Nuffnang

K. RAJAGOPAL CALON JURULATIH TERBAIK ASEAN??? MACAM TAK PERCAYA JE!!




Pengendali skuad Harimau Malaya Datuk K. Rajagobal merupakan antara calon yang tersenarai untuk menerima anugerah Jurulatih Terbaik Persekutuan Bola Sepak Asean (AFF) yang akan diadakan buat julung kali di sini esok.


Beliau merupakan antara empat jurulatih yang disaring ke peringkat akhir bersama jurulatih Singapura, Radojko Avramovic, Winfried Anton Schafer (Thailand) dan Hans Micheal Weiss (Filipina).


Menurut kenyataan pihak penganjur, anugerah lain yang akan diberikan ialah Pengadil Terbaik (Lelaki & Wanita), Persatuan Terbaik, Pemain Terbaik (Lelaki & Wanita), Pasukan Terbaik, Jurulatih Terbaik (Lelaki & Wanita), Pasukan Futsal Terbaik.


Anugerah Perkhidmatan Sepanjang Hayat, Anugerah Sumbangsih, Gol Terbaik Piala AFF Suzuki 2012, Penolong Pengadil Terbaik (Lelaki & Wanita), Pemain Belia Terbaik, Pemain Futsal Terbaik dan Pasukan Kebangsaan Terbaik (Lelaki & Wanita).


Anugerah ditaja Tourism Malaysia, Telekom Malaysia, Genting Bhd, Kerajaan Negeri Pahang, Persatuan Bola Sepak Malaysia dan Hyatt Regency Kuantan Resort.


Majlis dijadual dihadiri Presiden AFF Sultan Ahmad Shah yang juga Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan Timbalan Presiden FAM, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah.






-- BERNAMA
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top