Nuffnang

RM 8 Juta Jumlah Terkini Tabung Wira Lahad Datu



Petaling Jaya: Tabung Wira Lahad Datu Media Prima Berhad (MPB) terus menerima sumbangan syarikat korporat dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) apabila berjaya mengumpul lebih RM8 juta sehingga semalam.

Ketua Pegawai Operasi Perkhidmatan Perkongsian Kumpulan MPB Datuk Kamal Khalid berkata, kutipan sumbangan melebihi RM8 juta itu menjangkaui sasaran sejak ia mula dilancarkan 1 Mac lalu.

“Pada hari ini (semalam) 11 organisasi menyampaikan cek sumbangan untuk tabung ini sebelum diagihkan kepada waris keluarga anggota keselamatan yang terkorban dan tercedera dalam tragedi pencerobohan pengganas di Lahad Datu awal Mac lalu,” katanya ketika ditemui selepas majlis penyerahan cek sumbangan yang diadakan di Sri Pentas di sini, semalam. 

“Sekalung penghargaan diucapkan kepada seluruh rakyat Malaysia termasuk individu, badan korporat dan institusi yang bermurah hati,” katanya ketika ditemui selepas majlis penyerahan cek sumbangan yang diadakan di Sri Pentas di sini, semalam.


Terdahulu, 11 wakil hadir menyampaikan sumbangan masing-masing iaitu daripada Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM), Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia (ANGKASA), Hap Seng Consolidation Berhad, Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Negeri Selangor, Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS), Persatuan Seniman Malaysia, Perbadanan Pembangunan Kampung Baru (PPKB), UDA Holdings Berhad, UMW Corporation Sdn Bhd, Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) dan New Intrepreneurs Foundation (myNEF) yang keseluruhannya berjumlah RM294,794.71.

Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top