Blogger Tips and TricksLatest Tips And TricksBlogger Tricks

Bendera "Sang Saka Malaya" Menggoncang PR

Ketika masih ramai khalayak umum masih tergiang-giang telinganya dengan kontroversi melalut Mat Sabu yang memuja muji Mat Indera Komunis akhir tahun lalu, tahun ini pembangkang mengulangi lagi kontroversi dengan mencabar kehormatan panji negara.

Saat rakyat masih lagi segar ingatannya dengan hinaan YB DAP yang sengaja menghina dan memperlekehkan Jalur Gemilang dan lebih mendaulatkan bendera DAP, kini amarah rakyat dibakar lagi dengan kibaran sang saka Malaya di malam kemerdekaan negara yang ke 55.
 
 
 

Berpuluh tahun panji negara, Jalur Gemilang berkibar megah tanda kedaulatan dan kemerdekaan tanahair tercinta ini, tiba-tiba timbul idea gila si pemuda yang terlalu memuja Ketua Umum PKR tampil mahu mengubah dan menukar panji kebanggaan anak bangsa.

Bukankah ini jelas menonjolkan sikap tidak patriotik dan seperti sengaja dirancang untuk mencabar kehormatan panji serta sejarah kemerdekaan negara?

Bila isu ini semakin menyemarakkan kemarahan rakyat terhadap pakatan pembangkang, mulalah masing-masing di pihak PR berbelit lidah mencipta alasan demi alasan untuk mengasingkan diri dari terpalit dengan perbuatan biadap dan tidak patriotik tersebut.

Shamsul Iskandar, Ketua AMK PKR dalam satu kenyataan misalnya telah berkata yang rekaan bendera tersebut langsung tiada kaitan dengan AMK mahupun PKR, sedangkan umum mengetahui pencipta asal bendera sang saka Malaya adalah Najwan Halimi yang sekarang ini adalah Timbalan Ketua Penerangan AMK PKR.
 
 
 

Manakala AJK PAS Pusat, Idris Ahmad pula dalam pada menafikan hasrat PR untuk menukar bendera Jalur Gemilang, tidak pula secara terbuka berani mengecam tindak tanduk liar yang ditunjukkan oleh peserta Janji Demokrasi yang mengibarkan bendera sang saka Malaya.

Sama ada PKR mahupun PAS, sekarang masing-masing mahu mencuci tangan tidak mahu mengambil tanggungjawab memikul beban kesalahan, walhal idea menukar panji negara untuk diubah kepada 'sang saka Malaya' datangnya anak didik mereka sendiri.

Sekarang mereka saling bertelagah menuding jari tidak mahu mengakui segala kontroversi yang berlaku itu datangnya dari doktrin mereka yang terlalu mendahulukan politiking kepartian sehingga melupakan peri pentingnya mempertahankan kehormatan panji kemerdekaan tanahair.
 
 
 

Justeru itu, janganlah sampai menangis tidak berlagu bila kelak rakyat yang semakin meluat dengan permainan kontroversi yang sengaja dicipta oleh pakatan pembangkang akhirnya membulatkan tekad menghumban mereka dalam pilihanraya akan datang.
read more...

SAH!!! Nurul Shuhada TV3 Letak Jawatan

PETALING JAYA - Pengacara dan wartawan penyiaran terkenal TV3, Nurul Syuhada Nurul Ain Mohd. Zin, 28, membuat keputusan drastik untuk meletakkan jawatan sebagai kakitangan sepenuh masa di stesen televisyen berkenaan mulai hari ini.
 
 


Menurut Nurul Syuhada, keputusan yang dibuatnya itu sudah lama dipertimbangkan dan langsung tidak ada kena-mengena dengan isu kontroversi yang membabitkan dirinya.

"Saya pasti ramai yang akan memberi persepsi peletakan jawatan saya ini berkaitan dengan kontroversi baru-baru ini, tetapi saya ingin tegaskan ia memang tidak berkaitan langsung dengan apa yang telah berlaku.

"Lagipun saya sudah menghantar surat peletakan jawatan kepada pihak pengurusan sebulan yang lalu dan esok (hari ini) merupakan hari terakhir saya sebagai kakitangan sepenuh masa dengan TV3," ujarnya ketika ditemui pada majlis rumah terbuka Aidilfitri Media Prima di Pusat Konvensyen Sime Darby di sini semalam.

Beliau memulakan tugas bersama TV3 sebagai pengacara rancangan Nona pada 1 Januari 2006 setelah muncul sebagai juara program realiti televisyen, Malaysian Top Host pada tahun sebelumnya.
 
 
 

Nurul Syuhada merupakan lulusan Ijazah Sarjana Muda Sains Marin dari Kolej Universiti Sains dan Teknologi Malaysia (Kustem) di Terengganu. Kustem kini dikenali sebagai Universiti Malaysia Terengganu.
 
Pada bulan Julai tahun lalu, pengacara kelahiran Seremban, Negeri Sembilan itu mendirikan rumah tangga dengan Raja Amir Shah Raja Azwa, 30, seorang pegawai bank setelah menjalinkan hubungan cinta selama dua tahun.

Menurut Nurul Syuhada, dia mengambil keputusan meletak jawatan kerana mahu memberi lebih tumpuan kepada keluarga.

Beliau juga bercadang untuk menyambung pelajaran ke peringkat sarjana sama ada dalam bidang psikologi atau tamadun Islam.

Jelasnya, setelah enam tahun berkecimpung dalam dunia kewartawanan dan pengacaraan, beliau merasakan sudah tiba masanya untuk berehat serta mengikut kehendak suaminya supaya tidak terlalu aktif dengan kerjaya.
 
 
 

"Saya memang sudah meletakkan jawatan sebagai kakitangan sepenuh masa TV3 tetapi selepas ini saya hanya akan terlibat sebagai pengacara rancangan Malaysia Hari Ini," jelasnya.

Katanya, keputusan tersebut juga sedikit sebanyak dipengaruhi oleh hasrat suaminya untuk menimang cahaya mata setelah lebih setahun mendirikan rumah tangga.

Sebelum ini, Nurul Syuhada dan TV3 memohon maaf berhubung ulasan semasa siaran lintas langsung Perarakan Hari Kemerdekaan ke-55 pada Jumaat lalu berkenaan pemilihan lokasi sambutan Hari Malaysia di Bintulu, Sarawak. Dalam komennya, Nurul Syuhada menyifatkan Bintulu sebagai bandar daif.

Ekoran kontroversi itu, TV3 membuat permohonan maaf dalam satu kenyataan media sementara Nurul Syuhada pula turut berbuat demikian dalam laman sosial Facebook beliau setelah menerima kritikan serta gesaan daripada pelbagai pihak. ~kosmo
read more...

SAH!!!! Safee Sali Bersama PKR

Korang kenal ke Safee Sali ni? Gua percaya majoriti rakyat Malaysia dan Indonesia pasti mengenali penyerang bolasepak skuad kebangsaan Malaysia ini.
 
 
 
 
Khabarnya kelmarin bertempat di Batu Tiga Shah Alam, Safee Sali telah menghadiri program Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran Adun KEADILAN Batu Tiga, YB Rodziah Ismail.
 
Dalam program ini Safee Sali turut membawa hadiah untuk diberikan kepada para pengunjung yang berjaya menjawab soalan kuiz "Safee Sali tanya anda" . Antara  hadiah yang disumbangkan seperti T-Shirt merah bernombor 10 (nombor jersi Safee Sali) dan komik Super Safee untuk peminat-peminat cilik yang berjaya menjawab soalan beliau berhubung dirinya.
 
 
 
 
Kehadiran Safee dipercayai didorong oleh pengurus beliau, saudara Zakaria atau lebih dikenali sebagai Abang Zack yang  merupakan penyokong kuat KEADILAN dan merupakan bekas Ketua Cabang KEADILAN.
 
