Nuffnang

KETAKUTAN TAIB MAHMUD!!!


KUCHING: Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud yang berperwatakan tegas serta memiliki karisma tinggi yang digeruni oleh kawan dan lawan mempunyai satu kebimbangan mengenai masa depan negara khususnya negeri Sarawak yang beliau terajui selama lebih 30 tahun.




Beliau yang akan meletakkan jawatan akhir bulan ini bimbang dengan politik garis perkauman yang semakin melampau sejak kebelakangan ini.

Katanya, politik seperti itu boleh membinasakan keharmonian antara kaum yang telah terbina selama ini.

“Pada dasarnya apa yang saya bimbangkan ialah keharmonian antara kaum kita akan rosak; politik berasaskan perkauman dan bermain-main mengenai agama secara melampau,” kata Taib dalam satu temubual ekslusif di Wisma Bapa Malaysia di sini, pada Jumaat.

Jelas Abdul Taib, politik yang mengeksploitasi sentimen perkauman yang sempit sedemikian akan mengubah landskap sosial negara ini. Ia menuntut satu kemahiran berpolitik untuk menguruskan keperluan masyarakat berbilang kaum yang pelbagai.

Walau bagaimanapun, beliau tetap optimis ketahanan ekosistem sosio-politik negeri Sarawak tidak akan mendorong senario sedemikian berlaku di Bumi Kenyalang itu.

“Sarawak ini tidak ada golongan majoriti. Orang Cina tak majoriti, orang Melayu tak majoriti, Iban pun bukan majoriti. Jadi untuk kita mencapai majoriti itu, perlu ada persetujuan besar iaitu berkongsi ideologi cinta kepada tanahair,” ujar Taib yang dijangka bakal menjawat jawatan Yang Di Pertua negeri Sarawak selepas ini.

Sentimen Sarawak tinggalkan Malaysia?

Dalam temubual singkat itu, Abdul Taib turut ditanya mengenai pandangan seorang ahli akademik yang mendakwa adanya peningkatan kecenderungan di kalangan penduduk Sabah dan Sarawak untuk meninggalkan Malaysia.

Beliau dengan keras menolak tanggapan berkenaan dan menyifatkan Sarawak akan lebih beruntung jika terus bersama dalam Malaysia.

“Sarawak lebih beruntung di dalam Malaysia. Berdasarkan kajian, ramai berpendapat Sarawak dapat maju lebih cepat di dalam Malaysia kerana ekonomi kita lebih besar dan kerajaan pusat menjadi model kepada kita menjalankan ekonomi di negeri Sarawak,” tegas Taib.

Beliau juga menegaskan Sarawak perlu terus berada di dalam Malaysia demi menjamin kestabilan keselamatan.

“Kerajaan pusat besar dan boleh menstabilkan keadaan keselamatan. Sarawak dahulu terdedah kepada ancaman gerakan bawah tanah. Malaysia satu-satunya negara di dunia yang menang melawan gerakan gerila,” ujar Taib.

Ketua Menteri itu mengulas kenyataan ahli akademik Monash Universiti Malaysia, Profesor James Chin yang mendakwa wujud peningkatan kecenderungan bagi penduduk Sabah dan Sarawak untuk meninggalkan Malaysia kerana merasakan muafakat sejak 50 tahun lalu itu tidak memberi sebarang faedah kepada mereka.

Chin dilapor membuat kenyataan itu dalam sebuah forum di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

read more...

Peserta Imam Muda Calon AMK PKR?

Imam Muda Ali Khairuddin, peserta program realiti TV, Imam Muda Musim ke-2 menyatakan hasrat bertanding jawatan Exco Angkatan Muda Keadilan (AMK) Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada pemilihan parti itu akan datang.



Beliau yang merupakan ahli PKR Cabang Beaufort, Sabah, adalah calon pro kepada Nik Nazmi Nik Ahmad yang juga menawarkan diri sebagai Ketua AMK Pusat.

Dengan bertemakan AMK Untuk Malaysia, kumpulan itu berhasrat untuk melonjakkan peranan anak muda bukan sahaja sebagai golongan pendesak bahkan menjadi komponen utama dalam pembuat dasar parti dan kerajaan menjelang PRU14 nanti. - Pilihanrayakini


read more...

