Nuffnang

Bohsia 2 Pecah Kesuraman Panggung Tempatan

Pelakon dan Pengarah terkenal Syamsul Yusof mampu membuktikan kesuraman Industri Perfileman di Negara ini tidak langsung mencalar sambutan terhadap filem terbaru beliau keluaran Skop Production.

'Bohsia 2 : Jalan Kembali' yang telah mula ditayangkan sejak semalam di pawagam-pawagam berhampiran telah mencatat rekod baru tahun ini dengan kutipan sebanyak RM1 Juta dalam tempoh 2 hari. Ianya satu kejayaan besar buat anak kepada Datuk Yusof Haslam ini. Malah rekod filem ini telah mengatasi beberapa filem Hollywood yang turut ditayangkan secara serentak sejak semalam. 



Nyata filem hasil karya anak muda ini benar-benar menjanjikan kelainan dengan aksi yang lebih terbuka dan berani mengikut citarasa penonton pada masa. Filem ini telah menampilkan Syamsul sendiri selaku pemegang watak utama bersama barisan pelakon hebat seperti Salina Salbi, Nabila Huda, Zizan Razak & Sofi Jikan.

Sumber - Kl Pos
read more...

Tu Dia!!! Nak Tahu Siapa Azhar Idrus

Ustaz Azhar Idrus!!!! Siapa yang tidak kenal dengan Ustaz seorang nih!!! Gua nak korek sikit siapa dia ni sebenarnya.





Sekolah Sultan Sulaiman. Sekolah Rendah dan Menengah di Sekolah Inggeris, tidak pernah belajar di mana-mana Sekolah Arab, Sekolah Pondok Madrasah atau sekolah agama. Beliau mula menuntut ilmu agama bermula pada tahun 90-an.


Bersekolah di Sekolah Inggeris Sultan Sulaiman Kuala Terengganu hingga Tingkatan 6. Kemudian di Institut Berakan, Terengganu.





Pernah menjadi seorang guru muzik pada tahun 1985 dan bekerja di Utusan Malaysia Kuala Lumpur sebelum meletak jawatan di Utusan Malaysia Terengganu




Mulai belajar agama sekitar tahun 1990.





Belajar secara talaqqi lebih kurang dengan lapan orang guru dalam tempoh 12 tahun.


Antara guru beliau ialah Tuan Guru Haji Muhammad Zin Pondok Lubuk Pandan Wakaf Tapai.
read more...

Tu Dia!!! Video Restoran Seks di Damansara, Selangor

Tak habis-habis lagi. Apa nak jadi la gamaknya. Walaupun pelbagai langkah telah diambil oleh agensi kerajaan seperti PDRM dan Jabatan Agama, namun aktiviti persundalan nampaknya tidak akan berakhir di Selangor.




Seorang remaja warga Vietnam berusia 15 tahun yang menjadi mangsa pemerdagangan manusia bawah umur diselamatkan dalam Ops Noda dijalankan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor di sebuah restoran di Dataran Prima, Damansara, di sini, petang semalam.





Premis terbabit yang berselindung di sebalik papan tanda kononnya beroperasi sebagai restoran itu dikesan menawarkan pakej makan bersama GRO sebagai tarikan istimewa.


Tarikan itu menyebabkan premis berkenaan menjadi tumpuan pengunjung seawal jam 3 petang untuk berhibur dengan wanita GRO yang rata-rata warga asing.


Bagaimanapun, taktik itu terbongkar apabila restoran itu diserbu sepasukan polis D7 IPK Selangor bermula jam 6.30 petang semalam. Ketua operasi, Inspektor Othman Mahat ketika ditemui di lokasi selepas serbuan itu berkata, lapan GRO warga asing termasuk remaja berkenaan ditahan.


Beliau berkata, ketika serbuan, remaja bawah umur berkenaan asyik melayan pelanggan dengan menuangkan minuman keras dalam ruang gelap di tingkat satu premis dua tingkat itu. “Siasatan awal mendapati remaja warga Vietnam itu turut dijadikan pemuas nafsu pelanggan. “Siasatan mendapati pelanggan yang mahu melanggani GRO di premis itu perlu membeli beberapa jug minuman keras dan GRO terbabit akan mendapat tips bagi setiap jug minuman keras dipesan. Untuk perkhidmatan seks pula, bilik khas disediakan di tingkat dua premis itu dengan bayaran RM150,” katanya.


Menurutnya, lima daripada GRO yang ditahan itu ialah warga Vietnam, dua warga Indonesia dan seorang lagi warga Thailand yang berumur 15 hingga 25 tahun. “Ops Noda ini dilaksanakan selepas risikan dibuat selain aduan awam dan premis terbabit pernah diserbu tiga kali tahun lalu.


“Kami sudah membuat intipan ke atas premis terbabit selama beberapa hari untuk mengenal pasti pekerja dan pelanggan sebelum menyerbu,” katanya. Menurutnya, pemeriksaan terhadap GRO itu mendapati dua daripada mereka memiliki pasport, ada yang menggunakan slip 6P dan selebihnya tidak mempunyai pasport. Turut ditahan ialah seorang lelaki dipercayai penjaga premis itu iaitu warga Myanmar berusia 30-an.


“Dalam operasi itu juga, lima lelaki yang melanggan GRO dalam premis itu ditahan sementara untuk diambil keterangan. “Semua GRO dan penjaga premis yang ditahan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya untuk siasatan lanjut,” katanya. Othman berkata, untuk mangsa bawah umur yang diselamatkan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 14 Akta Anti Pemerdagangan Orang (Atip).

Sumber : Harian Metro


Belia Bangkit : Selangor Negeri Macam-macam Ada....

read more...

Memang Best : Anak Kampung Versi Awek Jawab Jimmy Palikan

Alahai..... Memang Best dan sempoi Anak Kampung versi perempuan ni...




Memang Aku Ini Anak Orang Kaya
Tapi Kaya Ku Pun Semua Duit Bapak
Harapkan Duit Ku Memang Tidak Ada
Sama Saja Kita

Belajar Tingi-tinggi, Naik Kapal Terbang
Tiada Apa Bezanya, Aku pun Orang Sabah
Balik Kampung Nanti, Makan Nasi Jugak
Moginuman Segala




Kah...kah.....kah.... Best dan Kelakar beb..... Ni kita layan versi asal Anak Kampung dari Jimmy Palikan




Hah! Yang ini gua tak tahu nak gelak ker ape ni. Apa pun inilah kekuatan negara kita Malaysia. Kaya dengan pelbagai bahasa, adat dan budaya. Jom kita layan Anak Kampung Versi Kelate.




BB : Kepelbagaian itu memperkuatkan kita, bukan melemahkan......
read more...

Video : Ceramah Ustaz Azhar Idrus Di Himpunan Hijau Ke Putrajaya

Mai kita dengar beramai-ramai.... Yang baik kita jadikan pedoman, yang buruk jadikan sempadan.





So, dah dengar semua? Jangan cedok-cedok dengar video ni tau....


Ini pula sumpah dan janji Nizar di hadapan Presiden Pas dan Mursyidul Am Pas. Layannnn......


read more...

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

Networkedblog

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top