Nuffnang

TAK SERIK2!! ADAM ADLI HASUT MAHASEWEL BERKHEMAH DI BALAI PULA!!

Si Tukang Masak Neraka ni memang tak serik-serik!!! Memang sah SEWEL!!!





Beberapa kumpulan aktivis pelajar merancang untuk mengadakan himpunan di hadapan Balai Polis Jinjang malam ini sebagai tanda protes terhadap penahanan, Adam Adli Abdul Halim.

Adam Adli ditahan di bawah Seksyen 124 Akta Hasutan.

Dipetik laman mikro Twitter salah seorang ahli kumpulan aktivis, Mandeep Singh, mereka akan mula berkumpul di hadapan balai polis tersebut pada jam 8 malam dengan memakai pakaian bewarna hitam.

Dalam pada itu, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh turut mengesahkan Adam Adli ditahan di lokap Balai Polis Jinjang bersabit dengan satu siatan di bawah sekesyen 4 (1) Akta hasutan 1948, pada jam 3.15 petang tadi.

Mohmad juga menasihatkan orang ramai supaya tidak meneruskan aktiviti yang boleh menimbulkan kekecohan dan kemudaratan kepada negara.

"Tindakan tegas akan diambil terhadap sesiapa sahaja yang cuba menimbulkan pecah keamanan dan mencetuskan insiden-insiden yang tidak diingini," katanya pada satu kenyataan media yang dikeluarkan pada 6.30 petang, hari ini.

Sebelum itu, beberapa pemimpin pembangkang turut melahirkan reaksi tidak puas hati dengan tindakan yang dikenankan terhadap aktivis tersebut.

"... aktivis pelajar Adam Adli ditahan bawah Akta Hasutan di Bangsar sebentar tadi. Zahid tunjuk taring?," kata Naib Presiden PKR, Tian Chua yang dipetik di laman Twitternya.

Rakan seperjuangannya N.surendran turut melahirkan perasaan sama ekoran penahanan Adli.

"Kejam," katanya apabila mengetahui perkara itu yang disebarkan melalui media.







BB : HARAP PDRM TIDAK LAGI SEKADAR MEMBERI AMARAN!! KEPIMPINAN BARU INI AMAT-AMAT DIHARAP MENYUNTIK KEMBALI KEYAKINAN RAKYAT KEPADA INSTITUSI KESELAMATAN INI.

read more...

PENGUNDI HANTU : Permohonan Maaf Ahli Membuktikan DAP Memang BANGSAT!!!

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki yang dituduh sebagai pendatang asing oleh ahli parlimen pembangkang merupakan seorang pengundi berdaftar di Malaysia. 

Ahli Parlimen Serdang, Dr Ong Kian Ming kini mahu bertemu dengan Chua Lai Fatt secara peribadi dan memohon maaf kepada Chua dan keluarganya berhubung dakwaan yang dilemparkan itu.

Chua, berketurunan India namun diambil menjadi anak angkat sebuah keluarga Cina di Klang serta memberikan nama kepadanya. 

Ketika dihubungi The Star, Chua bagaimanapun enggan ditemubual. 

"Saya tidak mahu menjadi tumpuan pihak media," katanya. 




Dr Ong telah menggunakan nama Chua yang merupakan pengundi kali pertama sebagai contoh terhadap dakwaan bahawa Suruhnjaya Pilihan Raya telah mengeluarkan Mykad kepada pendatang asing pada 4, Mei, sehari sebelum pilihan raya umum berlangsung. 

Beliau telah membuat permohonan maaf dalam akhbar Cina berhubung dakwaan tersebut. Akhbar Cina memetik beliau memohon maaf atas kesilapannya menuduh Chua sebagai pendatang asing yang mengundi pada PRU-13. 

"Saya akhirnya dapat mengenalpasti mengapa Chua mempunyai nama Cina. Saya mohon maaf sangat. 

"Saya juga mohon maaf kepada Chua dan ahli keluarganya," kata wakil DAP itu sambil menambah dia mahu memanjangkan permohonan maafnya itu kepada pengundi dan keluarganya.




INILAH AKIBATNYA BILA TERLALU TAKSUB MENCARI KESALAHAN PIHAK LAWAN SEMATA-MATA MAHU MENEGAKKAN PEMBOHONGAN DAN FITNAH MEREKA SELAMA INI. RAKYAT MALAYSIA YANG MAHU MENUNAIKAN TANGGUNGJAWAB DILAYAN SEPERTI PENJENAYAH DAN DINAFIKAN HAK MEREKA DALAM MEMILIH KERAJAAN.. INIKAH BENTUK DEMOKRASI YANG DIPERJUANGKAN PEMBANGKANG??

SELEPAS PUAS "MELUDAH", AKHIRNYA MEREKA SENDIRI JUGA YANG "MEJILAT" SEMULA LUDAH MEREKA DI MERATA-RATA TEMPAT.. NAMUN, BAGI SAYA PERMOHONAN MAAF ITU MASIH TIDAK MEMADAI JIKA DIBANDINGKAN DENGAN KESALAHAN SERTA KEKASARAN YANG DILAKUKAN OLEH PUAK-PUAK TERDESAK INI.

MANGSA SEPATUTNYA MENGAMBIL TINDAKAN UNDANG-UNDANG TERHADAP PEMIMPIN-PEMIMPIN PEMBANGKANG YANG MEMFITNAH BELIAU BAGI MENGELAKKAN PERKARA SEUMPAMA ITU BERULANG KEMBALI DIMASA-MASA AKAN DATANG.

SELAIN ITU, PEMBANGKANG JUGA PATUT MEMOHON MAAF KEPADA KERAJAAN BN DAN SPR KERANA MENYEBARKAN FITNAH SERTA PEMBOHONGAN YANG TIDAK BERASAS.. TUDUHAN PEMBANGKANG MENGENAI KEWUJUDAN PULUHAN RIBU PENGUNDI HANTU TIDAK LEBIH DARI SEKADAR MAINAN PERSEPSI UNTUK MENGHASUT RAKYAT SUPAYA MENOLAK KERAJAAN BN..


read more...

AMEK KAU!!! AKHIRNYA ADAM ADLI DITAHAN!!


ADAM ADLI DITANGKAP DI BAWAH AKTA HASUTAN !!!!





Jutaan terima kasih dan sekalung penghargaan buat PDRM dan Datuk Ahmad Zahid Hamidi diatas tindakan tegas ini. Sudah tiba masanya TINDAKAN dilakukan setelah banyak AMARAN DIKELUARKAN kepada penggugat-penggugat keamanan Negara Malaysia tercinta.

Rasulullah (saw) bersabda : Kebaikan yang paling cepat memperoleh ganjaran pahala ialah kebajikan dan silaturahim. Dan kejahatan yang paling cepat mendapat hukuman ialah kezaliman dan memutuskan hubungan kekeluargaan.

(Hadith Riyawat Ibnu Majah)

- SUMBER


BB : RASANYA BARU SAJA BB BERCAKAP PERIHAL ADAM ADLI NI YANG KEBAL MENGALAHKAN PENGGANAS SULU. TUP-TAP HARI INI DAH KENA TAHAN!!

SEKALUNG PENGHARGAAN DAN TAHNIAH KEPADA PIHAK BERKUASA YANG BARU BERTUKAR KEPIMPINANNYA.
read more...

