“Saya bersyukur kerana impian memiliki tanah berhampiran rumah keluarga di Kampung Sena di sini, tercapai, sekali gus membuktikan keprihatinan kerajaan negeri membela nasib rakyat,” kata balu Allahyarham Asisten Superintendan Zulkifli Mamat, Nor Aziah Noor, 28, yang menerima sebidang tanah seluas 413 meter persegi bernilai lebih RM100,000 sumbangan kerajaan negeri Perlis, semalam.
MD Isa menyerahkan geran tanah kepada Nor Aziah di kediamannya di Taman Sena, semalam.
Sumbangan berkenaan adalah penghargaan bagi pengorbanan Allahyarham yang terkorban ketika berjuang mempertahankan negara daripada pencerobohan pengganas di Lahad Datu, Sabah, 1 Mac lalu.
Nor Aziah yang kini bertugas di Sekolah Menengah Kebangsaan Putra di sini, berkata, dia pernah memohon membeli tanah terbiar berkenaan yang terletak di sebelah rumah ibu bapanya.
Menurutnya, dia bercadang membina rumah di atas tanah itu bagi membesarkan dua anaknya iaitu Nor Aqmar Amiruddin, 5, dan Noor Muhammad Akhil, 12 bulan, selepas pulang ke kampung halamannya, di sini, bulan lalu.
Bagaimanapun dia tidak menyangka permohonan memiliki tanah berkenaan diluluskan kerajaan negeri, malah tidak perlu membelinya apabila diserahkan sebagai penghargaan arwah suami. - My Metro
harap jangan lupa jasa baik kerajaan... guna lah pemberian kerajaan sebaik mungkin... inshaa Allah semua akan selamat.
BalasPadam