Nuffnang

OPS DAULAT : GEMPAR!! Penduduk Jumpa Grenad Aktif!!!

“Kami benar-benar terkejut apabila menjumpai peluru ini, saya terus arahkan semua ahli keluarga saya menjauhi peluru tersebut.

“Saya juga bimbang jika ada lagi peluru yang masih hidup, sudah pasti ia boleh mencedera atau membunuh sesiapa sahaja,” kata Madali yang juga pernah berkhidmat sebagai anggota Wataniah di Pulau Pinang selama 15 tahun.





Penduduk Kampung Tanjung Batu yang pulang ke rumah masing-masing, semalam terkejut apabila menjumpai sebutir peluru grenad M203 yang masih aktif di kawasan rumah mereka.

Peluru itu dijumpai ketika penduduk membersihkan rumah kesan pertempuran antara pihak keselamatan negara dengan pengganas Kiram pada 6 Mac lalu.

Madali Hassan, 60, berkata, peluru itu dijumpai oleh anak saudaranya yang bermain di tepi rumah ketika ahli keluarga lain sibuk mengumpul kelongsong-kelongsong peluru untuk diletakkan di tepi jalan.

Wartawan ini secara kebetulan berada di lokasi dan dimaklumkan oleh Madali mengenai penemuan tersebut dan kami terus bergegas ke rumahnya.

Tinjauan mendapati, penduduk sudah meletakkan peluru itu di kawasan belakang rumah kerana bimbang peluru boleh meletup pada bila-bila masa.

Katanya, selepas penemuan ini, dia bimbang untuk membenarkan ahli keluarganya bermalam di rumah walaupun pihak berkuasa sudah memberikan kebenaran kepada penduduk untuk pulang ke rumah.

“Malam ini (malam semalam), kami akan menumpang tidur di rumah saudara, bila kawasan ini benar-benar selamat barulah kami masuk semula,” katanya.

Seorang lagi penduduk di kawasan tersebut, Munaidah Albani, 49, berkata, penemuan peluru hidup ini merisaukan lagi penduduk kampung untuk menjalani kehidupan mereka.

Katanya, trauma melihat kesan-kesan tembakan di segenap sudut rumah sudah cukup menyedihkan, apatah lagi ditambah dengan penemuan peluru-peluru aktif.

“Saya yakin ada banyak lagi peluru-peluru hidup di sini, saya sudah arahkan anak-anak saya memberitahu jika menemui peluru seperti ini.

“Apapun kami redha dengan apa yang berlaku, kami harap pihak berwajib boleh membersihkan kawasan ini,” katanya.

Sejurus selepas penemuan itu, wartawan Sinar Harian sempat berjumpa sepasukan polis yang diketuai Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam PDRM, Datuk Seri Salleh Mat Rashid dan memaklumkan mengenai penemuan peluru grenad M203 yang masih aktif.

Selepas pemeriksaan, anggota polis memberitahu peluru itu dipercayai tercicir daripada pelancar ketika pertempuran sedang berlangsung. Sebagai langkah keselamatan, kawasan itu ditanda dan menunggu skuad pemusnah bom tiba.

- SINAR HARIAN
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top