 
 
 
 
Ok fine.... itu hak Safee la. Sebagai ikon anak muda, beliau boleh pergi dan hadiri apa sahaja program yang menjemput beliau. Beliau hak rakyat. Cuma harapan gua, Safee tidak terpengaruh dan terpedaya dengan janji-janji manis PR.
read more...

Universiti Oxford : PhD Pertama Untuk Belia Terengganu

KAMPUNG KEMAT – Pelajar cemerlang yang sedang mengikuti bidang Sarjana Sains Biokimia di Universiti Oxford, United Kingdom, Mohd Firdaus Samsudin@Mustapha, 24, sekali lagi melakar sejarah tersendiri apabila muncul anak negeri pertama ditawarkan mengikuti pengajian peringkat doktor falsafah (PhD) di universiti paling berprestij di dunia itu.

Anak kedua Samsudin @ Mustapha Mamat, 62, dan Rohani Long Ahmad, 55, yang berasal dari Kampung Kemat, Hulu Terengganu itu akan memulakan pengajian peringkat PhD bermula bulan ini.

 




Berkongsi kegembiraan, Mohd Firdaus atau lebih mesra dipanggil Angah berkata, tawaran menyambung pelajaran ke peringkat PhD bidang Biokimia selama empat tahun itu disifatkannya hadiah untuk ibu bapanya.

“Tempoh pengajian di peringkat Sarjana sepatutnya selama dua tahun. Bagaimanapun, saya telah mendapat tawaran mengikuti PhD oleh pihak universiti berkenaan dan sepatutnya pengajian masih berbaki setahun lagi.

“Tawaran ini sekali gus mencapai impian saya untuk menyambung pengajian di peringkat PhD, cuma tidak sangka, ia digapai secepat ini, bagaimanapun saya bersyukur apatah lagi ibu bapa sentiasa berdoa untuk kejayaan saya serta adik-beradik lain,” katanya.

Menurut Mohd Firdaus, walaupun masih muda berbanding penuntut PhD lain yang sudahpun berkahwin dan mempunyai anak, namun ia bukan halangan sebaliknya kelebihan kepadanya kerana boleh memberikan sepenuh tumpuan pada pelajaran tanpa memikirkan soal keluarga ataupun anak-anak.

“Paling penting, saya perlu berusaha lebih gigih kerana semua pelajar di sana terdiri daripada mereka yang genius. Persaingan sihat ini menjadi pemangkin semangat untuk terus berjaya selain dapat menghabiskan pengajian di peringkat PhD,” katanya.
 
 
 

Menyentuh perancangan masa hadapan, Mohd Firdaus berhasrat bekerja di sana terlebih dahulu bagi menimba pengalaman selain peluang yang lebih banyak, namun akhirnya dia akan tetap kembali ke tanah air untuk mencurahkan bakti.

“Saya menaruh keinginan untuk bekerja di syarikat berorientasikan farmasi atau ubat-ubatan kerana berminat menjalankan penyelidikan berkaitan perkara ini. Berdasarkan perancangan, saya ingin bekerja di sana dahulu selepas ini.

“Bagaimanapun, ia cuma sementara untuk menimba pengalaman terlebih dahulu kerana matlamat saya ialah ingin berbakti di tanah air. Malah, jika berpeluang saya ingin bekerja di negeri kelahiran iaitu Terengganu,” katanya.

Ditanya mengenai sosial pergaulan sepanjang melanjutkan pelajaran di tempat orang selama ini, Mohd Firdaus berpegang teguh dengan prinsipnya untuk kekalkan sahsiah agar tidak mudah terpengaruh dengan pelbagai ragam kawan-kawan.

“Tidak dapat dinafikan, ada dalam kalangan pelajar Malaysia berubah sikap apabila belajar di luar negara dan dalam hal ini saya melihat kawan-kawan banyak mempengaruhi corak kehidupan. Oleh itu, saya juga perlu bijak berkawan.

“Ramai dalam kalangan pelajar dari negara-negara Eropah, bagaimanapun saya tidak mengalami masalah dalam pergaulan kerana kawan-kawan cukup menghormati saya sebagai seorang Muslim.

“Hobi saya sebenarnya suka membaca, namun saya tetap meluangkan masa keluar bersama kawan-kawan termasuk menonton wayang sebagai hiburan. Pesanan ibu bapa juga sentiasa saya sematkan dalam hati serta dipegang kuat sebagai azimat benteng pertahanan diri,” katanya.

Sementara itu, Samsudin berkata, sebagai seorang bapa sudah pasti dia berbangga melihat pencapaian anaknya itu apatah lagi pada usia masih muda dan berharap kejayaan demi kejayaan dapat dilakar selepas ini.

Samsudin berkata, dia dan isterinya memberi layanan sama rata kepada kesemua anak dan tidak memaksa memaksa mereka belajar, sebaliknya memberi galakan selain menjaga sumber rezeki.

“Aspek kerohanian juga sentiasa diterapkan kepada empat anak saya yang kesemuanya lelaki. Selepas solat Maghrib setiap malam Jumaat, kami jadikan amalan membaca surah Yasin seisi keluarga sebagai rutin” katanya.
 
Sumber : mymahasiswa


read more...

PR Hasut Anak Muda Cetuskan 13 Mei - 2.0

Seperti perhimpunan haram Bersih 1.0 dan 2.0, himpunan Janji Demokrasi pada ambang 31 Ogos lalu telah dieksploitasi sepenuhnya oleh pembangkang untuk mempengaruhi golongan muda untuk bertindak di luar batas undang-undang.

Golongan muda telah dijadikan oleh pemimpin Pakatan Rakyat sebagai balaci untuk menjalankan politik kotor mereka.
 
 
 


Ini termasuk mengibarkan bendera baru bagi Malaysia ciptaan pembangkang yang mereka panggil Sang Saka Malaya.

Bermula dengan tindakan menolak tema 'Janji Ditepati' dan menukarnya kepada 'Sejiwa Sebangsa Senegara' dan seterusnya menyambut perayaan ulangtahun kemerdekaan secara berasingan dengan menggunakan tema rekaan sendiri, Pakatan Rakyat telah mendedahkan perancangan licik mereka sekiranya berjaya merampas Putrajaya.

 
 
 

Ini dibuktikan dengan tindak tanduk biadap penyokong pembangkang memijak-mijak gambar Perdana Menteri dan melakukan aksi yang sungguh mengaibkan kepada gambar pemimpin utama negara.

Tidak cukup dengan itu, penyokong pembangkang yang bertindak liar dan seolah-olah sudah hilang pertimbangan yang rasional telah menghina gambar isteri Perdana Menteri serta Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya.

 

 
 

Tindakan tersebut terang-terang boleh ditakrif sebagai menentang Seri Paduka Yang Di Pertuan Agung kerana bendera Jalur Gemilang adalah lambang kedaulatan negara dan simbol Ketua Negara Malaysia.

Di Selangor, Pakatan Rakyat meletakkan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim lebih tinggi kedudukan daripada Sultan yang bersemayam di takhta.

 
 
 

Tidakkah ini membawa maksud jelas bahawa jika berkuasa antara perkara yang dipertama akan dilakukan oleh Pakatan Rakyat ialah menghapuskan institusi raja-raja Melayu.

Tindakan tidak menjemput Sultan Selangor pada sambutan kemerdekaan serta membenarkan Anwar berucap walaupun beliau hanya Penasihat Ekonomi yang bergaji RM1, jelas membayang tragedi ngeri yang bakal menimpa negara jika pembangkang dibenarkan memerintah.

Walaupun pemimpin pembangkang dari PKR, PAS dan DAP berpura-pura kononnya tidak tahu menahu mengenai tindakan peserta Janji Demokrasi serta menafi terbabit, Pakatan Rakyat tidak lagi boleh berselindung bahawa merekalah dalang sebenar.

