Nuffnang

#MH370 : Grand Finale - Pendedahan Teori Yang Meyakinkan!!!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Alhamdulillah. Selawat dan Salam ke atas Junjungan Besar Baginda Rasulullah SallALLAHu Alaihi Wa Aalihi Wasallam serta seluruh Itrah Ahli Baitnya dari awal dan akhir. Semoga dengan mereka kita mendapat lebih banyak ilmu dan akan menerima payung syafaat Baginda Rasulullah di hari akhirat kelak, insyaALLAH.





"Wamakaru WamakaraALLAH, WALLAHu Khairul Maakirin. Dan mereka melaksanakan rencana dan ALLAH juga merencana, dan perencanaan ALLAH itulah sebaik-baik perencanaan." QS Ali Imrah: 54.

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia dan inayatNYA, saya berjaya juga menyiapkan artikel "Grand Finale" ini disini pada malam ini, iaitu tepat jam 2.58 pagi waktu Malaysia diteratak saya tempat saya sering berfikir dan menganalisa. Setelah lebih 20 hari saya meneliti dan menganalisa, akhirnya saya temui jawapan mengenai misteri MH370 ini. Alhamdulillah saya panjatkan kesyukuran kepada ALLAH SWT kerana, daripada DIA jualah saya mendapat ilham dan juga jalan untuk menyelesaikan misi pencarian saya mengenai MH370 ini.

Jutaan terima kasih saya ucapkan kepada semua yang terlibat dalam misi saya ini dan kepada semua yang pernah bersama saya sepanjang saya mencari jawapan tentang MH370 ini, SYABAS dan TAHNIAH saya ucapkan kepada anda semua kerana telah menjadi sebahagian daripada sejarah negara. Jutaan terima kasih juga saya ucapkan kepada semua pembaca yang setia menanti artikel saya ini diterbitkan. Terima kasih tak terhingga kepada semua authorized person yang telah banyak membantu saya dalam misi saya.

Akhirnya, selesai juga artikel saya tentang MH370. Semoga dengan tertutupnya cerita ini di blog saya dapat merungkaikan kesulitan dan juga keanehan yang terjadi sepanjang hilangnya MH370. Untuk makluman, saya telah menganalisa hampir kesemua berita semasa daripada 9 Mac 2014 sehingga semalam (29 Mei 2014), iaitu lebih kurang selama 81 hari. Saya telah meneliti hampir kesemua teori dan juga rumours berkenaan MH370 termasuklah hal Diego Garcia, Kazakhstan, Mongolia, teori Philips Wood, teori berpatah balik, teori rampasan, teori teroris, dan pelbagai lagi yang tak dapat saya nyatakan kesemuanya disini.

Sejujurnya, pada 27 Mac 2014 lagi jawapan sudah ada, namun tidak dapat diterbitkan atas beberapa sebab. Akhirnya, selepas rasa bersalah saya menyimpan kebenaran daripada pengetahuan orang membuak-buak, maka pada malam ini terbitlah artikel terakhir ini sebagai menutup kesemua teori dan juga kajian yang telah saya lakukan. Saya amat berharap artikel ini mendapat perhatian dunia baik rakyat biasa waima pihak berwajib. Saya yakin, ramai yang sudah tahu perkara yang sama dengan yang saya bentangkan ini, namun tidak ada yang bersuara dengan menulis artikel panjang lebar seperti ini.

Saya berharap, setelah anda semua membacanya, sebarkanlah agar lebih ramai yang tahu mengenai misteri ini dan supaya ia tidak ditutup begitu sahaja ditelan masa dan waktu. Saya amat berharap agar MH370 ini dibongkarkan juga dimedia massa dengan mana-mana pihak berwajib tampil untuk menunjukkan bukti bergambarnya.

Saya memohon maaf kerana TIADA bukti bergambar mengenai MH370 yang dapat saya paparkan dalam artikel ini kecuali bukti bertulis dan juga bukti yang saya dapat melalui cross-referencing.

Tanpa melengahkan masa, ayuh sama-sama kita baca artikel tergempar ini...

Selamat menelaah. Semoga beroleh jawapan !


*Artikel ini ditulis berdasarkan penelitian dan juga pemerhatian oleh Brado Kapak sendiri dan team members nya selama lebih 40 hari. Sila baca dengan tenang untuk mengelakkan anda menjadi keliru. Ini artikel terakhir berkenaan MH370 oleh Brado Kapak. Sekiranya ia tepat, maka ia hanya kebetulan sahaja. Sekiranya ia tidak benar, maka ia berpunca dari kelemahan kami menganalisa dan meneliti.

Bacalah dengan hati yang terbuka....

1. Pada 8 Mac 2014, sebuah pesawat kepunyaan MAS Airlines, Boeing 777-200ER penerbangan MH370 dari Kuala Lumpur International Airport (KLIA) menuju ke Beijing telah dilaporkan hilang daripada radar. Pesawat ini disahkan hilang oleh menara kawalan pada sekitar jam 8 pagi hari yang sama sedangkan ping radar terakhir yang dikesan adalah pada jam 2.37 pagi waktu Malaysia.

