Nuffnang

SURVIVAL : Ibu Tunggal Bina Rumah Rakit Hadapi Banjir


JERANTUT - Seorang ibu tunggal dari Kampung Paya Garuk sanggup menghabiskan RM4,000 untuk membina sebuah rumah rakit bagi menempatkan barangan dan harta benda daripada ditenggelami air setiap kali musim banjir tiba.





Hanisah berdiri di hadapan rumah rakit miliknya melihat keadaan banjir yang berlaku di Kampung Paya Garuk, di sini.


Hanisah Mat Sarif, 45, berkata, dia membina rumah rakit itu sejak tahun 2005 bagi persediaan awal untuk menghadapi banjir yang berlaku di kampung mereka.

Menurutnya, dia yang berniaga kecil-kecilan di kampung itu perlu membuat rumah rakit itu kerana tidak sanggup mengalami kerugian besar setiap tahun akibat banjir.

“Apabila tiba musim tengkujuh saya akan simpan semua barangan rumah termasuk peralatan elektrik dalam rumah rakit ini. Alhamdulillah, usaha dan inisiatif saya ini mampu menyelamatkan harta benda daripada musnah akibat banjir.

“Saya juga jadikan rumah rakit ini sebagai tempat perlindungan kerana rumah saya dinaiki air,” katanya.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), Jerantut Feri, Sabri Kamaludin berkata, walaupun ibu tunggal itu menjadikan rumah rakit itu sebagai tempat perlindungan tetapi dia perlu juga dipindahkan ke pusat pemindahan banjir.

Menurutnya, ini kerana ia melibatkan keselamatan selain perlu mendapatkan bantuan banjir yang disediakan kerajaan.

- Sinar Harian
read more...

TERKINI!!! Syabas PDRM - DUA LELAKI SUSPEK KES TEMBAK DI NIBONG TEBAL DITAHAN




Nibong Tebal, 7 Dis - Polis menahan dua lelaki bagi membantu siasatan kejadian seorang lelaki mati ditembak ketika sedang berjalan seorang diri tidak jauh dari rumahnya di Taman Puteri Gunung, Tasek Mutiara di sini malam tadi. 

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang SAC Mazlan Kesah berkata lelaki masing-masing berusia 21 dan 35 tahun itu ditahan awal pagi ini beberapa jam selepas kejadian tembakan yang berlaku pukul 9 malam itu.

Beliau berkata berdasarkan maklumat yang diperoleh, polis berjaya menjejak dan menahan dua lelaki itu di sebuah rumah tidak jauh dari lokasi kejadian di Tasek Mutiara.

"Selain itu, polis turut menemui sebuah kereta jenis Perodua Myvi hitam yang terbakar dipercayai digunakan mereka ketika menembak mangsa kira-kira lima kilometer dari tempat kejadian," katanya ketika dihubungi di sini hari ini. 

Beliau berkata siasatan juga mendapati kereta itu dicuri dalam kejadian di Seberang Jaya, dekat sini pada Isnin lepas.
Mazlan berkata polis percaya kes itu berjaya diselesaikan dengan tertangkap dua lelaki berkenaan, bagaimanapun siasatan lanjut masih dijalankan. 

Katanya dua lelaki yang tidak mempunyai pekerjaan tetap itu direman bagi membantu siasatan.

Dalam kejadian itu, mangsa M. Parttippan, 29, dihampiri sebuah Perodua Myvi warna hitam dinaiki dua lelaki yang kemudiannya melepaskan enam das tembakan.

Satu daripada tembakan itu mengenai rusuk Parttippan dan mangsa yang mengalami pendarahan teruk disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Sebelum ini, Parttippan pernah ditembak lima bulan lepas dipercayai oleh suspek yang sama tetapi hanya mengalami kecederaan. - BERNAMA
read more...

TEMBAK MATI!!! Jadi Sasaran Gengster Selepas Terselamat 5 Bulan Lalu!!

Seorang lelaki mati ditembak ketika sedang berjalan seorang diri tidak jauh dari rumahnya di Taman Puteri Gunong, Tasek Mutiara di sini malam tadi. 

Sebelum ini, M.Parttippan, 29, pernah ditembak lima bulan lepas dipercayai oleh suspek yang sama tetapi hanya mengalami kecederaan. 





Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang SAC Mazlan Kesah berkata dalam kejadian pada 9 malam itu, mangsa dihampiri sebuah Perodua Myvi hitam dinaiki dua lelaki yang kemudiannya melepaskan enam das tembakan.

Satu daripada tembakan itu mengenai rusuk Parttippan dan mangsa yang mengalami pendarahan teruk disahkan meninggal dunia di tempat kejadian, katanya ketika ditemui di tempat kejadian lewat malam tadi.

Beliau berkata polis menemui enam kelongsong peluru di tempat kejadian dan siasatan awal mendapati suspek yang sama menembak mangsa ketika kejadian pertama lima bulan lepas.

"Polis sudah mengenal pasti identiti suspek terbabit iaitu seorang lelaki berusia lingkungan 30-an dan usaha mengesannya sedang dijalankan. Berdasarkan maklumat yang diterima, suspek juga didapati tinggal di kawasan sekitar ini," kata Mazlan.