VAT 69 : Saya Buat Yang Terbaik Dan Berserah Kepada Allah!!


“Saya buat yang terbaik dan hanya berserah kepada Allah” kata seorang anggota komando VAT69 dalam perbicaraan di sini ketika menceritakan detik berdepan dengan sekumpulan enam atau tujuh penceroboh bersenjata semasa menjalankan tinjauan rapat di Kampung Tanduo tahun lepas.

Komando VAT69 Insp Rosmadi Rosli berkata, pada ketika itu beliau mempunyai keyakinan yang rendah bahawa sekumpulan penceroboh itu tidak akan melepaskan tembakan ke arahnya semasa mereka melihatnya di kawasan surau, di Kampung Tanduo pada 1 Mac 2013, pukul 7 pagi.





Semasa pemeriksaan balas oleh peguam Datuk N.Sivananthan, bagaimana beliau yakin penceroboh bersenjata itu tidak akan menembaknya, Rosmadi berkata “Saya buat yang terbaik dan buat apa yang termampu. Pada ketika itu saya hanya berserah kepada Allah.”

Ditanya lagi sama ada ada cubaan daripada penceroboh itu untuk menyerang beliau dan pasukannya, Rosmadi berkata mereka tidak cuba untuk menyerang pasukannya tetapi mereka tidak berganjak dari tempat mereka berdiri.

Rosmadi yang mengetuai Sektor E, semasa melakukan tinjauan rapat itu juga bersetuju dengan cadangan Sivananthan bahawa semasa beliau berkata “You go, I go”, tidak ada cubaan daripada penceroboh yang ketika itu berada di hadapan pasukannya untuk menyerang mereka.

Saksi pendakwa ke sembilan itu berkata empat atau lima anggota kumpulan penceroboh itu memakai pakaian celoreng dan dua antara mereka memegang senjata api.

Rosmadi berkata, penceroboh itu berdiri di hadapan pasukannya pada jarak 10 hingga 15 meter.

Kepada soalan lain Rosmadi juga tidak bersetuju dengan cadangan peguam itu bahawa pasukannya tidak membuat sebarang justifikasi semasa menembak mati dua orang penceroboh semasa operasi pembersihan dilakukan di Kampung Tanjung Batu pada 7 Mac tahun lepas.

“Sekiranya pasukan kami terserempak dengan penceroboh ini, arahan yang diberi oleh ketua kami ialah kami mesti lihat keadaan pada waktu itu dan cara musuh datang kepada kami,” katanya pada perbicaraan 30 individu yang didakwa terhadap pelbagai pertuduhan berkaitan kegiatan pengganas di Sabah tahun lepas.

Saksi itu juga tidak bersetuju dengan cadangan peguam itu bahawa semasa mereka menjalankan operasi di kawasan itu sekiranya ada orang datang ke situ, orang akan dianggap musuh dan mereka akan menembak orang berkenaan.

Sebanyak 30 tertuduh terdiri daripada 27 warga Filipina dan tiga penduduk tempatan dibicarakan dalam kes ini. Mereka berdepan pelbagai tuduhan iaitu menjadi anggota kumpulan pengganas atau melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong, merekrut anggota untuk kumpulan pengganas atau melindungi individu yang mereka tahu adalah anggota kumpulan pengganas.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu antara 12 Februari dan 10 April 2013.

Perbicaran di hadapan Hakim Stephen Chung yang diadakan di Jabatan Penjara Sabah bersambung esok. – Bernama
read more...

PROJEK 3B : Tony Phua Bakal Disaman?





Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) dalam satu kenyataan hari ini berkata komen Tony Pua (gambar) mengenai tender bagi projek loji jana kuasa 2,000 MW tenaga lapangan hijau menggunakan arang batu atau Projek 3B, adalah tidak berasas dan hanya spekulasi.

Menurut Kettha, sebaliknya, pemberian tender itu belum pun dibuat dan akan hanya diumumkan tidak lama lagi.

"Suruhanjaya Tenaga akan membuat pengumuman apabila tiba masanya.

