Nuffnang

Media Sosial Perosak Generasi Muda?

KUALA LUMPUR, 2 Jan – Bekas Pengerusi Biro Agama Pemuda UMNO, Datuk Shamsul Najmi Shamsuddin menyeru golongan muda di negara ini agar sentiasa berhati-hati dan menapis segala maklumat yang diperolehi di laman-laman sosial dan blog kerana dibimbangi ia adalah fitnah yang boleh menghancurkan masa depan mereka dan negara.
 
Beliau menegaskan demikian kerana golongan ini merupakan majoriti rakyat yang terdedah kepada sumber-sumber daripada laman-laman sosial dan blog, yang adakalanya membawa berita atau maklumat yang tidak sahih yang boleh menjurus ke arah fitnah.
 
“Bila kita memperkatakan golongan muda, golongan ini mempunyai potensi besar jika dibandingkan dengan golongan kanak-kanak dan golongan tua. Dan di dalam negara ini, golongan inilah yang paling terdedah kepada semua maklumat dan info-info yang ada di alam maya.
 
“Sebab itu, saya menyeru golongan ini agar sentiasa berfikir dan menilai sebarang maklumat di dalam dunia yang penuh kekeliruan dan fitnah hari ini. Maklumat yang sampai kepada golongan ini merentasi zaman, sebab itu golongan ini perlu menilai dan menimbang mana yang betul dan mana yang tidak betul,” tegas beliau kepada UMNO-Online di sini hari ini.
 
Tambahnya lagi, sekiranya orang muda salah menilai maklumat dan info yang sampai kepada mereka, yang akhirnya akan mencorakkan pemikiran dan kelakuan mereka, maka ia boleh memberi kesan kepada generasi kanak-kanak dan generasi orang tua akan menjadi mangsa.
 
“Masa depan agama, bangsa dan negara terletak di tangan golongan muda. Sebab itu Rasulullah saw bukan saja meletakkan orang-orang muda di barisan hadapan ketika peperangan, tetapi golongan ini jugalah yang diletakkan oleh Rasulullah saw dalam urusan pentadbiran umat Islam dalam pelbagai bidang.
 
“Maka dengan contoh yang diberikan oleh Rasulullah saw, bagaimana baginda amat menyakini akan kemampuan dan peranan orang muda dalam mempertahankan Islam dan negara, sebab itu saya seru agar golongan muda di negara ini tidak mensia-siakan pemikiran mereka dengan maklumat-maklumat yang sia-sia dan maklumat yang tidak tahu hujung pangkalnya.
 
“Di dalam Al Quran, Allah sudah memberitahu kepada kita bahawa apabila sampai satu maklumat kepada kita, maka kita mestilah menyiasat terlebih dulu. Ini penting, kerana golongan inilah yang menjadi sasaran utama dalam industri maklumat di negara ini terutama bagi golongan yang tidak bertanggungjawab untuk menyebarkan fitnah dan perkara-perkara dusta,” ujarnya.
 
Lantaran itu menurut beliau, Allah telah memberi amaran di dalam Al Quran, sekiranya umat Islam, terutamanya golongan muda di negara ini yang menjadi teras pemangkin kepada negara, sekiranya mereka mempercayai maklumat yang tidak sahih dan fitnah, maka akibatnya amat besar kerana sesuatu negara atau kaum itu akan mendapat musibah akibat golongan muda yang salah pertimbangan dalam penilaian maklumat yang mereka terima.
 
“Jika tersilap pertimbangan, negara sudah runtuh, Islam dan ranap dan bangsa sudah hancur, maka barulah kita akan merasa menyesal tentang kesilapan kita dalam membuat penilaian. Ini telah Allah tegaskan di dalam Al Quran. Sebab itu penilaian dan pertimbangan itu amat penting.
 
“Justeru itu, sekali lagi saya mengingatkan golongan muda di negara ini, khususnya pemuda Islam, bahawa di bahu merekalah terpikulnya tanggungjawab untuk meneruskan survival Islam, bangsa dan negara kita agar terus kehadapan.
 
“Jangan gadaikan Islam, bangsa dan negara, hanya kerana rasa tidak puas hati yang bersarang di hati kita. Setiap masalah ada jalan penyelesaiannya. Sebelum membuat sebarang kesimpulan, letakkan akal fikiran kita diatas sebagai alat untuk membuat penilaian dan pertimbangan. Jangan kelak, kita menyesal di kemudian hari,” ujarnya. - MediaUMNO
read more...

