Nuffnang

UNDI DAP = UNDI BABI = UNDI HARAM

Adalah haram dan berdosa untuk umat Islam menyokong DAP yang secara terang-terangan menentang penubuhan negara Islam serta pelaksanaan hukum hudud.





Pengasas Pondok Geting, Tumpat, Abdullah Sa'amah berkata, umat Islam juga tidak boleh menyokong mana-mana pihak yang bekerjasama atau menjalin pakatan dengan DAP pada pilihan raya kerana sokongan itu akan turut membawa kemenangan kepada DAP.

Beliau berkata, agenda perjuangan DAP berbeza dengan MCA dan MIC dalam Barisan Nasional (BN) yang digolongkan sebagai bukan kafir harbi iaitu tidak membawa kemudaratan kepada kedudukan Islam dan umat Islam.




"Perjuangan DAP tidak terima Perlembagaan negara, mereka mahu sama rata Islam dan bukan Islam, kuil dan masjid juga mahu sama rata. Wajib orang Islam dalam Pas, UMNO dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) menolak DAP yang mencari jalan hendak menguasai negara melalui undi pada pilihan raya.

"Parti-parti yang bekerjasama dengan DAP juga berdosa disokong kerana sokongan kepada mereka bermakna kita juga menyokong DAP sebab mereka satu pakatan," katanya kepada Utusan Malaysia disini hari ini. Beliau mengulas kenyataan Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa),




Datuk Ibrahim Ali yang mempersoalkan hukum dalam Islam mengenai tindakan ahli PAS mengundi DAP pada Pilihan Raya Umum ke 13. Menurut Ibrahim, persoalan itu perlu dijawab Pas kerana  adalah jelas pengerusi DAP, Karpal Singh dan keseluruhan pemimpin parti tersebut ketika ini menentang keras penubuhan sebuah negara Islam dan perlaksanaan hukum hudud.

Mengulas lanjut, Abdullah berkata, DAP berbeza dengan MCA dan MIC yang menjalin kerjasama dengan UMNO dalam BN kerana parti tersebut tidak bermusuhan dengan Islam malah sedia menerima pemerintahan Islam.



"Sebaliknya, DAP tidak mahu, mereka mahu hak samarata, tidak mahu tinggi rendah, tidak Mahu Islam tinggi, sifat harbi mereka sangat jelas iaitu menentang hukum hudud dan penubuhan negara Islam.




"Saya menyeru orang melayu dan umat Islam supaya pada pilihan raya umum akan datang jangan sokong Pas yang masih tidak mahu keluar daripada pakatan pembangkang, sokong Umno dan BN supaya orang melayu dan syiar Islam terus dimartabatkan," katanya.

*Petikan dari Utusan Malaysia 8/8/12
read more...

Terkini!!! Dato Lee Chong Wei Bakal Wakili BN Di Pulau Pinang

Sukan sememangnya mampu menyatukan rakyat sesebuah negara.  Ini satu hakikat yang tidak dapat dinafikan oleh sesiapa dan Nelson Mandela telah membuktikannya.  

Di Malaysia juga sama di mana setiap kali acara sukan yang menyaksikan pasukan Malaysia beraksi, pasti semua rakyat Malaysia tidak mengira kaum, agama dan fahaman politik, akan bersatu menyokong pasukan negara. 





Benar, ada segelintir yang bersifat khianat terhadap negara sendiri serta tiada semangat patriotisme mahupun kesukanan seperti ADUN DAP, Manoharan Malayalam dan beberapa lagi pemimpin Pakatan Rakyat, namun jumlah mereka terlalu kecil dan tidak mampu menggoyah semangat perpaduan majoriti rakyat Malaysia di dalam sukan. 

Oleh itu, dengan kemenangan pingat perak Dato’ Lee Chong Wei dalam sukan Olimpik yang sedang berlangsung, ramai yang mula memperkatakan tentang kemungkinan beliau akan dinamakan sebagai calon pilihanraya.  Lebih-lebih lagi apabila terdapat komen-komen positif dari peminat beliau yang mengaku akan mengundi beliau sekiranya beliau dicalonkan.   Semua orang bersetuju bahawa Chong Wei telah berjaya menyatukan rakyat Malaysia. 



