Blogger Tips and TricksLatest Tips And TricksBlogger Tricks

Fakta Menarik Mengapa Kerajaan BN Masih Kekal Sehingga Sekarang. Dahulu, Kini dan Selamanya

Sesuatu produk yang baik akan bertahan lama, biarpun begitu banyak produk baru yang muncul di pasaran.   Malah, produk-produk baru itu juga tidak dapat tidak akan mencuba sedaya upaya untuk meniru atau menciplak produk lama itu.  





Seringkali terjadi, pengguna yang telah mencuba produk baru akan kembali menggunakan yang lama kerana tidak berpuas hati dengan kualiti produk ciplak atau tiruan.  Produk asal  yang asli dan berkualiti akan tetap di hati dan bertahan biarpun berdekad-dekad lamanya. 

Begitulah halnya dengan Barisan Nasional yang tetap bertahan biarpun usia sudah menjangkau 55 tahun.  Biar begitu banyak saingan dari parti-parti lain, termasuk parti-parti baru yang berusaha untuk meniru atau menciplak BN, namun produk tiruan tidak mungkin sama dengan yang asli. 





Persoalannya, bagaimana BN boleh bertahan walaupun berbagai-bagai tohmahan dilemparkan bagi memburukkan imej dan reputasinya?   Jawapannya, kerana semua rakyat dapat melihat bukti nyata, selama tahun demi tahun, bahawa perjuangan BN adalah demi rakyat dan demi masa depan negara, bukan demi individu atau kumpulan tertentu. 

Ini sama seperti seorang peniaga yang berniaga dengan ikhlas, memberi khidmat terbaik atau memastikan kualiti terbaik produknya untuk kepuasan pengguna dan bukannya berniaga hanya kerana ingin untung besar. 

Dan inilah yang tidak dapat difahami oleh musuh-musuh atau pesaing-pesaing BN di dalam politik. 





Kebanyakan mereka, hanya ingin ‘untung besar’ iaitu memegang kuasa tetapi tidak punya keikhlasan untuk berkhidmat kepada rakyat.  Oleh itu, segelintir rakyat mungkin terpedaya sebentar dengan promosi, iklan atau lebih tepat, dakyah-dakyah mereka tetapi kemudiannya, rakyat akan tetap kembali kepada BN kerana percaya hanya produk BN yang benar-benar asli lagi berkualiti.  Hanya BN yang mampu membawa Malaysia ke tahap ini. 

Sejarah telah merekodkan bagaimana BN berjaya mengekalkan keamanan di saat kritikal.  BN berjaya membawa kita mengharungi beberapa krisis ekonomi dunia dengan aman dan tanpa rakyat terjejas teruk. 




Malah, hari ini, di kala dunia sedang dalam kritikal,  sehingga Greece bankrap dan Sepanyol, Portugal dan Itali serta Britain juga sedang bergelut dengan krisis ekonomi tetapi Malaysia masih ‘bergaya’ dengan kadar pertumbuhan ekonomi di tahap empat ke lima peratus lebih baik dari Eropah dan Amerika. 

Rakyat di negara Arab pula sibuk memberontak serta memusnahkan kehidupan sendiri, manakala sebahagian lagi negara di dunia menghadapi perang saudara, pembunuhan etnik, kebuluran dan berbagai-bagai lagi yang mungkin akan dapat diatasi jika kerajaan mereka lebih cekap dan prihatin.  Tetapi ini tidak berlaku di Malaysia walaupun kita hidup berbilang kaum dan berbagai agama. 





Benar kita merasa sedikit ‘sesak’ kerana kos sara hidup yang semakin tinggi tetapi adalah munafik bagi sesiapa yang menafikan bahawa rakyat Malaysia amat mewah dengan makanan sehinggakan di bulan Ramadhan ini pembaziran berleluasa dan berbuka di hotel masih menjadi budaya. 