PEMBATALAN LALUAN, AIR ASIA BERI PILIHAN KEPADA PELANGGAN

Penerbangan Murah Terbaik AIRASIA akan menarik balik penerbangan harian dari Pulau Pinang ke Hong Kong berkuatkuasa 4 Mac 2013 bertujuan menjajarkan perancangan laluan bagi hab Pulau Pinang selain sebab-sebab komersial.
 
 
 
 
 
 
Sehubungan itu, pengguna yang terjejas oleh penamatan itu akan ditawarkan pilihan bagi mengatasi kesukaran yang mungkin berlaku. Setiap pengguna yang terbabit akan dimaklumkan menerusi e-mel anggota berdaftar selain makluman menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS).

“Pelanggan yang terbabit boleh memilih empat opsyen: Memilih penerbangan pada tarikh lebih awal ke atau dari Pulau Pinang atau Hong Kong tanpa caj tambahan dan dari Kuala Lumpur ke Hong Kong atau sebaliknya tanpa sebarang caj tambahan.

“Mereka juga boleh mendapatkan kredit shell bagi nilai yang mereka bayar, yang sah, selama tiga bulan atau pemulangan wang sepenuhnya,” katanya dalam kenyataan di Kuala Lumpur - mYmETRO
 
Jadi, kepada pengguna yang telah membuat tempahan awal bagi penerbangan Penang - Hong Kong, cepat-cepatlah buat keputusan anda.
 
 
 
read more...

Imbasan : 8 Amanat Hj. Hadi Awang Yang Perlu Kita Baca Dan Tafsir Dengan Mata Hati

Sekadar Mengimbas Kembali 8 Amanat Hj Hadi 1981 Buat Tatapan Semua Untuk Difikir dan Dinilai Dengan Mata Hati Kita


1. Percaya bahawa tidak sah solat yang diimamkan orang UMNO, 

2. Percaya bahawa haram makan sembelihan orang UMNO,

3. Percaya bahawa tidak sah pernikahan yang dijalankan oleh kadhi atau imam yang dilantik UMNO dan pasangan yang terlibat perlu dinikahkan kembali dengan segera

4. Percaya bahawa terfasakh pernikahan dengan pasangan yang menyokong UMNO

5. Percaya bahawa jenazah orang UMNO tidak perlu disembahyangkan sepertimana orang kafir atau murtad

6. Percaya bahawa tidak boleh membenarkan orang UMNO melakukan sembahyang jenazah ke atas orang PAS/Islam. 

7. Percaya bahawa tidak boleh mengebumikan orang UMNO di tanah perkuburan Islam

8. Percaya bahawa ibadah orang UMNO tidak diterima 



Jika Hadi Awang ingin terus berdegil menafikan yang Amanat beliaulah yang menjadi punca segala kesesatan tersebut, maka beliau wajar tampil menjelaskan siapakah yang sebenarnya yang perlu dipersalahkan dalam perpisahan pasangan suami isteri akibat percaya yang pasangannya kafir? Siapa yang perlu dipersalahkan apabila hati ibu atau bapa hancur, dan akhirnya meninggal dunia dalam keadaan anak-anak sendiri menuduh mereka kafir? 



Atau apakah tuduhan kafir itu telah berbalik kepada diri mereka sendiri, sepertimana pesan Rasulullah SAW: “Barang siapa berkata kepada saudaranya, Hai kafir! maka kalimat itu pulang kepada salah seorang dari keduanya, jika kekafiran itu benar ada, jika tidak, maka kekafiran itu berbalik kepada diri yang mengucapkannya.”