PAMERAN FOTOGRAFI AMAL LAHAD DATU MENGGAMIT KENANGAN



BEBERAPA pengunjung serius menyaksikan gambar yang dipamerkan pada Pameran Fotografi Amal Lahad Datu baru-baru ini.


AIR MATA Alimah Bakar, 54, pantas mengalir membasahi pipinya apabila melihat gambar kemusnahan harta benda penduduk di Kampung Tanjung Batu akibat pertempuran antara kumpulan pengganas Sulu dan pasukan keselamatan dalam Ops Daulat.

Sambil menyeka air mata dengan lengan baju kurungnya, wajah Alimah kelihatan sebak apabila merenung gambar yang dipamerkan pada Pameran Fotografi Amal Lahad Datu baru-baru ini.

“Sebagai anak kelahiran Tawau, Sabah, saya juga merasai kesukaran dan kesedihan yang dialami oleh masyarakat di sana rentetan pencerobohan yang dilakukan pengganas Sulu.




SEKUMPULAN pengunjung turut menyumbang kepada Tabung Wira Lahad Datu pada pameran tersebut.



“Peristiwa ini membuktikan bahawa keamanan dan keharmonian yang dikecapi negara amat penting untuk dipertahankan oleh generasi masa hadapan,” ujar Alimah yang mengakui dirinya tidak putus-putus berdoa untuk kesejahteraan negara selepas tragedi berdarah yang mengorbankan 10 anggota keselamatan itu.

Kesedaran Patriotik

Berlangsung di Pudu Sentral, Kuala Lumpur pada 11 hingga 17 April lalu, pameran tersebut memberi peluang kepada khalayak untuk menatap koleksi gambar yang dirakam oleh jurufoto agensi media tempatan yang bertugas di sana.

Ia dianjurkan oleh Kelab Kebajikan dan Rekreasi 1 Media (KKR1M) yang mula ditubuhkan pada awal Januari lalu. Presiden KKR1M, Abdul Rahman Salleh berkata, pameran ini merupakan program pertama yang dianjurkan mereka.

“Objektif utama pameran ini diadakan adalah untuk memberi kesedaran patriotik kepada pengunjung dalam aspek mempertahankan kedaulatan negara yang menjadi tanggungjawab semua.

“Selain itu, ia juga bertujuan untuk menghargai jasa para anggota keselamatan dan petugas media yang telah banyak berkorban dalam melaksanakan tugas masing-masing,” jelas Abdul Rahman sambil memberitahu pihaknya turut melancarkan kutipan derma bagi mengisi Tabung Wira Lahad Datu.

Terdapat lebih 40 koleksi gambar yang dirakam lensa jurugambar dari pelbagai sudut ketika membuat liputan di kawasan zon perang antara pasukan keselamatan negara dengan pengganas Sulu sempena Ops Daulat dipaparkan pada pameran berkenaan.

Tidak ketinggalan, orang ramai juga berpeluang berinteraksi dengan jurugambar-jurugambar yang bertugas di lokasi kejadian untuk mengetahui kisah sebenar yang berlaku di sebalik tugasan mereka.

Tambah Abdul Rahman, semua koleksi gambar tersebut dirakamkan oleh jurufoto media daripada Kumpulan Utusan Melayu (M) Berhad, Bernama, akhbar The Star dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

“Sambutan yang diterima sangat menggalakkan. Malah, KKR1M turut berbesar hati apabila mendapat kerjasama daripada Nikon Malaysia dan Pusat Transformasi Bandar Kuala Lumpur untuk menjayakan pameran ini,” tutur beliau.


read more...

MELAYU YANG DI API-APIKAN DAN DIPERBODOHKAN DAP!!!

Cita-cita besar DAP yang mahu menguasai tampuk kuasa politik negara, kini digerakkan dengan penuh kebijaksanaan. Sedar bahawa Cina tidak boleh bertindak sendirian, sebaliknya perlu mencerminkan bahawa dominasi Cina perlu dibayangi atau dilindungi dengan sokongan Melayu serta Islam, DAP mencipta kerjasama dengan Melayu-Melayu dari PKR dan PAS.

Biarpun PAS pula sentiasa dicurigai oleh DAP memandangkan sikap para pemimpin parti berjenama Islam itu yang sentiasa berubah-ubah dan tidak tetap pendirian, namun DAP hanya memerlukan sedikit sahaja bentuk sokongan daripada mereka.




Cukuplah sekadar para pemimpin tertinggi PAS melafazkan bahawa usaha-usaha DAP disokong walaupun PAS tidak bersungguh-sungguh menghantar pimpinan tertingginya berada di sebelah Lim Guan Eng atau pun Lim Kit Siang.

Garis keras PAS yang boleh menjelma apabila parti tersebut berasakan mereka cukup kuat, membuatkan DAP tidak begitu memberikan harapan. 

Sokongan daripada Melayu pelbagai aliran kontemporari yang cuba lari daripada kepompong ‘feudal dan jumud’ yang dibawa oleh UMNO dan PAS, merupakan kekuatan terbaru DAP. Itu jugalah senjata rahsia DAP dalam usaha meraih sokongan Melayu-Bumiputera bagi merealisasikan impian dan harapan mereka.

DAP sudah berkali-kali memberitahu, mereka adalah sebuah parti yang lebih hebat dan lebih efektif berbanding MCA. Walaupun DAP seringkali mendabik dada bahawa mereka adalah parti majmuk dan bukannya parti yang berasaskan perkauman, tetapi seringkali DAP membandingkan mereka dengan MCA atau UMNO yang menurut DAP, adalah parti RASIS.

Yang tidak pernah diperkatakan oleh DAP ialah, UMNO dan MCA merupakan komponen dalam Barisan Nasional dan Barisan Nasional pula tidak pernah bertanding dengan lambang-lambang komponennya sebaliknya dengan lambang DACING.

DACING adalah lambang kepelbagaian pendapat atau etnik dalam gabungan berkenaan yang menyerupai struktur demografi Malaysia sendiri. Walaupun UMNO adalah dominan, tetapi UMNO terikat dengan pendapat-pendapat parti-parti komponen dalam Barisan Nasional yang perlu menerimapakai Perlembagaan Malaysia secara menyeluruh termasuklah Artikel 152 dan Artikel 153 yang khusus memperkatakan tentang Melayu-Bumiputera, Islam, Raja-Raja Melayu dan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan.




Sedangkan DAP pula, hanyalah sebuah parti chauvinist yang terasnya adalah CINA serta PERJUANGAN CINA sepertimana yang dibawa oleh Lim Kit Siang dan diwarisi pula oleh Lim Guan Eng. Walaupun terdapat kaum India, segelintir Melayu dan sekumpulan kecil Bumiputera, hakikatnya mereka terikat dengan CINA dan perjuangan CINA yang menjadi darah daging Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng.

PRU13 dikatakan sebagai kemuncak kepada DAP yang berjaya meyakinkan golongan muda Melayu-Bumiputera agar menyokong parti tersebut mengambilalih peranan Barisan Nasional. Meskipun Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng begitu menjaga hierarki parti tersebut agar tidak ditembusi oleh para pemimpin yang tidak sekepala dan tidak selari dengan perjuangan chauvinist Cina, namun dari semasa ke semasa, anak beranak tersebut sentiasa mendabik dada, mereka mewakili rakyat Malaysia yang berbilang kaum.