Baru-baru ini, Pua, yang juga pengerusi DAP Selangor, melalui blognya berkata beliau bimbang Projek 3B itu akan jatuh ke tangan pesaing terdekat YTL, 1MDB, akibat keputusan tidak adil yang diwarnai pengaruh politik serta akan membebankan rakyat."Proses adalah ketelusan, sejajar dengan sistem pembinaan kompetitif, yang digunakan dalam pembidaan projek oleh IPP untuk memastikan, antara lain, wujud keadilan dan daya saing," kata kenyataan itu.

Loji berkenaan dijangka memulakan operasinya secara komersial pada 17 Oktober 2017.

Tenaga-China National Machinery Import & Export Corp adalah antara pembida bagi projek itu, di samping 1MDB-Mitsui & Co, Formis Resources, YTL Power International dan Malakoff.

 - Bernama
read more...

MELAMPAU!! Laporan Polis Akaun FB Hina Rasullulah SAW!!


Kelab Anak Muda Indera Mahkota (KAMI) hari ini membuat laporan polis mengenai sebuah akaun Facebook (FB) yang didakwa menghina Nabi Muhammad SAW dan agama Islam.

Pengerusi KAMI Muhammad Faiz Hashim berkata, pengendali akaun FB yang dikenali sebagai ‘Murtads in Pantai Timur’ (MPT) terbabit yang mendakwa dirinya telah murtad, turut biadab apabila mengeji Rasulullah.



“Akaun ini disedari pada 17 Feb lepas dan kandungan yang diterbitkan mempunyai unsur-unsur menghina agama Islam selain turut menghina cara pemakaian Islam serta mengutuk mereka yang menutup aurat.

“KAMI sebagai anti pengkhianat Islam berasa tercabar, marah, geram dengan kewujudan akaun FB ini kerana jelas menghina Islam selain bertujuan menghasut masyarakat untuk turut serta murtad,” katanya.

Muhammad Faiz yang juga Ketua Pemuda Umno Bahagian Indera Mahkota berkata demikian kepada pemberita selepas membuat laporan di Balai Polis Indera Mahkota di sini hari ini.

Beliau berharap pihak berkuasa mengambil tindakan segera terhadap pemilik akaun FB berkenaan yang kini sudah mengumpul lebih 2,000 ‘likes’.

– BERNAMA




read more...

KJ Tempelak Waythamoorthy @KhairyKJ

Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Khairy Jamaluddin berkata, adalah tidak adil bagi P. Waythamoorthy menyalahkan Datuk Seri Najib Tun Razak kerana kegagalan bekas senator dan timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri itu melaksanakan perubahan.

Menteri Belia dan Sukan itu dalam tulisan di twitternya berkata, Waythamoorthy tidak bertindak sebagai peserta pasukan dan tidak melaksanakan apa yang diperjuangkannya.




Beliau berkata, Waythamoorthy mendesak supaya semua bajet kerajaan untuk masyarakat India diletakkan di bawah budi bicaranya kerana beliau mahu mengawal wang, dengan mengetepikan agensi dan kementerian.

"Bila beliau tidak mendapat ini, beliau berhenti dan menyalahkan Perdana Menteri," kata Khairy.

Beliau berkata, bila Waythamoorthy membawa hal-hal tertentu ke perhatian Najib, segalanya diselesaikan.

Khairy berkata sekalipun ketiadaan Waythamoorthy, kerajaan tetap komited memajukan masyarakat India dan menyelesaikan isu seperti pendidikan dan kemiskinan.

Minggu lepas, Waythamoorthy melepaskan semua jawatannya, dengan mendakwa kerajaan tidak melakukan perubahan sosio-ekonomi untuk membantu masyarakat miskin India. 

- BERNAMA


*** 16 Kali Adakan Pertemuan Dengan PM Hanya Untuk Kepentigan Peribadi Saje Ke?
read more...

POLITIK SEMPIT : Sekolah Agama Dinafikan Hak Di Kelantan!!!






PASIR PUTEH – Demi kepentingan politik sempit, kerajaan Kelantan sanggup menafikan hak pelajar sekolah agama di negeri ini daripada menerima bantuan yang sepatutnya mereka peroleh daripada Barisan Nasional (BN).

Ia berikutan tindakan Yayasan Islam Kelantan (YIK) secara tegas melarang pemimpin BN memasuki sekolah agama di Kelantan untuk menyampaikan bantuan awal persekolahan kepada pelajar sekolah terbabit.

