Blogger Tips and TricksLatest Tips And TricksBlogger Tricks

PANASSS : Mufti Selangor Jawab KJ Soal Ponteng Puasa




Panas... Panas.. Panas.... Mufti Selangor, Datuk Mohd Tamyes Abd Wahid menjelaskan, sumber untuk membantu fakir miskin dan menangkap orang ponteng puasa sudah diatur dan disediakan dari awal.
Beliau berkata demkian sebagai respon kepada twit Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin yang mencadangkan agar sumber yang jabatan agama gunakan untuk menangkap golongan “ponteng puasa” digunakan untuk membantu asnaf yang memerlukan bantuan.

Menjawab cadangan itu, Mohd Tamyes berkata, bajet untuk bantuan fakir miskin sudah disediakan bagi bulan Ramadan, dan lembaga zakat sudah mengenal pasti penerimanya.

“Malah lembaga zakat turut mengenal pasti siapa dalam kalangan fakir miskin dan asnaf lain yang akan mendapat bantuan bulanan atau bantuan tertentu yang lain.

“Sumber daripada jabatan agama telah disusun atau mengikut sasaran kerja tahunan yang telah diatur daripada awal tahun atau daripada tahun lepas lagi,” katanya yang dipetik daripada portal.

Tamyes berkata, jabatan agama bertindak mengikut undang-undang, peraturan dan prosedur yang ditetapkan.

“Sama ada melalui enakmen yang telah ditentukan atau enakmen tertentu yang dipastikan kena laksanakan. Ini memang telah dirancang.

“Maknanya setiap pegawai ataupun bahagian itu telah merancang, termasuklah menangkap orang yang tidak berpuasa,” katanya.
Share this article

2 Komen:

  1. Cepat betul mufti selangor jawab kalau pertanyaan dari orang sama sama agama..tetapi kenapa jadi pekak badak dan bisu bila hal hal penghinaan agama oleh kafir lahanat..mufti mufti rupa nya tambah sensitif bila saudara seagama yg bercakap..ish ish ish

    BalasPadam
  2. Nak tunggu jemputan upacara potong riben ladang2 babi di Selangor.

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Networkedblog

MENARIK

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top