2. MH370 menghantar isyarat komunikasi kepada Air Traffic Control (ATC) menara kawalan di KLIA ialah pada jam 1.19 pagi waktu Malaysia. Sila rujuk gambar ini. Manakala MH370 telahpun melakukan 'handshake' dengan Vietnam melalui Immarsat dan menghubungi menara kawalan udara bandar Ho Chi Minh City adalah pada sekitar jam 1.16 pagi waktu Malaysia. Ketika itu MH370 sedang memasuki ruang udara perairan Vietnam.


BACA SETERUSNYA : KLIK SINI

Antara gambar dan video yang menjadi rujukan penulis :

Anda juga boleh rujuk artikel ini dan juga gambar ini. Kemudian rujuk semula gambar ini bagaimana seseorang telah mengubah flight path atau trackpath MH370 kepada satu laluan baru. Anda juga boleh menonton video berikut sebagai tamban informasi....





Disini sudah jelas memang ada insiden menukar laluan MH370 yang dilakukan oleh pihak yang tidak diketahui. Saya hanya beranggapan bahawa penukaran laluan ini sebenarnya dibuat oleh salah satu pihak sahaja yang telah saya sebutkan diatas yang mana orang yang mengubah laluan ini telahpun mendapat arahan daripada seseorang yang bekerja untuk unit risik sebuah negara mata helang.







Sekalung tahniah dan terima kasih kepada BK dengan penulisan ini. Namun, SUKA DIJELASKAN di sini bahawa apa yang disampaikan oleh beliau adalah SEKADAR TEORI berdasarkan kajian dan pengalaman beliau. Terpulanglah kepada anda semua samada untuk mempercayainya atau tidak.

KRONOLOGI DAN TEORI PENUH : KLIK SINI
read more...

SESAK NAFAS!!! Hadi Awang Dikejarkan Ke Hospital Di Istanbul!!

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dilaporkan mengalami masalah kesihatan dan dikejarkan ke hospital di Istanbul.

Timbalan Ketua, Dewan Pemuda Pas, Muhammad Khalil Abdul Hadi dalam satu kenyataan ringkas berkata, beliau telah menghubungi Setiausaha Politik Abdul Hadi.






“Dr (Ahmad) Samsuri (Mokhtar) kini berada bersama ayahanda Tuan Guru Presiden (Abdul Hadi) di Istanbul, Turki.

“Beliau dimasukkan ke hospital selepas mengadu sesak nafas dan sekarang keadaan beliau stabil dan sedang berehat.

“Mohon doa dari semua umat Islam agar beliau pulih dan dapat terus memimpin ummah,” katanya.

Sementara itu, Ketua Penerangan Pas, Datuk Mahfuz Omar ketika dihubungi mengesahkan perkara itu.

“Saya dimaklumkan melalui pesanan khidmat ringkas (SMS) oleh setiausaha politik beliau tadi.

“Abdul Hadi ke Istanbul untuk menghadiri menghadiri Seminar Antarabangsa Esam anjuran Gerakan Islam Turki.

Beliau turut dijadualkan bertemu dengan Menteri Luar Turki.

Katanya lagi, Abdul Hadi kini berada di bawah pemerhatian doktor pakar.

“Saya difahamkan beliau sedar, tak ada apa.

Abdul Hadi dilaporkan berangkat ke Istanbul, pada Selasa lepas dan dijadualkan pulang ke tanah air pada 3 atau 4 Jun depan.
read more...

CCTV : Rakaman Dedah Warga Asing Culik Kanak-Kanak Sebelum Kelar!!

Seorang kanak-kanak perempuan ditemui mati dalam keadaan kepalanya terpisah dari badan di tebing Sungai Klang berhampiran stesen komuter Kuala Lumpur, Jalan Hishamuddin, di sini, malam tadi.

Kanak-kanak malang berusia antara dua hingga tiga tahun berkenaan ditemui orang awam kira-kira jam 9 malam dipercayai dikelar seorang lelaki warga asing yang sempat melarikan diri.





Mangsa di bawa lari oleh warga asing berkenaan disebuah pusat membeli belah di Pudu Sentral ketika ditinggal bersama rakan ibu berkenaan.

CCTV menunjukkan warga asing mengheret tangan mangsa keluar daripada pusat membeli belah berkenaan.




Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad berkata, mangsa dikatakan dibawa lari oleh suspek berkenaan dari sebuah pusat beli belah di Pudu Sentral ketika ditinggalkan bersama rakan ibunya.

"Polis sedang mengesan suspek yang melarikan diri sebaik menyedari tindakannya mengelar leher mangsa dilihat orang awam dan usaha mengesan lelaki warga asing berusia 30-an itu sedang giat dijalankan.

"ibu bapa mangsa sudah dimaklumkan dan mereka sudah membuat pengecaman, namun belum disoal siasat berikutan keadaan ibunya yang hampir pengsan sebaik melihat keadaan anaknya," katanya.

Menurut Zainuddin, pemeriksaan di tempat kejadian menemui serpihan jubin berhampiran mayat namun belum dapat dipastikan sama ada ia digunakan untuk mengelar mangsa.