Anwar Ibrahim sebenarnya adalah DEWA PENYELAMAT DAP. Faktor Anwar Ibrahimlah yang menyebabkan DAP mendapat kejayaan seperti sekarang. Faktor Anwar Ibrahim jugalah yang membuatkan Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng tidak mampu lagi melindungi belang dan temberang mereka. Dan Anwar Ibrahim jugalah yang membawa sokongan terbesar Melayu-Bumiputera muda kepada DAP.

DAP bijak mengambil kesempatan. Untuk memastikan kekal relevan dan dilihat sebagai pejuang kepada kewujudan sebuah bangsa Malaysia tulen, meskipun DAP amat menitikberatkan KECINAAN dan KIASUnya Cina mereka, apa-apa sahaja yang berkaitan dengan Melayu-Bumiputera atau yang mempertikaikan tentang kewujudan Cina sebagai entiti terasing di Malaysia, akan segera dilabelkan sebagai RASIS.

Terpedaya dengan pendoktrinan palsu DAP, ramai anak muda Melayu yang cukup berasakan mereka sangat idealis dalam bab kaum dan ras serta amat liberal tentang agama, menyokong penuh DAP. Mereka sanggup mempertahankan DAP dan menyertai perjuangan DAP meskipun dalam ‘pakaian’ yang berlainan, hanya untuk menunjukkan yang mereka telah maju.

Walhal sebenarnya, mereka hanyalah sandaran kepada DAP untuk menambahkan lagi tahap kekuasaan dengan melaga-lagakan Melayu dan Bumiputera di negara ini.

Di sinilah letaknya kebijaksanaan DAP dalam menukar strategi dari hanya bertumpu kepada Cina dan KIASUnya mereka, kini beralih dengan menyeret Melayu dan Bumiputera sebagai barisan hadapan mereka untuk berhadapan dengan majoriti Melayu-Bumiputera lain yang cuba mempertahankan Perlembagaan Malaysia dengan sebarang cara.

read more...

VIDEO : LAGI ANGGOTA POLIS DIPERMAINKAN!!

KONONNYA HEBAT...
BERLAGAK HEBATT..
MACAM HEBATT....


MEMANG ARR... INI OLANG MEMANG BUSUK PUNYA HATI!! NAMPAK SANGAT MEMANG ADA NIAT NAK MEMPERMAINKAN ANGGOTA POLIS NI. SIAP SENGAJA TULIS SURAT SAMAN BARU.

SIAP BOLEH CAKAP PULA " EH!! SANGAT TAKUT SEKARANG"


PUIII.... LU ARR...MEMANG CI.....





NASIB BAIK BUKAN GUA, KALAU GUA DI SITU, 
" EH, GUA TERCALIK LU PUNYA PINTA"
"EH, GUA TERSEPAK LU PUNYA SIDE MIRROR"
EH.... BANYAK EH GUA AKAN BUAT....


read more...

2 Konstabel Di Penjara Terima Suapan RM200

KUALA LUMPUR - Dua anggota polis peronda berpangkat konstabel masing-masing dijatuhi hukuman penjara 14 hari dan denda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas didapati bersalah meminta rasuah RM200 daripada seorang peniaga, hampir dua tahun lepas.

Hakim Rozilah Salleh memutuskan hukuman tersebut ke atas Herman Latui dan Mohammad Hassim Mustapa, kedua-duanya berusia 27 tahun, selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan sebarang keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.




Gambar Hiasan



Beliau juga memerintah kedua-dua tertuduh dari Balai Polis Tun Razak di sini menjalani hukuman penjara tiga bulan jika gagal membayar denda tersebut.

Herman, dari Tawau, Sabah, dan Mohammad Hassim, dari Batu Caves, Selangor, didakwa bersama-sama meminta sogokan itu daripada Ramuddin Masdar sebagai dorongan tidak mengeluarkan saman lalu lintas terhadap peniaga itu.

Mereka didakwa melakukan kesalahan di Balai Polis Datuk Keramat, Jalan Datuk Keramat di sini, pada pukul 9.15 pagi, 5 Sept 2011.

Mereka dituduh mengikut Seksyen 16(a)(B) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dibaca bersama-sama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Kedua-dua mereka turut didakwa di bawah Seksyen 17(a) akta sama iaitu bersetuju untuk menerima suapan RM200 daripada Ramudin bagi tujuan sama kira-kira pukul 12.10 tengah hari pada tarikh dan tempat yang sama.

Kedua-dua seksyen itu boleh dihukum di bawah Seksyen 24 akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun atau tidak kurang dari lima kali nilai suapan atau RM10,000, mana yang lebih tinggi.

Pegawai Pendakwa dari SPRM Mohd Nur Lokman Samingan sebelum itu memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal yang bersifat mencegah dan memberi pengajaran terhadap tertuduh dan juga masyarakat.

Kedua-dua tertuduh diwakili peguam Mohd Zulfiqri Zakaria. - Bernama


read more...

PR BAKAL HILANG 3 Kerusi Menjelang JULAI 2013!!




NIK NAZMI DI MAHKAMAH 4 JUN 2013


Pengarah Komunikasi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nik Nazmi Nik Ahmad, dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas dakwaan menganjurkan perhimpunaan tanpa kebenaran, 8 Mei lalu. 

Nik Nazmi, 31, mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan selepas pertuduhan mengikut Akta Perhimpunan Aman 2012 dibacakan terhadapnya di depan Hakim Rozina Ayob, sebentar tadi.

Peguam Eric Paulsen yang mewakili Nik Azmi memberitahu mahkamah, pihaknya akan memfailkan secepat mungkin permohonan bagi membatalkan pendakwaan ke atas anak guamnya berdasarkan alasan salah guna kuasa kerana pendakwaan itu, lebih bersifat politik.

Mahkamah menetapkan 4 Jun ini untuk sebutan kes. 







RAFIZI RAMLI DI MAHKAMAH 10 JUN 2013


Kes Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat, (PKR) Mohd. Rafizi Ramli dan seorang bekas kerani bank yang menghadapi pertuduhan di bawah Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan (Bafia) akan disebut semula di Mahkamah Sesyen di sini pada 10 Jun ini.

Hakim G. Rames menetapkan tarikh tersebut sementara menunggu rayuan yang dikemukakan oleh Mohd. Rafizi terhadap keputusan Mahkamah Tinggi di sini yang menolak permohonan untuk membatalkan pertuduhan yang dihadapinya, diputuskan oleh Mahkamah Rayuan. Rayuan tersebut akan didengar pada 23 Mei ini.

Mohd. Rafizi, 36, dan Johari Mohamad, 42, yang hadir di mahkamah hari ini diwakili peguam bela, Michelle Yesudas sementara pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Mohd. Haziq Razali.

Pada 23 November 2012, Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Ghazali Cha menolak permohonan Mohd. Rafizi untuk mengetepikan pertuduhan itu selepas mendapati permohonan itu bersifat pramatang.

Mohd. Rafizi memfailkan permohonan itu pada 10 September tahun lalu atas alasan prosiding jenayah di Mahkamah Sesyen berkenaan bermotifkan politik.

Pada 1 Ogos 2012, Mohd. Rafizi mengaku tidak bersalah atas tuduhan mendedahkan maklumat akaun bank tiga syarikat yang terlibat dalam projek Pusat Fidlot Nasional (NFC) kepada konsultan media, Yusof Abdul Alin dan wartawan akhbar The Star, Erle Martin Carvalho.