Semua ini adalah mustahil sekiranya kerajaan BN bukan sebuah kerajaan yang baik. 

Di celah-celah itu, walaupun seimbas pandang rakyat Malaysia sudah cukup mewah dan selesa, namun BN tetap memberikan bantuan langsung dalam berbagai bentuk seperti BR1M, KR1M, TR1M, Klinik 1Malaysia, durian runtuh untuk warga Felda, Bonus untuk kakitangan awam, Duit raya untuk warga Felda dan sebagainya, demi untuk meringankan beban rakyat. 

Tidak keterlaluan jika dikatakan bantuan tersebut hanyalah untuk membantu rakyat untuk ‘mengekalkan kemewahan’ dan bukannya untuk mengurangkan penderitaan.  Ini kerana, jarang sekali rakyat yang menerima bantuan itu berada di tahap begitu miskin sehingga tidak cukup makan dan menderita. 



Hakikatnya, walaupun sering mengeluh akan kos sara hidup yang tinggi, namun, hampir kesemua yang mengeluh itu masih bermewah berbelanja di bazaar Ramadhan ini.  Ertinya, tahap ‘menderita’ rakyat Malaysia tidak mungkin terbanding dengan tahap ‘menderita’ rakyat di Syria, Afrika, Rohingya, malah mungkin juga sebahagian rakyat Amerika yang berhadapan dengan kadar pengangguran yang tinggi sehingga memaksa mereka menjadi gelandangan. 


Sedangkan di Malaysia, walaupun menganggur, entah bagaimana, kita tetap cukup makan juga.   




Inilah realitinya di Malaysia dan semua ini tidak mungkin menjadi realiti jika BN bukan sebuah kerajaan yang baik.  Kita yakin, masa depan bersama BN akan kekal cerah dengan komitmen pemimpinnya untuk meneruskan cara berkhidmat atas dasar Demi rakyat dan Demi Masa Depan.
read more...

Gempar : Petani Temui Ubi Kentang Mempunyai "Anu", Mata, Dan Jasad Seperti Manusia

Inilah kuasa Tuhan.... Pelbagai kejadian aneh atau pelik boleh berlaku di mana-mana jua. Begitu jugalah dengan kejadian aneh oleh petani ini.




Seperti kita sedia maklum, ubi kentang adalah satu dari makanan yang sering kita makan dan antara makanan yang popular di dunia.




Tetapi kali ini gua ingin berkongsi cerita mengenai seorang petani daripada Langzhong, China yang telah menemui ubi berbentuk manusia di antara tanaman ubi di kebunnya. Panjang ubi kentang pelik yang berbentuk manusia ini dalam 62cm.





Petani yang bernama Zheng itu turut berkata:


“I don’t know whether it is good or bad to dig out a Chinese knotweed that looks like a human.
 I’d better put it back in the earth!”


Sumber : Hangat.my
read more...

Kronologi dan Keputusan Penahanan Rafizi Ramli

Rafizi Ramli, Pengarah Strategi KEADILAN, yang ditahan di bawah Akta Perbankan dan Institusi Kewangan (BAFIA) 1989 didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam sebentar tadi.


Pihak Mahkamah diminta oleh Pendakwaraya supaya Rafizi diikat jamin RM100 ribu dan pasportnya diserahkan kepada mahkamah. Sebaliknya, pihak peguambela yang diketuai Naib Presiden KEADILAN, N Surendran membantah dengan alasan nilai ikat jamin itu terlalu tinggi selain Rafizi tidak mungkin ke luar negara tanpa kelulusan daripada parti.



 

Hakim walaubagaimanapun memerintahkan supaya Rafizi diikat jamin RM15 ribu dan dijamin oleh ADUN seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad manakala pasport antarabangsanya tidak diserahkan kepada mahkamah.