Arahan bermotifkan politik tersebut dikutuk ramai pihak termasuk Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Semerak, Zawawi Othman yang menyifatkan perkara itu bertentangan dengan kehendak agama.

“Arahan itu juga seolah-olah cuba menyemai perasaan benci dan tidak bertoleransi dalam kalangan pelajar.

“Kita cuba untuk memasuki sekolah ini dengan niat mendidik pelajar kita dengan nilai-nilai murni dan bersyukur,” katanya selepas menyampaikan bantuan itu kepada pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Kamil di sini hari ini.

Zawawi mendakwa, antara sekolah yang menerima arahan itu termasuk tiga buah sekolah agama bantuan kerajaan persekutuan (SABK) iaitu di Kampung Nering, Lepah dan Telosan di Pasir Puteh.

Tegasnya, arahan itu turut menyusahkan golongan ibu bapa kerana terpaksa menghantar anak-anak mereka menerima bantuan terbabit di sekolah lain yang jauh dari sekolah asal.

Untuk rekod, sebanyak 986 pelajar sekolah berkenaan menerima bantuan itu membabitkan peruntukan lebih RM90,000.


read more...

KHALID : Orang Dalam Punca Kemelut PKNS!!



Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata pendedahan blogger terkenal Raja Petra Kamaruddin mengenai isu yang menyelubungi Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) merupakan hasil amalan Kredibiliti, Akauntibiliti dan Ketelusan (CAT) oleh Pakatan Rakyat (PR).

Menurut Khalid, Raja Petra mungkin memperolehi maklumat mengenai PKNS dari dalam syarikat itu sendiri.

"Boleh jadi Raja Petra mendapat maklumat dari pegawai-pegawai PKNS yang tidak suka perkara ini berlaku,” katanya dalam satu sidang media di sini tanpa merujuk kepada mana-mana insiden.

Tambah Khalid, melalui kaedah ini, semua maklumat akan dihebahkan.

“Apabila PR pakai CAT, perkara ini akan berlaku.

“Yang baiknya, (perkara) yang baik akan dihebahkan, yang buruk pun akan dihebahkan,” katanya dalam satu sidang media di sini hari ini.

Menurutnya lagi, pengurusan PKNS akan terus memperbaiki pentadibiran mereka.

“Kita perbetulkan apa yang tak betul, kita perbaiki kesilapan.

“Jadi saya tidak takut lagi sebab kita sudah amalkan polisi ketelusan. Apa yang baik, apa yang buruk akan kita beritahu,” jelasnya.

Hari ini Raja Petra dalam portalnya Malaysia-Today mendedahkan PKNS berbelanja jutaan ringgit untuk membayar gaji stafnya untuk ‘duduk dan membaca akhbar’.

Raja Petra turut mendakwa PKNS digunakan untuk memberi ganjaran kepada penyokong-penyokong beberapa ahli politik utama PR di Selangor

“Mereka ini (staf PKNS) dibayar gaji yang tinggi tetapi tidak mempunyai kerja yang banyak jadi mereka selalunya hanya duduk dan membaca akhbar.

“Mereka juga menerima gaji jauh lebih tinggi dari yang ditawarkarkan pasaran masa kini,” dakwa Raja Petra.

read more...

HINA ISLAM!! JAKIM Tunggu Apa Lagi?



Perkasa mendesak pihak JAKIM segera menyiasat terhadap dakwaan Kassim Ahmad yang mempersoalkan bagaimana masyarakat islam mendewa-dewakan Nabi Muhammad, rambut wanita bukan aurat dan wujud kasta paderi.

Menurut Presidennya, Datuk Ibrahim Ali, Kassim Ahmad bukannya cendekiawan yang mendalami ilmu Islam.




“Perkasa mendesak Jakim menyiasat segera dengan mengambil bukti dan keterangan daripada mereka yang hadiri seminar Pemikiran Kassim Ahmad Di Yayasan Perdana, Putrajaya semalam,” 

Beliau percaya pasti ada rakaman yang dibuat sepanjang seminar berlangsung.