Polis, katanya, tidak menolak kemungkinan kejadian tembakan itu bermotifkan dadah dan balas dendam. "Mayat mangsa dihantar ke Hospital Sungai Bakap untuk dibedah siasat. Berdasarkan rekod kita, mangsa mempunyai empat rekod jenayah termasuk satu kes berkaitan dadah," katanya.


Beliau berkata suspek dipercayai menggunakan pistol jenis semi automatic ketika menembak mangsanya.


Dalam kejadian pada 20 Jun lalu, Parttipan cedera selepas ditembak seorang lelaki dalam kejadian kira-kira 200 meter dari tempat kejadian malam tadi. Bagaimanapun, mangsa yang masih bujang itu terselamat walaupun peluru menembusi badannya. - BERNAMA
read more...

TAHNIAH!!! Pelajar UiTM Sabah Dilantik Duta Google




Kesungguhan dan minat seorang mahasiswa Malaysia melayari internet dan belajar sesuatu teknologi baharu akhirnya membuahkan hasil apabila dia dipilih sebagai Duta Google bagi Asia Tenggara.

Pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) cawangan Sabah, Muhd. Ekram Mahat, 22, tidak menyangka video tentang biodata dirinya selama empat minit itu berjaya menarik minat pihak pengurusan Google Asia Tenggara, sekali gus melantiknya sebagai duta.

Jelas anak bongsu daripada enam beradik itu, dia diberitahu tentang pertandingan video itu oleh seorang rakannya sebelum mengambil keputusan menyertainya.

''Saya bersyukur dalam ribuan peserta dari lapan negara di Asia Tenggara yang menyertai pertandingan itu, saya antara 136 individu terpilih sebagai duta sebuah syarikat carian terbesar di dunia. 

''Saya juga berbangga termasuk dalam kalangan 15 individu dari Malaysia yang terpilih sebagai duta dan merupakan wakil tunggal dari Sabah," katanya ketika ditemui dalam program sambutan Hari Sukarelawan Antarabangsa 2013 di UiTM, di sini hari ini.

Menceritakan lebih lanjut, Muhd. Ekram memberitahu, video yang dihantar bagi menyertai pertandingan itu berkisar tentang dirinya dan tanggungjawab yang akan dilakukan sekiranya dilantik sebagai duta.

Selaku Duta Google, anak kelahiran Kampung Berungis, Tuaran itu menjelaskan, tanggungjawab yang digalasnya semakin berat.

Namun, Muhd. Ekram optimis dapat memikul tanggungjawab itu dan akan memastikan pelantikannya sebagai duta benar-benar berbaloi.

''Buat masa ini, saya akan mempromosikan produk Google kepada rakan-rakan dan orang kampung, selain memberi mereka pendedahan bahawa teknologi kini berada di hujung jari.

''Selain itu, pelantikan ini juga memberi ruang dari segi kerjasama antara pihak Google dengan UiTM terutama cawangan Sabah untuk menjalankan aktiviti berkaitan teknologi," katanya.

Mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Sains Pengurusan Pelancongan itu berkata, pada bulan Jun lalu, dia dan beberapa wakil duta dari Malaysia menghadiri seminar tentang perkhidmatan dan produk Google di Yogjakarta, Indonesia.

Sementara itu, Rektor UiTM cawangan Sabah, Datuk Dr. Abdul Kadir Rosline berkata, kejayaan Muhd. Ekram itu satu pencapaian yang membanggakan pihaknya, sekali gus menjadi contoh kepada mahasiswa lain.

Katanya, penyertaan Muhd. Ekram itu adalah inisiatif dia sendiri dan ini menunjukkan semangat kesukarelawan dalam diri mahasiswa sangat tinggi.

UtusanMalaysia
read more...

JANA Pendapatan Guna Media Sosial #LifeStyle





KUALA LUMPUR - Menyedari kelebihan menguasai media sosial, Puteri Umno akan mengambil pendekatan lebih agresif untuk meningkatkan kemahiran masyarakat untuk menggunakannya sebagai platform menjana kegiatan ekonomi dan pendapatan.

Pengerusi Biro Media Sosial dan Digital Puteri Umno, Mimie Harianie Alias berkata, pergerakan itu akan memberi sokongan dan bantuan kepada rakyat terutamanya wanita muda untuk berjaya dalam perniagaan dalam talian.

Bagi tujuan itu, Puteri Umno akan bekerjasama dengan agensi kerajaan dan badan bukan kerajaan (NGO) yang berkaitan keusahawanan bagi mendapatkan bantuan, khidmat nasihat dan sokongan yang diperlukan.

"Galakan itu merangkumi bimbingan keusahawanan termasuk menajamkan kepakaran, memberi nasihat selain mendapatkan pinjaman kewangan untuk perniagaan, misalnya dari Tekun.

"Kita mahu Puteri bukan hanya aktif berpolitik tetapi juga cekap menggunakan teknologi terkini untuk menambah pendapatan dan pada masa sama kita perlu guna saluran media baharu ini bagi menarik pengundi muda untuk menyokong Umno dan Barisan,,katanya lagi.

Selain dapat mengurangkan penggangguran, Mimie Harianie berkata langkah itu boleh membantu wanita muda berdikari dan berdaya saing serta dapat membantu mengembangkan perniagaan.