"Polis tidak menolak kemungkinan suspek menggunakan senjata tajam untuk mengelar leher mangsa berdasarkan kesan kelar berkenaan," katanya.

Motif sebenar kejadian itu belum dikenalpasti dan siasatan lanjut dijalankan mengikut seksyen 302 Kanun Keseksaan.


read more...

VIDEO : Ibu Mangsa Rogol Sebat Perogol Anaknya Di Kelantan!!!

Ibu mana yang dapat menahan ammarahnya apabila anak gadis yang dikandung dan dibesarkan dengan penuh kasih sayang tiba-tiba dinoda dalam sekelip mata. Walaupun kejadian dirogol ini bukanlah sesuatu yang diminta, namun lumrahnya mangsa akan mengalami trauma malah ada sesetengahnya dicemuh dan dipandang hina oleh masyarakat.




Video yang tersebar ini katanya dirakam di negeri Cik Siti Wan Kembang, Kelantan. Namun sejauh mana kebenarannya dan bila ia berlaku tidak pula dapat disahkan.

 
read more...

EKSKLUSIF : Gambar DS Najib Solat Jumaat Di Beijing

Dalam rangka lawatan rasminya ke China, DS Najib beserta rombongan sempat menunaikan sembahyang jumaat di sebuah masjid di bandar Beijing hari ini.







read more...

AZIMAT!!! 7 Pesanan Al-Marhum Sultan Azlan Buat Pedoman

Kemangkatan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Azlan Muhibbuddin Shah ibni Al-Marhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah Ghafarullahu-Lah, semalam, diratapi kerabat, pemimpin negeri dan negara serta rakyat jelata.

Pemerintahan baginda akan terakam kemas dalam lipatan sejarah negara, sebagai antara Sultan yang hebat, berjiwa rakyat, dihormati dan disegani di dalam dan luar negara.




Almarhum bukan sahaja menjadi pemerintah yang adil dan saksama, malah pandangan bernas baginda sentiasa menjadi pedoman kerajaan dan rakyat dalam pentadbiran berkerajaan, politik, ekonomi dan sosial.

Baginda yang pernah mengetuai Institusi Kehakiman dengan menjadi Ketua Hakim Negara, turut dihormati dalam dunia kehakiman.

Pada 3 Februari lalu, genap 30 tahun pemerintahan baginda. Majlis kesyukuran genap 30 tahun pemerintahan diadakan di Istana Iskandariah, Bukit Chandan, Kuala Kangsar pada hari berkenaan.

Pada hari bersejarah itu, Almarhum menitahkan supaya dizahirkan tujuh peringatan yang disampaikan melalui anakanda baginda, Raja Dr Nazrin Shah selaku Pemangku Raja Perak.

Tujuh peringatan berkenaan adalah: Berpegang kepada prinsip ketuhanan, menginsafi kebesaran Yang Maha Mencipta, berbanding kedaifan insan bertaraf hamba dengan memperlihatkan sifat tawaduk, kemanusiaan serta kasih sayang sesama insan, di samping tidak melakukan kezaliman sesama makhluk dan tidak melakukan kemusnahan kepada alam ciptaan Ilahi.

Menyedari bahawa setiap nikmat adalah anugerah Ilahi. Setiap insan wajib mengamalkan sifat bersyukur agar dikurniakan nikmat lebih besar, di samping menerima ujian dengan penuh ketabahan selaras dengan maksud ayat 17 Surah Al An’Aam;

“Jika Allah menimpakan sesuatu kemudaratan kepadamu, maka tidak ada yang menghilangkannya melainkan Dia sendiri. Jika Dia mendatangkan kebaikan kepadamu, maka Dia maha kuasa atas setiap sesuatu.”

Hargai anugerah Ilahi

Pangkat dan jawatan adalah anugerah Ilahi dan hendaklah dilaksana dengan penuh amanah, senantiasa mengingati akauntabiliti kepada rakyat, begitu juga akauntabiliti ketika diadili di mahkamah Rabbuljalil di Padang Mahsyar, selaras dengan peringatan yang terkandung dalam ayat 9 Surah Ali ‘Imran bermaksud; “Ya Tuhan kami, sesungguhnya Engkau mengumpulkan manusia untuk (menerima pembalasan pada) hari yang tak ada keraguan padanya.” Sesungguhnya Allah tidak menyalahi janji.”

Negeri Perak dan negara Malaysia dilimpahkan dengan nikmat kekayaan sumber dan hendaklah diuruskan secara cekap, jujur, telus lagi berintegriti, menjauhi amalan rasuah, salah guna kuasa serta pembaziran agar negeri dapat dimakmurkan dan kehidupan rakyat disejahterakan.

Perpaduan rakyat hendaklah senantiasa diutamakan dan tidak boleh dikompromikan. Perpaduan rakyat adalah asas kekuatan negara yang memungkinkan kemerdekaan dicapai, ancaman komunis dimusnahkan, kemajuan dicipta serta kemerdekaan tanah air dapat dipertahankan. Bahawa rakyat di negara ini adalah pelbagai kaum, mengamalkan pelbagai agama, berlatar belakangkan pelbagai budaya dan menguasai pelbagai bahasa.