Setahu BB, seorang umat Islam perlu memahami dan yakin kepada 6 Rukun Iman seperti berikut:


(1) Beriman (percaya) kepada ALLAH SWT
(2) Beriman (percaya)
 kepada Malaikat-malaikat
(3) Beriman (percaya) kepada Kitab-kitab
(4) Beriman (percaya) kepada Rasul-rasul
(5) Beriman (percaya) kepada Hari Kiamat
(6) Beriman (percaya) kepada Qada dan Qadar





Menurut rekod, Majlis Fatwa Kebangsaan telah menyifatkan Amanat Presiden Pas, Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang yang dikeluarkan sejak 1981 adalah bercanggah dengan Islam.
Amanat Tuan Guru Hj Abd Hadi itu ialah suatu sedutan ceramah umum Hj Abd Hadi Awang di kampung Benggol Peradong, Kuala Terengganu pada 7 April 1981.
Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan yang bermesyuarat di Pekan, Pahang pada Februari 1986 dan telah memutuskan bahawa "Amanat Hadi Bercanggah Dengan Islam dan Prinsip Dakwah Islamiah".
Untuk rujukan laporan fatwa itu dikeluarkan oleh Petikan Utusan Malaysia, 20 Februari 1986.


read more...

SALAH SIAPA : BERSEKEDUDUKAN KERANA TIDAK MENDAPAT RESTU, AKHIRNYA DAPAT ANAK LUAR NIKAH


BATU PAHAT – “Tidak mendapat restu,” alasan yang diberikan oleh seorang wanita ketika ditangkap tinggal sekedudukan bersama teman lelakinya dalam serbuan Unit Penguatkuasa Pejabat Kadi Daerah Batu Pahat di sebuah rumah di Pantai Punggor, Rengit, di sini, awal pagi semalam.

Lebih memeranjatkan, serbuan jam 1.30 pagi turut membongkar wanita terbabit sudah melahirkan seorang bayi lelaki berusia setahun hasil daripada hubungan sulitnya dengan teman lelakinya.





Wanita terbabit dikenali sebagai Yati, 22, berkata, dia tinggal sekedudukan bersama teman lelakinya, Hafiz, 29, berikutan hubungan mereka tidak mendapat restu keluarganya yang berada di Kemunting, Perak .

“Saya sudah sedia dan telah berusaha menyediakan beberapa dokumen untuk berkahwin serta memujuk ayah namun ayah tidak merestuinya," katanya.

Sementara itu, Timbalan Penguat Kuasa Pejabat Kadi Daerah Batu Pahat, Saiful Arifin Mohd Sopah berkata, pasangan terbabit akan dikenakan tindakan mahkamah dalam tempoh terdekat selepas siasatan lengkap dijalankan.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 23 (1)(2) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Johor kerana melakukan persetubuhan luar nikah sehingga melahirkan anak.

“Saya menasihatkan supaya ibu bapa lebih peka terhadap sikap dan perlakuan anak-anak mereka. Kes sebegini semakin membimbangkan," katanya.- SH

SEDIKIT PERKONGSIAN

Status anak luar nikah (anak yang tidak sah tarafnya) adalah anak yang lahir dari hubungan ibu bapa tanpa ikatan pernikahan yang sah dari segi syariat Islam. Anak tersebut bukan anak haram, bukan najis dan kotor, sebenarnya anak itu adalah sempurna dan dilahirkan dalam keadaan fitrah dan bersih tanpa dosa. Bagi saya tidak baik dan tidak patut sangat menggelar anak tersebut sebagai anak haram. Yang menjadi masalah ialah hubungan zina kedua ibu bapanya tanpa ikatan perkahwinan. Haram itu adalah pelakuan ibu bapanya dan bukan anak itu haram. Firman Allah yang bermaksud :

“Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia Dalam bentuk Yang sebaik-baiknya (dan berkelengkapan sesuai Dengan keadaannya).” (At-Tin : 4)

“Dan Sesungguhnya Kami telah memuliakan anak-anak Adam; dan Kami telah beri mereka menggunakan berbagai-bagai kenderaan di darat dan di laut; dan Kami telah memberikan rezeki kepada mereka dari benda-benda Yang baik-baik serta Kami telah lebihkan mereka Dengan selebih-lebihnya atas banyak makhluk-makhluk Yang telah Kami ciptakan.” (Al-Isra : 70)

Hadis Nabi yang bermaksud : “Setiap anak yang dilahirkan adalah fitrah”.

Ketiga-tiga dalil yang diberikan di atas ini, sangat jelas dan tidak dapat dipertikaikan bahawa setiap manusia yang dilahirkan adalah dalam keadaan yang sangat baik dan bukan dalam keadaan aib dan hina sepertimana yang digambarkan oleh sesetengah pihak terhadap anak-anak luar nikah ini. Jangan dibinasakan anak tersebut disebabkan anak tersebut luar nikah. Sepatutnya kita sebagai orang Islam wajib memuliakan antara satu sama lain, berbuat baik antara satu sama lain kerana ini yang dikehendaki oleh Islam dan ini juga merupakan sifat Rasulullah saw.