Dia didakwa mempunyai akses kepada salinan rumusan akaun Public Bank milik National Feedlot Corporation Sdn. Bhd. (NFCorp), National Meal & Livestock Sdn. Bhd., Agroscience Industries Sdn. Bhd. dan akaun peribadi Pengerusi Eksekutif NFCorp, Datuk Seri Dr. Mohamad Salleh Ismail.

Mohd. Rafizi didakwa mengikut Seksyen 97(1) Akta Bafia yang boleh dihukum mengikut Seksyen 103(1)(a) akta sama yang membawa hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda maksimum RM3 juta atau kedua-duanya.

Johari yang merupakan bekas kerani (bahagian kredit) Public Bank Bhd. cawangan Jinjang pula didakwa bersubahat dengan Mohd. Rafizi melakukan perbuatan itu pada masa, tarikh dan tempat yang sama.

Lelaki itu didakwa mengikut Seksyen 112(1)(c) akta tersebut dibaca bersama Seksyen 97(1) akta sama yang memperuntukkan hukuman serupa.




TIAN CHUA DI MAHKAMAH DIJANGKA JUN 2013


UMNO berhak di sisi undang-undang atau mempunyai locus standi untuk menyaman Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua dan dua lagi berhubung artikel diterbitkan dalam portal KeadilanDaily.com. yang didakwa mengaitkan UMNO dengan kejadian pencerobohan di Lahad Datu, Sabah.

UMNO melalui Setiausaha Kerjanya, Datuk Ab. Rauf Yusoh pada 15 Mac lalu memfailkan saman terhadap Tian Chua atau nama sebenarnya, Chua Tian Chiang; Editor portal berkenaan, Fazallah Pit; dan penulis artikel, Aisha Geoffrey.

Menurut Ab. Rauf, hak untuk membawa kes itu ke Mahkamah Tinggi di sini adalah selaras dengan peruntukan Seksyen 9(c) Akta Pertubuhan 1966.

Seksyen itu memperuntukkan, sesuatu pertubuhan boleh mendakwa atau didakwa atas nama mana-mana seorang anggotanya seperti yang dinyatakan kepada Pendaftar Pertubuhan dan didaftar olehnya sebagai pegawai awam pertubuhan bagi maksud itu.

Perkara tersebut terkandung dalam afidavit Ab. Rauf bertarikh 7 Mei lalu yang dikemukakan bersama permohonannya untuk membatalkan pembelaan yang difailkan oleh ketiga-tiga mereka pada 23 April lalu.

Ab. Rauf berbuat demikian atas alasan pembelaan mereka tidak mendedahkan klausa pembelaan yang munasabah, mengaibkan, remeh dan menyusahkan.

Tian Chua dalam pernyataan pembelaan antaranya menyatakan, kenyataannya adalah komen yang wajar dan dibuat di bawah perlindungan bersyarat demi kepentingan awam berkenaan isu keselamatan negara dan ketelusan media.

Peguam Raihanah Ariffin yang mewakili Ab. Rauf selaku pihak plaintif memberitahu pemberita, permohonan anak guamnya itu akan didengar pada 12 Jun ini.

Tarikh itu ditetapkan oleh Hakim Rosilah Yop ketika pengurusan kes saman itu di kamar beliau hari ini dengan kehadiran peguam S.H. Tan mewakili Tian Chua, Fazallah dan Aisha yang dinamakan sebagai defendan pertama hingga ketiga.

Pada 15 Mac lalu, Ab. Rauf dalam pernyataan tuntutannya menyatakan, Tian Chua mengeluarkan kata-kata fitnah dalam artikel insiden tembakan di Lahad Datu konspirasi terancang UMNO yang telah dilapor dan diterbitkan oleh KeadilanDaily pada 1 Mac lalu selepas ditemu ramah oleh wartawan portal itu.

Ab. Rauf mendakwa, perkataan-perkataan fitnah itu membawa maksud, UMNO merancang insiden pencerobohan tersebut, UMNO pembelot negara yang kononnya membawa masuk pejuang Kesultanan Sulu di Lahad Datu dan UMNO sengaja mahu menakut-nakutkan rakyat dengan insiden tersebut.

*Desas mengesahkan di kalangan peguam senior berkecuali berkata kemungkinan Pilihanraya Kecil akan diadakan di kawasan tersebut. Diharap jentera BN di kawasan terbabit tidak menunggu keputusan Mahkamah baru hendak menggerakkan jentera PRK, sebaliknya dinasihatkan supaya persediaan dibuat awal dari sekarang untuk mengenal pasti keperluan pengundi dan rakyat di kawasan terbabit.


SUMBER


BB : MACAM ADA YANG TERTINGGAL, SIAPA YE???
read more...

KURANG AJAR!!! KPN BARU DAN SULTAN JOHOR DIHINA SERTA DICACI SESUKA HATI!!!

Menyirap Beb!!! Tengok Apa Yang ditulis di timeline FB nya.

Macam CI.... JANGAN LEPASKAN MAMAT NI!! SEBARKAN... BIAR SATU MALAYSIA TAHU.

KEPADA PDRM.... MOHON BERTINDAK!!!


---------------------------------------------------------------


SILA PAKAI OTAK 

Mesej kepada brader brader POLIS...





REVOLUSI MALAYSIA sudah ditetapkan tarikh...siapa yang nak sertai sila pm saya..

Kali ini bukan lg demonstrasi,tapi revolusi rakyat vs regime..kita akan jatuhkan umno di jalan raya. 





Yang Ini Pula Kutuk Sultan Johor



Klik Gambar Untuk Lebih Jelas


CHECK MATE!!!

Cari Punya Cari...
rupanya Mamat SOSIALIS




NI ALAMAT FB MAMAT SOSIALIS MAN!



BB : SESUATU PERLU DILAKUKAN OLEH PIHAK YANG BERKENAAN DENGAN PERKARA SEPERTI INI. USAH DIBIARKAN MEREKA BEBAS MENGHASUT KONONNYA ATAS NAMA DEMOKRASI
read more...

ADAM ADLI ... ILMU KEBALNYA MELEBIHI PENGGANAS SULU!!





Dari Bersih 1 kemudian Bersih 2..kemudian Bersih 3..kemudian Himpunan di Kelana Jaya..dan kemudian dah beberapa perhimpunan..

Repot polis dah bertimbun...amaran dan letih nak dengar..dari dulu sampai hari ni, mungkin selama2nya.

Karpal Singh pun minta diambil tindakan pada mereka yg terbabit..

Nak buat camna..baru nak buka kertas siasatan.. Baru nak panggil minta kenyataan..lepas ambil kenyataan..baru nak buat siasatan...kemudian dah siap buat siasatan..disimpan dipejabat pendakwaraya...kemudian senyap.

Mereka pun terus menerus buat himpunan..hasutan terang2an..tak pa ler buat ler. Nak buat camner..

Letih dah.

Adam Adli leh ugut Pengerusi dan Timbalan Pengerusi tu..pehhh handal!!! Terang2..ishh takkan polis nak tunggu laporan polis kut..lepas tu baru nak buka kertas siasatan..lepas tu tahun depan panggil utk ambil kenyataan..lepas tahun depan kabor, dah siap siasatan..kemudian selepas setahun baru serahkan pada pejabat peguamdakwa..kemudian semua orang lupa!!

Adam Adli tu...pun tak leh buat apa2. Letih ler yob oiiiii!! Apa dah jadi ni!!!

Adoiiiiiiii...




