Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V hari ini berkenan menyampaikan sumbangan RM80,000 melalui Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Sultan Kelantan Darulnaim kepada keluarga lapan anggota polis yang terkorban dalam serangan pengganas di timur Sabah.
Bertujuan membantu meringankan beban keluarga dan menghargai jasa wira negara itu, sumbangan berkenaan disampaikan oleh wakil baginda, Datuk Dr. Zainuddin Ibrahim yang juga Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan dalam satu majlis di Pusat Latihan Polis (Pulapol) Jalan Semarak, di sini.
Mereka yang terkorban dalam pertempuran di Kampung Tanduo pada 1 Mac ialah Asisten Superintendan Zulkifli Mamat, 29, dan Sarjan Sabarudin Daud, 46, manakala anggota yang gugur di Semporna pada 2 Mac ialah Asisten Komisioner Ibrahim Lebar, 52, Koperal Mohd. Azrul Tukiran, 27, Deputi Superintendan Michael Padel, 36, Sarjan Mejar Baharin Hamid, 49, Sarjan Mejar Abdul Aziz Sakirun, 48; dan Sarjan Salam Togiran, 42. - BERNAMA
0 Komen:
Catat Ulasan
APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....