Menurut desas-desus, ada pihak yang sedang mencuba untuk menamakan beliau sebagai calon di Pulau Pinang.  Jika ini benar, ia mungkin juga sesuatu yang positif bagi mengimbangi penguasaan DAP yang gemar meniupkan api perkauman dan menghapuskan semangat cintakan negara di kalangan rakyat. 

Dengan sikap Manoharan yang memperlekehkan pingat perak Chong Wei telah dengan sendirinya membuktikan bahawa DAP tidak pernah berkongsi aspirasi dan semangat negara ini. 

Justeru, memandangkan Chong Wei boleh dikatakan sebagai simbol perpaduan dan semangat rakyat Malaysia, pencalonan beliau dalam pilihanraya mungkin mampu membantu rakyat yang telah tersasar gara-gara terpengaruh dengan DAP/PR, agar kembali menghargai bumi yang dipijak serta langit yang dijunjung ini. 





Pencalonan Chong Wei sebagai calon pilihanraya adalah tidak mustahil menjadi nyata kerana sebelum ini, Soh Chin Aun, bekas Kapten Bolasepak Malaysia yang terkenal pernah dicalonkan untuk bertanding dalam Pilihanraya 1986 di Kota Melaka.  Bagaimanapun, beliau telah kalah kepada Lim Guan Eng dengan majoriti lebih 17,000 undi. 

Namun, ini tidak bermakna yang Dato’ Lee Chong Wei juga akan kalah jika bertanding memandangkan rakyat benar-benar dahagakan seorang tokoh berjiwa rakyat dari kaum bukan Melayu yang mampu mempengaruhi rakyat berbagai kaum untuk menghayati semangat 1Malaysia yang diilhamkan Perdana Menteri.   




Jika faktor ini diambil kira, kita tidak ragu-ragu lagi bahawa wira badminton kita ini adalah termasuk dalam kategori ‘calon boleh menang’ yang kita cari-cari dalam PRU nanti. 

Bagaimanapun, ini hanyalah desas-desus dan sekiranya ia benar maka mungkin Malaysia perlu fikirkan semula satu perkara, iaitu: Apakah kita lebih memerlukan Dato’ Lee Chong Wei untuk mengharumkan nama negara di dalam sukan badminton atau kita lebih memerlukan beliau untuk turun padang memberi penerangan serta menghulurkan bantuan kepada rakyat bagi pihak BN? 

Yang pasti, melahirkan seorang wira badminton bertaraf dunia tidak semudah mencari calon pilihanraya!

Untuk itu, Syabas Dato’ Lee Chong Wei!  Malaysia sentiasa bersamamu, tak kira menang ataupun kalah.
read more...

SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN : BARU BAB TEMA, PAKATAN DAH BERTELAGAH

KaH...KaH...KaH...





Ketika Pakatan Rakyat (PR) menjerit-jerit fobia dengan tema ‘55 Tahun Janji DiTepati’ yang diumumkan kerajaan pusat kerana tepat terkena ke batang hidung mereka, kerajaan PR Kedah telah pun melancarkan temanya sendiri iaitu ‘55 Tahun Terus Berbakti’ seawal 17 Julai lagi.




Namun, tindakan kerajaan Kedah itu seolah-olah tidak ‘diiktiraf’ oleh kepimpinan PR Pusat kerana mereka langsung tidak memperdulikannya.  Malah, kepimpinan PR Pusat telah melancarkan tema ‘Sebangsa, Senegara, Sejiwa’ sebagai tema rasmi Hari Kebangsaan di negeri Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan.   Ini bermakna, Kedah telah ‘tercicir’ dan akan bersendirian menggunakan tema berbeza dari PR dan juga pusat. 

Nampaknya, untuk bersatu hati dalam mencari tema Hari Kebangsaan juga amat payah sekali bagi Pakatan Rakyat.   Jika begitu sukar sekali untuk mereka menyeragamkan hanya 4 buah negeri, bagaimana PR boleh bermimpi mampu menyamaratakan segala-galanya bagi seluruh Malaysia jika mereka berjaya memerintah?