Puteri Umno juga bercadang mengadakan latihan dan bimbingan kepada para anggotanya bagi memastikan mereka mahir menggunakan laman sosial dan aplikasi terkini serta tidak ketinggalan dalam kepesatan perkembangan teknologi maklumat.

"Kita mendapati masih ramai ahli yang tidak mempunyai akaun laman sosial seperti Twitter... ini merugikan kerana Twitter mempunyai capaian yang pantas dan mudah di mana apabila kita kemas kini atau 'retweet' sebarang maklumat, ia akan dapat dibaca oleh 'followers' dalam masa yang singkat.

"Kita juga mahu mengadakan latihan penyampaian agar ahli bijak untuk berhujah dalam menyerang balas serangan siber kerana kita dapati ada yang tidak pandai untuk menyerang balik dan memerlukan bantuan untuk menjawab tuduhan," katanya.

Dengan keanggotaan berjumlah 368,481 orang, Puteri Umno boleh membantu mengikis persepsi negatif orang ramai terhadap parti dengan menonjolkan kebenaran dan tindakan yang dilaksanakan kerajaan dengan cara merapatkan diri dengan orang ramai melalui media sosial, kata Mimie Harianie. - Bernama
read more...

SUBHANALLAH!! Video Juruteknik Filipina Buat Ujian PA Sistem Masjid!!


KETIKA dia masuk ke dalam sebuah masjid di Arab Saudi, lelaki ini kelihatan seperti ‘biasa-biasa’ saja.

Lelaki warga Filipina ini seorang juruteknik yang ditugaskan untuk memasang dan menguji sistem pembesar suara di masjid tersebut.



Tetapi siapa sangka sewaktu dia hendak menguji sistem audio di masjid berkenaan, lelaki tu telah mengalunkan ayat-ayat suci Al-Quran dengan begitu syahdu sekali.

Dia membaca Surah Yusuf- ayat 12 yang bermaksud;


” Ini adalah ayat-ayat Kitab (Al-Qur’an) yang nyata (dari Allah). Sesungguhnya Kami menurunkannya berupa Al-Qur’an dengan berbahasa Arab, agar kamu memahaminya. “


Betullah kata orang, jangan nilai buku dari kulitnya.

Subahanallah…




Mynewshub

read more...

CURI WANG MASJID : Remaja Dibelasah Sampai Mati!!!


Seorang remaja lelaki maut akibat dipukul empat lelaki yang berjaya mencekupnya ketika sedang mencuri wang tabung di sebuah masjid di Pandan Indah awal pagi semalam.

Dalam kejadian jam 5 pagi itu, mangsa berusia 20 tahun dikatakan cuba melawan untuk melepaskan diri, namun berjaya ditangkap.





Hasil soal siasat dilakukan penduduk, mangsa mengaku cuba mencuri wang menggunakan dawai sebelum dipukul sehingga setengah mati.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin berkata, sejurus menerima maklumat berhubung kejadian 10 minit kemudian, sepasukan anggota unit peronda polis (MPV) dikejarkan ke lokasi dan menahan mangsa selain turut merampas dawai yang dipercayai digunakan untuk mencuri.

“Sebaik tiba, polis mendapati mangsa sudah tidak berdaya dipercayai dipukul.

Pemeriksaan lanjut oleh pasukan forensik yang tiba telah menemui sebatang kayu dipercayai senjata digunakan untuk memukul mangsa.

“Mangsa kemudian dihantar ke Hospital Ampang bagi rawatan dan disahkan meninggal dunia pada jam 11 pagi hari sama akibat kecederaan parah di kepala, badan dan tangan serta kaki dipercayai dipukul menggunakan objek tumpul,” katanya.

Amiruddin berkata, polis turut menahan empat penduduk terbabit terdiri daripada dua lelaki tempatan masing-masing berusia 27 dan 39 tahun, manakala dua lelaki warga asing berusia 19 dan 20 tahun bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

- SUMBER
read more...

ROBOH!!! Peniaga Kecewa Gerai Makan Diroboh Tanpa Notis MPPP!!!


Dua peniaga gerai makan di Persiaran Gurney Georgetown kecewa apabila Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) meroboh gerai makan yang terletak di halaman rumah mereka di Georgetown hari ini tanpa notis pemberitahuan.



Gambar Hiasan


Ramlah Ahmad, 75, berkata pada kejadian 10 pagi itu dia terperanjat apabila lebih 20 pekerja MPPP meranapkan gerai yang diusahakan bersama anak lelakinya, Mohamad Zambri Mohd Said, 36, dan gerai jirannya.

"Saya berniaga di sini sudah lama sejak tahun 1980-an...gerai kami dok dalam kawasan halaman rumah bukannya kacau ruang pejalan kaki depa mai roboh sat sahaja apa pun tak tinggal," katanya kepada pemberita di Georgetown hari ini.

Ibu tunggal itu berkata gerai itu menjual sarapan pada sebelah pagi dan menyediakan pelbagai masakan bergoreng pada sebelah malam.

Dia tidak menyangka berniaga di halaman rumah adalah kesalahan dan tidak pernah menerima aduan atau surat amaran daripada mana-mana pihak berhubung aktiviti perniagaannya.

