Nuffnang

POLITIK KITA : Kenapa Tun M Sampai Johor, Tapi Kit Siang Yang Menggelabah???

Kehadiran Tun Mahathir ke Johor baru-baru ini dilihat berjaya menyuntik semangat baru khususnya kepada jentera Barisan Nasional dan Umno bagi memastikan kubu kuat Umno itu terus kekal untuk dipertahankan dalam pilihanraya umum yang akan datang. Dengan kehadiran yang mencecah 20,000 ribu orang, pakatan pembangkang dilihat akan berdepan dengan laluan yang sengit dan sukar. 

Malah di dalam ceramahnya di Pulai Johor itu, Tun Mahathir telah menggesa agar rakyat Johor menolak pakatan pembangkang sekaligus menamatkan kerjaya politik Lim Kit Siang yang telah mengambil keputusan untuk bertanding di kerusi Gelang Patah. “Kit Siang mahu datang (bertanding) di sini. Saya minta rakyat negeri Johor, semua kaum bergabung tenaga untuk pastikan negeri Johor menjadi ‘kubur’ kepadanya. Kita perlu memastikan dia (Lim) kalah di Johor. 




Johor akan terus menjadi simpanan tetap BN,” katanya pada majlis Bicara Minda baru-baru ini. Menurut Tun Mahathir lagi, Kit Siang telah berada terlalu lama berada dalam politik bermula dari 1964 ketika menjadi setiausaha politik kepada pengasas DAP, Devan Nair yang juga bekas presiden Singapura. “Kita telah bertukar enam perdana menteri sejak kemerdekaan 1957, tetapi dia tidak berubah-ubah. Bagilah peluang pada anak dia atau cucu dia,” katanya. 

Kenyataan Tun Mahathir itu telah menyebabkan Kit Siang tidak senang duduk dan panas punggung sehingga menyebabkan dia terpaksa mengeluarkan kenyataan mencabar Tun bertanding semula sebagai reaksi terhadap ucapan tersebut. “Saya menjemput Dr Mahathir untuk bertanding di Gelang Patah dan biarkan pengundi menentukan hayat politik siapa akan berakhir, sama ada kuburkan saya atau beliau. Saya bersedia menyerahkan nasib kepada penduduk Gelang Patah yang memiliki 53 peratus pengundi Cina, 33 peratus Melayu, dan 12 peratus pengundi India,” katanya. 

Menurut sumber, keputusan Kit Siang untuk berpindah ke kerusi Parlimen Gelang Patah telah menimbulkan lagi beberapa perpecahan di kalangan pimpinan pakatan di Johor. Ini kerana umum mengetahui kerusi tersebut menjadi rebutan di antara DAP dan PKR. Malah Pengerusi PKR Johor, Chua Jui Meng sebelum ini dilihat berkeras mahu agar kerusi itu diberikan kepadanya dalam PRU13 kelak. 





Malah kegagalan PKR yang diketuai oleh Anwar Ibrahim selaku pimpinan ‘Anugerah Tuhan’ menyokong permintaannya Jui Meng itu, telah menyebabkan bekas naib presiden MCA itu merajuk dan menghilang diri sebagai tanda protes. Selain Jui Meng, Pengerusi DAP Johor Dr Boo Cheng Hau turut dikatakan tidak senang dengan keputusan Kit Siang untuk bertanding di Johor. Ini kerana selain Kit Siang, 

Penasihat DAP itu turut membawa masuk beberapa pimpinan lain untuk turut sama bertanding di Johor. Ia sekaligus menyebabkan beberapa pimpinan DAP negeri yang selama ini berhempas pulas terpaksa diketepikan bagi memberi laluan kepada ‘pakej’ Kit Siang dalam misinya untuk menawan Johor. Walaupun dari satu segi mereka melihat kehadiran Kit Siang ke Johor mampu memberi momentum baru terhadap gerakan pembangkang, namun dari satu segi lain telah menyebabkan pimpinan Dr Boo diketepikan. 

Sekiranya sebelum ini, perpecahan hanya berlaku antara Cheng Hau dan Jui Meng, namun kehadiran Kit Siang yang pada mulanya untuk menjadi orang tengah, semakin memburukkan keadaan. Kini telah wujud satu lagi kumpulan yang hanya menyokong Kit Siang dan menolak peranan yang dimainkan oleh Cheng Hau dan Jui Meng. Dan seperti biasa, kelompok Pas hanya mampu berperanan sebagai pemerhati dari jauh tanpa menyatakan pendirian memihak kepada mana-mana kumpulan. 

Ini kerana sebagai parti pembangkang yang mempunyai jentera paling kuat, sokongan Pas secara dilihat akan memberi kelebihan kepada kumpulan ‘ultra kiasu’ tersebut. Kesimpulannya keputusan Kit Siang melompat dari satu parlimen ke parlimen yang lain boleh diibarat sebagai percubaan berani mati. Oleh yang demikian eloklah pengundi Johor khususnya di Gelang Patah tamatkan saja kerjaya politiknya itu.
Share this article

2 Komen:

  1. babi tua ni nanti masa berkempen nanti mesti gunakan hak istimewa org melayu, kalimah allah dan raja2 melayu sebagai senjata.... sebab cina kat msia ni mmg benci dgn 3 faktor atas tadi. dasar keturnan KOMUNIS yg dtg merempat x sedar diri... cina mcm ni mmg sah lahir drp pantat babi bukan pantat mak dia !!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sy setuju sgt2.....mmg patut jgn d undi parti anak beranak ni...

      Padam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top