Nuffnang

PANASSS!!! SU AGUNG PAS DIPECAT!!!


Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan merasakan pemecatannya sebagai ahli jawatankuasa (AJK) Kota Baru tidak logik dan sukar untuk diterima.

Ahli Parlimen Kota Baru itu berkata, beliau sudah dimaklumkan mengenai pemecatan itu namun tiada sebarang surat rasmi daripada kawasan itu yang diketuai Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah.

"Benda (pemecatan) itu sahih tetapi saya masih belum dapat apa-apa surat lagi, saya cuma dimaklumkan saja. Saya sendiri tidak faham mengapa saya dipecat.

"Walaupun saya dulu adalah timbalan yang dipertua PAS kawasan, saya tidak kisah dilantik sebagai AJK saja, bagi saya berkhidmat tidak memerlukan jawatan. Bagaimanapun, apa yang berlaku ini, bagai tidak logik dan sukar diterima," katanya kepada akhbar milik Umno itu.

Apabila ditanya sama ada pemecatannya itu merupakan tanda Gerakan Harapan Baru (GHB) semakin agresif di Kelantan, Takiyuddin berkata, persoalan itu perlu ditujukan kepada Wan Abdul Rahim yang juga merupakan pengerusi GHB Kelantan, kerana masih belum ada penjelasan terhadap pemecatan dirinya.

Semalam, dilaporkan PAS Kawasan Kota Baru membuat keputusan memecat Takiyuddin dalam satu mesyuarat yang tidak dihadirinya pada 15 Julai lalu.

Mesyuarat itu turut memutuskan untuk memecat pengarah pilihan raya PAS kawasan tersebut, Hamid Seman.

Takiyuddin berkata dalam perlembagaan parti, PAS kawasan itu mempunyai kuasa membuat keputusan tersebut namun memerlukan persetujuan undian daripada separuh AJK kawasan.

"Sebelum ini, saya timbalan yang dipertua PAS Kota Baru. Bagi mengelak pertandingan, saya menarik diri. Bila selesai pertandingan, saya dilantik sebagai AJK PAS kawasan selaku pengerusi Jawatankuasa Kebajikan PAS kawasan," katanya.

Katanya, meskipun dengan hanya menjadi AJK PAS kawasan, beliau terlibat aktif dalam menyertai pelbagai program dan menghadiri beberapa mesyuarat. 
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top