Kepelbagaian itu adalah aset negara jika rakyat berjaya dibimbing untuk berfikiran rasional, mengamalkan sikap saling memahami, saling menghormati, serta tidak mudah dipengaruhi dengan sentimen yang dicetuskan oleh pihak yang berfikiran sempit dan memilih untuk mengadu domba rakyat untuk berkonflik secara mensensasikan isu agama, kaum, budaya dan bahasa.

Mengamalkan pemerintahan yang berlandaskan undang-undang. Undang-undang tidak sahaja perlu digubal, tetapi lebih penting dihormati, dikuatkuasakan secara adil, saksama, malah dipastikan dilaksanakan secara adil tanpa prejudis, tanpa diskriminasi melalui amalan kehakiman, perundangan dan penguatkuasaan berlandaskan prinsip tanpa gentar, tanpa pilih kasih.

Tonggak kestabilan

Takhta pemerintahan menyempurnakan amanah berlandaskan prinsip Raja Berperlembagaan, berfungsi sebagai tonggak kestabilan, keadilan, teras perpaduan dan payung penyatuan.

Raja pemerintah wajib mengamalkan dan mempamerkan sifat tidak memihak, tidak partisan, tidak berkepentingan demi menjamin keadilan, membantu keberkesanan mekanisme semak dan imbang, sekali gus memperkukuhkan institusi perundangan, eksekutif dan kehakiman, lantas meningkatkan tahap keyakinan rakyat kepada sistem berkerajaan dan sistem bernegara berteraskan demokrasi, bertunjangkan doktrin pengasingan kuasa. -BH.

read more...

TERKINI!!! CERAI : Suami Abby Lafaz Dua Kali!!!

Suami kepada pelakon Abby Abadi iaitu Muhammad Noor Farhan Che Bakar, 24, telah melafazakan dua kali lafaz cerai terhadap pelakon itu.

Perkara berkenaan dimaklumkan ketika prosiding permohonan pengesahan lafaz cerai di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur.




Salah satu lafaz cerai itu tidak dimaklumkan kepada mahkamah.

Sehubungan itu Hakim Syarie iaitu Shaiful Azli Jamaludin terpaksa menangguhkan permohonan pengesahan lafaz cerai yang dibuat pelakon itu kepada 11 Jun ini bagi membolehkan lafaz cerai kali pertama difailkan.

Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan, 37, memberitahu mahkamah bahawa suaminya itu pernah berkata kepada seorang kenalan bahawa mereka sudah bercerai.



Kes cerai Abby Abadi dengan Muhammad Noor Farhan Che Bakar ditangguhkan kepada 11 Jun ini.



Pasangan itu bagaimanapun meminta nasihat kes itu kepada bapa saudara Muhammad Noor Farhan yang juga defendan dalam kes ini dan mereka kemudiannya melakukan rujuk tanpa melaporkan kes berkenaan kepada mahkamah.

Pelakon drama bersiri Gerak Khas itu turut memberitahu kejadian itu berlaku pada Januari lalu.
read more...

BL1M : Jawapan Khairy Ditagih Rakyat @khairyKJ

Inisiatif BL1M merupakan salah satu daripada 10 usul yang digariskan di Perhimpunan Agung UMNO oleh Pemuda UMNO yang diketuai Khairy Jamaluddin.

Ketika sidang media dan Majlis Perlancaran Laman Web www.bl1m.my di PWTC pada 14 Januari 2013, Khairy berkara inisiatif tersebut akan memberi peluang kepada semua penunggang motosikal meningkatkan kesedaran tentang keselamatan jalan raya, dengan meringankan beban mereka dalam permohonan lesen dan proses pendidikan.




Namun sampai hari ini, program BL1M yang digembar-gembur untuk meringankan beban rakyat tidak menjadi seperti yang diharapkan.

Bila segala keluhan rakyat yang terlibat dalam program tersebut dengan mudah dikesampingkan oleh Khairy serta pihak terbabit.

Bagi seorang rakyat biasa yang bukan setaraf pemimpin BN, nilai RM190 yang telah dibayar untuk program tersebut bukanlah jumlah yang kecil.

Di Sarawak sahaja, difahamkan sekitar 70 ribu peserta telah membayar untuk memohon lesen melalui inisiatif BL1M. Bayangkan berapa banyak wang telah dikumpul oleh pihak terlibat, sedangkan program tersebut telah gagal separuh jalan.

Dilaporkan ramai peserta telah memohon agar wang yuran yang telah mereka bayar dikembalikan, namun langkah itu juga gagal dipenuhi oleh pihak penganjur.

Di Media Sosial perkara ini dibahaskan dengan kerap dan terbuka, tapi Khairy mahupun pihak penganjur tetap membisu seribu bahasa.




Rakyat butuhkan suara beliau yang lantang itu, Khairy yang memulakannya harus bertanggungjawab untuk mengakhiri masalah ini.

read more...