BB : NAMPAKNYA MAMAT NI LEBIH HEBAT DARI PENGGANAS SULU!! KALAU MEREKA SUDAH BERSEMBUNYI, TAKUT BERSEPAI SEPERTI YANG LAIN, SI ADAM ADLI NI PULA MASIH BEBAS BERKELIARAN DI KHALAYAK RAMAI.

APAKAH HUKUMANNYA HANYA DI PERINGKAT UPSI? PIHAK BERKUASA KITA??

ATAU ADAKAH MAMAT NI MENDAPAT SUAKA AZIMAT YANG MEMBOLEHKANNYA BERTEBARAN TANPA SEBARANG SEKATAN.

MAKIN TERUJA NAK TAHU SIAPA ADAM ADLI DAN SIAPA DI BELAKANGNYA YANG KUAT SANGAT NI.




read more...

MUTAKHIR!! GARDENIA Terpaksa Tukar "Packaging" Kerana RBA DAP!! NON MALAY MESTI BACA!!




Korang jangan tertipu dengan mainan dan propaganda Red Bean Army tajaan DAP ini yang jelas mahu menghancurkan produk orang melayu.

Sekarang siapa yang rasis sebenarnya??? Orang melayu pakatan mau sedar la..

Bodoh piang betul depa ni, roti bonanza ni dah lama tukar wajah sejak sebelum PRU13 lagi, bukannya sebab takut tak laku pun!

Inilah kebodohan puak-puai ni, macam katak di bawah tempurung tak ikut perkembangan semasa asyik mau adu domba sahaja.

Aku suka beli roti bonanza ni sebab sangat murah dan sedap lagi, RM2.65 kalau tak silap.

Mereka tak berani nak cakap boikot produk bumiputera atau melayu....sebab dalam Pakatan Haprak pun ada melayu belaan mereka nanti dikhuatiri ada yang makan hati.

Jadi, jalan selamat dia cakap boikot produk UMNO.
Korang nampak tu permainan mereka ni??



BB : KAH...KAH...KAH... TQ JUGA KEPADA "ORANG DALAM". Tunggu... Banyak Lagi Menanti Untuk Dibongkarkan Sebelum Gambar Tirai Besi Memenuhi Semua Blog PR Dan Pro Kerajaan.

KEPADA ORANG MELAYU, JOM LIKE DAN SEBARKAN PAGE FACEBOOK INI.


read more...

APA DAH JADI!! REMAJA JUAL TUBUH SARA 2 ANAK LUAR NIKAH!!

PARIT BUNTAR - Demi menanggung dua anak tidak sah taraf yang masih kecil dan memastikan bekalan dadah sentiasa mencukupi, seorang gadis terpaksa merelakan tubuhnya diratah oleh lelaki hidung belang saban hari.

Jika dilihat dari umur dan perwatakannya, nescaya sesiapapun tidak menyangka gadis ini sudah melahirkan dua anak tidak sah taraf hasil hubungan terlarang dengan lelaki yang melanggannya.

Amy (bukan nama sebenar), 21, berkata, sejak lahir dia sudah diserahkan kepada keluarga angkat miskin, dibesarkan dalam keadaan serba kekurangan dan tidak mendapat pendidikan sempurna.






Amy ketika menceritakan kisah kehidupannya sehingga terjebak dengan maksiat dan dadah.




Menurutnya, kesempitan hidup keluarga angkatnya menyebabkan dia berhenti sekolah dan mencari pekerjaan pada usia 12 tahun.

“Bagaimanapun, faktor umur menyebabkan saya sukar mendapat pekerjaan sehinggalah saya terjebak dalam kancah maksiat dan sanggup menjual tubuh bagi mendapatkan sesuap nasi.

“Kegembiraan memperoleh wang haram tidak bertahan lama apabila saya melahirkan seorang anak luar nikah dan peristiwa itu tidak dapat diterima keluarga angkat yang sering memaki hamun saya sejak itu,” katanya sewaktu ditemui media di sini.

Amy berkata, selepas habis berpantang, dia meneruskan kerja ‘haram’ itu seperti biasa dan mula ketagih dengan dadah jenis syabu sehinggalah anak pertamanya berusia setahun setengah.

Menurutnya, sikapnya yang semakin liar dan sering menjadikan rumahnya sebagai ‘port’ maksiat akhirnya menyebabkan keluarga angkatnya nekad meninggalkannya dengan membawa anaknya sekali.

“Sehingga sekarang langsung tiada khabar berita tentang keluarga angkat dan anak saya.

“Mereka sering kali menasihati saya supaya berhenti melakukan maksiat, tetapi saya berdegil kerana itu sahaja cara peroleh pendapatan lumayan dan bekalan syabu,” katanya.

Amy berkata, dia mulanya rasa bersedih dengan tindakan keluarga angkat melarikan anaknya tanpa khabar berita.

Bagaimanapun, perkara itu semakin dilupakan saban hari dan ketiadaan mereka seakan-akan memberinya lebih kebebasan untuk melakukan apa sahaja sehinggalah dia melahirkan seorang lagi anak perempuan tidak sah taraf yang kini masih dalam jagaannya.

“Saya cuba berubah namun kesempitan hidup terus memaksa saya melakukan kerja terkutuk ini.

“Sejak saya mengenali seorang lelaki, saya mula terpikat dan percaya dia mampu memberi sinar dalam hidup saya setelah melihat kesanggupannya untuk menerima saya walaupun bersikap liar.

“Bagaimanapun, kebaikan ditunjukkan lelaki itu hanya sementara dan sikapnya tidak ubah seperti pelanggannya lain yang sekadar mahukannya untuk seks semata-mata,” katanya.

Lebih memburukkan keadaan, bekas teman lelakinya itu turut memperkenalkan sejenis ubat penguat hawa nafsu dan menyebabkannya mula ketagih.

“Setiap kali melakukan hubungan seks, dia akan memaksa saya mengambil ubat itu dan ia akan meningkatkan rangsangan kami untuk bersama.

“Namun kini setelah ditahan pihak berkuasa dan dilabel sebagai Orang Kena Pengawasan (OKP), dia terus meninggalkan saya dan anak,” katanya.

Sementara itu Timbalan Bendahari, Skuad 1Malaysia, Khadijah Masbah berkata, remaja yang bermasalah seperti Amy seharusnya haruslah dijadikan iktibar dan pedoman kepada semua masyarakat.

“Tindakan yang diambilnya adalah salah. Dia sepatutnya merujuk terlebih dahulu dengan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Kerian atau Skuad 1Malaysia sebelum mengambil tindakan melulu yang akhirnya memakan diri.

“Kami di bawah Skuad 1Malaysia mempunyai pelbagai cara dan kaedah untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi remaja bermasalah seperti Amy.

“Walaupun dia berada dalam pengawasan, namun kami sentiasa memastikan orang seperti dia akan mendapat pembelaan sewajarnya,” katanya

read more...

VIDEO : ALLAHU AKHBAR!!! Ditelan Bumi Ketika Berpesta!!

ALLAHU AKHBAR!!!ALLAHU AKHBAR!!!ALLAHU AKHBAR!!!




Tak kiralah Yahudi ke, Melayu ke, Nasrani ke, Arab ke.. Yang penting apa yang berlaku ini adalah untuk diambil iktibar kepada semua kaum. Bagus juga kalau semua majlis kahwin dan disco satu dunia ni kena telan terus.




Please Like & Share untuk peringatan pada mereka yang belum sedar. TQ
read more...

TU DIA!!! "CHINA DOLL" @ PENGUNDI HANTU DICEKUP DI JB?