Sementara itu, Johari Muhamad iaitu pemberi maklumat mengenai Pusat Fidlot Nasional (NFC) kepada Rafizi turut menerima pertuduhan yang sama. Johari merupakan bekas kerani Public Bank, dikatakan salah seorang pemberi maklumat mengenai pembelian hartanah mewah yang didakwa dilakukan oleh keluarga Shahrizat di KL Eco City, Bangsar.


Presiden KEADILAN, Dr Wan Azizah Wan Ismail dalam reaksi segera di tweeternya mengecam sekeras-kerasnya penahanan Rafizi Ramli atas pertuduhan mengikut Akta Bank dan Institusi Kewangan (Bafia) 1989.


“Saya mengecam tindakan polis dan pendakwaan ke atas Rafizi,” - Wan Azizah


"Kerajaan negeri akan menanggung sepenuhnya kos guaman yang akan dikenakan sepanjang perbicaraan berlangsung kelak". - Khalid Ibrahim, Menteri Besar Selangor

Khalid juga mengecam tindakan polis yang kononnya diarah oleh Perdana Menteri yang menggunakan kaedah keganasan menahan Rafizi.

Empat pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengambil keterangan Rafizi pada 27 Jun lalu,  iaitu beberapa jam selepas beliau mendedahkan perkara itu.

Pihak Polis menahan Rafizi pagi ini dan dijangka dibawa ke Mahkamah Sesyen Shah Alam atas pertuduhan mengikut Akta Perbankan dan Institusi Kewangan (BAFIA) 1989.




Update Tweeter Rafizi :

  • 7.42 pagi - rumahnya diserbu sebelum dibawa ke balai polis Hulu Klang 10 minit selepas itu.
  •  
  • 8.00 pagi - beliau dibawa polis ke Mahkamah Sesyen Shah Alam dan proses pertuduhan ke atasnya dipercepat, kepada 9.00 pagi.
  •  
  • Beliau juga difahamkan Johari turut ditahan polis dan dijangka turut dihadapkan di mahkamah yang sama. Sebelum itu Johari ditahan di tempat letak kereta di pejabatnya jam 7.30 pagi sewaktu baru hendak memulakan tugas.




Rafizi sebelum ini disiasat mengikut BAFIA berikutan tindakan beliau pada 16 Februari lalu yang mendedahkan butiran  perbankan NFC dan ahli pengarahnya, .

Pihak media sedang berada di perkarangan mahkamah bagi menunggu perkembangan lanjut penahanan Rafizi dan Johari.

read more...

Bongkar... PKR Menyerah di 16 Kerusi Parlimen, Gagal Raih Sokongan Muda

Sumber-sumber dalaman mengesahkan bahawa PKR berada dalam keadaan yang agak ‘kecut’ untuk menghadapi Pilihanraya ke-13 kali ini.  

 



PKR pada ketika ini mempunyai 31 kerusi dan mensasarkan tambahan 9 kerusi melalui PRU ini, menjadikan semuanya 40 kerusi.  Walaubagaimanapun, analisis yang dibentangkan dalam Temurapat Pilihanraya parti tersebut memaksa PKR menerima realiti keadaan semasa yang menunjukkan jangkaan kehilangan 16 dari 31 kerusi sedia ada, dan hanya memenangi dua kerusi baru menjadikan jumlah kemenangan hanya 17 kerusi sahaja.

Kerusi-kerusi sedia ada yang dijangka jatuh ke tangan BN ialah Gombak, Indera Mahkota, Ketereh, PJS, Bagan Serai, Wangsa Maju, Ampang, Nibong Tebal, Selayang, Kelana Jaya, Merbok, Lembah Pantai, Telok Kemang, Kuala Langat, Sg. Siput dan Hulu Selangor. 

Kerusi baru yang dijangka dapat ditawan ialah Bukit Katil dan Pandan. 

Sebenarnya, ketidakyakinan PKR untuk menghadapi PRU adalah berasas.  Ini berdasarkan hasil kajiselidik yang diadakan oleh beberapa pihak antaranya, Majlis Professor, universiti-universiti tempatan serta Merdeka Center yang menunjukkan bahawa populariti parti pembangkang semakin merosot akhir-akhir ini.




