Nuffnang

Tindakan Pantas Abang Selamatkan Adik Dari Hangus Terbakar



DUA anggota bomba membuat pemeriksaan kawasan setelah api berjaya dipadamkan dalam satu kebakaran yang memusnahkan dua buah rumah di di Jalan Tanjong Mas, Kota Bharu, Kelantan hari ini. 


KOTA BHARU 12 Mei - Tindakan pantas seorang abang berusia enam tahun membawa ketiga-tiga adiknya berusia lima, tiga dan setahun keluar daripada rumahnya yang terbakar berjaya menyelamatkan nyawa mereka.

Ketika kejadian kira-kira pukul 1.30 petang itu, Afit Hadi Mohd. Hakimi, 6, sedang menonton televisyen bersama-sama adiknya, Alif Azim, 5, Aufa Imtias, 3, dan Akim Hanif, setahun di Jalan Tanjong Mas di sini.

Menurut Hakimi, ketika sedang menonton televisyen, dia terhidu bau hangit dan terkejut apabila mendapati api mula marak dari rumahnya itu.

"Sebaik sahaja melihat api saya terus mendukung adik, Aufa Imtias manakala seorang lagi adik Alif Azim membawa, Akim Hanif keluar melalui pintu belakang rumah mereka," katanya ketika ditemui di tempat kejadian di sini hari ini.

Ketika kejadian hanya empat beradik itu berada di rumah kerana ayah mereka, Hakimi Ismail, 37, sedang bekerja dan ibu mereka, Syarifah Sharizat Wan Idris, 37, keluar mengambil kakak sulung mereka, Alia Insyirah, 8, dari sekolah di Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Chempaka.

Sementara itu, Syarifah Sharizat ketika ditemui berkata, sebaik sahaja sampai di rumah kira-kira pukul 1.35 petang, jantungnya bagaikan terhenti apabila melihat keadaan rumahnya yang musnah. - UTUSAN ONLINE

Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top