Pembangkang sudah tidak ada jalan lain lagi untuk menfitnah Perdana Menteri dan kerajaan Barisan Nasional.

Semua fitnah dan tohmahan tidak memberi apa-apa kesan, malah jika dilihat daripada lebih 150,000 rakyat yang berhimpun di Stadium Bukit Jalil, pembangkang berada keadaan yang amat tertekan dan panik.

Kini taktik pembangkang hanyalah satu iaitu mencetus kekecohan, rusuhan jalanan dan memporak-perandakan negara.

Mereka bukan sahaja telah menderhaka kepada Yang Di Pertuan Agung dan Sultan Selangor tetapi juga menanam bibit-bibit kebencian di dalam jiwa anak-anak muda.
 
 
 

Daripada membimbing generasi muda ke arah jalan yang menguntungkan negara, pembangkang memilih untuk merosakkan pemikiran dan minda mereka.

Tidak lain tidak bukan ini semuanya adalah perancangan rapi Anwar untuk mengambil alih pemerintahan negara dengan menukarnya kepada sistem republik.

Anwar mahu mengapi-apikan emosi golongan pelajar dan muda supaya bertindak ganas melakukan revolusi seperti yang berlaku di Indonesia, Thailand dan Filipinan semasa krisis kewangan yang melanda rantau Asia Tenggara pada 1998 dahulu.

Bukankah beliau pernah berkata seperti mana 'Arab Spring' yang menjatuhkan pemerintahan di Tunisia, Mesir dan Libya, beliau juga menjangkakan 'Malaysian Spring' akan juga berlaku di negara ini.

Apa yang berlaku di persekitaran Dataran Merdeka pada malam menjelang 31 Ogos lalu adalah amat menakutkan kerana ia menandakan senario yang lebih dahsyat sekiranya perkembangan membimbangkan ini tidak dibendung segera.

Apakah rakyat akan melihat keadaan yang yang lebih kecoh dan huru hara semasa kempen PRU ke 13 nanti?

Pembangkang tahu rakyat kini tidak menyebelahi mereka lagi kerana tembelang busuk mereka telah pecah.
 
 
 

Jadi untuk memastikan impian ke Putrajaya tidak terbantut dan cita-cita menjadi Perdana Menteri tidak terkubur, Anwar dengan bantuan dana serta media asing akan berusaha untuk menggambarkan imej buruk terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Walau bagaimanapun ada rahmat disebalik apa yang berlalu pada malam 31 Ogos tersebut.

Rakyat kini sedar dan insaf sekiranya mereka menyokong Pakatan Rakyat pada PRU nanti, tidak ada jaminan pembangkang tidak akan menindas hak-hak mereka pula.

Pembangkang hanya menggunakan rakyat sebagai jalan pintas ke Putrajaya namun ingatlah pepatah Melayu, habis madu sepah dibuang
read more...

Bongkar!!! Najwan Sang Pencipta Sang Saka Bangsa Pengganti Jalur Gemilang!!!

Usaha Pakatan Rakyat memperkenalkan bendera baru bagi menukar Jalur Gemilang benar-benar memakan diri parti tersebut. Walaupun Anwar bersungguh-sungguh cuba menafikan yang PR punya sebarang niat sedemikian, namun pengakuan pegawai Anwar untuk tugas sebagai penasihat ekonomi Selangor, Najwan Halimi, sebagai pencipta bendera tersebut, menyebabkan penafian Anwar terkantoi. 
 
 
 
 
 
Najwan telah mempertahankan bendera Sang Saka Bangsa ciptaannya yang didakwanya dicipta seawal tahun 2007. Profile facebook Najwan menamakan dirinya sebagai Timbalan Ketua Penerangan AMK Malaysia, seorang pengamal politik ‘moderate’ dan pengasas serta pengarah Akademi Pak Sako, sebuah akademi yang menggunakan nama Pak Sako, nama sebenar kepada Ishak Haji Muhammad, individu yang mengagaskan idea penyatuan Melayu Raya Indonesia, Malaysia dan Brunei.
 
Perlu diingatkan iaitu, pada tahun 2003, PKR, pada ketika itu memakai nama Parti Keadilan Nasional (PKN) telah bergabung dengan Parti Rakyat Malaysia (PRM) iaitu satu-satunya parti berhaluan kiri yang masih wujud pada hari ini.
 
Mengimbas sejarah PRM, pada tahun 1958, PRM pimpinan Ahmad Boestamam telah bergabung dengan Parti Buruh Malaya, pimpinan Pak Sako dan Parti Perhimpunan Kebangsaan, pimpinan Abdul Aziz Ishak) dan menamakan gabungan mereka sebagai Barisan Sosialis Rakyat Malaya (Malayan People’s Socialist Front) yang berhaluan kiri.
 
Sebelum itu, pada tahun 1938 Ahmad Boestamam menubuhkan Gerakan Kiri Tanah Air (KITA) yang bekerjasama dengan Parti Komunis Malaya bagi menentang Jepun. Beliau kemudiannya menubuhkan Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) pada tahun 1945.
 
PKMM mempunyai dua cawangan pemuda dan pemudi iaitu Angkatan Pemuda Insaf (API) yang dipimpin oleh Boestamam, dan Angkatan Wanita Sedar (AWAS) yang dipimpin oleh Shamsiah Fakeh yang juga salah seorang aktivis komunis.
 
 
 
 
 
Pada tahun 1947, PKMM dipimpin pula oleh Pak Sako.
 
PKMM kemudiannya, menubuhkan Pusat Tenaga Rakyat (PUTERA) dan bergabung pula dengan AMCJA (All-Malaya Council of Joint Action) sebagai gabungan kumpulan sosialis Malaya. Gabungan ini bertujuan menentang kandungan Perjanjian Persekutuan 1948 untuk penubuhan Persekutuan Tanah Melayu.
 
Ini kerana PKMM lebih cenderung bagi Tanah Melayu menyertai Indonesia bagi mendapat kemerdekaan pada 1949.
 
Dalam usaha merealisasikan gagasan ini, PKMM mengambil bendera kebangsaan Indonesia – Sang Saka Merah Putih sebagai bendera parti dan lagu kebangsaan Indonesia Raya sebagai lagu kebangsaan PKMM yang sering dinyanyikan dalam perhimpunan PKMM.
 
 
 
 
Sang Saka Merah Putih
 
 
Dan bendera inilah yang begitu mirip dengan bendera ciptaan Najwan dari segi nama dan juga rupa. Ia juga membawa ciri-ciri komunis iaitu latar merah dan bintang kuning. 
 
Oleh itu, persoalan yang timbul ialah, apakah ‘roh’ Pak Sako dan komunis hanya satu kebetulan dalam bendera Sang Saka Bangsa? Apakah kecenderungan PR untuk mengwirakan Mat Indera, seorang pengganas komunis, merupakan sebahagian dari keseluruhan agenda besar komunisme?
 
Apabila berlaku konfrontasi Indonesia-Malaysia pada 1963, Ahmad Boestamam, Pak Sako dan Aziz Ishak ditahan di bawah undang-undang Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana menjadi pembelot negara dengan bersekongkol dengan Indonesia.
 
Dan apa yang ironi di sini ialah, Anwar juga dianggap sebagai pengkhianat negara dan sering mengunjungi Indonesia untuk memburuk-burukkan Malaysia serta menghasut rakyat di negara tersebut agar memandang serong dan rendah terhadap rakyat dan negara ini. Seolah-olah beliau cuba menggerakkan satu konfrontasi pula. 
 
