Nuffnang

PM KE-7 : Mahathir Timbang Tawaran Pakatan Harapan!!


Pulakkk.... dah semakin tenat dah nampaknya atok ni... Tun Dr Mahathir Mohamad bersedia mempertimbangkan jawatan Perdana Menteri jika Pakatan Harapan (PH) membentuk kerajaan selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14). 
Kesediaan Penasihat Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu untuk menjadi Perdana Menteri ketujuh dinyatakan dalam temu bual `Hang Tanya Che Det Jawab' menerusi siaran langsung Facebook rasminya hari ini. 

"Saya tidak boleh membelakangkan kawan-kawan dalam PH, kalau mereka ada cadangan itu (memilihnya menjadi Perdana Menteri) dan dipersetujui, mungkin saya terpaksa menimbang (jawatan Perdana Menteri). "Tetapi buat masa ini saya tidak bersetuju jadi Perdana Menteri, selepas saya bersara saya takkan jadi Perdana Menteri lagi," katanya. 

Dr Mahathir menjawab soalan dikemukakan pemilik akaun Facebook yang mengikuti sesi temu bual berkenaan yang mahu mengetahui sama ada beliau masih berminat untuk menjadi Perdana Menteri jika PH berjaya menawan Putrajaya pada PRU-14. 

Menjawab soalan jika beliau tidak berminat dengan jawatan Perdana Menteri, apakah peranan yang akan diambil jika PH berjaya menumbangkan kerajaan BN, Dr Mahathir berkata sekurang-kurangnya pandangan beliau diambil kira oleh parti yang memerintah berhubung isu atau masalah dihadapi negara. 

"Ini kerana saya menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun, saya mempunyai banyak pengalaman dan maklumat mungkin berguna... kalau saya diberi peluang untuk memberi pendapat, kalau ada soalan (isu/masalah) yang memerlukan perbincangan, saya bersedia mengambil bahagian untuk mencari penyelesaian kepada masalah dihadapi," katanya. 

Sementara itu, Dr Mahathir berkata, perkara pertama yang akan dilakukan beliau bagi membantu ekonomi negara jika ditakdirkan menjadi Perdana Menteri atau penasihat kerajaan, beliau akan menubuhkan jawatankuasa dianggotai pakar dalam bidang berkaitan. 

Katanya, daripada jawatankuasa itu, kerajaan akan mendapat maklumat setiap hari bagi memahami keadaan yang sedang berlaku dan ahli jawatankuasa bebas memberikan cadangan kaedah mengatasi masalah berkenaan. 

"Ini cara yang saya guna ketika krisis mata wang... dengan adanya pakar termasuk menteri juga orang yang pakar dalam bidang ini, saya dapati banyak cadangan yang disuarakan dan boleh dipertimbangkan. 

"Itulah sebabnya, saya bersetuju dengan cara kawalan mata wang untuk mengatasi kejatuhan nilai ringgit," katanya.

P/S : Nak jadi PM kena tanding dan menang Parlimen. Jadi Parlimen mana Tun nak bertanding? Apa kata Tun bertanding di Pekan, Pahang?

Namun admin punya pandangan, tak payah la Tun. Jangan menghina dan merendah-rendahkan diri sendiri ke tahap yang paling hina.  Lihat saja di PRK Kuala Kangsar dan Sungai Besar. Jangan terlalu yakin takut nanti termalu sendiri, menempah kehinaan sendiri.

Mungkin Tun amat berjasa, tapi tidak bermakna apa yang Tun kata dan Tun buat itu benar dan betul belaka. Masa Tun telah berlalu....

Satu lagi... Bang Non nak campak mana? Huhu.... Giler punya pakatan
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top