Nuffnang

Kertas Pendakwaan Ke Atas Najib Razak - SIAPA YANG PANASSS???


Pejabat Peguam Negara menafikan mereka menderaf kertas pendakwaan terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak seperti didedahkan laman Sarawak Report, kata Datuk Tun Abdul Majid Hamzah.


Timbalan peguam cara negara II itu berkata demikian melalui akaun Twitternya malam ini.

"Deraf kertas pendakwaan seperti disiarkan Sarawak Report tidak dikeluarkan Pejabat Peguam Negara," katanya melalui akaun Twitter @TAMajid.

Dalam posting terbaru hari ini Sarawak Report mendedahkan kertas pendakwaan dikatakan disediakan bekas peguam negara Tan Sri Abdul Gani Patail terhadap perdana menteri dan bekas pengarah urusan yang ditahan pasukan petugas khas dan kemudiannya dibebaskan dengan jaminan Nik Faisal Ariff Nik Othman Kamil.

KENYATAAN OLEH PEGUAM NEGARA MALAYSIA
30 Julai 2015
 
1. Semua tuduhan oleh warga asing Clare Rewcastle Brown dalam blog politik Sarawak Report adalah palsu. 
2. Kertas pertuduhan yang dikemukakan tidak wujud mahupun sampai ke Jabatan Peguam Negara. TAMBAHAN pula format dalam kertas pertuduhan yang disertakan tidak betul dan bukan ditulis oleh jabatan kami. 
3. Siasatan oleh Badan Penyiasat Khas belum tamat atau lengkap. Jadi mustahil kertas tuduhan dapat disiapkan sebelum siasatan selesai. 
4. Boleh dirumuskan bahawa kertas pertuduhan dan tuduhan ini menunjukkan ada konspirasi untuk menjatuhkan seorang Perdana Menteri dengan membuat tuduhan jenayah terhadap beliau dengan memalsukan maklumat dan memberi maklumat secara tidak sah.  
5. Konspirasi ini adalah satu ancaman kepada demokrasi Malaysia. Saya akan mengarahkan segala tindakan diambil untuk menyiasat hal ini. Undang2 akan digunakan dengan sepenuhnya tanpa mengira siapa yg didapati bersalah. 

STATEMENT BY ATTORNEY GENERAL MALAYSIA
30 July 2015
 
1. These allegations by foreign national Clare Rewcastle Brown in political blog Sarawak Report are false. 
2. The alleged charge sheets are not in and never reached the Attorney General’s Chambers. Furthermore, the format of the sheets is not correct or written by our Chambers.

3. The Special Task Force investigation has not been completed. So it is not legally possible for charge sheets to be drafted in advance. 
 
4. These alleged charge papers therefore indicate that there is a conspiracy to topple a serving Prime Minister by criminalising him, and that the methods include doctoring and criminal leakage.  
5. This plot represents a threat to Malaysia’s democracy and I will direct for all action possible to be taken to investigate. The full force of the law will be applied without exception to any that are found guilty.

TAN SRI MOHAMED APANDI BIN ALI 
ATTORNEY GENERAL MALAYSIA


Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top