Malah, dalam semua kajian menunjukkan yang undi masyarakat Cina yang sebelum ini dikatakan amat kritikal bagi BN, juga semakin positif di pihak BN.   Merdeka Center, contohnya, mendapati bahawa kaum Cina merasa gembira apabila Perdana Menteri mengiktiraf sijil Kolej TAR dan menghapuskan Akta Hasutan.

Dengan itu, PKR hanya mampu mensasarkan maksima 70% undi Cina bagi PRU kali ini walaupun sebelum ini begitu gah mengumumkan mendapat sokongan lebih 90% dari kaum itu.   PKR juga menyedari yang undi Melayu kini berbalik kepada BN dengan pantas sekali.  

Oleh yang demikian, antara strategi yang digariskan untuk menghadapi pilihanraya kali ini ialah agar Ketua Umum membuat kenyataan berani dan besar mengenai pembelaan kaum Melayu termasuk menjuarai beberapa kes kontroversi yang melibatkan nasib orang Melayu. 

Nampaknya, PKR sekali lagi akan membuat ‘U Turn’ dengan kembali mengangkat perjuangan Melayu.  Sebelum ini, PKR seperti juga PAS, telah ‘mempersetankan’ sahaja perjuangan demi bangsa Melayu.   Siapa yang boleh lupa bagaimana beberapa pemimpin mereka mengungkap kata-kata ‘malu menjadi Melayu’.  Malah, Anwar sendiri menghina ketuanan Melayu.   Kononnya, bangsa tidak membawa apa-apa makna dan perlu dilupakan jika kita ingin hidup dalam suasana harmoni dan bersatu padu. 

Sedangkan, kaum Cina dan India diberi ruang sebesar-besarnya untuk membela bangsa dan mempertahankan budaya dan bahasa bagi menyatakan kewujudan mereka yang kukuh di negara ini. 




Kita pasti tidak semua kaum Melayu itu mudah lupa dan akan melupakan sahaja kata-kata dan layanan PKR terhadap mereka. 

Oleh itu, jika PKR serius ingin mengangkat strategi ‘membela Melayu’ ini sebagai peluru untuk menyerang BN dalam pilihanraya, maka rasanya PKR terpaksa menambahkan lagi bilangan jangkaan kerusi yang mereka akan kalah. 

Walaubagaimanapun, kita percaya, PKR cukup sedar akan kesilapan mereka dalam menangani soal ‘Melayu’ sebelum ini.  Oleh yang demikian, mereka tidak meletakkan kaum Melayu sebagai satu faktor khas dalam Sasaran Pengundi.  Secara keseluruhannya, pembentangan di dalam Temurapat Pilihanraya PKR tersebut meletakkan  hanya tiga golongan sebagai sasaran pengundi iaitu:




1.      ‘working class’ yang mengundi mengikut isu dan berumur antara 26 – 45 tahun,

2.      ‘golongan muda’ yang mengundi mengikut sentimen ahli politik muda dan berumur antara 22 – 25 tahun serta

3.      ‘pengundi India’ yang menjadi kumpulan penentu dan cenderung untuk beralih undi secara besar-besaran.  

Secara dasarnya, nampak jelas bahawa PKR sendiri masih mencari-cari kekuatan diri untuk menghadapi PRU kali ini. 

Masalah yang dihadapi PKR ialah sama seperti semua parti-parti sekutu dalam Pakatan Rakyat, iaitu walaupun mereka berada dalam satu pakatan tetapi mereka perlu menerima hakikat bahawa mereka sebenarnya adalah bersendirian.   Dengan itu, mereka bukan sahaja beradu kekuatan dengan BN tetapi secara tidak langsung mereka juga terpaksa membuktikan kekuatan sesama sendiri bagi memastikan parti dan pemimpin mereka tetap ‘diberi muka’ sekiranya PR menang dalam PRU ini.   