Mungkinkah impian Anwar setinggi itu iaitu memanjangkan idea Pak Sako iaitu menggabungkan Indonesia-Malaysia dengan meletakkan dirinya sebagai Ketua bagi gugusan Melayu rantau ini?
Apakah jenis pemimpin yang dengan sengaja ‘menjemput’ negara asing menjajah kita sedangkan pemimpin seharusnya mempertahankan negara dari dijajah? Apalagi negara yang jauh lebih mundur dari kita seperti Indonesia. 
 
Kita tidak dapat membayangkan adanya sebarang penjelasan yang masuk akal dari pihak PR berkenaan isu bendera Sang Saka Malaya ini. PR boleh terus menafi, tetapi kerosakan telah pun berlaku. Rakyat kini telah sedar siapakah PR dan apakah agenda besar parti ini untuk Malaysia.
read more...

Video Isteri Muda Didera Suami - Amanda Fong

 
 
Semalam kita digemparkan dengan berita di Buletin Utama berkaitan video yang memaparkan kejadian dera seorang lelaki ke atas seorang wanita seperti aksi di dalam sebuah filem. Video yang diupload sendiri oleh mangsa, Amanda Fong ke dalam akaun FB nya ini telah mendapat view yang tinggi dalam masa yang singkat.
 
Khabarnya juga, polis telah memulakan siasatan setelah keluarga dan Amanda sendiri telah membuat laporan.
 
Di sini gua nak share dengan you all semua apa luahan dan nasihat Amanda kepada semua....
 
 
 
 
DEAR ALL,

THIS IS THE SCENE OF MY MOM & CALVEN CHIK FOO KEONG CAPTURED BY THE CCTV IN MY SHOP. AS YOU CAN SEE IN THIS VIDEO, MY MOM DID NOT FORCE THRU THE GLASS DOOR. THE GLASS DOOR WAS WIDE OPEN WHEN HE WAS SWEEPING THE FLOOR. MY MOM WAS BEEN TOLD BY ME TO GO BACK TO THE SHOP TO COLLECT MY PERSONAL BELONGING & MY CLUTCH BUT SHE FAILED TO DO SO DUE TO HIS ACTIONS WHICH CAUSED MY MOM TO SUFFER BRUISES & SCRATCHES ON HER BOTH ARMS. IF YOU HAVE READ HIS PART ABOUT MY MOM ATTACKING HIM, NOW IS THE TIME FOR YOU GUYS TO WATCH THIS CCTV FOOTAGE.


 


I AM AMANDA , IM 19 YEARS OLD & IM 2MONTHS+ PREGNANT WITH CALVEN CHIK FOO KEONG'S BABY & I'M STANDING UP FOR MYSELF NOW. I WOULD LIKE TO SHARE MY EXPERIENCE WITH ALL OF YOU OUT THERE HOW ABUSIVE MY HUSBAND IS BY BEATING ME UP TERRIBLY & HE HAD BEEN TORTURING ME. I'VE BEEN CRYING HYSTERICALLY, HAVING ABDOMINAL PAINS & TRAUMATIZED BY THIS EXPERIENCED. AS YOU CAN SEE IN THIS VIDEO HE WOULDN'T LET ME OUT FROM THE SHOP EVEN I WENT TO PRESS THE DOOR ACCESS. HE HAS PUT ME UNDER TREMENDOUS PRESSURE, HURT, PAIN & SUFFERING. I CANNOT ENDURE IT ANYMORE LONGER. I'M VERY TIRED OF LIVING THIS MISERABLE LIFE. I HAVE BEEN ACCUSED, SUFFERED FROM HUMILIATION, PHYSICALLY & MENTALLY ANGUISHED. HOW WILL YOU REACT IF YOU WERE IN MY POSITION & IT HAPPENED TO ONE OF YOUR FAMILY MEMBER?

read more...

Siapa Dalang Pembunuhan Altantuya Yang Sebenar

Watak penyiasat persendirian, P.Balasubramaniam (Balasubramaniam Perumal) pastinya masih ramai yang mengingatinya berikutan peranannya sebagai saksi dalam kes pembunuhan Altantuya Shaariibu serta pernah mempunyai kaitan langsung dengan Abdul Razak Baginda.

Selain itu dia juga dikenali ramai kerana dua kenyataan bersumpahnya yang berubah-ubah dengan pelbagai fakta yang bercelaru tapi sedikit sebanyak masih dapat dimanfaatkan oleh Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim untuk tujuan menyerang kepimpinan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak.
 
 
 

Razak Baginda yang bersedap-sedap termasuklah menampung kehidupan Altantuya sejak mengenalinya pada 2004, orang lain pula yang terkena getah nangkanya.

Sesuatu yang perlu kita pegang erat dalam ingatan kita, pada 10 Oktober 2006 sehari selepas tiba di Malaysia, Altantuya telah meminta bantuan P.Balasubramaniam untuk membantunya menemui Razak Baginda.

Sebelumnya, beberapa ketika sebelum Altantuya tiba di Malaysia, Razak Baginda dilaporkan telah mengamanahkan sejumlah wang RM50,000 kepada Bala untuk diserahkan kepada Altantuya bagi tujuan untuk rawatan anaknya yang berada di Mongolia.

Persoalan sekarang di manakah wang RM50,000 tersebut yang sepatutnya diserahkan kepada Altantuya? Apakah Bala telah dengan sengaja menggelapkan wang tersebut untuk kepentingan dirinya?

Mengikut sumber-sumber, seandainya wang RM50,000 tersebut sampai pada tangan Altantuya dengan selamat, berkemungkinan kematian Altantuya yang tragis itu tidak akan berlaku.

Sekiranya Altantuya telah menerima wang tersebut tentunya dia tidak akan tergesa-gesa datang ke rumah Razak Baginda dan membuat kecoh sebaliknya terus pulang ke Mongolia.

Tapi disebabkan sikap tidak amanah yang ada pada Bala, timbullah kekecohan selepas kedatangan Altantuya ke rumah Razak Baginda. Rentetan dari situ menyebabkan berlakunya salah faham komunikasi antara Razak dengan dua anggota polis yang dipercayai membawa kepada berlakunya pembunuhan tersebut.

Jadinya, tidaklah salah untuk kita nyatakan, disebalik peristiwa tragis yang pernah dijadikan isu politik oleh Anwar dan sekutunya sebelum ini, P.Balasubramaniam telah menyebabkan Altantuya mati terbunuh
read more...

Janjinya PR : Peringatan Tun M Kepada Malaysia

Peringatan seorang Negarawan bertaraf dunia, Tun Dr. Mahathir mengenai Pakatan Rakyat (PR) wajar diberi perhatian serius.  Kata beliau, ‘banyak yang akan musnah jika PR memerintah’ dan ‘lebih baik syaitan yang kita kenal dari bidadari yang kita tidak kenal’. 

Walaupun mungkin ada yang memusuhi Tun Dr. Mahathir tetapi tidak seorang pun dari musuh-musuhnya yang dapat menafikan jasa-jasa dan kejayaan beliau melonjakkan negara serta kehidupan rakyat dengan begitu pantas, bergaya serta cemerlang sekali.  Oleh itu, peringatan yang beliau berikan di atas tidak wajar dipandang sinis kerana ia bukannya peringatan kosong, tetapi berdasarkan pengalaman, pengetahuan dan pengalaman beliau dalam mengurus-tadbir negara selama 22 tahun. 

 
 
 

Beliau pastinya cukup arif mengenai ‘aspirasi’ pemimpin tertinggi PR, Anwar Ibrahim setelah terlibat secara langsung mengekang percubaan Anwar membankrapkan negara pada tahun 1997/98 dengan menurut saranan IMF.   Ini menjadikan Tun Dr. Mahathir sebagai penyelamat negara dan rakyat sekali gus musuh utama barat. 

Hari ini, PR menjanjikan negara kebajikan dengan pendidikan percuma untuk semua, tiada tol, menurunkan harga minyak, pendapatan minimum sehingga RM4000 setiap rumah, menghapuskan cukai dan berbagai-bagai janji manis lagi. 