Jangan kita menghina anak tersebut dan meminggirkannya sehingga dirinya merasa hina disebabkan salah ibu bapanya. Dosa besar bagi orang yang menaburkan fitnah dan mengaibkan orang di atas segala dosa yang telah dilakukan oleh ibu dan bapanya. Dosa ibu bapanya yang lalu biarlah mereka dengan Allah, kita sebagai umat Islam berdoa kepada Allah mudah-mudahan Allah mengampunkan segala dosa ketelanjuran mereka dahulu. Sebagai umat Islam tidak sepatutnya menuding jari kepada sesiapa atas kesalahan yang telah dilakukan, tetapi sepatutnya mengajak dan memberikan nasihat yang baik kepada mereka supaya mereka mengerti akan pelakuan mereka itu adalah salah di sisi syariat dan bersegeralah bertaubat. Sesungguhnya Allah menerima ampun bagi sesiapa yang bertaubat dengan sebenar-benar taubat (taubat nasuha).

Anak luar nikah tidak dipertanggungjawabkan atas kelakuan ibu bapanya yang terlanjur dan tidak boleh kita menuding jari kepada anak tersebut, dia juga mempunyai perasaan dan mempunyai hati yang perlu dijaga oleh kita. Setiap amalan kejahatan dan kebaikan adalah merupakan tanggungjawab individu tersebut dan tidak dipertanggungjawabkan kepada orang lain. Firman Allah yang bermaksud :

“Patutkah manusia menyangka, Bahawa ia akan ditinggalkan terbiar (dengan tidak diberikan tanggungjawab dan tidak dihidupkan menerima balasan)?” (Al-Qiyamah : 36)

Setiap anak yang dilahirkan perlu dibimbing dan dididik kearah yang dituntut dalam Islam, menghantar anak mempelajari ilmu-ilmu agama terlebih dahulu kerana ini merupakan fardhu ain dan wajib dituntut oleh setiap individu muslim sebagai panduan hidupnya. Jika anak tersebut menjadi ustaz, menjadi imam, menjadi muazzin dan sebagainya, maka itu lebih positif dan bagus kerana anak tersebut merupakan saham kebaikan kepada ibu bapanya dan sudah pasti anak tersebut akan sentiasa mendoakan kebaikan terhadap ibu bapanya. Jika anak tersebut mengetahui akan status dirinya adalah anak luar nikah, saya rasa mungkin anak tersebut menerima kenyataan dengan redho dan mengetahui ini adalah ketentuan Allah.

Bagaimana jika anak luar nikah jadi imam di masjid atau di surau? Jawapannya solat jemaah itu tetap sah jika anak luar nikah itu menjadi imam atas kelayakkannya, mengikuti krateria-krateria sebagai seorang imam, fasih bacaannya, sebutan jelas dan tajwidnya betul, maka itu tidak menjadi masalah dan solat jemaah tersebut sah.

Adakah boleh anak luar nikah jadi wali kepada adik-adiknya? Jawapannya menurut pendapat ulamak anak luar nikah tidak boleh dibin atau dibintikan kepada bapanya, kerana hubungan ibu dan bapanya diluar ikatan perkahwinan yang sah. Anak luar nikah ini perlu dibin atau dibintikan kepada Abdullah. Jadi jelas di sini, bahawa anak tersebut tidak dikira dari darah daging ayahnya. Anak luar nikah ini tidak boleh jadi wali kepada adik-adiknya.

Adakah bapa yang melakukan zina sehingga dia dilahirkan itu boleh jadi walinya? Jawapannya adalah tidak boleh sebab, menurut pendapat ulamak bapak tersebut tidak sah dan tidak diiktiraf kerana mereka melakukan hubungan diluar ikatan perkahwinan yang sah. Maka anak tersebut boleh diwalikan oleh wali hakim (perkara ini boleh dirujuk kepada bahagian pembangunan keluarga Islam Jabatan Agama Islam mana-mana negeri dalam Malaysia.
read more...

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top