membabitkan kehilangan harta benda serta rumah yang dibakar dan dirosakkan militan terbabit.

    Beliau berkata polis percaya lebih banyak laporan polis akan dibuat penduduk untuk tempoh terdekat.

    "Selain balai polis itu, pasukan keselamatan juga akan meneruskan rondaan untuk meningkatkan tahap keselamatan.


    "Kami percaya penduduk kampung di zon merah tidak akan takut lagi dan akan menjalani kehidupan seperti biasa," katanya.
    read more...

    OPS DAULAT : Ikan Goreng Membawa Kepada Penemuan 6 pengganas

    "Ikan goreng tersebut sebenarnya untuk enam pengganas itu termasuk dua orang wanita. Pasukan keselamatan kemudian mengatur strategi dan melancarkan serangan sehingga dapat membunuh musuh itu.


    "Kita juga bernasib baik kerana lokasi musuh itu berada amat sesuai untuk melakukan serangan ke atas anggota keselamatan kita yang keluar masuk ke kampung itu," katanya yang ditemui di sini hari ini.



    Gambar Hiasan


    Seorang anggota keselamatan menceritakan detik bagaimana beliau dan pasukannya berjaya menembak mati enam pengganas Kiram di Tanjung Labian di sini, dalam satu serangan selepas menjejaki seorang penduduk kampung yang menghantar bekalan makanan kepada kumpulan berkenaan.

    Mengimbas kembali kejayaan tersebut, anggota keselamatan yang enggan dikenali itu berkata, beliau mengesyaki 'sesuatu' selepas terserempak penduduk kampung tersebut membawa beberapa ketul ikan goreng yang didakwa untuk neneknya.

    Menurutnya, beliau dan anggota keselamatan yang lain kemudian membuat siasatan dan menjejaki lelaki itu sehinggalah mendapati ada enam pengganas Kiram di dalam dua buah rumah.

    Beliau turut melahirkan rasa syukur kerana dibukakan pintu hati untuk mengesyaki perbuatan penduduk tersebut sekali gus menyelamatkan nyawanya dan anggota keselamatan yang lain.

    - UTUSAN Online
    read more...

    Kenapa Phahrolrazi Zawawi Ketawa BESAQ Sangat Ni?? #SaveKedah #TolakPR

    Kenapa Ya??





    Adakah Ini Sebabnya??




    Atau Ini???





    Ini Pula???




    Hmmm... Macam-Macam la Phahrolrazi Ni




    Pasai Apa Hang Buat Saya "Lagu Ni"???




    Ni Jawabnya Ustazzzzz........




    Jadi, hangpa semua dok pikiaq lagu mana plak??

     #SaveKedah #TolakPR


    read more...

    OPS DAULAT : Balu ASP Zulkifli Mamat Dianugerah Tanah

    “Saya bersyukur kerana impian memiliki tanah berhampiran rumah keluarga di Kampung Sena di sini, tercapai, sekali gus membuktikan keprihatinan kerajaan negeri membela nasib rakyat,” kata balu Allahyarham Asisten Superintendan Zulkifli Mamat, Nor Aziah Noor, 28, yang menerima sebidang tanah seluas 413 meter persegi bernilai lebih RM100,000 sumbangan kerajaan negeri Perlis, semalam.



    MD Isa menyerahkan geran tanah kepada Nor Aziah di kediamannya di Taman Sena, semalam.


    Sumbangan berkenaan adalah penghargaan bagi pengorbanan Allahyarham yang terkorban ketika berjuang mempertahankan negara daripada pencerobohan pengganas di Lahad Datu, Sabah, 1 Mac lalu.

    Nor Aziah yang kini bertugas di Sekolah Menengah Kebangsaan Putra di sini, berkata, dia pernah memohon membeli tanah terbiar berkenaan yang terletak di sebelah rumah ibu bapanya.

    Menurutnya, dia bercadang membina rumah di atas tanah itu bagi membesarkan dua anaknya iaitu Nor Aqmar Amiruddin, 5, dan Noor Muhammad Akhil, 12 bulan, selepas pulang ke kampung halamannya, di sini, bulan lalu.

    Bagaimanapun dia tidak menyangka permohonan memiliki tanah berkenaan diluluskan kerajaan negeri, malah tidak perlu membelinya apabila diserahkan sebagai penghargaan arwah suami. - My Metro
    read more...