Inilah akibatnya jika ketiga-tiga parti merasakan parti masing-masing sebagai kepala dan tulang belakang PR dan tiada siapa hormatkan sesiapa di antara sesama mereka sebagai pemimpin tertinggi.  

Namun, kita faham jika kepimpinan PR memekakkan telinga sahaja dengan tema yang dilancarkan oleh negeri Kedah iaitu kerana pemilihan perkataan ‘berbakti’.  Sedangkan, perkataan-perkataan yang membawa makna ‘berkhidmat kepada rakyat’ amatlah menakutkan PR. 

Dari satu segi, perkataan ‘berbakti’ tidak banyak beza dengan ‘janji ditepati’  mengikut makna umum dan di dalam konteks Malaysia.  Apatah lagi jika perkataan tersebut digandingkan dengan angka ‘55 tahun’.




Ini kerana bukan PR tidak tahu bahawa yang berbakti kepada rakyat Kedah dan keseluruhannya selama 55 tahun adalah BN atau Parti Perikatan dan bukan PAS, DAP, PKR jauh sekali Pakatan Rakyat.  

PAS atau PR baru sahaja memerintah Kedah selama tidak sampai sepenggal dan selama itu juga langsung tiada bakti yang dicurahkan.  Sebaliknya, hanya menambahkan masalah kepada rakyat selain dari menambah pusat-pusat hiburan dan karaoke. 

Oleh itu, tema ’55 tahun terus berbakti’ seolah-olah mengingatkan rakyat kepada jasa-jasa Barisan Nasional dan UMNO kepada mereka, lebih-lebih lagi dalam memperjuangkan kemerdekaan.   Pelik juga kita kenapa PAS Kedah telah memilih tema yang juga terkena batang hidung mereka sendiri?

Apapun, dengan kegagalan PR untuk bersatu hati dalam memilih tema untuk digunakan di negeri-negeri jajahan mereka membuktikan betapa rapuhnya pakatan mereka.   Masalah ini juga berlaku kerana PR tidak pernah mempromosi patriotisme, maka memilih tema untuk Hari Kebangsaan serta menjiwainya tentulah sesuatu yang sukar bagi mereka.   Apatah lagi dengan terdapatnya segolongan di dalam PR yang enggan menerima sejarah serta ingin mengubah sejarah mengenai kemerdekaan semata-mata kerana ingin ‘membersihkan’ nama nenek moyang mereka. 




Selama ini juga kita melihat pemimpin-pemimpin PR ke hulu ke hilir ke serata dunia tidak puas-puas memburuk-burukkan Malaysia.  Mereka menggambarkan Malaysia sebagai neraka dunia seolah-olah segala-gala tentang Malaysia adalah buruk lagi busuk. 

Sesungguhnya, PR tidak pernah cintakan negara ini dan tidak pernah mensyukuri nikmat keamanan, kemakmuran, kesejahteraan mahupun keindahan negara ini.   Justeru, PR mungkin boleh mencipta slogan dan tema tetapi ia tidak membawa apa-apa makna kepada mereka. 

PR juga saban hari mempromosi perpecahan dan bukannya perpaduan.  PR menentang perpaduan sesama ummah dan di antara kaum kerana perpaduan di kalangan rakyat bermakna kekuatan bagi kerajaan yang memerintah.   Sedangkan matlamat mereka adalah untuk melemahkan kerajaan. 

Oleh itu, untuk PR memilih tema ‘sebangsa, senegara, sejiwa’ adalah satu hipokrasi yang paling besar apatah lagi di kala DAP sendiri tegar menentang ‘satu sekolah’ untuk anak-anak Malaysia. 




Hakikatnya, bukan sahaja PR itu adalah agen perpecahan tetapi PR sendiri tidak mampu menjadi satu parti.  Sehingga ke hari ini iaitu  setelah hampir sepenggal memerintah di 4 negeri, PR kekal menjadi tiga parti dengan tiga ideologi, tiga matlamat dan tiga prinsip yang berbeza, hatta bertentangan juga.   Kerana itu, PR tidak mampu bersatu walaupun dalam mencipta tema Hari Kebangsaan. 

Bagaimana agaknya nasib rakyat sekiranya parti yang tidak patriotik, tidak bersatu serta menentang perpaduan di kalangan rakyat diberi mandat memerintah Malaysia?