Ramlah mendakwa kerugian hampir RM10,000 apabila perabot, bumbung, dan peralatan elektrik di dalam gerai itu rosak dan berkata perniagaan itulah satu-satunya punca pendapatannya.

"Kalau diberi notis kami boleh bersiap sedia, buat rayuan kepada kerajaan negeri paling kurang pun bagi peluang kami pindahkan apa barangan yang patut," katanya.

Seorang lagi peniaga, Mohd Fairus Saad, 33, berkata dia telah enam tahun berniaga makanan di situ dan pernah memohon tapak perniagaan daripada MPPP namun permohonannya tidak diluluskan.

Katanya tindakan MPPP meroboh gerainya hanya memburukkan keadaan kerana dia dan jirannya sentiasa memastikan kebersihan persekitaran premis mereka memandangkan kawasan berkenaan menjadi tumpuan orang ramai.

"Sisa gerai yang kena roboh ni siapa nak kemas? Kami memang tak terdaya lagi. Hancur rasa hati apabila tengok apa yang kita usahakan bertahun-tahun musnah begitu sahaja," katanya.

Sementara itu Yang Dipertua MPPP Datuk Patahiyah Ismail gagal dihubungi untuk memberi penjelasan berhubung isu berkenaan.

- Bernama

Huh!!! Melayu Diarah Cina Untuk Menindas Melayu!!! Lagi Berlaku Di Penang. APA TANDANYA????
read more...

BANJIR : GAMBAR-GAMBAR Misi Bantuan Menyelamat ATM Dan Lawatan PM


Kementerian Pertahanan melalui Angkatan Tentera Malaysia, tidak ketinggalan melaksanakan tanggungjawab sosial serta turut bersama-sama agensi keselamatan yang lain memberikan bantuan menyelamat mangsa banjir dalam operasi khas yang diberi nama OP MURNI. Sehingga hari ini mangsa yang terlibat dianggarkan 20,378 di 164 Pusat Pemindahan.



Dato Sri Najib Razak dan Datin Sri Rosmah Mansor melawat mangsa banjir di Negeri Pahang hari ini.


Walaupun kepenatan selepas membuat Ucapan Dasar Presiden Umno di PWTC, beliau terus bergegas melawat mangsa banjir dan menyelami segala kesulitan Rakyat akibat banjir besar yang melanda Pahang.

Setakat ini negeri Pahang mengalami banjir paling teruk yang mana 40 ribu penduduk dipindahkan ke pusat pemindahan sementara.





Misi Bantuan ATM












ATM akan sentiasa memantau perkembangan banjir yang melanda Pahang dan Johor ketika ini serta memantau perkembangan di Pantai Timur yang turut mengalami banjir yang lebih buruk dalam masa terdekat. ATM telah menyediakan pelan tindakan termasuk bantuan lojistik untuk bantuan banjir dan semua trup dalam keadaan siap sedia untuk digerakkan sekiranya diperlukan.

read more...

AWAS!! Jangan BERHENTI Kereta Anda Bila DITAHAN Pasangan Ini - SEBARKAN!!!


Pasangan ini dipercayai sudah berbulan-bulan aktif mengaut untung menggunakan modus operandi sama iaitu melambai meminta pertolongan kepada kenderaan yang lalu di tepi jalan sekitar Selangor dan Lembah Klang.





Orang ramai dinasihatkan jangan memberhentikan kenderaan jika terlihat pasangan di atas meminta bantuan.

Hal ini kerana, lelaki dalam gambar tersebut dilaporkan mempunyai kecenderungan untuk melakukan kekerasan jika anda tidak memberikan wang yang diminta atau banyak soal kepadanya.

Pasangan ini pernah dilihat di kawasan sekitar Ara Damansara, Palm Sring, Bandar Utama, Mutiara Damansara, Sunway Damansara dan Citta Mall.

Terdapat beberapa kes melaporkan, lelaki dalam gambar ini dikatakan naik angin dan bertindak kasar apabila tindakannya meminta bantuan disoal.

Malah orang yang mengambil gambar di atas turut mendakwa lelaki tersebut mengejarnya dengan motosikal dan memecahkan cermin keretanya kerana marah sebaik menyedari gambarnya dirakam.

Orang ramai yang terlihat mereka disarankan menghubungi pihak berkuasa untuk tindakan selanjutnya.

Sumber: Facebook Malaysian Crime Awareness Campaign via mynewshub
read more...

STRATEGI "MENGENA!!" : Ketua Unit Media Baru Pemuda UMNO "TERBAIK"!!!

Hahaha....Ketua Unit Media Baru Pemuda UMNO yang baru dilantik ni memang "TERBAIK!!!" Korang nampak tak strategi beliau untuk "MEMPHOPHULARHAN" diri beliau secara percuma tanpa bayaran atau insentif? Bak katanya, SUKARELA......TERBUKTI BERKESAN DAN BERJAYA....... Syabas dan Tahniah!!!!




HAKTUIIII......HAKTUI....HAKTUII.......(Amek kau kahak HIJAU PEKAT!!!!)
Walau apa jua alasan, belajarlah MENGHORMATI serta MENGHARGAI perjuangan dan pengorbanan orang lain!!!

Orang berbudi Kita Berbahasa Bro.....