CERAI!!! Abby Failkan Tuntutan Hari Ini




Nampaknya khabar angin yang mengatakan rumahtangga pasangan Abby Abadi dan Muhammad Noor Farhan Che Bakar mempunyai masalah telah terjawab apabila ada laporan mengatakan bekas selebriti itu bakal memfailkan penceraian esok.

Abby Abadi dijangka memfailkan permohonan untuk bercerai dengan suaminya di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Selangor, pagi esok selepas usaha untuk menyelamatkan rumahtangga mereka tidak menemui jalan penyelesaian.

Menerusi laman sosial Instagram sebelum ini, Abby Abadi ada mengirimkan beberapa keping gambar memberi bayangan yang hubungan beliau dan suami dilanda masalah namun enggan mendedahkan apa sebenarnya yang berlaku di antara mereka.

Pasangan ini bernikah secara rahsia pada 9 Julai 2013 di selatan Thailand.








read more...

BIOGRAFI : Dalam Kenangan Al-Marhum Sultan Azlan 1928-2014


Sultan Perak, Almarhum Sultan Azlan Shah, dikenali sebagai seorang yang bijak dan arif selain merupakan satu-satunya raja yang pernah menyandang jawatan tertinggi dalam institusi kehakiman negara.

Walaupun pernah memegang jawatan Ketua Hakim Negara dari 1982 hingga 1984, baginda adalah seorang raja yang penuh sifat belas kasihan, rendah hati dan mudah memaafkan kesalahan orang.





Sultan Azlan Shah mangkat pada 1.30 tengah hari tadi. Almarhum berusia 86 tahun.

Jenazah baginda akan dimakamkan di Makam Diraja Kuala Kangsar selepas solat Asar esok.

Almarhum meninggalkan Raja Permaisuri Perak Tuanku Bainun, seorang putera iaitu Pemangku Raja Perak Raja Dr Nazrin Shah dan tiga puteri Raja Datuk Seri Azureen, Raja Datuk Seri Aleena dan Raja Datuk Seri Yong Sofia.

Anakanda ketiga baginda Raja Datuk Seri Ashman Shah mangkat pada 30 Mac 2012.

Diputerakan pada 19 April, 1928 di Kampung Manggis, Batu Gajah, Perak, Sultan Azlan Shah juga dikenali sebagai seorang yang mementingkan soal disiplin, kebersihan dan ketepatan masa.

Berpendidikan awal di Sekolah Kerajaan Inggeris Batu Gajah, yang kini dikenali sebagai Sekolah Sultan Yussuf, dan menyambung pelajaran di Kolej Melayu Kuala Kangsar.

Baginda kemudian melanjutkan pengajian dalam bidang undang-undang di University of Nottingham, United Kingdom sebelum dikurniakan Ijazah Sarjana Muda Undang-undang pada 1953.

Sekembalinya ke tanah air, baginda memulakan perkhidmatan sebagai Penolong Setiausaha Kerajaan Negeri Perak pada 1954.

Baginda menyertai Perkhidmatan Kehakiman dan Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu setahun kemudian dan dilantik sebagai Majistret Kelas Pertama pada 1956.

Berpengalaman luas dalam bidang kehakiman dan undang-undang, baginda pernah bertugas sebagai Presiden Mahkamah Sesyen, Penasihat Undang-undang negeri, Timbalan Pendakwaraya, Pendaftar Mahkamah Tinggi dan Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan.

Pada 1965, baginda menjadi hakim termuda di negara Komanwel apabila dilantik sebagai Hakim Mahkamah Tinggi pada usia 37 dan pada 1979 dilantik sebagai Hakim Besar Malaya.

Sultan Azlan Shah berada di kemuncak bidang kehakiman apabila dilantik sebagai Ketua Hakim Negara pada 1982.

Baginda kemudian meletakkan jawatan pada 1984 setelah berkhidmat selama 30 tahun bagi menaiki takhta negeri Perak.

Sultan Azlan Shah dimasyhurkan sebagai Sultan Perak ke-34 selepas kemangkatan ayahanda saudaranya Sultan Idris Shah pada 3 Feb 1984.

Enam hari selepas itu, baginda dilantik sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong untuk tempoh lima tahun, dan pada 26 April 1989, baginda ditabal sebagai Yang di-Pertuan Agong Ke-Sembilan.

Baginda merupakan seorang ahli sukan yang aktif dan telah mengambil bahagian dalam pelbagai pertandingan bola sepak, kriket, olahraga, hoki dan golf serta pernah mengetuai kontinjen Malaysia ke Sukan Olimpik Montreal di Kanada pada 1976.

Sultan Azlan Shah juga pernah dilantik sebagai Naib Presiden Persekutuan Hoki Antarabangsa dan juga Presiden Persekutuan Hoki Asia.

Dalam bidang pendidikan pula, baginda merupakan Canselor Univeriti Malaya sejak 1986 dan telah menerima pelbagai anugerah kehormat daripada universiti dalam dan luar negara.

Antaranya ialah ‘Honorary Bencher’ dari Lincoln’s Inn, doktor kehormat undang-undang dari University Nottingham serta ‘Honorary Fellowship of the Royal College of Surgeons of Edinburgh’.
read more...