JOHOR BAHRU - Seramai 12 wanita warga China atau lebih dikenali sebagai 'China Doll' yang disyaki terlibat dalam kegiatan pelacuran ditahan dalam serbuan di sebuah pusat karaoke yang terletak di Jalan Sri Pelangi, Taman Pelangi di sini malam tadi.

Serbuan pada kira-kira pukul 12 tengah malam itu dan berakhir setengah jam kemudian dilakukan sepasukan anggota dan pegawai dari Bahagian Penguat Kuasa Imigresen negeri.

Menurut Pegawai Penguatkuasa Imigresen, Muhammad Acil, sembilan daripada mereka telah melakukan kesalahan di bawah Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 sementara bakinya telah melanggar Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155).




Gambar Hiasan


Berikutan itu, kesemua mereka yang berumur dalam lingkungan 20-an hingga 30-an ditahan untuk siasatan lanjut. - KOSMO!


BB : BANYAK LAGI PUSAT DAN TEMPAT YANG MENJADI LOKASI "SIMPANAN" MEREKA INI!! JANGAN KASI CAN...... 1 % PUN BELUM SAMPAI DARIPADA JUMLAH MEREKA YANG "HILANG" DI NEGARA KITA.
read more...

TERKINI!! BLACKOUT 505 DI MAHKAMAH SEKSYEN PJ. NIK NAZMI DIPULAU CINA?







Hanya 20 orang Melayu..hanya itu saja penyokongnya yang iring Nik Nazmi pagi ini..yang lain dok tidur..atau takut nak hadir atau biarkan saja mangkok ni kena caj d Mahkamah atas dakwaan penganjuran himpunan kera dalam jagaan d Kelana Jaya baru-baru ini !

Suasana sepi..rupanya malam tadi rangkaian sebaran SMS yang mengajak kera-kera hitam yang lain supaya datang sokong Nik Nazmi GAGAL sepenuhnya !!

"..hehe adala sikit duit minyak bang.." - budak Melayu yang masih muda belia dan rasanya tak layak mengundi..

Turut sama hadir beri sokongan adalah Ahli Parlimen Kelana Jaya..puok kera ni mana ada kerja..dah hampir dua minggu..apa Ahli Parlimen Kelana Jaya buat ? nak jengok rakyat ? hahaha tunggulah dekat PRU14 nanti..masa tu adalah muka taik yang tak tahu malu ni !!

Mana Anwar ? aakj jolok sikit budak Melayu muda yang pakai tshirt hitam tu.."..entahla bang..saya ni d suruh datang..ada manis-manis..saya datang..."

Nik Nazmi berhadapan dengan dakwaan d bawah seksyen 9(1) akta perhimpunan aman 2012, sabit kesalahan denda tidak melebihi RM10 Ribu !!




BACA LAGI DI SINI
read more...

TERBAIK!! SPR BUAT LAPORAN POLIS TUDUHAN PEMBANGKANG

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membuat laporan polis bagi meminta siasatan dijalankan terhadap segala tuduhan yang dilemparkan oleh pihak pembangkang yang meragui ketelusan suruhanjaya tersebut sepanjang proses Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Laporan dibuat oleh Setiausaha SPR, Datuk Kamaruddin Baria di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya pada pukul 5.13 petang semalam.



YBhg. Datuk Kamaruddin menunjukkan laporan polis yang dibuat olehnya kepada anggota media semasa sesi sidang media yang berlangsung semalam.



Menurut sumber, laporan tersebut dibuat bagi meminta siasatan segera dijalankan terhadap tuduhan pembangkang mengenai isu pengundi hantu serta bekalan elektrik terputus.

Sebelum ini, pakatan pembangkang mempertikaikan keputusan PRU-13 yang didakwa tidak telus serta menyalahkan SPR hingga ada kumpulan propembangkang merancang untuk menganjurkan demosntrasi jalanan bagi menumbangkan kerajaan.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim pula bertekad untuk mengadakan lebih banyak perhimpunan secara terbuka di seluruh negara kononnya untuk membantah proses pilihan raya umum yang tidak adil.

Pemerhati luar yang terdiri daripada dalam dan luar negara walau bagaimanapun mengakui PRU-13 dijalankan dengan prinsip ketelusan dan semangat demokrasi.

Difahamkan, sebanyak 27 kawasan Parlimen dipertikaikan keputusannya dengan calon pakatan pembangkang telah kalah di kawasan itu.


- SUMBER

BB : SEPATUTNYA DAH LAMA DAH !!!!
read more...

ALLAHUAKHBAR!! Pencuri Kereta Mati Hanya Dengan Tangisan Kanak-Kanak

Pecutan maut. Itu larian 100 meter terakhir seorang lelaki sebelum dia rebah dan menemui ajal di hadapan sebuah rumah di Jalan 12C/6, Setapak Indah, di sini, selepas meninggalkan Perodua Alza yang dicurinya tidak jauh dari situ, semalam.

Dalam kejadian jam 7 pagi itu, lelaki berusia lewat 30-an terbabit dilaporkan melarikan kenderaan pelbagai guna (MPV) berkenaan di hadapan sebuah Taska di Taman Melati, namun terpaksa meninggalkan kenderaan itu di Setapak Indah selepas menyedari seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun berada di dalamnya.


Menurut sumber, lelaki itu berbuat demikian kerana dia panik selepas mendengar tangisan kanak-kanak yang berada dalam MPV itu sebelum meninggalkan kenderaan berkenaan kira-kira 1.3 kilometer (km) dari lokasi ia dicuri.

“Lelaki terbabit tidak mengapa-apakan kanak-kanak itu, sebaliknya mengambil beg tangan ibu mangsa dalam kenderaan itu sebelum berlari meninggalkannya dan masuk ke kawasan perumahan berhampiran dipercayai bagi meloloskan diri.



ANGGOTA polis mengangkat mayat suspek.


“Namun, lelaki terbabit tiba-tiba rebah kira-kira 100m daripada kenderaan itu,” katanya.

read more...

AMEK KAU!! KARPAL HENTAM ANWAR KAW-KAW PUNYA!!

MACAM BERMIMPI PUN ADA. PERTAMA KALI DALAM HIDUP SAYA, SAYA MENGHORMATI KETERANGAN YANG DI BUAT OLEH KARPAL SINGH BERKENAAN PERHIMPUNAN HARAM ANWAR IBRAHIM.





Karpal Singh, Pengerusi DAP Kebangsaan telah membuat laporan polis di Balai Polis Tun HS Lee petang tadi bagi membantah rancangan kumpulan pro-pembangkang yang mahu menggulingkan kerajaan dengan menggunakan kekerasan.

Katanya, sebarang rancangan untuk menggulingkan kerajaan dengan menggunakan kekerasan hanya akan membawa kemudaratan kepada negara dan mencetuskan kekecohan sehingga membahayakan orang ramai. 

Sebaliknya, Karpal menyarankan pihak berkenaan untuk menggunakan saluran yang betul bagi meluahkan perasaan tidak puas hati mereka terhadap keputusan Pilihan Raya Ke-13 (PRU13). 

"Saya tidak mahu turut terlibat dengan permainan Pakatan Rakyat walaupun saya sendiri dari barisan pembangkang.

Negara ada undang-undang. Yang kita berani tentang, kita tentang tapi kalau nak menggulingkan kerajaan dengan cara kekerasan yang melibatkan manusia sebagai mangsa, saya berundur diri…. saya tidak mahu masuk campur," kata Karpal Singh. 