BB : Kah...Kah.....KAKAH.........
read more...

Panas.... Penjawat Awam Dihina Dan Dimalukan Hua Zong


Laporan Sin Chew Daily mengenai kenyataan Presiden Gabungan Pertubuhan Cina Malaysia (Hua Zong), Tan Sri Pheng Yin Huah yang menyarankan agar pengambilan kakitangan awam bukan Melayu dilonggarkan, menyebabkan ramai yang tersenyum sinis.   Apatah lagi bila mendengar alasan beliau iaitu: “Saya amat risau jika keadaan ini tidak dapat diubah, kerana akan berlaku jurang yang amat ketara dan akan semakin memburuk sehingga lama-kelamaan akan berlaku kesan sampingan lain.”




Apakah layak Yin Huah bercakap mengenai ‘jurang antara kaum’ apabila beliau adalah antara juara yang berdegil ingin memastikan jurang tersebut terus wujud dan semakin besar bermula dari bangku sekolah lagi?  Beliau dan juga Dong Zong sama-sama tegar memperjuangkan agar jurang ini diteruskan sehingga sekolah menengah malah hingga peringkat universiti dengan menuntut agar sijil dari Universiti-universiti tertentu yang bertunjangkan bahasa Cina diiktiraf. 

Justeru, apakah Yin Huah begitu bodoh kerana tidak tahu bahawa jurang antara kaum tidak akan wujud jika semua anak-anak Malaysia bersekolah bersama-sama?   Atau lebih tepat, jurang antara kaum mungkin telah lama terhapus jika Hua Zong, Dong Zong dan NGO-NGO yang seangkatan dengan mereka tidak wujud sama sekali di Malaysia. 

Meloyakan sekali apabila kini Yin Huah tiba-tiba ‘merasa risau’ pula jika jurang tersebut menjadi lebih besar di alam pekerjaan. 






Cadangan Yin Huah agar kemasukan ke sektor awam dilonggarkan menyerlahkan sikapnya yang dwistandard. Kelayakan untuk masuk ke sektor awam mewajibkan seseorang itu fasih berbahasa Melayu dengan keputusan kredit di dalam peperiksaan.  Ini adalah sesuatu yang ‘semulajadi’ memandangkan Bahasa Melayu adalah bahasa rasmi negara.  Pastinya, Yin Huah sedar bahawa penyebab kurangnya kaumnya diterima masuk ke sektor awam adalah kerana ‘kredit Bahasa Melayu’ ini dan kerana itulah beliau menyarankan agar syarat ini dilonggarkan. 

Kita telah sedia maklum bahawa selama ini, kaum Cina juga yang begitu beria-ia memperjuangkan sistem merit, maka kenapa pula mereka merungut apabila sistem merit itu tidak menepati ‘citarasa’ mereka?  

Adalah tidak wajar jika kita meminta agar kelonggaran diberikan iaitu menurunkan taraf kelayakan Bahasa Melayu hanya untuk memastikan lebih ramai kaum lain dapat bekerja di sektor awam kerana ia juga bermakna menurunkan ‘standard’ atau kualiti kakitangan awam. 





Sedangkan kita marah apabila taraf kelayakan di universiti diturunkan bagi memastikan lebih ramai mereka dari latarbelakang yang susah berpeluang melanjutkan pelajaran.  Maka, kenapa kita perlu menerima saranan penyelesaian yang sama iaitu menurunkan taraf kelayakan semata-mata untuk meramaikan kaum lain (baca: Cina) di dalam sektor awam? 

Yin Huah tidak perlu berlakon seolah-olah beliau prihatin dengan semangat perpaduan antara kaum di Malaysia kerana kita tahu bahawa itu tidak benar.  Kita faham apa yang Yin Huah risaukan di sini ialah mengenai meningkatkan penguasaan kaumnya di dalam sektor awam.  Dalam ertikata lain, Yin Huah hanya risaukan mengenai nasib kaumnya semata-mata. 