KEMALANGAN!!! Pelumba Basikal Negara Dirempuh Toyota Harrier!!!

Pemenang pingat emas Sukan SEA, Kimberly Yap cedera dalam satu insiden di Penchala Link ketika mengayuh basikal untuk pulang ke rumahnya pada Rabu.





Difahamkan, basikal yang ditungganginya dirempuh dari arah belakang oleh sebuah kereta dipercayai Toyota Harrier.

Kimberly dikejarkan ke Pusat Perubatan Universiti Malaysia (PPUM) untuk mendapat rawatan.

Beliau dilaporkan berada dalam keadaan stabil.

Laporan imbasan CT menunjukkan tiada kerosakan pada organ pentingnya.

Menurut doktor, Kimberly mengalami kecederaan di bahagian paha dan betis.

Kemalangan berlaku pada pukul 8.45 pagi selepas dia berbasikal melepasi sebuah terowong.
read more...

LAHAD DATU : Seorang Tentera Terbunuh, 2 Awam Cedera



KOTA KINABALU, 28 Mei (Bernama) -- Seorang anggota tentera terbunuh manakala dua orang awam cedera selepas seorang anggota tentera dipercayai melepaskan beberapa das tembakan untuk meleraikan kekecohan di hadapan kedai Gemilang  Jam di kawasan Pekan Lahad Datu awal hari ini.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata dalam kejadian kira-kira 4.45 pagi itu, anggota tentera berkenaan, Lans Koperal Muhamad Fiffixezapey Mat Hussin, 28, cedera di kiri dadanya dan meninggal dunia di Hospital Lahad Datu.

Kedua-dua orang awam yang cedera adalah lelaki warganegara Indonesia masing-masing berumur 31 dan 38 tahun, yang bekerja sebagai penjaga kelab malam.

Seorang daripada mereka cedera di betis kiri manakala seorang lagi cedera di bahagian belakang sebelah kiri badan, kata Hamza ketika dihubungi Bernama.

Butiran lengkap berkaitan kedua-dua mangsa orang awam itu belum diperoleh dan mereka masih menerima rawatan di Hospital Lahad Datu.

Hamza berkata semasa kejadian, anggota tentera yang melepaskan tembakan itu sedang menjalankan tugas rondaan di kawasan berkenaan dan siasatan di tempat kejadian menjumpai beberapa kelongsong peluru dan kesan tompokan darah.

Beliau berkata motif kejadian masih dalam siasatan dan polis sedang berusaha mengesahkan anggota tentera yang terlibat.

"Tangkapan akan dibuat dan senjata yang digunakan akan dirampas," kata Hamza.

Beliau turut menasihatkan orang ramai supaya bertenang kerana keadaan keselamatan adalah terkawal manakala kes itu pula diklasifikasikan sebagai kes jenayah dan tidak melibatkan penjenayah dari luar.

-- BERNAMA
read more...

Piala Thomas : (VIDEO) KJ Bodoh Dan Perlu Letak Jawatan - RAJA BOMOH


Raja Bomoh, Datuk Mahaguru Ibrahim menyifatkan Menteri Belia Dan Sukan, Khairy Jamaluddin sebagai punca kekalahan skuad Piala Thomas dan perlu memikul tanggungjawab dengan meletakkan jawatan sebagai menteri.

Ini kerana, menurutnya kenyataan Khairy sebelum ini meminta masyarakat agar tidak meletakkan sebarang harapan kepada skuad negara itu.





“Ini kerana sejak awal-awal lagi dia telah mengatakan skuad ini tidak akan masuk ke peringkat akhir, tetapi bila dapat masuk peringkat akhir dia (cuba) ambil kesempatan (publisiti)” ujar kepada wartawan Suara.TV sebentar tadi.

Ibrahim turut meminta Khairy agar meletakkan jawatan kerana gagal menjalankan tanggungjawab sebagai seorang menteri.




Menurutnya sebagai seorang menteri yang diberi tanggungjawab menjaga dan membangunkan sukan negara, Khairy sepatutnya terus memberikan semangat kepada para pemain dan bukannnya mengeluarkan kenyataan yang boleh menajtuhkan moral pemain.

Namun sebaik sahaja pasukan badminton negara berjaya melangkah ke separuh akhir menentang Jepun, Khairy dikatakan terhegeh-hegeh mencari publisiti dengan menghadiri perlawanan akhir itu.

“Dia mengata, kemudiannya memuji.

“Menteri (KJ) ini bodohlah, dia patut meletakkan jawatan” ujarnya lagi.

Memetik laporan Utusan Malaysia sebelum ini, Khairy dilaporkan meminta rakyat negara ini agar tidak meletakkan harapan tinggi terhadap skuad Pia¬la Thomas negara untuk melakar kejayaan yang besar pada kejohanan dwi tahunan itu.

Beliau berkata, peluang skuad kebangsaan untuk sampai ke peringkat separuh akhir adalah amat sukar

“Saya rasa lebih elok jika kita meletakkan satu sasaran yang sederhana kerana saya tidak mahu ada yang memberikan harapan yang terlalu tinggi,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Malaysia Purple League.