Menurut Karpal Singh lagi, rakyat sekarang sudah dapat melihat siapakah yang bersekongkol dengan Anwar Ibrahim untuk terlibat dalam HIMPUN HITAM 505.

Sedangkan pada masa yang sama, para pemimpin utama PAS seperti menjauhkan diri daripada Anwar Ibrahim, sekaligus memberi isyarat bahawa PAS juga tidak bersetuju dengan cara Anwar Ibrahim yang sudah terdesak untuk menyelamatkan batang tengkuknya daripada tali gantung kerana kes Lahad Datu.





Karpal Singh turut mengulas kenyataan pengasas ASAL BUKAN UMNO (ABU), Haris Ibrahim yang mahu menggulingkan Kerajaan Barisan Nasional (BN) dengan menggunakan kekerasan atas alasan porses PRU13, hampir dua minggu lepas, tidak telus dan tidak jujur.

"Saya minta kerajaan bertindak dengan segera terhadap pemimpin pembangkang yang keras kepala ini," ujar Karpal Singh lagi.

Steady lah Karpal Singh !


BB : Ape Pun, Kita Jangan Cepat Melatah!! Pasti Ada "GAME" Di Sebalik Semua Ini. Ditambah Dengan Konflik CEC DAP Dan Penolakan DAP Yang Semakin Kuat Oleh Orang Melayu. 
read more...

RM600 RIBU BUAT BELIA KELANTAN SETIAP TAHUN


PASIR PUTEH - Kerajaan pusat, melalui Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) Kelantan, memperuntuk RM600,000 setiap tahun bagi membantu 35,000 belia menjalankan pelbagai aktiviti, termasuk bidang keusahawanan.

Pengarah JPP Kelantan, Datuk Makhtar Mustapha berkata, daripada jumlah itu, sebanyak RM500,000 adalah bagi membantu 10 Majlis Belia Jajahan (MBJ) dan bakinya untuk Majlis Belia Negeri (MBN).

"Ini menunjukkan kerajaan pusat tidak mengabaikan golongan belia di Kelantan walaupun negeri ini di bawah parti pembangkang,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan sambutan Hari Belia Negara dan Anugerah Belia peringkat negeri di Pantai Bisikan Bayu hari ini.




Pada majlis itu, Persatuan Belia Felda Kemahang, Tanah Merah merangkul Anugerah Kecemerlangan Belia Kelantan untuk membawa pulang hadiah RM10,000 manakala Tokoh Belia Lelaki Saupi Tengah dari MBJ Kuala Krai dan Tokoh Beliawanis Zuraihah Muhamad masing-masing menerima RM3,000.

Makhtar, yang juga Pengerusi Majlis Perunding Belia Kelantan, memberi jaminan persatuan belia negeri ini tidak akan dianak tiri meskipun kerajaan pusat yang diterajui Barisan Nasional gagal merampas Kelantan pada pilihan raya umum ke-13 pada 5 Mei lepas. - Bernama
read more...

BONGKAR..!!! Anwar Ibrahim Guna Modul Gene Sharp Untuk Hancurkan Malaysia

KEBETULAN ATAU.....

Siapa Gene Sharp?





Gene Sharp 83 tahun, ialah seorang pengkaji dan pemikir dalam menumbangkan sesebuah negara tanpa keganasan. Ia juga merupakan Pelopor Peperangan Dan Penjajahan Dalam Bentuk Baru. Pernah menumbangkan beberapa kerajaan dan negara. Bahan penulisannya telah digunakan di 37 Negara.


LAPORAN RINGKAS TANGAN GHAIB DAN KOD RAHSIA

1 . Maklumat mengenai kod-kod tarikh yang dikeluarkan oleh pihak pembangkang kepada rakyat Malaysia berkait dengan kegiatan atau aktiviti 'hidden hand' di Malaysia.




2. kod yang digunakan adalah tarikh dan merujuk terus kepada kod warna pakaian semasa revolusi jalanan

3. Kod : 505, 105 , 135, 508 , 510

505 - 5 mei- pilihanraya PRU13
805 - 8 mei - perhimpunan anwar di kelanajaya
105 - 10 mei
135 - 13 mei
508 - 5 ogos
510 - 5 oktober




4. Perhimpunan revolusi melalui jalanan (non violent war) ini telah di asaskan oleh Gene Sharp. Mereka menggunapakai 198 modul operandi yang telah digariskan oleh Gene Sharp untuk diaplikasikan di Malaysia, antaranya :



1) Perhimpunan Jalanan
2) Duduk Bantah
3) Baring Diatas Jalanraya
4) Berkhemah Di Dataran Merdeka
5) Memberi Bunga Kepada Pengawai Keselamatan
6) Demontrasi
7) Membuat Huru Hara di Kawasan Bandar
) Menggunakan Logo Berlambang 'Tangan' (BERSIH)
9) Menggunakan Perkataan 'occupy'
10) Warna Kod Pakaian (BERSIH - KUNING, ANTI LYNAS - HIJAU, TUKAR - MERAH)


5. 198 cara yang digariskan Gene Sharp boleh dirujuk di sini: http://www.aeinstein.org/organizations103a.html


6. Video Tangan Asing boleh di lihat di bawah ini (ambilah masa tengok betul betul video ni)






Ingat! Tolak Anwar Ibrahim! jangan kita biarkan Anwar Ibrahim menghancurkan Negara Malaysia yang tercinta ini. Jangan nanti anak cucu kita kencing di atas kubur kita kerana dituduh kita tidak pandai menjaga tanah air sendiri dimana mereka warisi.

Rakyat Malaysia pada hari ini perlu sedar, Pakatan Rakyat telah dikuasai "tangan-tangan asing". Rakyat harus bangkit mempertahan kerajaan dan negara yang kita miliki ini.

read more...

KURANG AJAR!! GURU AJAR ANAK MURID JANGAN NYANYIKAN LAGU KEBANGSAAN!!

BANGSAT!!!! Tq Atan Chenglim....

Tapi perkara ini belum SELESAI. Mohon tuan buat report berkenaan perkara ini. Kita cari Cikgu CINA BANGSAT dan hantar dia BALIK. Buang Kewarganegaraan.

Kepada sesiapa yang familiar dengan lencana sekolah ini, juga diharap dapat membantu mengesan pelajar-pelajar ini. TAPI INGAT!!! Bukan mereka yang bersalah!!

CARI CIKGU CINA BANGSAT TERSEBUT!!!




Klik Gambar Untuk Imej Lebih Besar

Ni yang dinyatakan oleh Atan Chenglim :

My friend daughter told me that, during her school assemble they will not sing "Negara Ku" because our national anthem is "under BN..... but they will only sign (sing) state anthem "Negeri Pulau Pinang" .... because their teacher told them to do so and must support UBAH.... What the FXXX... these students are from Sekolah Jenis Kebangsaan Cina.. CRAZY teacher!!!!



read more...

REALITI SI IDIOT Blackout 505 : First Past The Post!!

Apa makna 'first past the post'?

Maknanya siapa yang dapat kerusi 112 yang pertama dalam PRU akan menjadi Kerajaan Malaysia dan ketuanya Perdana Menteri. Sempoi kan? Senang je nak faham!




Pasal apa?