Lebih malang lagi bagi PKR ialah apabila terdapat beberapa pihak di dalam kepimpinan atasan parti itu sendiri yang juga beradu kekuatan sesama mereka.  Kewujudan beberapa ‘kem’ dan peningkatan rasa curiga serta ‘dingin’ di antara pemimpin-pemimpin PKR ini juga secara tidak langsung menyumbang kepada ketidakyakinan mereka untuk menang dalam Pilihanraya.
read more...

Bongkar... KARPAL Akhirnya Akui Hudud Hukum Islam - Sedia Terima

Bertalu-talu pemimpin-pemimpin DAP membuat kenyataan menyanggah PAS berkaitan hudud.  Pening betul mereka dengan sikap putar-belit dan dolak dalih PAS berkenaan isu itu. 




 

Sedangkan kerjasama PAS-DAP-PKR adalah termeterai atas persetujuan PAS untuk beralah dalam isu Negara Islam termasuk hudud.   Namun, semakin PRU menghampiri, seorang demi seorang pemimpin PAS kembali bangkit menjadi ‘pejuang hudud’ dan Negara Islam.  Mungkin setelah menyedari yang sokongan Melayu semakin merosot terutamanya selepas episod yang memeritkan dengan Datuk Dr. Hasan Ali. 

Akhir-akhir ini, PAS dikecam teruk kerana membelakangkan Islam iaitu selepas bekerjasama dengan DAP.  Parti ini digelar sebagai barua, balaci, kuda tunggangan dan anjing kepada parti chauvinis dan rasis Cina itu.  Dan PAS telah gagal seratus peratus menangkis gelaran ini apabila terus menerus mengikut telunjuk DAP, hatta dalam isu kritikal bagi Umat Islam, seperti isu murtad sekali pun. 

Dengan PRU semakin hampir, PAS nampaknya benar-benar buntu untuk mengembalikan imej Islam yang kini hanya tinggal di serban dan jubah sahaja.  Di tambah dengan berduyun-duyun artis tak laku dan ‘tak berapa cerdik’ yang mula memenuhi parti itu, masyarakat semakin memandang sinis akan ‘keIslaman’ PAS. 




Justeru, tidak dapat tidak, PAS terpaksa kembali memainkan ‘hudud’ sebagai bahan promosi dan kempen bagi meraih undi dari umat Melayu. 

Tindakan ini telah membuatkan DAP benar-benar hilang sabar dengan PAS. 




Karpal Singh pantas membuat  kenyataan tegas bahawa sebarang cubaan PAS untuk memperkenalkan hudud di negara ini mencerminkan dengan buruk niat ikhlas dari apa yang diputuskan di Muktamar PAS tahun lepas iaitu untuk melupakan Negara Islam dan membina Negara Kebajikan.   Karpal juga mengingatkan PAS bahawa tiada Hudud dalam Buku Jingga. 

Kenyataan sama juga diulangi oleh Lim Guan Eng yang jelas kelam kabut apabila ditanya mengenai isu ini lalu menuduh UMNO pula yang ingin melaksanakan hudud. 




Ternyata, PAS telah berjaya menjadikan Pakatan Rakyat haru-biru dengan sikap tidak amanah, tidak berpegang kepada janji dan tidak punya pendirian tetap termasuk dalam isu-isu yang melibatkan agama.   

Sebenarnya, PAS tidak akan mampu meningkatkan sokongan dengan hanya membangkitkan semula isu hudud.  ‘Hudud’ bukan isu yang akan membawa PAS mahupun PR ke Putrajaya atau mana-mana kerana semua orang tahu bahawa ia hanyalah retorik PAS semata-mata.  PAS tidak akan dan tidak ingin pun untuk melaksanakannya.




