Blogger Tips and TricksLatest Tips And TricksBlogger Tricks

LETAK JAWATAN!!! Bukan Najib Tapi Muhyiddin - Peluru Pertama Buat TPM


Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin patut meletakkan jawatan kerana tidak lagi mempunyai keyakinan terhadap kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, kata speaker Sabah.

Datuk Seri Salleh Said Keruak berkata Muhyiddin patut meneladani jejak langkah Tun Musa Hitam, timbalan perdana menteri ketika era pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamad.

Kenyataan Muhyiddin semalam, kata Salleh (gambar), secara tersirat bermaksud undi tidak percaya terhadap perdana menteri selepas didakwa menyebabkan orang ramai tertanya-tanya dalam isu 1MDB.

“Perkara mulia dan terhormat untuk dilakukan Muhyddin, seperti dilakukan Musa Hitam dulu, letak jawatan kerana apabila beliau tidak lagi yakin dengan perdana menteri, berdasarkan prinsip beliau tidak layak lagi kekal dalam kerajaan,” katanya dalam blog hari ini.

Bekas ketua menteri Sabah itu berkata Muhyiddin memberikan gambarkan bahawa kabinet dan anggota Majlis Tertinggi (MT) Umno tidak tahu menahu berkaitan isu sekitar kontroversi syarikat pelaburan kontroversi negara itu.

Muhyiddin semalam memberi amaran bahawa Umno berdepan krisis kepercayaan ekoran kontroversi 1MDB.

Bercakap di Mesyuarat Agung Umno Cheras malam, Muhyiddin berkata jika pilihan raya umum diadakan dalam masa yang terdekat, Umno akan tewas.

Timbalan perdana menteri juga berkata tiada seorang pun yang boleh memberi penjelasan sebenar berhubung isu 1MDB termasuk yang berada dalam kabinet.

Sebelum ini pada Mei 2015 :

Sebagai orang Johor, Muhyiddin kena berani ambil tanggungjawab letak jawatan sebagai TPM seperti Musa Hitam dahulu.

"Apa guna duduk dalam kerajaan jika tidak sehaluan?" kata Suhaizan.

Bagi beliau, Najib pun tidak menunjukkan tanda-tanda untuk berundur.

* Apa guna menjadi Timbalan Presiden Parti dan Timbalan Perdana Menteri jika tidak mampu menasihati Perdana Menteri? Lebih melucukan, sebagai Perdana Menteri Malaysia, Najib mempunyai barisan kabinet yang bersidang setiap minggu. Sebagai Presiden Parti, Najib turut memiliki Majlis Tertinggi. Jadi apa fungsi kedua-dua institusi tersebut sekiranya gagal menasihati dan membantu Perdana Menteri? Atau kedua-dua institusi tersebut tidak berfungsi atau tidur selama ini?
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Networkedblog

MENARIK

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top