“Saya sudah melihat baju ini sejak pulang ke rumah. Saya tidak berani pegang kerana ia baju pengganas,” katanya.
Ditanya sama ada baju di rumahnya hilang kerana pengganas mahu menyamar menjadi penduduk kampung, kata Darwin, memang banyak baju lelaki di rumahnya lesap.
“Ya, baju saya banyak yang hilang. Kemungkinan mereka gunakan untuk menyamar,” katanya.
DAKWAAN ramai pihak yang mengatakan pengganas Kiram mengamalkan ilmu kebal ketika bertempur dengan pasukan keselamatan negara mungkin tidak boleh dipercayai kerana merasakan ia mustahil berlaku.
Kemungkinan besar dalam kalangan kita juga tidak mempercayainya kerana tidak melihat sendiri di hadapan mata dan juga menganggap ia perbuatan syirik.
Tetapi itulah yang terjadi dan diceritakan sendiri oleh beberapa anggota polis dan tentera yang terlibat dalam Op Daulat kepada wartawan Sinar Harian sejak kami menjejakkan kaki di sini.
Ramai antara mereka berkata, pengganas Kiram masih boleh melarikan diri walaupun ratusan peluru mengenai badan mereka sehingga pakaian tertanggal dan tubuh berasap.
Namun, kekebalan pengganas Kiram sedikitpun tidak menggentarkan pasukan keselamatan negara, malah ia memberi semangat yang lebih untuk menghapuskan musuh ini dari bumi Sabah.
“Kami berperang dengan syaitan. Seperti filem zombie, kami mesti tembak di kepala barulah pengganas ini rebah,” kata salah seorang anggota polis kepada Sinar Harian.
Akhirnya, bukti kekebalan pengganas Kiram kami temui semasa masuk ke Kampung Tanjung Batu semalam. Sepasang baju dan seluar tentera yang pernah digunakan pengganas menjadi bukti kepada cerita-cerita yang disampaikan anggota keselamatan kepada kami.
Di belakang baju tersebut, terdapat lambang keris Sulu dan bulan sabit, serta warna hijau, putih dan kuning.
Kami difahamkan oleh penduduk kampung lambang itu adalah lambang Tentera Diraja Sulu, entiti yang pernah diisytiharkan oleh individu yang menabalkan dirinya Sultan Sulu, Jamalul Kiram ketika awal pencerobohan Februari lalu.
Memeriksa baju itu, kami mendapati ia dipenuhi kesan peluru. Robek di sana sini. Namun amat menghairankan apabila tiada langsung kesan darah.
Penduduk, Darwin Abd Rajin, 45, berkata, pakaian tentera itu memang sudah ada di hadapan rumahnya sejak dia kembali pada Ahad lalu.
Katanya lagi, dia tidak berani menyentuh pakaian itu kerana bimbang disalahtafsir sebagai bersubahat dengan pengganas Kiram.
Kelmarin, Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Polis Diraja Malaysia (PDRM), Datuk Seri Salleh Mat Rashid menasihati penduduk kampung melaporkan terus kepada pihak berkuasa jika ada orang asing masuk ke kampung mereka.
Katanya, ia kerana pengganas Kiram disyaki sudah menyamar menjadi orang awam selepas pihak berkuasa bertindak segera dalam melumpuhkan kegiatan pengganas. - Sinar Harian
- SUMBER
BB : APA PUN... ALLAH MAHA BERKUASA DAN LEBIH MENGETAHUI. WALLAHU' ALAM
Mana ada kebal sampai berasap badan, kalau berpeluh waktu pagi memang ada vapour. Kalau betul-betul kebal tak kan 68 dah menyembah bumi. 5.56mm round kalau ditembak dari jarak 100M ke bawah memang orang tak tumbang on the spot. Mau 4-5 round atau satu ke kepala baru tumbang. Jangan percaya benda syirik ni...
BalasPadamkekebalan menggunakan ilmu syaitan x akan tahan lama..akan mati juga..ALLAH MAHA MENGETAHUI LAGI MAHA BERKUASA..
BalasPadamMusuh yg terkena tembakan 5.56mm masih mampu berlari kerana adrenaline rush melainkan 5.56mm menembusi organ penting seperti kepala, jantung dan saraf tunjang tulang belakang serta tempurung lutut...tiada kebal cuma ayat pelaris dlm artikel.
BalasPadamsetakat ckap dlm ni blh la ckap benda tu tak logik tpi bgi yg berdepan dgn mata kepala sendiri je yg tahu benda ni. ditembak bertalu2 dgn hk11 dri jarak dekat masih blh bangun tersenyum lgi. jika ikut logik memang xlogik.ilmu kebal memang wujud dgn bantuan syaitan dan syaitan diberi izin Allah utk sesatkan kita tpi xakan dpt menandingi ilmu Allah.
BalasPadambohong ! pejuang atau orang sulu tak kebal , tak hebat pun , orang sulu itu cakap besar ..lagak saja lebih, hakikatnya mereka tu penakut ,
BalasPadamkalau kebal sanggat kenapa lari bertempiaran kena bom ? kenapa tak sambut bom tu dengan tangan?
kalau kebal sanggat kenapa sembunyi dalam hutan sanggup menahan lapar bila dikejar pihak ATM ?
kalau pengganas sulu itu kebal dan hebat , kenapa beratus ribu orang sulu jadi pendatang haram cari makan di sabah? tangkap hantar filipina esok datang lagi ? kenapa lari dari kampung halaman untuk melawan tentera filipina ? kalau mereka tu kebal dan hebat dah lama tentera filipina itu ngaku kalah ...