Jika ada yang masih menyokong PAS, ia bukan kerana hudud, tetapi kerana terpedaya bahawa PAS memperjuangkan Islam.  Mereka ini akan tetap menyokong PAS tak kira jika PAS menggadaikan hudud dan Negara Islam seperti yang dipersetujui dalam Muktamar lepas atau pun tidak. 

Namun, sikap tidak konsisten PAS, penentangan DAP serta sikap acuh tak acuh PKR terhadap hudud menjadi bukti betapa keliru dan haru-birunya Pakatan Rakyat itu.  Semakin kuat PAS melaungkan hudud, semakin keras DAP menempelaknya, semakin jauhlah PR dari Putrajaya. 


Jelas, ia bukan kerana hudud, tetapi kerana kelemahan pakatan mereka begitu ketara dan rakyat tidak mungkin akan memberikan mandat kepada parti yang sebegitu lemah untuk memerintah negara.
read more...

Panas.... Sebab Lajim Ukin Berpaling Tadah DiBocorkan

Lumrah kebanyakan orang politik tidak lepas dari menyimpan cita-cita tinggi untuk kepentingan peribadi dan tidak pernah puas dengan kedudukan serta jawatan sedia ada.



 

Memang diakui ramai yang tak pandai mengukur baju di badan sendiri sebaliknya lebih suka masuk bakul angkat sendiri, lantaran itu pantang dijanjikan atau ditawarkan jawatan yang lebih tinggi segelintir politikus ini akan segera menggapainya.

Bekas MT UMNO dari Sabah, Lajim Ukin adalah antara politikus yang memiliki sifat dan sikap yang tidak pernah puas dengan nikmat yang dikecapi dan acapkali terlebih ukur baju di badan sendiri.

Rakyat Sabah sendiripun sudah lama sedia maklum dengan impiannya yang membuak-buak begitu berkeinginan sekali untuk menjadi Ketua Menteri malah pernah satu ketika diugutnya PM supaya Ketua Menteri sekarang dilucutkan jawatan dan diganti pula dengan dirinya.




Lajim pun tahu untuk naik ke tangga atas dengan menggunakan kemampuannya agak sukar untuknya menandingi kewibawaan dan pengaruh Musa Aman serta seorang lagi pemimpin Sabah, Shafie Afdal sekaligus tidak memungkinkan dirinya untuk menapak ke atas dengan mudah.

Jika dia bijak mengukur kemampuan diri dan pandai memakai baju yang sesuai mengikut saiz, selayaknya Lajim patut bersyukur kerana berpeluang juga merasai nikmat duduk di kerusi empuk Timbalan Menteri di peringkat Pusat.

Tapi dek kerana nafsu membuak mahu mengutamakan cita-cita peribadi, politik ugut pula yang jadi galang ganti.




Mujurlah PM bukannya jenis yang mudah tergugat dengan ugutan, jika tidak, tentu sahaja lama kelamaan amalan ugut mengugut akan menjadi budaya biasa bagi segelintir politikus untuk menggapai jawatan tinggi dan kekayaan peribadi.

Lajim tidaklah keseorangan dalam mempraktikkan budaya mengugut pemimpin atasan parti untuk merealisasikan kepentingan dirinya. Beberapa ketika sebelum inipun, rakannya dari Kedah, Kadir Sheikh Fadzir pun pernah cuba kaedah sama namun tetap juga tidak dilayan oleh PM.

Manakala beberapa tahun dahulu pula, seorang pemimpin PKR yang sekarang sedang memegang jawatan di sebuah negeri juga pernah berpengalaman melakukan kaedah ugut sedemikian untuk kepentingan peribadi dek kerana tertekan dirinya dikelilingi hutang berpuluh juta dengan bank tempatan.




Dan bila permintaan (ugutan) masing-masing enggan ditunaikan oleh PM, akhirnya mereka membawa haluan dengan bersekongkol bersama Anwar Ibrahim selepas dijanjikan jawatan dan kedudukan tinggi.