Diakui memang ada yang "CARI MAKAN" dan "DIBERI MAKAN" dengan berblogging ni. Namun jangan lupa ADA JUGA yang benar-benar IKHLAS DAN SUKARELA berjuang di alam maya demi perjuangan serta kelangsungan AGAMA, BANGSA DAN NEGARA!!!! DIULANGI!!! KELANGSUNGAN AGAMA, BANGSA DAN NEGARA!!!!

Kalau pun HEBAT dan mempunyai PENDEKATAN BARU yang lebih efektif, adakah perlu sampai MENGHINA begini? Lu jangan macam-macam........

Ni PETIKAN YANG DI COPY PASTE dari status di FB :


PANAS PANAS PANAS....!!!!! EXCO PEMUDA YANG PALING DANGKAL YANG PERNAH AKU TAHU....!!! HANG NAK JADI HERO KAN ... HANG TENGOK PERANAN MEDIA DI ATAS KENYATAAN YANG MELAMBANGKAN KEDANGKALAN KALDAIL AKAQ NIE DALAM ALAM MAYA....!!!!!!... 

nak tunggu brotherhood kena londeh sampai habis br nak lawan....bila kata .....depa kata buka pekong.. semua tu ayat lama jgn dok cabar cybertropper.. apa peranan dan tanggungjawab brotherhood sekarang..... tengok aje ka atau diam seribu bahasa.... bila kita duduk dalam pelbagai cabang kerja peranan dan cara berfikir juga berbeza.... kita kena ingat berapa ramai brotherhood yg datang dgn duit poket sendiri dan kena cari hotel dan mohon simpati kawan untuk tido.... sapa fikiq benda tu... kita mungkin tido atas tilam empuk tapi mereka...???? byk bezanya kalau nak diterangkan disini... ingat brotherhood kita bukan sampah... suka suka diherdik... suka suka disanjung....keimanan manusia ada tahapnya... bila mulut terbuka akan ada binasa atau kemenangan... jgn terlalu berlembut sampai org lain boleh pijak kepala brotherhood....wallahu alam. 


Eiiii...macam geli jer, macam "sotong" jer.. macam babun jer...macam cipan jer....



SUKARELAWAN MAYA, APA KOMEN ANDA?





read more...

NGERI!!! Berjalan Dengan Pisau Tercacak Di Leher!!



Bintulu: Seorang pembantu gerai menjual pakaian dipercayai sempat berjalan 20 meter untuk meminta tolong dengan sebilah pisau pemotong sayur masih tercacak di lehernya sebelum dia rebah dan meninggal dunia di tapak Pesta Makanan 1Malaysia di Dataran Espalanade di sini, semalam.



Remaja lelaki berusia 18 tahun yang dikenali sebagai Wan Akmal Rizan Wan Ramzi, itu ditemui terbaring tidak jauh dari gerai tempatnya bekerja berlumuran darah oleh orang ramai jam 3.40 pagi.

Timbalan Ketua Polis Daerah Bintulu Deputi Superintendan Mohd Said Ibrahim berkata, berdasarkan kesan titisan darah di tempat kejadian, mangsa dipercayai sempat berjalan selepas ditikam di leher oleh penyerangnya.

Katanya, berdasarkan siasatan awal di tempat mayat ditemui, besar kemungkinan mangsa ditikam di gerai tempat dia bekerja atau tidak jauh dari situ.

“Ketika ditemui orang ramai, mangsa meninggal dunia kerana mengalami kecederaan parah dengan sebilah pisau pemotong sayur masih tertusuk di lehernya.

“Dengan bantuan anjing pengesan, polis menjejaki tempat yang dipercayai mangsa ditikam penyerangnya berdasarkan kesan titisan darah,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, di sini, semalam.

Katanya, berdasarkan siasatan awal, mangsa dikatakan tidur di gerai menjual pakaian milik majikannya bersama seorang rakan sekerja berusia 25 tahun.

“Tiada sebarang kesan pergelutan di tempat mangsa ditemui dan siasatan di khemah gerai jualan tempat dia bekerja juga tidak mempunyai kesan pergelutan,” katanya.

Sehubungan itu, katanya, polis menahan rakan sekerja mangsa bagi membantu siasatan kes yang dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Difahamkan, mangsa baru saja selesai menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan berasal dari Betong.

Mangsa bekerja di gerai jualan pakaian di situ sempena Pesta Makanan 1Malaysia anjuran Persatuan Penjaja Cina Bahagian Bintulu yang berlangsung dari 15 November hingga 15 Disember ini.

Mayat dibawa ke Hospital Bintulu untuk bedah siasat dan polis meminta orang ramai yang menyaksikan kejadian itu supaya tampil membantu siasatan.

- SUMBER
read more...

MELAMPAU!!! "Peristiwa" Selepas Permohonan Maaf Jeff Oii Isu Kucing Kurap Yang Perlu Diketahui MELAYU!!


Lahanat!!!

Kita tahu bahawa Jeff Ooi meminta maaf diatas kata-katanya sebelum ini yang menghina kakitangan MPPP dengan panggilan kucing kurap. Permohonan maaf tersebut dibuat majlis konvesyen DAP Pulau Pinang. 




Tetapi ada satu benda yang mungkin anda tidak tahu disebalik permohonan maaf tersebut. Yang dia minta maaf kerana Karpal Singh itu satu hal. Ada lagi satu hal yang mungkin tidak diketahui ramai. 

