Nuffnang

MINTA MAAF LAGI : Rafizi Dimalukan Dengan Fakta Sendiri, Berhadapan Saman


Naib Presiden PKR Rafizi Ramli hari ini tampil memohon maaf gara-gara kesilapannya yang mengaitkan Florence Goh dengan pelobi Amerika Syarikat.

Selepas Florence dari CRT Insight Technologies Sdn Bhd membuat sidang media hari ini bagi menafikannya tuduhan berkenaan barulah Rafizi yang menganggap tuduhan beliau itu sebagai kesilapan, tampil memohon maaf.
Adakah ia hanya mencukupi dengan permohonan maaf sedangkan nama Florence telah terjejas gara-gara tuduhannya itu? Ternyata dalam keghairahan mencari silap pemimpin negara, beliau telah membuat satu tuduhan hingga menjejaskan orang yang tidak bersalah.

Tidakkah Rafizi serik dengan beberapa tindakan undang-undang yang dikenakan ke atasnya sebelum ini, gara-gara membuat fitnah dan beliau juga terpaksa memohon maaf atas kesilapannya itu?

Ternyata tanpa pemeriksaan yang menyeluruh, Rafizi membuat tuduhan berkenaan. Nampaknya tindakan Florence membuat laporan polis adalah satu langkah yang tepat dan beliau juga sepatutnya mengambil tindakan undang-undang terhadap Ahli Parlimen Pandan itu.

Menuduh seseorang sembarangan merupakan sesuatu yang tidak boleh diterima apatah lagi tanpa bukti yang jelas.

Selain Florence, Rafizi turut menuduh Tan Sri Shahrir Samad dan Datuk Nur Jazlan Mohamed mengenali individu di sebalik penggunaan pelobi berkenaan.

Namun ia dinafikan oleh Shahrir dan Nur Jazlan. Maaf sahaja tidak mencukupi.

Pejabat Perdana Menteri sebelum ini menafikan melantik Healy Baumgardner-Nardone, bekas pembantu Presiden Amerika Syarikat Donald Trump untuk melakukan kerja-kerja melobi bagi pihaknya.


Dalam satu sidang media khas Timbalan Presiden MCA, DS Wee Ka Siong pagi tadi, wanita tersebut Florence Goh berkata tuduhan Rafizi mengancam keluarga dan perniagaannya. Florence Goh memperkenalkan dirinya sebagai pemilik CRT Insights Technologies Sdn Bhd.
"Saya bukan individu itu dan saya tidak ada kaitan dengan mana-mana parti politik. Saya hanya seorang ahli perniagaan, Saya berharap pihak berkuasa akan membantu saya kerana saya tidak bersalah."
Florence Goh berkata pejabatnya terletak di 42 Jalan Molek 2/1, dan bukannya 42 Jalan Molek 2/3 seperti yang didakwa oleh Rafizi Ramli. DS Dr Wee kemudiannya, membekalkan laporan SSM yang menunjukkan bahawa sebuah syarikat berbeza sebaliknya beroperasi di 42 Jalan Molek 2/3, yang tidak mempunyai seorang pengarah bernama Florence Goh. Florence Goh hari ini menuntut permohonan maaf daripada Rafizi yang juga Ahli Parlimen Pandan. DS Dr Wee secara tegas menemplak Rafizi Ramli dengan berkata,
"Sebelum kamu membuat sebarang tuduhan liar kamu mesti semak secara menyeluruh. Bagaimana boleh kamu membuat kesilapan tersebut, kamu tidak boleh menuduh seseorang sebarangan."
Hmmm.... seperti biasa, selepas membuat fitnah RAFIZI hanya akan minta maaf. Diharap mana-mana pihak jangan memberi muka lagi kepada Si Sotong ni. Teruskan saman.

Tiada maaf bagimu RAFIZI!!!.


Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top