Dan ini terbukti dalam penjelasan panjang lebarnya bahawa dengan penambahan kaumnya di dalam sektor awam maka ia akan dapat memastikan perkhidmatan yang lebih baik bagi kaum Cina di satu-satu kawasan itu.  Kenyataan Yin Huah ini seolah-olah menunjukkan yang kaum Cina tidak mendapat perkhidmatan terbaik dari kerajaan. 

Memandangkan masih ramai kaum Cina warga Malaysia tidak fasih berbahasa kebangsaan, maka mereka seringkali menghadapi masalah apabila berurusan dengan sektor awam.   Dan inilah sebenarnya yang merisaukan Yin Huah, bukannya soal perpaduan. 

Bagaimanapun, penyelesaian yang disarankan oleh Yin Huah iaitu menambah bilangan kaum Cina di sektor awam adalah satu cadangan yang chauvinis, tidak praktikal, pentingkan diri dan menggambarkan sikap perkauman yang amat kronik. 



Sedangkan sepatutnya Yin Huah menyeru agar kaum Cina memperkasakan dan mencintai bahasa kebangsaan sebagai seorang warganegara yang setia bagi mengatasi masalah berurusan dengan sektor awam.  Malah, lebih baik lagi jika Yin Huah menyeru agar kaum Cina menghantar anak mereka ke sekolah kebangsaan bagi memantapkan bukan sahaja bahasa kebangsaan, tetapi juga perpaduan serta semangat patriotisme terhadap negara ini.

Seharusnya, Yin Huah menuntut kaum Cina agar belajar menyesuaikan diri untuk ‘survival’ dan bukannya menuntut supaya seluruh sistem, undang-undang, perlembagaan, prosedur dan seluruh struktur sosial di Malaysia disesuaikan dengan kehendak dan keperluan kaum Cina!

Apakah signifikannya ‘kaum Cina’ berbanding kaum lain di Malaysia?




Sesungguhnya, hipokrasi Yin Huah dan Hua Zong amatlah memualkan.  Sampai bila agaknya mereka ini akan berpijak di bumi nyata, menerima hakikat bahawa mereka bukan lagi berada di negara China tetapi telah menjadi warga Malaysia, iaitu negara berbilang kaum dengan penduduk asalnya adalah Melayu yang beragama Islam serta menggunakan Bahasa Melayu? 

Kita cabar Hua Zong agar membuang sifat hipokrit dan berdiri atas nama ektremisme Cina yang sebenar tanpa perlu berselindung lagi.  Tidak perlu pura-pura mengeluh risaukan jurang antara kaum, atau menuntut orang lain agar mendahulukan Malaysia sebelum bangsa, kerana bukan semua orang lain itu bodoh sehingga tidak dapat membaca agenda anda.
read more...

Minyak Kelantan : Royalti = Tali Gantung Bagi PAS

Isu yang acapkali akan didendangkan oleh kerajaan Negeri Kelantan di bawah pimpinan Mursyidul Am Pas, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat menjelangnya pilihan raya. Sejak dua tiga tahun lepas, kerajaan negeri Kelantan yang diterajui PAS agak aktif memanipulasi isu royalti minyak untuk kepentingan politik kepartian dengan mengelirukan dan menyembunyikan fakta sebenar dari pengetahuan umum.




Sedari awal lagi sebenarnya ramai pemimpin Kelantan yang mengetahui dari segi perundangannya sukar untuk Kelantan menikmati hasil royalti minyak disebabkan tiada satu pun telaga minyak yang wujud dalam lingkungan 3 batu nautika dari pantai Kelantan.


Bagaimanapun disebabkan PAS amat faham sebahagian besar rakyat biasanya tidak pernah ambil kira isi kandungan Akta Kemajuan Petroleum & Perjanjian 1975, maka mereka merasakan terdapat peluang besar untuk mengelirukan pemahaman rakyat bawahan untuk kepentingan politik PAS.





Pun demikian telahan PAS ternyata silap percaturan kerana cuba merendah-rendahkan pemahaman dan daya fikir majoriti rakyat Kelantan yang semakin ramai celik akal dan terbuka mindanya.

Majoriti rakyat Kelantan tidakpun terkesan dengan isu royalti minyak yang sengaja diputarbelitkan oleh PAS dan ini terbukti benar apabila isu royalti gagal memberi kemenangan selesa untuk PAS dalam Pilihanraya Kecil (PRK) Manek Urai pada Julai 2009.