Sebaik sahaja Jeff Ooi melafazkan permintaan maafnya, dia telah diboo oleh cinabeng-cinabeng DAP dalam majlis itu. Dia diboo dalam majlis tersebut kerana memohon maaf kepada kakitangan MPPP yang berbangsa melayu. 

Itulah wajah sebenar cinabeng-cinabeng DAP. Mereka rasa satu penghinaan apabila orang mereka terpaksa memohon maaf kepada orang melayu. Begitulah tebalnya sikap anti dan benci kepada melayu dikalangan cinabeng-cinabeng DAP. 

Jika mereka sokong tindakan Jeff Ooi memohon maaf untuk menjernihkan keadaan sudah tentu mereka tepuk tangan, bukan mengeboo.

Ps : Memang sangat-sangat rasis puak cinabeng DAP lahanat ni.

read more...

MT UMNO : Ust. Kazim Elias Beri 3 ALASAN Penolakan!!!


"Saya belum lagi beri jawapan mereka dah maki hamun. Macam mana orang Pas yang dikatakan memperjuangkan Islam boleh kata macam tu? Sepuluh tahun saya berkecil hati dengan mereka kerana membuat tohmahan buruk terhadap saya.

"Masa Kedah diperintah Pas saya digam walaupun bukan ahli Umno. Poster gambar saya dilukis dengan bertanduk seolah-olah syaitan. Kemuncaknya mereka kata saya anak babi menyebabkan saya ambil keputusan meninggalkan Pas," katanya. 




Selepas pelbagai spekulasi dan tohmahan yang diterima pendakwah, Mohammad Kazim Elias terhadap perlantikan beliau sebagai ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno sebelum ini, beliau hari ini tampil memberikan penjelasan.

Menurut Mohammad Kazim atau lebih dikenali sebagai Ustaz Kazim, beliau tetap dengan pendirian untuk menolak tawaran menjadi MT Umno disebabkan tiga perkara iaitu komitmen luar sebagai penceramah, mahu menjaga urusan pentadbiran Pusat Pendidikan Al-Barakah dan ingin menjaga nama baik Umno daripada terus difitnah.

Biarpun keputusan yang dibuat itu muktamad, Pengetua Pusat Pendidikan Al-Barakah itu tetap terbuka untuk memberikan idea dan cadangan yang membina kepada perdana menteri terhadap agenda transformasi agama di dalam Umno.

Mohammad Kazim berkata dalam pertemuan selama sejam dengan Najib di bangunan Parlimen, perdana menteri memaklumkan tawaran untuk melantiknya sebagai anggota MT Umno dibuat selepas mendapatkan pandangan empat Mufti.

"Perdana menteri memberitahu pelantikan saya adalah untuk memberi nasihat kepada ahli-ahli Umno dan memperkasakan agenda umat Islam dari peringkat sekolah rendah hingga menengah. 

"Saya nampak perdana menteri sangat terbuka dalam hal agama dan meminta saya merangka satu sistem pendidikan terbaik bagi membentuk generasi muda menjadi orang yang lebih baik," kata Mohammad Kazim, yang merupakan antara sembilan orang yang dilantik ke jawatan itu pada 29 Nov lepas.

Beliau bagaimanapun tetap kecewa dengan tuduhan orang ramai dalam laman sosial dan blog yang melabelnya dengan pelbagai gelaran seperti syaitan bisu, anak babi, gila glamer dan mahukan duit melalui jawatan dalam MT.


read more...

VIDEO DAN GAMBAR : Keadaan Banjir di Pantai Timur Yang Semakin Kritikal!!!





Kuantan: Banjir di Pahang kini dilaporkan semakin buruk apabila lebih 9,000 mangsa banjir dipindahkan ke pusat pemindahan sehingga 8 malam Selasa.



Menurut Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang, sehingga kini 9,030 mangsa yang melibatkan 2,095 keluarga dipindahkan di lima daerah. 

"Sebanyak 69 pusat pemindahan beroperasi di daerah Maran, Pekan, Rompin, Kuantan dan Jerantut. 

"Kuantan mencatatkan jumlah mangsa paling ramai iaitu 3,672 orang membabitkan 916 keluarga di 33 pusat pemindahan. "Di Rompin pula 859 keluarga dengan 3,249 mangsa ditempatkan di 13 pusat pemindahan," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, Selasa. 

Di Pekan, 932 mangsa dipindahkan ke 13 pusat pemindahan manakala di Maran, 1,124 mangsa banjir ditempatkan di sembilan pusat pemindahan. 

"Jerantut pula merupakan daerah terbaharu yang mengalami banjir yang mana satu pusat pemindahan dibuka membabitkan 62 mangsa daripada 12 keluarga," kata jurucakap itu. 

Katanya laluan yang ditutup bagi kenderaan ringan, Km28 Kuantan-Sungai Lembing, Km36 Jalan Gambang-Kuantan, Km16 Jalan Nenasi-Pekan, Km145 Jalan Jerangau-Jabor, Km72 Jalan Kuantan-Segamat dan Km10 Jalan Kuantan-Pekan. 

Katanya, setakat ini tiada kemalangan jiwa dilaporkan akibat banjir. 