Menurut Khairy, harapan yang diletakkan terhadap skuad badminton negara perlulah lebih realistik bersesuaian dengan barisan pemain yang Malaysia miliki pada masa sekarang.


read more...

BINATANG!!! 34 Lelaki Ratah Remaja Perempuan Di Kelantan!!!


Seorang remaja perempuan berusia 14 tahun membuat laporan di Balai Polis Ketereh kerana telah di rogol secara beramai-ramai oleh 34 orang lelaki melayu di sebuah rumah di sini.

Pengadu telah dihantar ke hospital perubatan Kuala Krai untuk membuat pemeriksaan lanjut.



Gambar Hiasan


Hasil awal rawatan didapati ada kesan koyakan teruk pada hymen dan kesan kemasukan yang berulang-ulang kali pada kemaluan mangsa.

Bersama-sama mangsa terdapat juga dua orang saksi yang merupakan rakannya.

Kes disiasat di bawah Sek. 376 Kanun Kesiksaan.

Berita ini juga mengejutkan Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar yang turut berkongsi laporan polis berkenaan berita ini di laman Facebooknya. Beliau juga berharap kes ini dapat diselesaikan secepat mungkin.


read more...

CADBURY : DENDA, GANTUNG ATAU TUTUP TERUS!!!!



Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) diminta bertindak lebih tegas dengan mengheret pengilang coklat Cadbury Confectionery (M) Sdn Bhd ke mahkamah ekoran daripada penemuan DNA khinzir di dalam dua produknya.

Presiden Lembaga Pelindung dan Kebajikan Pengguna Malaysia (LPKPM), Prof Datuk Seri Dr Saharuddin Awang Yahya berkata tindakan tersebut wajar bagi memastikan perkara seumpama tidak berulang.




"Sekadar nasihat dan amaran tidak cukup, mereka perlu dibawa ke mahkamah supaya perkara ini dapat dijadikan tauladan kepada pengilang lain," katanya dalam sidang media di sini, hari ini.

Saharuddin juga berkata pihak Cadbury perlu membuat kenyataan memohon maaf secara terbuka kepada umat Islam serta menarik balik semua variasi coklat keluaran syarikatnya daripada pasaran kerana dikhuatiri dikeluarkan menggunakan mesin yang sama.

Beliau turut menggesa Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom mengambil langkah mengemas kini hab halal di negara ini supaya tiada keraguan dalam kalangan pengguna terutamanya umat Islam terhadap sijil dan logo halal Malaysia.

"Malaysia dikenali sebagai hab halal utama dan terkenal di peringkat global, Jakim merupakan satu-satunya badan yang berkuasa dalam bidang halal, akan tetapi bila berlaku perkara seperti ini pengguna akan hilang kepercayaan terhadap institusi halal negara kita," katanya.

Beliau turut mencadangkan Jakim menjalankan pemantauan dengan lebih kerap terhadap pengilang-pengilang bukan Islam termasuk bagi produk kosmetik.

Sabtu lepas Kementerian Kesihatan mengesahkan dua sampel coklat keluaran syarikat itu mengandungi DNA khinzir iaitu Cadbury Coklat Susu dengan Kacang Hazel (nombor kelompok 200813M01H12) dan Cadbury Coklat Susu dengan Buah Badam (nombor kelompok 221013N01RI1). 

- Bernama







read more...

VIDEO : Pekerja Melayu Dipukul Sesuka Hati!!!

Harap PDRM ambil tindakan segera...

Video ini menunjukkan cina "CADBURY" yang memukul perempuan melayu di dalam pejabat pengurusan di Casa Condominium, Damansara kelmarin. Laporan polis telahpun dibuat namun masih tiada sebarang tindakan dari pihak PDRM.

Apa kau hebat sangat tinggal di kondo mewah boleh memukul orang sesuka hati walaupun dia mungkin ada buat silap.

Melampau betul!!

CADBURY LA!!!


read more...

MEMALUKAN!!! Pelajar Bertudung Dedah Gambar Terlampau di FB!!

Bukan berniat untuk menjatuhkan maruah orang MELAYU apatah lagi menghina tetapi atas dasar mahu memberikan kesedaran kepada diri admin dan semua agar kita lebih berhati-hati dalam menempuh liku-liku kehidupan yang rasanya semakin mencabar.

Pertamanya admin bimbang dengan perlakuan anak-anak bangsa kita khususnya mereka yang masih di bangku sekolah bila mana mereka seolah-olah hilang pertimbangan dan semakin tenggelam dalam dunia fantasi mereka sendiri.

Menjadikan medan media sosial sebagai "platform" untuk mereka melempiaskan hawa nafsu cukup untuk membuatkan jantung yang melihatnya berdegup kencang.




Mungkin sebahagian daripada kita berbeza kencangnya apabila menatap gambar anak-anak ini tanpa seurat benang atau kencang kerana memikirkan inilah sebahagian daripada generasi pewaris kita.

