Blogger Tips and TricksLatest Tips And TricksBlogger Tricks

VIDEO : Muhyiddin Dipelawa Sertai Gerakan Harapan Baru Oleh Mat Sabu!!!

Sekumpulan anggota parlimen pembangkang cuba meraih sokongan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang digugurkan sebagai Timbalan Perdana Menteri untuk mengadakan undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

“Sudah sampai masanya beliau (Muhyiddin) dan kumpulan beliau serta ahli-ahli parlimen BN yang lain yang cintakan negara menyokong satu usaha menubuhkan kerajaan peralihan melalui satu undi tidak percaya kepada Najib,” kata mereka.

Dalam kenyataan bersama 16 anggota parlimen pembangkang, termasuk bekas timbalan presiden PAS Mohamad Sabu, mereka mencadangkan penubuhan sebuah 'kerajaan peralihan' setelah undi tidak percaya dibuat.

Mereka berkata tindakan itu perlu diambil memandangkan pelbagai desas-desus pergolakan politik dalaman Umno, termasuk isu 1MDB dan pengguguran Muhyiddin daripada jawatannya.

“Kedegilan Najib untuk terus berkuasa akan mengheret negara dengan ketidaktentuan selagi ia tidak diselesaikan segera,” kata pemimpin-pemimpin PKR, DAP dan Gerakan Harapan Baru (GBH) itu.

GBH, yang diketuai Mohamad, ditubuhkan sebagai wadah untuk merintis penubuhan sebuah parti Islam baru dan gabungan pembangkang baru.

Ia digerakkan oleh kumpulan pemimpin PAS yang tewas dalam pemilihan parti sebelum ini.

Sementara itu, dalam kenyataan itu, mereka mencadangkan beberapa terma untuk tindakan itu, termasuk pelantikan seorang perdana menteri interim daripada kalangan pemimpin terkanan dari tempoh setahun sehingga pilihan raya umum ke-14 akan datang.

Dalam tempoh itu, mereka juga menuntut “skandal-skandal utama negara” termasuk 1MDB dengan diselesaikan dengan memastikan mereka yang bertanggungjawab dibawa ke muka pengadilan.

Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Networkedblog

MENARIK

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top