Di JERANTUT, Ketua Polis daerah itu Supt Azid Ismail berkata lebih 10,000 penduduk di kawasan rendah sepanjang Sungai Tembeling dan Sungai Pahang dinasihati supaya bersedia untuk berpindah berikutan paras air di kedua-dua sungai semakin naik. 

Azid berkata hujan yang tidak berhenti-henti sejak tiga hari lepas memang dijangka menyebabkan banjir di kawasan rendah terutama di Hulu Tembeling dan kawasan tebing sungai. 

"Penduduk dinasihatkan supaya tidak turun ke Sungai Tembeling atau Sungai Pahang ketika air naik sebaliknya berpindah segera jika berlaku banjir bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini," katanya. 

Pengusaha bot penambang dan 50 pengusaha bot pelancong di Taman Negara juga dinasihatkan supaya menghentikan sementara perkhidmatan mereka. 

"Pengusaha bot perlu mengutamakan keselamatan penumpang," katanya. 

Di JOHOR BAHARU, jumlah mangsa banjir yang dipindahkan petang ini meningkat kepada 5,659 orang berbanding 4,765 orang pagi ini. 

Setakat 3 petang, Segamat mencatatkan mangsa banjir tertinggi yang dipindahkan iaitu 1,116 orang, mangsa banjir di Kluang juga meningkat iaitu 187 orang manakala di Kota Tinggi meningkat kepada 74 orang. 

Portal MKN menyatakan Muar menjadi daerah terbaharu yang memindahkan mangsa banjir iaitu 35 orang manakala jumlah mangsa di Mersing kekal 4,247 orang. 

Sebanyak 42 pusat perpindahan dibuka berbanding 27 pusat pada sebelah pagi iaitu 18 di Mersing (kekal), 18 di Segamat (meningkat 12), tiga di Kluang (meningkat satu), dua di Kota Tinggi (meningkat satu) dan sebuah pusat dibuka di Muar. 

Jabatan Meteorologi meramalkan cuaca hujan sekejap-sekejap di satu dua tempat di Mersing dan Segamat manakala ribut petir di satu dua tempat di Kluang dan Kota Tinggi hari ini.

Di KUALA TERENGGANU, jumlah mangsa banjir meningkat kepada 905 orang berbanding 452 orang pagi ini apabila Dungun dan Hulu Terengganu pula dilanda banjir petang ini. 

Portal Majlis Keselamatan Negara (MKN) menyatakan setakat 4 petang ini Kemaman, Dungun dan Hulu Terengganu dilanda banjir dengan Kemaman mencatat peningkatan mangsa yang dipindahkan. 

Di Kemaman 761 orang daripada 195 keluarga dipindahkan ke 24 pusat pemindahan berbanding pada sebelah pagi hanya 13 pusat dibuka dengan 452 mangsa banjir. 

Di Hulu Terengganu, 94 mangsa daripada 18 keluarga ditempatkan di pusat pemindahan sejak 2 petang manakala di Dungun, 50 orang daripada 12 keluarga dipindahkan sejak 12 tengah hari. 

Sementara itu, jurucakap Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) negeri melaporkan bacaan pada 4 petang menunjukkan paras air di Pasir Raja dan Kuala Jengai di Dungun melebihi paras bahaya masing-masing setinggi 37.84m dan 23.21m. 

Sungai Kuala Berang, di Kampung Menerong di Hulu Terengganu juga melebihi paras bahaya iaitu setinggi 25.13m (bahaya 24.5m) manakala Sungai Kemaman pula, Sungai Cerol di Banho dan Jambatan Air Putih berada dalam kedudukan bahaya iaitu masing-masing setinggi 19.78m dan 15.06m. 


FOTO BANJIR DI PAHANG 





DI KEMAMAN



DI MERSING 


read more...

APA NAK JADI? Ustazah Gelar Ustaz Kazim "KHINZIR"!!!




Siapa sangka perwatakan bertudung laboh rupa rupanya hanya hiasan di luar sahaja !!!


Mereka sendiri yang bersikap bangga diri angkuh sombong serta takbur sanggup mendabik dada dan perlu diingatkan bagaimana para penyokong Pas boleh tahu bahawa kalianlah golongan yang tinggi darjatnya serta paling mulia disisi-Nya? Sedangkan. peringatan ini telah diberikan pada kita semua sahabat sahabat PM semua




"Dan sesungguhnya Allah mengetahui akan org-org yg beriman, dan sesungguhnya Ia mengetahui akan org-org yg munafik" (Al-Ankabut ayat 11)

Jadi bagaimana akak diatas ini begitu angkuh menghina Ustaz Kazim dan dgn angkuh bangga berkata golongan kalianlah yg mulia, tinggi darjatnya. Tinggi ilmu akak ni sehingga sanggup menggelarkan Ustaz Khinzir

"Tidakkah engkau perhatikan (dan merasa pelik wahai Muhammad) kpd org-org yg membersihkan (memuji) diri sendiri? (Padahal perkara itu bukan hak manusia) bahkan Allah jualah yg berhak membersihkan (memuji) sesiapa yg dikehendaki-Nya (menurut aturan Syariat-Nya); dan mereka pula tidak akan dianiaya (atau dikurangkan balasan mereka) sedikit pun" (An-Nissa ayat 49) 

Oleh kerana mereka adalah golongan yg bijak pandai tentang hukum lalu menghukum dgn mempergunakan dalil & Nas, Maka saya bertanya. Buktikan dgn dalil & Nas sebagaimana anda menghukum saudara yg lainnya dengan gelaran sebegitu hina, dan sebenarnya hanya membodohkan diri sendiri

Ternyata apa yg mereka kongsikan bukanlah ilmu yg bermenfaat tetapi hanya kerja bodoh utk membuktikan kebodohan itu adah satu tuntutan dalam jihad memperjuangkan parti yang sebenarnya mengorbankan kesucian islam dengan agenda agenda yang sangat menguntungkan Dap Lahnatullah..

read more...