    RETAK MENANTI BELAH DI PERAK!!!



    Pengumuman Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim yang mengesahkan akan bertanding di Perak pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) ini dilihat sebagai satu tindakan serampang dua mata. Menurut sumber yang diterima, ia ekoran dari gelombang penolakkan orang Islam dan Melayu yang semakin mengenali makhluk ‘dua alam’ itu.

    Ini kerana dikhabarkan majoriti pengundi di Pematang Pauh telah mula bosan dengan sindrom penafian Anwar yang sehingga kini gagal menjawab semua dakwaan berhubung isu salah laku moral yang dikaitkan ke atas dirinya.

    Selain gagal memberikan khidmat yang cemerlang untuk para pengundi di kawasan, Anwar juga dikatakan jarang meluangkan masa untuk berjumpa dengan masyarakat setempat yang suatu ketika dahulu merupakan penyokong kuatnya. Maka telah mula kedengaran di kalangan pengundi di Permatang Pauh untuk menolak Anwar sekiranya dia masih mencalonkan dirinya dalam pilihanraya akan datang.

    Menurut sumber pula, tindakan Anwar yang membuat pengumuman awal senarai calon PKR juga telah menimbulkan kemarahan di kalangan beberapa pimpinan pusat dan ketua-ketua peringkat cabang. Ini disebabkan kerana, ia telah memberikan kesan buruk, selain menimbulkan perpecahan di kalangan penyokong peringkat akar umbi.

    Yang nyata, ramai yang tidak berpuas hati apabila Anwar menolak kepimpinan cabang sebagai calon pilihanraya, hanya kerana ingin memberi laluan kepada calon luar yang dikatakan sebagai ‘giant killer’. Ekoran itu, ramai yang dikatakan telah mengambil keputusan untuk tidak akan mengundi calon PKR.

    Malah ada yang mengatakan akan memberikan undi kepada calon Barisan Nasional (BN) sebagai tindakan sabotaj ke atas kepimpinan Anwar, lebih teruk lagi apabila ada yang sanggup mengambil tindakan untuk keluar parti dan membubarkan ranting PKR.

    Terbaru, Ketua Bahagian PKR Pasir Salak Ahmad Taufik Hassan juga antara yang dikatakan akan meninggalkan PKR untuk menyertai UMNO selepas 40 orang ahli PKR termasuk Ketua Pemuda PKR Sungai Siput mengambil langkah yang serupa. Sebelum ini, seramai 64 ahli PKR di Parlimen Pasir Salak nekad mengikut jejak langkah 120 ahli dan jentera PKR, Cabang Padang Rengas yang nekad untuk keluar parti.

    Inilah yang dikatakan sebagai rahmat dari Allah swt, kerana semakin ramai yang telah diberikan petunjuk untuk menilai makhluk yang dikatakan sebagai pemimpin ‘anugerah tuhan’ itu.

    Lihat sahaja mengenai berita tentang tokoh-tokoh tertentu dalam masyarakat dan bidang akademik yang telah mula menjauhkan diri dari Anwar Ibrahim. Mereka dikatakan tidak lagi mahu menyokong perjuangan yang berpaksikan kepada kepentingan peribadinya itu.

    Mereka itu pula bukan golongan baru belajar berfikir dan menganalisis, tetapi merupakan tokoh yang amat disegani di dalam dan di luar negara. Prof Datuk Dr Sidek Baba sebagai contoh merupakan antara ‘hardcore’ yang boleh diibaratkan sebagai panglima perang Anwar. Ini kerana di UIA, beliau adalah merupakan pemangkin pada gerakan menaikkan Anwar di kalangan masyarakat intelektual serta dunia pelajar.

    Selain mereka, Dr Hasan Ali dan Nasharuddin Mat Isa juga dilihat telah ‘berkerat rotan’ dengan Ketua Umum PKR, walau pun pada peringkat awal meraka antara yang turut serta dalam gerakan Anwar. Perkataan Pas diresapi parasit adalah komen pertama Hasan meninggalkan perjuangan Pas sebagai merujuk kepada usaha Anwar mencatur agenda Pas dari luar.