Pasal Parlimen Malaysia ada 222 kerusi. Separuh daripadanya ialah 111. Kalau BN 111, pembangkang DAP-PKR-PAS 111, itu namanya 'hung Parliament' - Parlimen tergantung. Dua-dua tidak menang dan tidak kalah. Tapi mana-mana parti dapat 112, iaitu lebih satu daripada lawannya, dia dikira menang dan jadi gomen!

Ada faham yop?

Kita tidak gunakan konsep 'undi popular' sebab kedudukan geo-politik kita tidak sama. Jumlah pengundi berdaftar di Parlimen 108 Shah Alam contohnya, keluasan geografinya kecil tetapi padat, iaitu sebanyak 100,076 pengundi.

Pengundi luar bandar contohnya Parlimen 188 Silam hanya ada 51,590, separuh daripada di Parlimen Shah Alam. Tetapi kawasan geografinya terlalu luas!

Walaupun jumlah pengundi tidak sama, tetapi nilai kerusinya tetap sama - iaitu satu kerusi Parlimen daripada 222 kerusi Parlimen!

Jadi kenyataan Anwar menyatakan pembangkang menang PRU-13 kerana undi popularnya lebih walaupun sedikit kerusi adalah satu kenyataan yang bodoh lagi memperbodohkan rakyat!
read more...

Gabungan PAS-UMNO Tidak Satukan Melayu

SHAH ALAM - Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Saifuddin Abdullah menegaskan penyatuan Pas dan Umno bukan cara untuk menyelesaikan masalah perpecahan kaum Melayu seperti yang didakwa segelintir pihak. 

Menurutnya, perbezaan parti politik yang menjadi amalan rakyat tidak memberi impak kepada perpecahan kaum khususnya orang Melayu serta bangsa Malaysia.




Beliau berkata, amalan demokrasi yang memberikan pilihan kepada rakyat memilih parti politik di negara ini bukan penyumbang kepada perpecahan kaum. 

"Dalam soal penyatuan orang Melayu kenapa perlu bangkitkan isu penyatuan politik, dalam demokrasi berbeza parti bukan bermakna perpecahan.

"Cuma kita kena pandai kempenlah, yang ini pandai (dia) menang, yang seorang ini pula tak pandai, tak menang, terima sajalah, ini hakikat demokrasi," ujar beliau. 

Namun katanya, jika perkara membabitkan soal perpaduan dan penyatuan orang Melayu ini diperkotak-katikkan oleh mana-mana pihak, maka pihak itu harus ditentang sekeras-kerasnya. 

"Tetapi kalau ada tokoh politik yang hendak memecah-belahkan, itu bab lain, kita akan tentang habis-habisan," katanya pada Wacana Sinar Siri ke-20 yang berjudul Pasca PRU13: Ke Mana Haluan Politik Melayu di sini, semalam.

read more...

TRAGEDI LAHAD DATU : 'Saya sanggup gadai nyawa demi negara' - Mohamad Qaiyum Aiqal



"Walaupun dihujani dengan beribu-ribu butir peluru dan nyawa kami terancam ketika itu, namun demi tugas dan kedaulatan negara kami teruskan bertempur."

Demikian diungkapkan Konstabel Mohammad Qaiyum Aiqal Zolkifli, 22, anggota komando VAT 69 yang cedera ketika pertempuran menentang pengganas Sulu di Ladang Tandou, Lahad Datu, Sabah pada 1 Mac lepas.




"Pada saya nyawa tidak penting, yang penting bagi kami pengganas Sulu yang menceroboh negara kita dihapuskan," katanya lagi.

Mengimbas kembali kejadian, anak kelima daripada tujuh beradik itu berkata beliau terjatuh sebaik terkena tembakan di bahu kanan.




"Walaupun telah cedera dan terjatuh, pihak musuh masih tetap menembak ke arah saya termasuk menggunakan senjata berat. Nasib baik ketika itu, seorang rakan iaitu Koperal Hairi menarik saya ke belakang sebatang pokok kelapa sawit untuk berlindung," katanya.

Ketika itu beliau hanya berserah kepada Allah SWT dan reda jika umurnya tidak panjang, namun beliau bersyukur kerana Tuhan masih mengizinkannya untuk terus hidup.



Ekoran tembakan peluru musuh yang menembusi dadanya, tiga tulang bahunya patah dan beliau dikejarkan ke Hospital Lahad Datu dan kemudiannya Hospital Sandakan sebelum dibawa ke Hospital Tentera di Lumut, Perak, untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Ditanya sama beliau serik dengan kejadian itu, dengan penuh bersemangat Mohammad Qaiyyum Aiqal berkata perkataan serik dan putus asa tidak ada dalam dirinya.




"Selagi saya bernyawa dan selagi saya boleh melangkah, saya akan terus mempertahankan kedaulatan negara.

"Apabila saya sembuh dan jika diizinkan saya akan kembali ke Lahad Datu demi memastikan keamanan negara pulih seperti sediakala," katanya.




Sumber: Bernama
read more...

Remaja Dibelasah Akibat Cemburu


MIRI – Malang menimpa seorang remaja apabila dia cedera di kepala dan kaki selepas dibelasah dengan tali pinggang oleh lima lelaki dalam kejadian yang dipercayai bermotifkan cemburu di Taman Dataran Kipas di sini Isnin lalu.

Kejadian pukul 6 petang itu berlaku apabila jurujual berusia 17 tahun tersebut didatangi seorang lelaki mengatakan seseorang ingin bertemunya di taman tersebut.



SEORANG remaja menunjukkan kecederaan yang dialaminya selepas dibelasah lima lelaki di Taman Dataran Kipas, Kuching Isnin lalu.

Difahamkan, mangsa dibelasah selepas didakwa keluar dengan teman wanita salah seorang suspek.

Sumber berkata, sebaik tiba di situ, mangsa terus dibelasah oleh lima lelaki berusia dalam lingkungan 20-an.

“Mangsa cuba lari namun gagal selepas dikepung oleh kumpulan samseng tersebut yang membelasahnya dengan tali pinggang.

“Suspek kemudian melarikan diri selepas perbuatan mereka disedari oleh orang ramai yang datang membantu apabila terdengar jeritan meminta tolong daripada mangsa,” katanya ketika dihubungi semalam.

read more...

CEMAS : 260 PEKERJA OCBC BANK BERTEMPIARAN SELAMATKAN DIRI


Kuala Lumpur: Seramai 260 kakitangan OCBC Bank (Malaysia) Berhad di Jalan Kasturi, di sini, bertempiaran lari menyelamatkan diri selepas sebuah bilik di bahagian bawah tanah bank itu musnah dalam kebakaran, semalam.

Dalam kejadian 8.15 pagi itu, seorang kakitangan bank berkenaan mengesan asap dari sebuah bilik di bahagian bawah tanah yang digunakan untuk penyimpanan dokumen sebelum asap mula memenuhi ruang lobi bank itu.

Penolong Pengarah Operasi Bomba Kuala Lumpur Azizan Ismail berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 8.24 pagi sebelum tiga jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BPP) Hang Tuah, Pudu dan Chow Kit dengan kekuatan 30 anggota dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Kebakaran dipercayai bermula dari bilik penyimpanan berkenaan mengakibatkan 10 peratus dokumen pelanggan hangus terbakar.



ANGGOTA bomba menjalakan kerja di bangunan bank terbabit.


“Bagaimanapun, kebakaran berjaya dikawal dalam masa 45 minit sebelum ia merebak ke aras lain tanpa sebarang kecederaan dan kemalangan jiwa,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

read more...

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

Networkedblog

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top