Blogger Tips and TricksLatest Tips And TricksBlogger Tricks

BODOH : Rafizi Isytihar Perang Dengan Zuraida?


Ahli Parlimen PKR Pandan Rafizi Ramli secara sinis mendakwa dirinya adalah ahli parlimen yang bodoh kerana tidak menggunakan permit import (AP) seperti Zuraida Kamaruddin membeli kenderaan mewah selama dua penggal menjadi ahli parlimen.

Tindakan sindir menyindir di antara kedua-dua ahli parlimen tersebut jelas diperlihat melalui akaun Twitter Rafizi bertarikh 26 Mei 2017.

Ia sebagai respon kepada kenyataan Zuraida sebelum ini menerusi portal berita Sinar Harian yang mendakwa dirinya adalah bodoh jika beliau sebagai ahli Parlimen tidak menggunakan kemudahan AP untuk memiliki semua kereta mewahnya.

Menurut Pengerusi Gerakan Akar Umbi UMNO Malaysia (GAUM), Zulkarnain Mahdar, tindakan Rafizi dan Zuraida itu membenarkan wujudnya dua ‘kem’ dalam parti tersebut dengan diketuai oleh pemimpin tertinggi PKR.

Dalam laman twitter tersebut, ia seolah-olah mewakili kem Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

“Difahamkan sebelum ini wujud dua kem di dalam Parti Keadilan yang diterajui oleh Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah dan Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Azmin Ali. Turut dipercayai Rafizi Ramli berada di dalam kem Wan Azizah manakala Zuraida Kamarudin pula dengan Azmin Ali.

“Perbezaan ketara di antara Wan Azizah dan Azmin Ali jelas ketara apabila gerakan langkah Kajang yang diketuai oleh Rafizi sebelum ini menemui kegagalan untuk meletakkan Wan Azizah sebagai Menteri Besar Selangor menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim,” kata Zulkarnaian.

Terdahulu, Zuraida berkata sebagai Ahli Parlimen beliau diberi peruntukan AP atas namanya dan merasakan dirinya bodoh jika tidak menggunakan kemudahan itu.

“Sebelum terlibat dalam politik pun saya sudah bawa kereta berkualiti. Dalam kehidupan, saya sentiasa utamakan barangan tahan lama,” katanya.

Kenyataan itu bagi menjawab tuduhan beberapa pihak yang mengaitkan Zuraida mempunyai kekayaan luar biasa dan memiliki pelbagai kereta mewah.

Beliau juga dikaitkan dengan Ketua Pemuda PKR Ampang, Datuk Adam Rosly yang ditahan dan didakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana membuat pengisytiharan palsu mengenai kekayaannya.

Malah Zuraida turut mencabar mana-mana individu yang mengaitkannya dengan isu rasuah membuat laporan kepada pihak berkuasa.

“Sesiapa anak jantan pergi buat laporan, sampai sekarang saya tidak pernah disiasat oleh SPRM,” katanya.

Sementara itu, Azmin ketika ditemui media semalam berkata, beliau hanya berminat untuk melakukan kebaikan dan kerja amal sahaja sepanjang bulan Ramadan ini daripada membuat ulasan dan terbabit dengan perbalahan Rafizi dan Zuraida.
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Networkedblog

MENARIK

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top