    Persoalannya, apakah mereka yang masih bersama PKR ini tidak sedar dan tidak tahu lagi akan hala tuju perjuangan Anwar Ibrahim? Hakikatnya ‘KEADILAN’ dalam PKR hanyalah merupakan retorik semata-mata. Ini kerana perjuangan PKR = Anwar Ibrahim!

    Dari dulu sampai sekarang ahli politik yang bercita-cita untuk menjadi perdana menteri itu memang tidak pernah dengar pandangan orang lain. Asyik veto, asyik saman, asyik pergi hotel jumpa budak muda yang akhirnya menyebabkan ahli-ahli PKR semakin diabaikan oleh Anwar.
    read more...

    CALON PKR YANG TELAH DISAHKAN BERTANDING PRU 13 (SENARAI BERGAMBAR)



    TERKINI!!! Pengisytiharan dibuat Ketua Umum, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan menampilkan campuran muka lama dan baru.



    1. Mohamed Azmin Ali
    P98 Gombak
    Timbalan Presiden, Pengarah Jawatankuasa Pilihan Raya
    Pertahan kerusi



    2. Datuk Saifuddin Nasution Ismail
    P18 Kulim-Bandar Baharu
    Setiausaha Agung
    Pindah kawasan



    3. Tian Chua
    P115 Batu
    Naib Presiden
    Pertahan kerusi




    4. N Surendran
    P17 Padang serai
    Naib Presiden
    Calon baru




    5. Fuziah Salleh
    P83 Kuantan
    Naib Presiden
    Pertahan kerusi



    6. Nurul Izzah Anwar
    P121 Lembah Pantai
    Naib Presiden
    Pertahan kerusi



    7. Datuk Dr Mansor Othman
    P47 Nibong Tebal
    Naib Presiden, Pengerusi KEADILAN Pulau Pinang
    Pindah kawasan




    8. Rafizi Ramli
    P100 Pandan
    Pengarah Strategi
    Calon baru




    9. Dr Muhammad Nur Manuty
    P58 Bagan Serai
    Ketua Penerangan, Pengerusi KEADILAN Perak
    Calon baru




    10. William Leong
    P97 Selayang
    Bendahari Agung
    Pertahan kerusi





    11. Onn Abu Bakar
    P153 Sembrong
    Ketua KEADILAN Cabang Putrajaya
    Calon baru




    12. Dr Abdul Aziz Bari
    P92 Sabak Bernam
    Bekas Pensyarah Undang-undang Universiti Islam Antarabangsa (UIA)
    Calon baru




    13. Datuk Dr Tan Kee Wong
    P116 Wangsa Maju
    Pengerusi Jawatankuasa Disiplin
    Calon baru




    14. Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim
    P124 Bandar Tun Razak
    Ahli Majlis Pimpinan Pusat, Menteri Besar Selangor
    Pertahan kerusi




    15. Shamsul Iskandar Mohd Akin
    P137 Bukit Katil
    Ketua Angkatan Muda KEADILAN, Pengerusi KEADILAN Melaka
    Pindah kawasan




    16. Gooi Hsiao Leung
    P9 Alor Setar
    Ketua Biro Perundangan KEADILAN Kedah
    Bertanding semula



    17. Dr Azman Ismail
    P10 Kuala Kedah
    Ketua Cabang KEADILAN Kuala Kedah
    Calon baru




    18. Datuk Fauzi Abdul Rahman 
    P82 Indera Mahkota
    Pengerusi KEADILAN Pahang
    Calon baru




    19. Baru Bian
    P221 Limbang
    Pengerusi KEADILAN Sarawak
    Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak menang DUN




    20. Murnie Hidayah Anuar
    P084 Paya Besar
    Peguam Hak Asasi Manusia
    Calon baru




    21. Ali Biju
    P205 Saratok
    Timbalan Pengerusi KEADILAN Sarawak
    PRN Sarawak menang DUN




    22. Abang Zulkifli Abang Engkeh
    P201 Batang Lupar
    Pengarah Jawatankuasa Pilihan Raya KEADILAN Sarawak
    PRN Sarawak tanding DUN





    23. Abun Sui Anyit
    P216 Hulu Rajang
    Setiausaha KEADILAN Hulu Rajang
    Calon baru




    24. Roland Engan
    P220 Baram
    Peguam
    Calon baru
    read more...

    Networkedblog

    MENARIK

     
    Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
    Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
    back to top