Malah selang setahun kemudian, PRK DUN Galas pula menyaksikan PAS jatuh tersungkur dalam pertarungan tersebut apabila kalah teruk sekalipun isu royalti minyak semakin kuat dilaungkan tika itu bagi membangkitkan semangat kenegerian dan anti BN.




Ramai rakyat Kelantan yang sebenarnya sudah memahami bahawa baik dari segi perundangan mahupun Akta Kemajuan Petroleum 1974 serta perjanjian 1975, kerajaan negeri tiada hak untuk menerima bayaran royalti minyak.
Royalti 5% hanya layak diberikan kepada Kelantan hanya sekiranya wujud telaga minyak atau gas dalam lingkungan 3 batu nautika dari pantai Kelantan.

Manakala kawasan yang melebihi 3 batu nautika ke atas sudah berada dalam kawalan Kerajaan Pusat. Pun demikian, atas budi bicara Kerajaan Pusat, sejumlah wang ehsan atau bayaran tunai masih boleh dipertimbangkan kepada mana-mana negeri.




Apabila PM membuka pintu rundingan untuk menyelesaikan isu secara runding cara demi kebaikan negeri-negeri Pantai Timur termasuk Kelantan, maka bersyukurlah kerana masih ada ruang untuk melihat isu ini selesai secara harmoni.

Tapi sekiranya isu royalti ini masih cuba dipropagandakan oleh PAS, percayalah ia hanya akan menjadi tali jerut untuk PAS Kelantan kerana menuntut perkara yang bukan menjadi haknya di masa yang sama menolak pula jalan ehsan yang disediakan oleh Kerajaan Pusat
read more...

BONGKAR... SABAH NEGERI KRISTIAN!!! ITU KEHENDAK ANWAR

Seminggu dua ini kita dikejutkan dengan berita 2 ahli Parlimen BN dari Sabah yang meletak jawatan.
Sudah lebih seminggu juga PAS membisu terhadap cabaran yang dilontar oleh bekas Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Hasan Ali berhubung tuntutan Persekutuan Kristian Malaysia (CFM)  yang mahukan kebebasan menganut, mengamal, dan menyebarkan agama tanpa sebarang batasan di negara ini.




Sebab musabab mengapa PAS tiba-tiba diserang sindrom bisu, satu Malaysia sudah tahu.

Ini kerana pemimpin besar parti itu seperti Abdul Hadi Awang, Nik Aziz Nik Mat dan Mat Sabu sudah menjual perjuangan agama Islam kepada sekutu politiknya, DAP dan PKR demi kemaruknya untuk menawan Putrajaya.

Tanpa disedari CFM telah mendedahkan dengan sendirinya hasrat golongan Kristian dan perancangan Anwar Ibrahim yang mengetuai Pakatan Rakyat.

Sasaran utama dalam agenda besar Anwar meluaskan pengaruh Kristian di negara ini ialah Sabah.




Salah satu strateginya boleh dilihat daripada desakan untuk ditubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja RCI ke atas masalah pendatang haram di Sabah yang mana kerajaan telahpun menyetujuinya.

Tujuan sebenar Pakatan Rakyat bukannya untuk membersihkan Sabah daripada pendatang asing tetapi sebaliknya untuk melemahkan kedudukan politik umat Islam di negeri itu.

Ini kerana Pakatan Rakyat mensasarkan untuk menguasai satu pertiga daripada 25 kerusi Parlimen di Sabah dan 31 kerusi lagi di Sarawak, dalam mengejar impian mereka ke Putrajaya.




Rata-rata pendatang asing di Sabah adalah beragama Islam dan mereka merupakan mangsa persengkataan bersenjata di antara puak Moro dan kerajaan Filipina yang sudah berlarutan hampir empat dekat.

Kebanyakan mereka sudahpun diterima sebagai penduduk tetap dan ada sesetengah yang menjadi warganegara Malaysia.

Mereka hidup dalam aman dan damai, berkeluarga serta membina kehidupan baru di negara ini yang amat prihatin terhadap penindasan yang berlaku ke atas saudara seagama.