“Jika benar beliau berkata demikian,ia satu keceluparan yang dasyhat dan wajar beliau diambil tindakan kerana menghina Islam (menghina Allah). mencabar Majlis Raja-Raja serta kesannya boleh megelirukan kefahaman terhadap islam,” katanya.

Serentak dengan itu Ibrahim juga mahu Majlis Fatwa Kebangsaan menyiasat dakwaan ini dan bertindak segera.

read more...

POLITIK WANG: PKR Johor Desak ADUN Bukit Naning (UMNO) Letak Jawatan!!!

KUALA LUMPUR: Parti Keadilan Rakyat (PKR) Johor, mendesak Ketua UMNO Bahagian Bakri, Datuk Saipolbahri Suib, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Naning meletak jawatan kerana terlibat dalam politik wang.






Pengerusi PKR Johor, Datuk Chua Jui Meng berkata UMNO telah mengantung keanggotaan Saipolbahri yang dikatakan terlibat dalam politik wang pada pemilihan parti November lepas.

Jui Meng berkata pihaknya memandang serius isu tersebut dan akan membawa perkara berkenaan kepada pihak berwajib.

“Saya rujuk laporan berita 10 Februari 2014 yang menyebut Datuk Saipolbahri Suib digantung keanggotaannya kerana terlibat dalam politik wang pada pemilihan parti November tahun lepas.

"Anggota PKR Johor telah diarah untuk membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan pihak SPRM perlu menyiasat kes ini dengan teliti dan secepat mungkin,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Jui Meng menegaskan, budaya politik wang yang kronik itu perlu dibendung agar ia tidak merebak ke dalam PKR.



“Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) yang dipengerusikan oleh Datuk Johari Abdul telah pun menggariskan panduan jelas demi memastikan budaya jelek ini tidak akan dipraktikkan dalam pemilihan parti yang akan diadakan tahun ini,” katanya.

Isnin lalu, Bernama melaporkan Badan Perhubungan UMNO Johor mengesahkan Saipolbahri digantung keanggotaannya kerana terlibat dalam politik wang pada pemilihan parti November tahun lepas.


SUMBER 
read more...

OH Air Asia!!! Tidur Bergelimpangan Di LCCT Akibat Penerbangan Ditunda!!


SEPANG – Ratusan penumpang pesawat AirAsia yang terkandas di Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) berikutan beberapa pembatalan penerbangan akibat letupan Gunung Berapi Kelud, Jawa Timur, Indonesia, terpaksa menjadikan lantai sebagai alas tidur mereka sejak dua hari lalu.

Tinjauan mendapati, kebanyakan penumpang yang juga warganegara Indonesia terpaksa bermalam di LCCT kerana tiada pilihan lain sementara menunggu penerbangan pulang ke destinasi masing-masing disambung semula.




Kebanyakannya tidur dalam keadaan bergelimpangan dan kesejukan tanpa alas serta tidak mandi sejak dua hari lalu.

Bagaimanapun, tiada suasana kelam kabut dirakam di terminal berkenaan sebaliknya berada dalam keadaan terkawal serta tidak menggangu perjalanan operasi di LCCT.

Penutupan lapangan terbang berkenaan susulan letupan Gunung Berapi Kelud di Jawa Timur, Indonesia sekali gus menjejaskan jadual penerbangan dari Malaysia membabitkan laluan Kuala Lumpur-Surabaya, Kuala Lumpur-Semarang dan Kuala Lumpur-Yogyakarta.

Seorang penumpang, Susiati, 35, berkata dia tidak menyangka penantiannya untuk pulang bercuti ke kampung halaman di Surabaya selepas lebih tiga tahun bekerja di negara ini berakhir sedemikian rupa.

“Ini kali pertama saya balik selepas tiga tahun setengah bekerja sebagai operator kilang di Ipoh, Perak. Tidak sangka begini jadinya. Sudah dua hari saya tidak mandi, kerana menunggu di sini disebabkan bimbang mereka akan panggil penumpang secara tiba-tiba.





“Sudah tiga kali penerbangan saya ditunda. Harap segalanya kembali pulih dengan cepat kerana cuti yang diberikan hanya dua minggu, saya terlalu rindukan keluarga di sana,” katanya ketika ditemui di sini, semalam. - Harian Metro
read more...

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

Networkedblog

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top