Namun, realitinya bagi memberikan sesuatu secara percuma, kerajaan perlu terlebih dahulu mempunyai dana.  Dan jika kos tertentu terhadap rakyat turut dihapuskan, maka bagaimana kerajaan akan dapat mengumpul dana tersebut agar dapat memberikan sesuatu yang lain secara percuma kepada rakyat?

Tidak mustahil bahawa PR berniat untuk mengambil pinjaman atau berhutang dari luar, yang mana gagal dilakukan oleh Anwar ketika krisis kewangan 1997/98 dahulu bagi menunaikan segala janji-janji manis tersebut.  Jika ini dilakukan, maka negara akan terbeban dengan hutang yang semakin bertambah saban tahun kerana tidak mempunyai dana dan pendapatan yang cukup untuk membayarnya akibat penghapusan tol, cukai, kos pendidikan dan lain-lain, di samping meningkatkan subsidi kepada rakyat. 

Keadaan ini pasti lama kelamaan akan mencetuskan kemarahan rakyat, seterusnya ketidakstabilan dalam negera. 
 
 
 

Kita sedia maklum bahawa meletakkan negara di dalam keadaan lemah dari segi ekonomi adalah langkah pertama untuk membantu rakan-rakannya neo-con Anwar untuk menakluk negara ini.  Apabila sudah ditakluk, maka lebih mudahlah undang-undang yang berlandaskan pemikiran liberal dan plural dipaksa ke atas negara Islam ini.  Inilah agenda halus yang tersembunyi di sebalik segala janji manis PR.

Walaupun PR kelihatan bagai bidadari yang membawa janji-janji manis dari syurga tetapi hakikatnya, apa yang dijanjikan tidak menepati realiti dunia. 

Sebaliknya, BN mungkin tidak kelihatan seperti bidadari dan mungkin dianggap kejam kerana mengenakan cukai, tol dan kos pendidikan tetapi BN berpijak di bumi yang nyata. 

Realitinya, di bumi ini, sesebuah kerajaan perlu mengenakan kos tertentu terhadap rakyat untuk menjana ekonomi negara serta membantu rakyat secara meluas dan dalam jangka masa yang panjang.  Wang tidak turun dari langit dan tidak bertambah dengan sendirinya.  Jika kita berhutang dengan negara luar, ia perlu dibayar atau kita akan tersepit sehingga akhirnya hancur berkecai.  Inflasi dan trend peningkatan harga pasaran dunia menjadikan perkataan ‘percuma’ adalah sesuatu yang mustahil dan bakal memakan diri sendiri. 

Justeru, sepertimana pesan Tun Dr. Mahathir, usahlah kita percaya pada manusia yang menyamar sebagai bidadari yang turun dari syurga kerana kita bukannya berada di syurga, tetapi di dunia yang nyata.  Maka, berpijaklah di bumi nyata, dan berfikirlah dengan sebaik-baiknya sebelum menyerahkan nasib kita kepada PR.  Apa yang PR janjikan walaupun kelihatan seperti syurga tetapi realitinya ia bakal membawa kita ke neraka.
read more...

Merdeka Atau Reformasi Yang Kita Perlukan?

Lazimnya malam ambang kemerdekaan negera akan diselang seli dengan pekikan "Merdeka, Merdeka, Merdeka" ataupun lain-lain laungan yang bersifat kenegaraan dan patriotik.

 
 
 

Tapi berbeza sekali dengan ambang merdeka yang dianjurkan oleh NGO proksi pakatan pembangkang tempohari apabila laungan politik kepartian lebih mendominasi suasana malam tersebut.

Jelas kedengaran pekikan "reformasi, reformasi" bersilih ganti dengan laungan "hancur, hancur, hancur Najib" mengiringi kedatangan Timbalan Presiden PAS, Mat Sabu manakala di sudut yang lain pula gambar Perdana Menteri dan isterinya dipijak dan dibakar.

Kelihatan juga sekumpulan anak muda pro PKR dan PAS berarak dari Dataran Merdeka ke bangunan DBKL yang berdekatan, kelihatan bendera PAS dan PKR dikibarkan langsung tidak menggambarkan suasana malam merdeka sebaliknya lebih kepada malam demonstrasi ala-ala reformasi.

Sementara itu, di sepanjang persimpangan jalan di hadapan bangunan DBKL dan Dataran Merdeka juga seperti sengaja dimonopoli oleh geng-geng kuning pro pembangkang sehingga lalulintas menjadi sesak selama beberapa jam. Budak-budak motor pro pembangkang bersama teman wanita masing-masing pula berpeleseran di tepi jalan menambah lagi kesasakan lalulintas.

Disebalik rimbun pokok lanskap, beberapa pemuda PKR berbangga menayangkan headband berlogo mata satu bertuliskan Parti Keadilan Rakyat, di suatu sudut berdekatan sekumpulan pemuda pro pembangkang dengan gah mengibarkan bendera baru yang dinamakan sang saka malaya bagi menggantikan Jalur Gemilang.

Di perkarangan bangunan DBKL pula, Mat Sabu dan Hishamuddin Rais bergilir-gilir memberi ucapan politik sambil mendesak pilihanraya bersih diadakan, langsung tiada kaitan dengan sambutan malam kemerdekaan.

Suasana malam tersebut jelas sekali kontradiks dengan janji yang ditaburi oleh pihak penganjur Himpunan Janji Bersih yang memberi jaminan tiada unsur politik dalam sambutan anjuran mereka dan tiada ucapan dari mana-mana pemimpin politik.
 
 

Malah langsung tiada unsur-unsur patriotik atau roh sambutan kemerdekaan tanahair melainkan dipenuhi dengan unsur politik, subversif dan menghina kemerdekaan negara.

Sedangkan sebelum ini merekalah yang paling ke depan memprotes penggunaan tema "55 Tahun Merdeka, Janji Ditepati" dengan alasan tema tersebut berbau politik dan tidak bercirikan perpaduan.

Serentak dengan itu, sebahagian besar pemimpin PR menolak tema tersebut dan beralih kepada tema mereka sendiri "Sebangsa, Senegara, Sejiwa" yang diciplak dari risalah perpaduan yang dicipta oleh Kementerian Penerangan.

Berbakul-bakul alasan yang mereka ciptakan untuk merancakkan polemik dan pertikaian terhadap terhadap tema "Janji Ditepati" disamping untuk menghalalkan langkah songsang mereka merintis kekeliruan dan perpecahan disaat negara mahu menyambut kemerdekaan yang ke 55.

Ternampak jelas, penganjuran Janji Bersih yang diwar-warkan kononnya berniat suci untuk sama-sama meraikan kemerdekaan negara bukan sahaja gagal menepati janji mereka, sebaliknya telah mengotori sejarah perjuangan anak bangsa.

Malam kemerdekaan yang ke 55 ini sepatutnya diraikan dengan penuh gemilang akhirnya tercemar dek kerana mainan politik subversif yang dipelopori pembangkang, selayaknyalah untuk mereka yang terbabit dihukum oleh rakyat dalam pilihanraya umum kelak.
read more...

Keterlaluan.... Nurul Syuhada Bikin TV3 Panassss....

Korang kenal tak dengan Nurul Syuhada, pengacara TV3 yang boleh tahan gak cun dia ni??? Ala-ala Preitty Zinta Malaysia gitu.
 
 
 
 
Stesen TV3 hari ini menjelaskan bahawa penyampaian pengacaranya semasa lintas langsung sambutan Hari Kemerdekaan di Kuala Lumpur Jumaat lalu mengenai Bintulu, salah satu bandar utama di Sarawak, telah disalah tafsir.

