Nuffnang

DIGUGURKAN : Reaksi Muhyiddin Dan Nasihat Hishamuddin


Tan Sri Muhyiddin Yassin akur dan menerima dengan hati terbuka keputusan penggugurannya dalam rombakan Kabinet hari ini diumum Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. 

"Saya menerima keputusan Perdana Menteri untuk menggugurkan saya daripada Kabinet dengan hati yang terbuka. Saya menghormati kuasa prerogatif Najib untuk melantik dan menggugurkan mana-mana anggota kabinet". 

"Sebagai Timbalan Perdana Menteri, saya sudah terbabit secara langsung dalam pembuatan dasar kerajaan dan melaksanakan tugas yang dipertanggungjawabkan kepada saya dengan penuh amanah". 

"Selama saya berkhidmat, saya sentiasa mendokong semua dasar kerajaan dan menyokong kepimpinan Perdana Menteri," katanya dalam satu kenyataan. 

Cuma menurut beliau, berkenaan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB), beliau mempunyai prinsip dan pendirian sendiri dalam mempertahankan hak rakyat, nama baik parti dan kepentingan negara. 

"Jika kerana pendirian saya dalam isu ini menyebabkan saya digugurkan daripada kabinet maka saya redha," katanya. 

Beliau yang juga Timbalan Presiden UMNO, akan terus melaksanakan amanah dipertanggungjawabkan dan mencurahkan khidmat bakti demi memperkukuh parti itu serta mengembalikan keyakinan orang Melayu dan rakyat kepada UMNO. "Saya akan sentiasa setia kepada perjuangan UMNO," katanya. 

Beliau turut mengucapkan terima kasih Perdana Menteri kerana memberi peluang kepadanya untuk berkhidmat dalam pentadbiran kerajaan persekutuan sebagai Timbalan Perdana Menteri bermula 10 April 2009. 

"Saya juga mengucapkan terima kasih kepada semua ketua-ketua jabatan, pegawai-pegawai kerajaan, pemimpin pertubuhan bukan kerajaan dan semua pihak yang menyokong sepanjang saya menjalankan tugas sebagai Timbalan Perdana Menteri," katanya.

Sementara itu, Naib Presiden UMNO Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein memberi amaran kepada mereka yang tersingkir daripada jemaah menteri kabinet termasuk Timbalan Presiden UMNO, yang juga Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya tidak melatah dan menerima hakikat.

Katanya, dalam landskap politik ketika ini apa juga keputusan boleh berlaku.

Tegasnya, Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak telah membuat keputusan dan beliau mempunyai hak berbuat demikian.

“Dalam langskap politik hari ini kita jangan latah, kita kena rasional jangan emosi, ini hak Perdana Menteri dan Perdana Menteri telah membuat keputusan.

“Kita kena rapatkan barisan kita dan patuh apa jua keputusan ini realiti,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) 2016 pada Selasa.

Diminta mengulas pertantikan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebagai Timbalan Perdana Menteri yang baharu, Hishammuddin berharap beliau akan lebih bertanggunjawab dan memastikan kepentingan parti dan negara sentiada diutamakan.

“Saya harap beliau (Zahid) laksanakan tanggungjawab dengan baik dan memastikan kepentingan parti dan negara sentiasa menjadi keutamaan dalam melaksanakan tugas,” katanya.
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top