Blogger Tips and TricksLatest Tips And TricksBlogger Tricks

KANTOI AKHIRNYA : Adakah Muhyiddin Pemberi Maklumat Palsu Kepada Tun Mahathir?



RM 2.6 Bilion: Muhyiddin Dan Mukhriz Menipu Mahathir dan Rakyat Malaysia Untuk Fitnah Najib?

Kini terbongkar kemungkinan besar Tan Sri Muhyiddin Yassin merupakan orang yang memberi maklumat palsu kepada Tun Mahathir mengenai dakwaan wang 1MDB sebanyak USD 700 juta dimasukkan ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri Mohd Najib Tun Razak untuk kegunaan pilihan raya.

Rakaman video perbualan bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan Tan Sri Kadir Sheikh Fadzir yang disiarkan oleh Malaysiakini menunjukkan Muhyiddin yang mendakwa wang sebanyak USD 700 juta milik 1MDB masuk ke dalam akaun Perdana Menteri.

Muhyiddin mendakwa Perdana Menteri mengakui wang 1MDB sebanyak RM 2.6 bilion dimasukkan ke dalam akaun peribadi beliau merupakan satu pembohongan dan mungkin dirancang oleh kumpulan ini sendiri. Video tersebut dirakam ketika perbualan beberapa orang sahaja, mustahil mereka tidak menyedari siapa yang merakamnya.

Pada awal video itu sendiri jelas menunjukkan Perdana Menterti tidak menyatakan jumlah yang masuk apabila Muhyiddin berkata,

“Saya tanya beliau wang siapa? Beliau tidak nyatakan. Hanya dari Timur Tengah.”

“lepas tu saya tanya berapa banyak… Susah nak kiralah, ‘dia cakap (najib) a lot, a lot'”

Kemudian dalam babak seterusnya, Muhyiddin sendiri yang menyebut jumlah tersebut dan cuba menjadikan ia pengakuan Mohd Najib.

Kemudian Muhyiddin menyebut, “Kenapa masuk akaun personal Najib Razak?”

Muhyiddin sambil melihat kepada Kadir Sheikh Fadzir berkata, “Berapa? 700 million dollar! Kalau kali 3 points something RM 2.6 bilion… goes to his personal account. Ini dia sebut, he admitted, so i said why put into your personal account?”

Video tersebut terhenti di situ sahaja. Menunjukkan perakam dan pembocor video tidak mahu jawapan Mohd Najib diketahui orang.

Muhyiddin sendiri tanya dan dia sendiri jawab. Bukannya Perdana Menteri kata USD 700 juta tersebut.

Sebenarnya pada bulan lalu beberapa ahli MKT telah pun MENAFIKAN bahawa Mohd Najib Abdul Razak memberitahu Umno bahawa wang sejumlah RM2.6 bilion dimasukkan ke dalam akaun bank peribadinya dan digunakan untuk pilihan raya umum lalu.

Datuk Tajuddin Abdul Rahman dan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican menyangkal dakwaan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa ahli Umno diberitahu bahawa wang itu digunakan untuk membiayai kempen pilihan raya.

“Najib hanya berkata, wang itu bukan dari 1MDB dan beliau tidak pernah guna untuk kepentingan peribadi beliau. Saya dengar sendiri,” kata Reezal yang juga MP Kepala Batas.

Turut bersetuju dengan beliau, Tajuddin pula mencabar Dr Mahathir untuk menyenaraikan butiran bahawa Najib didakwa mengaku wang 1MDB digunakan untuk pilihan raya.

“Bagaimana Mahathir tahu? Bila beliau bercakap dengan perdana menteri?” soal Tajuddin, timbalan menteri pertanian dan industri asas tani.

“1MDB tidak pernah membiayai pilihan raya kami. Kami mempunyai sumber dana untuk parti,” kata MP Pasir Salak tanpa mendedahkan dengan lebih lanjut.

Dr Mahathir sebelum itu mendakwa Umno diberitahu bahawa wang yang didepositkan ke dalam satu akaun bank peribadi digunakan dalam pilihan raya umum lalu.

“Tidak ada penafian wang itu telah didepositkan ke dalam akaun peribadi. Penjelasan kepada Umno bahawa ia untuk pilihan raya itu. Umno seolah-olah berpuas hati,” kata Dr Mahathir.

Jadi siapa sumber Majlis Tertinggi UMNO yang membohongi Mahathir bahawa Najib mengakui sejumlah RM 2.6 Bilion wang 1MDB dimasukkan ke dalam akaun peribadi beliau untuk tujuan pilihan raya?

Dalam video ini jelas menunjukkan maklumat palsu kepada Mahathir ini merupakan komplot oleh Muhyiddin Yassin dan Mukhriz Mahathir. Jika Mukhriz tidak berkomplot mengapa beliau tidak membantah pun apabila Muhyiddin memberitahu Kadir Sheikh Fadzir bahawa sejumlah USD 700 juta dimasukkan ke dalam akaun peribadi Mohd Najib. 

– SUMBER
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Networkedblog

MENARIK

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top