“Bagi pihak TV3, kami ingin menerangkan bahawa terdapat salah tafsiran terhadap penyampaian oleh pengacara kami Nurul Syuhada Nurul Ain Mohd Zain ketika merujuk kepada pemilihan Bintulu sebagai lokasi sambutan Hari Malaysia tahun ini, semasa siaran lintas langsung perarakan Hari Kemerdekaan ke-55 pada Jumaat lepas.
 
“Kami meminta maaf jika salah tafsir ini menyinggung mana-mana pihak,” kata TV3 dalam satu kenyataan dikeluarkan malam ini.
 
Kenyataan itu menambah, Nurul Syuhada dan TV3 tidak mempunyai sebarang niat untuk memburukkan bandar tersebut.
 
 
 
 
Beberapa pemimpin dari Sarawak mengecam dan menggesa stesen itu memohon maaf atas alasan personaliti TV3 telah menjejaskan reputasi Bintulu.
 
Semalam, Pengerusi Kelab Ahli Parlimen Barisan Nasional, Datuk Seri Tiong King Sing berkata, kenyataan pengacara TV3 itu semasa lintas langsung sambutan Hari Kemerdekaan telah menjejaskan reputasi Bintulu.
 
Beliau berkata, kenyataan Nurul Syuhada bahawa Bintulu adalah sebuah kawasan daif bukan sahaja menyinggung perasaan rakyat di kawasan itu tetapi juga Sarawak dan dengan itu beliau meminta stesen televisyen itu segera memohon maaf secara terbuka.
 
“Kenyataan ini dibuat semasa lintas langsung yang ditonton oleh jutaan rakyat yang telah menjejaskan (reputasi) Bintulu. Ia memberikan tanggapan salah mengenai Bintulu yang selama ini telah menyumbang berbilion ringgit kepada pendapatan negara,” katanya.
 
 
 
 
 
Beliau yang juga Ahli Parlimen Bintulu berkata, tidak sepatutnya wujud kesangsian mengenai pemilihan Bintulu sebagai pusat sambutan Hari Malaysia peringkat kebangsaan pada 16 September kerana ia mempunyai keupayaan untuk menjadi tuan rumah acara itu.
 
Bintulu ialah satu daripada kawasan di Sarawak yang mencatatkan pembangunan pesat dan menjadi pusat kepada aktiviti pemprosesan minyak dan gas, industri berteknologi tinggi dan sebahagian kawasan penting Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak, kata beliau semalam. – SH
read more...

Republic of Malaysia : Bersediakah Kita Semua

Ramai yang berang dengan sikap keterlaluan puak-puak Pakatan Rakyat yang bukannya meraikan Hari Kemerdekaan, tetapi memperlekeh dan menghina sambutan tersebut.   Dalam himpunan ‘Janji Demokrasi’ yang diadakan pada malam Merdeka, penyokong-penyokong PR telah bertindak mengenepikan Jalur Gemilang dan sebaliknya sebuah bendera baru mirip Indonesia dan Singapura ‘diperkenalkan’.  Terdapat juga risalah yang diedarkan untuk mengajak rakyat mengubah Jalur Gemilang kepada bendera baru itu. 

Jelas, puak-puak Pakatan Rakyat sudah tidak lagi dapat menyembunyikan pendirian mereka yang selama ini menafikan atau menolak sejarah kemerdekaan negara ini.  Walaubagaimanapun, setelah dicemuh secara meluas, pemimpin-pemimpin PR telah terpaksa menafikan adanya niat untuk menukar bendera Malaysia di pihak mereka.  

 
 

Namun, penafian semata-mata tidak membawa makna. Sebaliknya, tindakan PR yang sering berupa ‘khianat’ terhadap negara ini menjadi bukti pupusnya patriotisme di dalam diri mereka.   

PR, terutamanya PKR dan DAP banyak berkongsi pendirian yang sama terutama mengenai menghapuskan Institusi Raja-raja atau menubuhkan Republik Malaysia. PAS, walaubagaimanapun, hanyalah pak turut yang bingung, dungu dan tidak tahu apa-apa yang masih beretorik konon ingin membina Negara Islam. 

Di kalangan mereka yang celik politik, siapa tidak tahu akan niat Anwar untuk menjadikan negara ini negara Republik. Perkara ini telah pun didedahkan oleh Ummi Hafilda dalam siri-siri ceramahnya dan juga sidang akhbar.   Selain itu, Raja Petra Kamaruddin, yang satu ketika dahulu adalah penulis upahan Anwar, sebelum membuat U-turn dan membelasah Anwar, pernah beberapa kali menulis secara berkias mengkritik sistem Beraja, iaitu satu usaha dari pihak Anwar menghasut rakyat mempersoalkan sistem tersebut. 
 
 


Penentangan DAP terhadap Institusi Raja pula bukanlah sesuatu yang baru.  DAP yang selamanya anti Melayu, Islam amat memusuhi Institusi Raja-raja kerana disitulah terdapatnya benteng pertahanan Melayu dan Islam.  Beberapa kali, DAP mempergunakan PKR dan PAS untuk mempersoal atau memperleceh titah Sultan dalam memperkatakan isu mengenai Islam.   Kemuncaknya, dalam sambutan Hari Kemerdekaan peringkat Negeri Selangor, PR telah bertindak membelakangkan terus Sultan Selangor. 

Inilah bukti kukuh bahawa PR benar-benar ingin menukar negara ini menjadi Republik. 

Mencadangkan bentuk bendera yang menyerupai negara-negara jiran kita yang merupakan Republik menunjukkan yang agenda ini telah pun lama berjalan. 

Jika kita menyusuri usaha puak-puak ini, kita akan mendapati bahawa mereka ada mewujudkan blog dan portal, buku dan risalah yang bertujuan mengubah sejarah negara ini, terutama mengenai Kemerdekaan.  Matlamat mereka ialah mempertikai peranan pejuang-pejuang UMNO/Melayu serta mengiktiraf peranan komunis dalam perjuangan kemerdekaan.  Untuk itu, mereka telah menghina askar-askar Melayu, Cina dan India serta orang-orang awam yang telah terkorban dalam pertempuran atau dibunuh kejam oleh komunis.  

Tidak sukar untuk kita memahami kenapa pihak PR, terutamanya DAP, cuba membela komunis iaitu kerana generasi dari darah komunis itu enggan menerima hakikat bahawa nenek-moyang mereka adalah petualang dan pembunuh kejam.  Sebaliknya, mereka ingin mengubah sejarah menjadikan nenek-moyang mereka yang kejam itu, sebagai wira. 

 
 
 

Bukan sejarah mengenai komunis dan kemerdekaan sahaja yang ingin diubah mereka, tetapi juga semua sejarah yang memaparkan pengkhianatan dan kekejaman mereka, contohnya 13 Mei juga, cuba diubah atau dipadam terus. 

Masalah tidak dapat menerima hakikat sejarah ini diwarisi atau dipelajari DAP dari PAP Singapura.  Kita sedia maklum bahawa Singapura telah pun memadamkan terus sejarah negara itu sebelum kedatangan Sir Stamford Raffles.   Secara teknikalnya, sejarah Singapura ditulis kembali seolah-olah ia adalah sebuah pulau yang tidak bertuan, tidak pernah ditemui atau dihuni oleh sesiapa sebelum Raffles. 
Kisah bagaimana Temasek, iaitu nama lama Singapura, telah menjadi pelabuhan penting sejak kurun ke 14 ditutup, mungkin kerana ingin memadamkan terus nama-nama yang menunjukkan bangsa penduduk asal seperti Sang Nila Utama, Parameswara atau Iskandar Shah, iaitu Raja terakhir Temasek.   Adalah penting bagi PAP untuk menghapuskan nama-nama atau jejak-jejak peradaban atau ketamadunan Melayu lama bagi memberi mereka ‘tapak’ dan alasan untuk ‘menjajah’ dan menindas kaum Melayu. 

