"Apabila pasukan polis mengarahkan supaya berpindah, mereka berpindah, dan lebih mengharukan ada antara mereka yang berpindah secara sukarela menggunakan kenderaan sendiri berbanding dipindahkan dengan kenderaan milik kerajaan.
"Selain itu, kami juga dapati maklumat yang disalurkan mereka mengenai kedudukan pengganas terbukti berasas melalui beberapa tangkapan yang dilakukan," katanya ketika ditemui di sini.
Usaha memerangi dan membanteras militan dari selatan Filipina menjadi lebih mudah setelah pasukan keselamatan mendapat kerjasama baik masyarakat setempat.
Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata kerjasama itu tidak hanya terbatas kepada mengikut arahan pasukan keselamatan supaya berpindah, sebaliknya turut menjadi 'mata dan telinga' sehingga tertangkapnya pengganas.
Beliau berkata selain usaha pasukan keselamatan, kerjasama yang diberikan penduduk juga membawa kepada penangkapan beberapa individu berpengaruh, sekali gus melumpuhkan pergerakan pengganas sejak pendaratan mereka di Kampung Tanduo, dekat sini lebih sebulan lalu.
Berdasarkan rekod, antara tangkapan pengganas berprofil tinggi yang dilakukan polis hasil maklumat penduduk ialah penahanan pemerintah militan itu, Datu Amir Bahar Hushin Kiram di sebuah kawasan paya di Semporna pada 23 Feb lepas.
Selain itu, maklumat yang disalurkan masyarakat setempat juga membawa kepada penahanan seorang lelaki tempatan yang amat dikehendaki kerana menjadi tali barut dalam menyediakan segala keperluan kepada militan sejak awal pendaratan mereka di Kampung Tanduo.
Ketika merakamkan penghargaan kepada usaha penduduk berkenaan, Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dilapor berkata maklumat yang disalurkan masyarakat itu memberi makna yang cukup besar, menyebabkan pergerakan militan Sulu lumpuh.
Hamza berkata integrasi dan interaksi sosial yang baik antara polis dan penduduk setempat sepanjang Operasi Daulat menghasilkan gabungan kerjasama mantap, satu gambaran bahawa masyarakat bakal menikmati suasana lebih aman dan selesa, bebas daripada sebarang bentuk ancaman jenayah.
"Bagaimanapun, kami juga memerlukan masyarakat untuk terus melaporkan segala kejadian mencurigakan di kawasan mereka kepada polis sebagai langkah untuk membantu di dalam mengurangkan kemungkinan perlakuan jenayah," katanya.
Beliau berkata apa yang dilaksanakan polis bersama tentera adalah sebagai menunaikan janji kerajaan yang mahu supaya pasukan keselamatan memastikan setiap anggota masyarakat dapat menikmati kehidupan selamat dan keadaan keselamatan khasnya di Lahad Datu kekal.
Berhubung moral anggota polis, Hamza berkata tempoh 28 hari yang dilalui sejak Operasi Daulat dilancarkan sama sekali tidak menjejaskan semangat anggota, malah mereka semakin bermotivasi untuk segera menyelesaikan kemelut yang berlarutan hampir 50 hari itu.
"Dalam menjalankan operasi kita mempunyai prosedur tertentu, dan bagi memberikan motivasi serta kesegaran kepada anggota, mereka akan diberikan peluang dan ruang untuk 'rejuvenate' sebelum kembali bertugas," katanya. - BERNAMA
0 Komen:
Catat Ulasan
APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....