Berdasarkan kepada akaun twitter pelajar terbabit berasal dari negeri Pahang dan sudah pasti berumur dalam lingkungan 15 ke 20 tahun.

Malah memiliki seramai 8,427 pengikut cukup untuk menyesakkan nafas kita apatah lagi dengan gambar-gambar tanpa seurat benang yang sudah pasti jauh menyimpang daripada budaya dan agama kita.

Paling membimbangkan kenalan di kalangan pengikut pelajar ini sudah pasti menjangkaui daripada apa yang kita bayangkan.Malah dari pengamatan admin kenalan-kenalan pelajar ini ada berasal dari luar negara.

Bukankah gambar seperti ini menjatuhkan maruah kita sebagai orang Melayu dan Islam ?? Ini baru sedikit ada yang jauh lebih dasyat daripada ini yang admin tak dedahkan.

Kepada semua hati-hati dengan anak-anak muda kita hari ini , kita belum tentu pasti apa yang anak-anak kita lakukan di luar pengetahuan kita.Dalam dunia serba canggih dan berteknologi ini pelbagai perkara boleh terjadi..

Pantau anak-anak kita dan sentiasa peka dengan persekitaran , ambil tahu dengan siapa mereka berkawan , jangan sesekali lupa untuk bertanya dan ambil tahu tentang akaun media sosial mereka sekurang-kurangnya kita berusaha untuk memastikan mereka bukan dari kalangan anak-anak pelajar yang admin dedahkan di atas sana.

Media sosial banyak kegunaannya namun jika di salah gunakan ianya tidak akan mendatangkan kebaikan malah akan membawa kemudaratan bukan sahaja kepada diri kita tetapi juga kepada Bangsa , Agama dan Negara..

MAAF ! admin sudah memutuskan untuk tidak menyiarkan link akaun media sosial mereka kerana ianya sudah pasti akan menjadi iklan percuma kepada pihak-pihak di luar sana. Sekalipun ada pihak yang mahu mengambil tindakan contohnya SKMM buatlah carian, pasti dengan keupayaan yang ada pada pihak-pihak berwajib ini perkara sebegini amat mudah di temui.

read more...

LIDAH BERCABANG!!! Akhirnya Dyana Mengaku Menipu, Bukan Sekali!!!




Calon DAP bagi pilihan raya kecil Teluk Intan, Dyana Sofya Mohd Daud, akhirnya mengaku hari ini yang ibunya, Yammy Samat pernah terlibat dalam Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa).

Dyana Sofya yang sebelum ini menafikan cakap-cakap mengenai perkara itu, turut mengaku pernah membantu ibunya mengendalikan sesi pendaftaran keanggotaan Perkasa pada tahun 2008.

“Saya tidak tahu sama ada ibu saya anggota Perkasa ketika itu, dan saya pula masih belajar,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.




Beliau berkata pada masa itu, ibunya meminta beliau membantunya mengendalikan pendaftaran keanggotaan Perkasa.

“Ya, ketika itu beliau terlibat dengan Perkasa tetapi selepas beberapa bulan beliau meninggalkan pertubuhan itu kerana tidak lagi percaya dengan Perkasa,” jelasnya.

Dyana Sofya berkata demikian apabila diminta mengulas penyebaran gambarnya membantu Yammy pada majlis pelancaran laman web Perkasa dan kempen keanggotaan pertubuhan itu pada tahun 2008.

Menyentuh kedudukan ibunya sebagai anggota jawatankuasa pertubuhan itu, beliau berkata status ibunya itu hanya sebagai jawatankuasa penaja memandangkan ibunya meninggalkan pertubuhan itu sebelum mesyuarat agung pertamanya.

“Saya tidak pasti sama ada beliau merupakan anggota berdaftar Perkasa sebelum AGM itu… ibu saya seorang anggota UMNO, saya bukan. Beliau mungkin terlibat dengan Perkasa, saya tidak. Mungkin ini tidak harus jadi isu,” katanya.





Sebelum ini, beberapa portal media melaporkan bahawa Dyana Sofya menafikan yang ibunya pernah menyertai Perkasa, malah mendakwa ibunya tidak menyertai mesyuarat pertama pertubuhan itu.

Sementara itu akhbar hari ini melaporkan bahawa Ketua Wanita UMNO Gopeng, Datuk Hamidah Osman mendedahkan Yammy adalah antara pemimpin penaja terawal penubuhan Perkasa apabila dilantik sebagai Ketua Wiranitanya yang pertama.

Hamidah berkata maklumat itu diperoleh daripada Setiausaha Perkasa, Syed Hassan Syed Ali yang mengatakan Yammy berada dalam barisan kepemimpinan pertubuhan itu sehingga mesyuarat agung tahunan (AGM) pertamanya pada Mac 2010 sebelum meletakkan jawatan.

Hamidah mendakwa sehingga kini juga tiada rekod yang menunjukkan Yammy telah menarik diri daripada menjadi anggota Perkasa. – Bernama


Bukan satu penipuan, ADA LAGI...




Selepas Dah KANTOI, Baru Nak Mengaku?


read more...

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top