Bagi PAP, imbasan sejarah silam dikhuatiri akan menaikkan semangat cintakan negara yang membawa kepada pemberontakan atau perjuangan ke arah kemerdekaan bagi menuntut kembali tanahair yang telah tergadai. 

Atas tujuan yang sama, PR cuba menanam sifat memandang remeh terhadap kemerdekaan negara di kalangan rakyat di Malaysia.  Himpunan Janji Demokrasi yang diadakan mereka sebenarnya membawa matlamat ini.    Sedarlah bahawa matlamat mereka untuk mengikut jejak langkah Singapura dengan menenggelamkan sejarah Melayu lama bukanlah cakap-cakap kosong.   Sesungguhnya, mereka telah lama berusaha ke arah itu, dengan dibantu oleh Melayu-melayu pengkhianat di dalam PKR dan Melayu-melayu dungu di dalam PAS.   

Justeru, bendera ‘baru’ Malaysia yang dikibarkan PR bukan isu remeh, ia sebenarnya membawa agenda yang jauh lebih besar dan bahaya, jika kita semua sanggup mengambil sedikit masa untuk memikir dan mengkaji sejarah, sikap dan tindakan DAP/PKR selama ini.  PAS?  Abaikan saja … parti ini akan menurut apa saja, asalkan dapat bergandingan bersama ke Putrajaya.
read more...

Dua Sambutan Merdeka, Salah Siapa???

Sambutan Merdeka 55 Janji Ditepati yang berlangsung di Stadium Nasional baru-baru ini telah mencipta beberapa rekod dan dianggap sungguh bermakna bagi rakyat kerana negara bakal menghadapi Pilihan Raya Umum ke 13 tidak lama lagi

Ini memberikan rakyat peluang sekali lagi dalam tempoh lima tahun untuk memilih sebuah kerajaan yang kuat, komited untuk terus membangunkan negara serta sentiasa mendahulukann rakyat dalam semua dasar dan programnya.

 
 

Kerajaan tersebut tidak lain tidak bukan adalah pentadbiran yang telah diterajui oleh Barisan Nasional di bawah teras kepimpinan Umno selama lebih setengah abad.

Tidak ada parti politik di dunia ini yang mampu menandingi kehebatan gagasan Umno-BN memimpin sebuah negara yang berbilang kaum dalam keadaan penuh keamanan, keharmonian dan kestabilan secara berterusan sejak mencapai kemerdekaan.

Ini disebabkan kekuatan formula kesepakatan,  kesefahaman serta kerjasam antara kaum yang telah dicapai oleh tokoh-tokoh pengasas kemerdekaan pada tahun 1957.

Formula dan pendekatan yang sama telah berjaya mengharungi pelbagai cabaran dan dugaan getir untuk sampai ke tahap di mana ia berada sekarang.

Kejayaan Umno-BN mentadbir sebuah negara yang penuh dengan keunikan serta dilandasi adunan resipi yang hebat tidak mungkin mudah untuk dikalahkan dengan cubaan formula baru yang ingin dikemukakan oleh pihak pembangkang.

Inilah yang berlaku di ambang sambutan kemerdekaan di persekitaran Dataran Merdeka apabila penyokong Pakatan Rakyat cuba mengalihkan keghairahan rakyat yang menunggu detik 12 malam pada 31 Ogos dengan mengadakan himpunan haram Janji Demokrasi.

Malang bagi pembangkang seruan mereka di atas platform ketelusan proses pilihan raya sebagai sambungan kepada rusuhan jalanan Bersih 1.0 dan Bersih 2.0 tidak mendapat perhatian rakyat.

Rakyat tidak lagi menghiraukan jerit pekik dan tiupan vuvuzela penyokong  pembangkang yang dilihat sebagai golongan gila dan hilang akal.

Pakatan Rakyat telah membuktikan bahawa mereka adalah golongan minoriti yang berkelakuan seperti kera sumbang.

Apa tidaknya, hanya kerana mereka bencikan Umno dan BN, Pakatan Rakyat telah hilang pertimbangan rasional dan logik kerana tidak tahu membezakan antara semangat patriotik dan politik.

Dengan tujuan untuk menghilangkan keyakinan rakyat terhadap kerajaan, pembangkang melihat setiap sesuatu mesti dipolitikkan hatta sambutan kemerdekaan sekali pun perlu diserang dan dikorbankan.

Atas mentaliti membangkang segala sesuatu yang dilakukan kerajaan untuk kebaikan rakyat, pembangkang sanggup merosakkan acara gemilang yang amat bermakna bagi negara dan rakyat Malaysia.

Kerana takut kepada tema Janji Ditepati, pembangkang membuat keputusan untuk mengadakan sambutan kemerdekaan secara berasingan dengan slogan dan logo yang berlainan.

Slogan Sebangsa, Senegara, Sejiwa hanya indah khabar dari rupa kerana tidak mencerminkan keadaan sebenar yang berlaku di dalam pakatan pembangkang.

Pergolakan merebut kuasa, penyelewengan dana awam, pertelingkahan antara pemimpin pembangkang serta kegagalan menunaikan janji kepada rakyat hanyalah sekelumit daripada kemelut dan masalah yang membelenggu mereka.

Maka slogan tersebut dengan sendirinya menjadi tidak bermakna dan kosong daripada keikhlasan dan nilai penghayatan.

Sikap bodoh yang ditunjukkan oleh Pakatan Rakyat tersebut secara langsung telah mendedahkan kelemahan mereka sendiri bahawa pembangkang tidak mampu berpegang kepada prinsip hidup bersatu padu antara kaum dan mengekalkan keharmonian masyarakat majmuk yang sedia terjalin.

Pembangkang berfikir dengan mengadakan sambutan kemerdekaan ke 55 secara tersendiri dengan mengasingkan  daripada sambutan arus perdana mereka boleh mendapat sokongan untuk ke Putrajaya.

Malang seribu malang bagi mereka, perbuatan tersebut sebenarnya telah memecah tembelang siapa pembangkang sebenarnya.

Jika mereka sanggup mencemarkan keagungan nilai kemerdekaan negara, apa agaknya yang mereka akan lakukan jika mereka berkuasa di Putrajaya.

Dengarnya sudah ada rancangan untuk menukar bendera kebanggaan negara Jalur Gemilang dengan bendera versi Pakatan Rakyat.

Malah lagu Negaraku yang berkemundang di Stadium Merdeka pada 31 Ogos 1957 selepas Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj melaungkan teriakan keramat Merdeka! juga mahu diganti dengan lagu baru.

Nampaknya pembangkang berhasrat mahu menukar dan meroboh segala institusi atau simbol yang menandakan kejayaan Umno-Bn sejak 55 tahun lalu.

Bangsa Melayu tidak akan selamat di bawah Pakatan Rakyat kerana kejayaan Umno membela orang Melayu mahu dilupuskan dan diganti dengan 'Agenda Rakyat'.

Sebenarnya pembangkang bukan mahu mengagungkan rakyat tetapi sebaliknya memangsakan mereka dengan menjadikan rakyat sebagai alasan untuk membuat perubahan yang bakal merugikan bangsa Melayu dan negara.
read more...

Pakar : BN Akan Meneruskan Pentadbiran

Program transformasi yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mampu memastikan kemenangan Barisan Nasional (BN) pada pilihanraya umum akan datang.

Ketua Ahli Ekonomi Asia Tenggara dan Asia Selatan Economist Coporate Network, Justin Wood, berkata pelabur melihat program pembaharuan yang dilaksanakan sejak dua tahun lalu sebagai salah satu faktor penting keputusan pelaburan mereka di negara ini.
 
