Nuffnang

PERHIMPUNAN PAKATAN RAKYAT DI STADIUM BATU KAWAN TIDAK ADA PERMIT



George Town, 12 Mei - Perhimpunan anjuran Pakatan Rakyat yang diadakan di Stadium Batu Kawan, dekat sini malam tadi tidak mempunyai permit, kata Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Hanafi.

Beliau berkata kegagalan pihak penganjur mengemukakan permohonan 10 hari sebelum berlangsungnya perhimpunan menyebabkan polis tidak mengeluarkan sebarang permit.

"Pihak penganjur perhimpunan itu hanya menghantar surat makluman kepada Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan (SPS) pada 10 Mei (Jumaat), pukul 4.15 petang.

"Pada hari yang sama juga Ketua Polis Daerah SPS telah menghantar surat jawapan kepada pihak penganjur agar program tersebut ditangguhkan kerana tidak mematuhi peraturan di bawah Seksyen 9(1) Akta Perhimpunan Aman 2012 iaitu syaratnya ialah pihak penganjur hendaklah membuat permohonan 10 hari sebelum hari perhimpunan," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Justeru, beliau berkata polis telah membuat satu laporan polis berhubung perhimpunan itu mengikut Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman 2012 kerana menganjurkan program tanpa kelulusan polis dan jika sabit kesalahan boleh didenda maksimum RM10,000.

Abdul Rahim berkata polis turut menerima tujuh laporan polis daripada orang awam berhubung insiden tayar kereta pancit semasa perhimpunan berkenaan termasuk kereta Ketua Polis Daerah SPS Supt Shafien Mamat menjadi mangsa khianat mereka yang tidak bertanggungjawab. 

Katanya, perhimpunan itu juga menyebabkan kesesakan lalu lintas yang teruk.

Perhimpunan haram bagi membantah keputusan pilihan raya umum ke-13 itu dihadiri pemimpin pakatan rakyat, antaranya Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu. - BERNAMA
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top