Malaysia menerima mereka dengan tangan terbuka malah menghulurkan pelbagai bantuan kemanusiaan sejak sekian lama.




Golongan Kristian tidak pernah dapat menerima kehadiran pendatang asing yang beragama Islam dengan seikhlas hati.

Jika senario bertukar di mana pendatang asing tersebut semuanya beragama Kristian, mungkin tidak wujud desakan untuk menubuhkan sebuah RCI.

Jika dilihat kalangan yang memulakan tuntutan penubuhan  RCI adalah terdiri daripada pemimpin-pemimpin politik beragama Kristian.

Apabila golongan Kristian Sabah melihat pendirian pluralisme dan liberalisme agama yang dipegang oleh Anwar, mereka pun mengambil peluang keemasan ini untuk melebarkan pengaruhnya.




Bagi Anwar pula, selagi kumpulan ini sanggup menyokong impiannya menjadi Perdana Menteri, tidak ada masalah baginya untuk mengorbankan bangsa Melayu, kepimpinan Melayu dan Islam sekalipun.

Ini jelas apabila beliau mencanang untuk melantik Baru Bian, seorang pemimpin Kristian dari PKR sebagai Ketua Menteri Sarawak jika Pakatan Rakyat berjaya menumbangkan Barisan Nasional pada pilihan raya negeri tahun lalu.

Malah di Pulau Pinang, atas dasar majorti penduduk di negeri itu adalah kaum Cina, Anwar juga sanggup mengorbankan agenda Melayu dengan meletakkan DAP menerajui kerajaan negeri.




Satu lagi petanda bahawa Anwar kian terjerat sokongan janji puak Kristian Sabah ialah kewujudan beberapa kumpulan politik, setiap satunya di bawah seorang pemimpin Kristian.

Setelah dipecat daripada PKR, Dr Jeffrey Kitingan akhirnya menubuhkan Parti Reformasi Sabah (Star).

Begitu juga tindakan Ahli Parlimen Tuaran, Wilfred Bumburing yang mengasaskan Angkatan Perubahan Sabah sejuruskan meninggalkan BN.

Kesemua kumpulan politik Kristian berdiri teguh di belakang Anwar dan Pakatan Rakyat bukan untuk menegakkan keadilan atau berjuang untuk rakyat tetapi menghapuskan Islam di bumi Sabah.

Satu lagi pemimpin Kristian ialah Kalakau Untol yang berjaya menyusup di dalam kepimpinan PKR dan bertindak sebagai pengemudi agenda Kristian di dalam parti itu.




Sementara itu pada peringkat pusat, pemimpin Kristian PKR di ungguli oleh bekas Menteri Kesihatan, Jimmy Chua Jui Meng, bekas Timbalan Menteri  Tanah, Pembangunan Koperasi, Dr Tan Kee Kwong, Ahli Parlimen Batu, Tian Chua, dan Exco Pelancongan Selangor, Elizabeth Wong.

Mereka seringkali berulangalik ke Sabah bagi memantapkan jalinan kerjasama antara pemimpin Kristian PKR di peringkat pusat dan negeri.

Apabila sesuatu aktiviti politik PKR Sabah di anjur oleh golongan Kristian, pasti aturcaranya akan mengandungi elemen-elemen berunsur keagamaan seperti nyanyian dan iringan doa Kristian sebelum majlis dimulakan.

Anwar atau mana-mana pemimpin Melayu PKR tidak pernah sekalipun menegur atau mengkritik tindakan kumpulan Kristian yang secara terang-terangan melanggar peruntukan perlembagaan yang meletakkan Islam sebagai agama rasmi persekutuan.





Malah Anwar telah menjadi agen Kristian paling nyata apabila bermati-matian memperjuangan isu kalimat Allah untuk digunakan juga oleh golongan Kristian.

PAS tidak lagi boleh diharapkan untuk mempertahankan kepentingan Islam manakala PKR sudah jelas pendiriannya menyokong Kristian di Sabah.

Demi kepentingan Islam, orang Melayu wajib menolak Anwar dan politik yang dibawa Pakatan Rakyat sebelum nasi menjadi bubur.
read more...

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

Networkedblog

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top