 


"BN akan terus memerintah. Saya meramalkan kerajaan yang sama selepas pilihan raya. Ekonomi Malaysia kukuh dan pelaburan lansung asing (FDI) semakin meningkat. Semua ini disebabkan keprihatinan kerajaan sedia ada terhadap setiap maklum balas yang ditimbulkan oleh pelabur asing sebelum ini," katanya ketika taklimat tinjauan ekonomi Malaysia anjuran Philip Morris (Malaysia) Sdn. Bhd disini semalam.

Wood berkata, satu daripada kriteria paling penting yang dikehendaki oleh pelabur asing dalam sesebuah negara adalah kestabilan politik diiringi dasar yang jelas dalam satu pakej.

"Jika kerajaan sekarang kekal, dasar sedia ada sudah pun wujud," katanya.

Beliau juga berkata, selepas memenangi pilihanraya umum akan datang, Najib dan kerajaan perlu meneruskan pelaksanaan program transformasi yang berjaya itu.
read more...

Suatu Kisah Teladan di Parlimen Buat Peringatan Semua

Penulis tertarik dengan tulisan Timbalan Editor akhbar Sinchew Daily yang bertarikh 28 Ogos 2012 mengenai senario PAS menguasai Parlimen dan memperkenalkan undang-undang Jenayah Islam (hudud).  

Dalam artikel tersebut, beliau membayangkan seperti berikut: 

Pada satu hari di bulan September 2014 (setelah PR memerintah), Hadi Awang akan usulkan hudud di dalam Parlimen.  Maka, PAS pastinya menyokong, DAP membantah dan PKR berpecah dua.  BN pula, UMNO akan menyokong dan menyebabkan MCA, Gerakan dan MIC keluar.
 
 


Lalu, di dalam undi Dewan Rakyat kemudiannya, PAS dan UMNO akan mendapat majoriti dua pertiga lalu  Malaysia pun menjadi Negara Islam acuan PAS.

Apa yang dibayangkan beliau bukan mustahil.  Tetapi,  tiada jaminan yang ia akan terjadi sepertimana yang beliau bayangkan.  Ada kemungkinan ia terjadi begini: 

Setelah PR memerintah, Anwar pun ditabalkan sebagai Perdana Menteri dan masing-masing Hadi Awang dan Lim Kit Siang menjadi Timbalan Perdana Menteri 1 dan 2. 

Pada suatu hari, Hadi Awang, setelah mendapat tekanan dari akar umbi PAS, mengusulkan hudud di dalam Parlimen.  DAP pantas membantah menuduh PAS mengkhianati kerjasama PR.  Anwar bangun menghalang Hadi bercakap kerana ternyata telah melanggar perjanjian PR.   Keadaan kecoh dengan pertikaman lidah di antara ketiga-tiga parti, adegan membaling kerusi dan bertumbuk terjadi sehingga memaksa sidang ditangguhkan. 

Hadi Awang dikenakan tindakan oleh Majlis Disiplin PR dan tekanan diberikan kepada PAS agar memecat Hadi Awang.  Mat Sabu kemudiannya mengambil tempat Hadi Awang dan memastikan yang PAS tidak akan lagi membuat usul mengenai hudud atau apa-apa jua yang bertentangan dengan PR terutamanya kehendak dan perjuangan DAP.   Soal hudud pun tamat setakat itu. 

Dengan semua kepimpinan atasan PAS telah dikuasai oleh golongan pro-Anwar dan talibarut DAP, maka usul mengenai penghapusan hak keistimewaan bumiputera pun dilakukan oleh DAP.  Begitu juga dengan Dasar Kesamarataan Total.  DAP, PKR dan PAS menyokong dan begitu juga MCA, Gerakan dan MIC.  Tinggallah UMNO keseorangan membantahnya.  Ketiga-tiga komponen BN tersebut akhirnya mengambil keputusan keluar dari BN dan BN pun berkubur.   

Di masa yang sama, Majlis Peguam dan badan-badan NGO yang bertemakan ‘hak asasi manusia’ akan mengemukakan tuntutan agar kerajaan mengiktiraf hak LGBT.   Anwar akhirnya akan mengumumkan ‘keterpaksaan’ menerima tuntutan mereka bagi meningkatkan kedudukan Malaysia dari segi ‘hak asasi manusia’ dan meletakkan negara seiring dengan negara-negara maju. 

Media asing pun memuji-muji dan menyanjung Malaysia. 

Dan secara tiba-tiba isu-isu berkenaan pihak istana yang mampu memberi gambaran buruk terhadap institusi Raja mula mengambil tempat di semua bentuk media di Malaysia.  Ini dilakukan secara berterusan dalam jangkamasa yang lama iaitu bertahun-tahun sehingga imej institusi tersebut menjadi buruk-seburuk-buruknya. Akhirnya, satu usul tergempar dikemukakan iaitu menghapuskan Institusi Raja-raja.   

Pada ketika ini, desas-desus pemberontakan mula kedengaran dan mungkin sudah pun tercetus secara kecil-kecilan.  Dalam sekelip mata, Malaysia bukan lagi sebuah negara yang stabil yang mampu menarik pelaburan dan pelancongan. 

Tanpa pengalaman, PR gagal menjana ekonomi sedangkan mereka terperangkap untuk menunaikan segala janji bulan bintang yang terpahat di dalam Buku Jingga.   Hutang negara pun bertambah secara drastik. 

Menyedari ramai rakyat mula resah dan tidak puas hati, PR perlu memastikan mereka kekal berkuasa.  Maka dengan kuasa yang ada, keputusan pilihanraya pun dimanipulasi dan sempadan pilihanraya dirombak bagi memastikan kedudukan mereka selamat.  Pengkritik mereka akan disenyapkan dengan berbagai cara sepertimana yang mereka lakukan hari ini iaitu memecat, jika pengkritik tersebut adalah orang dalam, menghitamkan media yang melaporkan salahlaku mereka dan tidak hairan juga jika ada saja yang ‘terjun bangunan’ jika berpotensi membuka pekung mereka. 

Media asing yang selama ini menyokong PR mula mengkritik Malaysia.   Kerajaan PR mula hilang kawalan dan media asing mula menggambarkan Anwar sebagai diktator yang boros dan tidak berwibawa dan tidak mampu mentadbir.   

Rakyat yang semakin marah mula memberontak secara besar-besaran.   Kaum Melayu yang semakin terpinggir akibat dasar kesamarataan total tidak lagi dapat menahan sabar.  Mereka juga nekad membela Raja-raja yang terbuang.  Ekonomi Malaysia ranap sepenuhnya. 

Akhirnya, pihak asing pun tampil memberi ‘bantuan’ sekali gus, segala sumber dan hasil negara entah bagaimana, tiba-tiba menjadi milik mereka. 

Hanya beberapa penggal PR memerintah, Malaysia kembali menjadi negara dunia ketiga. 

Jika kaum Cina bimbang dengan penguasaan PAS, kaum Melayu pula bimbang dengan penguasaan DAP.  Justeru, kenapa perlu diambil risiko memberi undi kepada mana-mana dari kedua parti ini? 

Di bawah BN, kaum Cina telah pun berjaya menguasai 80% kek ekonomi Malaysia.   Di bawah BN juga, Islam kekal di kedudukan tertinggi dan umat Islam berpeluang mengerjakan ibadah tanpa batasan. 

Pendek kata, jika wang yang dikhuatiri oleh kaum Cina, maka BN memberi mereka peluang mengejarnya dan jika akhirat yang dikejar kaum Melayu maka BN tidak pernah menghalang mereka merebutnya. 

Hidup kita ternyata aman, damai, sejahtera dan makmur di bawah pemerintahan BN.  Justeru, tepuk dada, tanya selera, apakah yang lebih penting dari keselamatan dan kesejahteraan keluarga dan generasi akan datang?   Kenapa kita harus mengambil risiko mengundi ‘malaikat yang kita tidak kenal?’
read more...

Networkedblog

MENARIK

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top