Pendek kata, sekiranya PM tunduk pada permintaan mereka yang bersifat peribadi dan berkepentingan diri itu, mereka memberi jaminan akan kekal bersama UMNO sedangkan bukan satu kelaziman untuk mana-mana PM mendahulukan kepentingan peribadi segelintir pemimpin tak sedar diri.

Mungkin dari segi jangka masa pendek, ketegasan PM tidak melayani tuntutan peribadi segelintir politikus itu boleh memberi sedikit kesan pada parti dan kerajaan. Pun demikian, daripada negara kita terpaksa menghadapi barah penyakit yang sukar diubati lebih baik mencegahnya dari awal.

Kecualilah jika negara kita diperintah oleh Anwar Ibrahim tentu sahaja keutamaan dan kepentingan rakyat akan dibelakangkan manakala kepentingan peribadi serta kelompok politikus tak sedar diri pula akan lebih menjadi prioritinya.

Soal nanah menjadi barah dikemudian hari tidak pernah pun menjadi perkiraan Anwar lagipun agak serasilah sikap mengutamakan diri itu dengan perwatakan Anwar yang sejak dulu lagi gemar memijak kepala orang lain semata-mata untuk memenuhi hawa nafsu sendiri.




Berbalik pada kisah Lajim Ukin yang kepingin menjadi Ketua Menteri, ketahuilah langkahnya takkan sepanjang mana. Lagipun sudah ramai yang menggigit jari selepas tertipu dengan permainan politik janji yang sudah menjadi tabie Anwar sejak dulu lagi.

Orang-orang tua selalu berpesan, bila dengan guruh di langit, air dalam tempayan jangan dicurah buang. Hari yang mendung, guruh berdentam dentum belum tentu hujan akan turun.

Ramai rakyat Sabah senyum sinis sambil bertanya sesama sendiri, mampukah Lajim menggapai impian untuk menduduki kerusi Ketua Menteri atau penghujung usia politik terbiar dan tidak lagi dipedulikan orang?

Melihat pada realiti politik hari ini ditambah lagi dengan laporan temurapat PKR yang menyimpulkan masa depannya dalam PRU 13 kelak agak kelam, tidak sukar untuk kita menjangkakan nasib politik Lajim nanti.


Apa pun, tinjauan terkini daripada sumber-sumber terdekat menyatakan bahawa sokongan anak muda di Beufort masih kekal kepada Barisan Nasional dan tidak kepada mana-mana pemimpin tertentu seperti Datuk Lajim.


read more...

Berjayakah Imej "Islam Baru" Yang Dibawa Anwar Ibrahim

Baru-baru ini, Anwar Ibrahim direkodkan berkata bahawa diskriminasi terhadap golongan homoseksual adalah tepat. Dalam jawapannya kepada peguam Firoz Hussein jika Malaysia wajar mendiskriminasi homoseksual, Anwar menjawab, “ya”.




“Kita tidak memberi tempat kepada homoseksual.” Timbalan Pengarah Human Rights Watch (Asia), Phil Robertson, menuduh Anwar bermain politik dengan kepentingan awam. “Anwar adalah salah secara asasnya apabila beliau menyatakan bahawa ia adalah tidak salah untuk mendiskriminasi golongan homoseksual.”


Respon Human Rights Watch’s (HRW) terhadap pendirian baru Anwar mengenai hak homoseksual ini telah pun dijangka oleh kebanyakan pemerhati politik. Tetapi sama ada ini hanyalah satu permainan politik yang dimainkan oleh Anwar, kekal menjadi tandatanya.






Phil Robertson juga tidak mengenepikan ide ini dan berkata, “Walaupun ini adalah strategi yang baik untuk mendapat undi di beberapa bahagian di Malaysia, kenyataannya adalah memalukan dan bertentangan dengan prinsip tiada diskriminasi di dalam undang-undang hak asasi manusia antarabangsa.”


Walaubagaimanapun, ramai rakyat Malaysia bersetuju bahawa Anwar hanya memancing undi bila berkata beliau bersetuju untuk mendiskriminasi golongan seperti dirinya (homoseksual), tetapi sama ada ‘tuannya’ di barat, termasuk Phil Robertson sendiri bermain permainan yang sama dengan mengecam dan menghentam Anwar semata-mata untuk memastikan Anwar dapat meraih undi orang Islam dalam PRU yang akan datang, tidak dapat dipastikan.







Laman anwaraidc mendedahkan bahawa Phil Robertson diketahui mempunyai hubungan rapat dengan PKR melalui peguam-peguam hak asasinya, seperti, Surendran, Latheefa Koya dan Fadiah Nadwa. Yang paling akrab dengannya ialah Fadiah di mana dikatakan mampu menimbulkan kesangsian orang yang melihat.


Tempat mesyuarat yang digemari oleh para peguam ini ialah di Bangsar Village. Phil telah mengunjungi Ibu Pejabat PKR beberapa kali mengadakan bengkel dan latihan tentang bagaimana untuk menggunakan isu hak asasi untuk menundukkan kerajaan. Phil juga lantang dalam isu ISA di Malaysia yang mana dijuarai oleh SUARAM.





Seperti juga Phil, SUARAM juga begitu sibuk memburukkan imej kerajaan Malaysia terutamanya dalam isu pembelian kapal selam scorpene. Justeru, kita tidak mungkin tersilap jika mengandaikan bahawa HRW, PKR, SUARAM semuanya bekerja sebagai satu pasukan. Pasukan ini tentunya telah menyedari bahawa mereka berada di pihak yang kalah bila Anwar menerima tamparan hebat kerana menyatakan pendirian yang kabur dalam isu homoseksual apabila disoal media sejurus selepas dibebaskan dari kes liwatnya.


Ini, ditambah dengan siri-siri pembohongan SUARAM yang terkantoi menyebabkan PKR/PR ketandusan isu. Maka Awnar perlu mencari cara lain bagi menguatkan kedudukannya di mata rakyat, terutamanya, di kalangan majorti Melayu Islam. Kenyataan yang kabur mengenai hak homoseksual sebelum ini ternyata memakan diri.


Apa lagi dengan kenyataan tidak popularnya di Wall Street Journal mengenai melindungi hak Zionis di Palestin. Ramai penyokong Islam meninggalkan Anwar sejurus selepas kedua isu ini berbangkit. Dengan sikap sesumpahnya yang semakin menyerlah, Anwar perlu memilih hanya satu karaktor atau imej sahaja untuk menghadapi PRU.


Nampaknya, beliau memilih untuk menunjukkan yang beliau masih seorang Muslim sejati yang menolak dengan tegasnya agama baru yang dipromosi barat, iaitu Hak Asasi. Sebagai seorang Muslim yang baik, beliau tidak mungkin akan menimbangkan langsung hak homoseksual, lesbian atau transeksual.





Beliau juga harus meyakinkan rakyat bahawa beliau tidak menerima sokongan barat seperti yang didakwa oleh musuhnya. Beliau wajib memadamkan imej ‘boneka barat’ yang telah tertepek di mukanya. Jadi, kita mungkin akan mendengar lebih banyak kutukan yang dilemparkan oleh pihak barat terhadapnya selepas ini.


Jangan terkejut jika dalam masa beberapa hari lagi, kita mungkin akan mendengar Anwar menolak dan mengutuk liberalisme dan pluralisme agama walaupun kita tahu yang beliau hidup berdasarkan prinsip kedua-duanya.


Justeru, untuk semua rakyat Malaysia, penulis hanya mampu berpesan: bersedialah untuk menyaksikan Anwar yang baru walaupun penulis tidak dapat menjanjikan tempoh beliau akan membawa watak baru ini.
read more...

Networkedblog

MENARIK

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top