DS Hishamudin Ditahan Wad!!


Kenyataan media : 

Pejabat Menteri Pertahanan 

Kuala Lumpur, 2 Disember 2013. 

Dato' Seri Hishammuddin Tun Hussein telah menjalani pemeriksaan kesihatan pada tengahari tadi. 

Semasa pemeriksaan, Doktor pakar telah mendapati salah satu saluran arteri beliau mengalami kesempitan. 

Sehubungan itu, Doktor telah menjalankan prosedur angioplasti dengan segera dan ianya telah dilaksanakan dengan jayanya pada jam 3 petang tadi. 

Ingin dimaklumkan doktor telah mengarahkan agar Dato' Seri berehat di hospital buat masa ini. 

Keadaan beliau adalah stabil. 

*Doakan semoga DS Hishamuddin segera sembuh.Insyallah 

read more...

TERKINI : Remaja 16 Tahun Ditahan Kes Bunuh 3 Beradik!!!




ALOR SETAR, 2 Dis - Polis menahan seorang pelajar berumur 16 tahun bagi membantu siasatan berhubung kes pembunuhan tiga beradik dari Alor Semela, Jalan Datuk Kumbar di sini pada Jumaat lepas.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Adzaman Mohd Jan berkata pelajar itu yang merupakan kenalan seorang mangsa Nor Syafikah Nadia Rusdi, 14, ditahan di rumah ibu bapanya di Perlis pukul 11.30 malam tadi.

Beliau memberitahu pemberita di pejabatnya di sini hari ini bahawa pelajar itu kini ditahan reman selama empat hari mulai hari ini bagi membantu siasatan.

Mayat Nor Syafikah Nadia ditemui di tepi sawah di Alor Senibong, Langgar pada pukul 3.45 petang Sabtu manakala mayat dua adiknya Puteri Nurul Akma, 3, dan Nur Izzati Husna, 12, ditemui di terusan Mada Kampung Padang Tani pada pukul 4 petang semalam kira-kira 3.5 kilometer dari tempat mayatnya ditemui.

Tiga beradik itu dilapor menaiki motosikal ke rumah rumah rakan Nor Syafikah Nadia di Kampung Gelam yang tidak jauh dari rumah mereka kira-kira pukul 7.30 malam pada Jumaat.

Mereka kemudiannya tidak pulang sehinggalah mayat mereka ditemui.

Polis mengklasifikasikan kes itu sebagai bunuh dan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Adzaman berkata bedah siasat ke atas mayat Puteri Nurul Akma dan Nur Izzati Husna mendapati punca kematian mereka adalah disebabkan lemas di samping terdapat kesan calar pada badan mereka.

Kematian ketiga-tiganya didapati berlaku dalam tempoh hampir sama, katanya.

Beliau berkata contoh darah ketiga-tiga mangsa telah dihantar ke Jabatan Kimia di Pulau Pinang.

Adzaman menegaskan mangsa tidak dirogol dan meminta orang ramai menghentikan spekulasi itu.

Beliau berkata polis masih menyiasat hubungan pelajar itu dengan mangsa dan telah menemu bual lebih 10 individu termasuk keluarga dan rakan mangsa.

-- BERNAMA




read more...

BUNUH 3 Beradik, REMAJA DIBURU!!!




ALOR SETAR – Polis Kedah sedang memburu seorang remaja lelaki dipercayai teman Nor Syafikah Nadia Rusdi, 14, yang dipercayai dibunuh bersama dua adiknya dalam satu kejadian Jumaat lepas.

Ketua Polis Kedah, Datuk Ahmad Ibrahim berkata remaja itu dipercayai berada di Arau, Perlis diperlukan untuk membantu siasatan polis berhubung pembunuhan itu.

“Polis mempunyai bukti-bukti terkini dan saksi yang membantu siasatan kes itu yang diklasifikasikan sebagai bunuh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

“Saya yakin remaja belasan tahun ini dapat dikesan dalam tempoh terdekat,” katanya kepada pemberita selepas menyerahkan kereta Spanco Proton Preve kepada Ketua-Ketua Polis Daerah negeri ini di Ibu pejabat Kontinjen Kedah di sini, hari ini.

Mayat dua adik Nor Syafikah, Puteri Nurul Akma, 3; dan Nur Izzati Husna, 12; ditemui pukul 3.45 petang semalam dalam terusan Mada di Kampung Padang Tani, Langgar, kira-kira 3.5 kilometer dari tempat mayat Nor Syafikah ditemui di sawah Kampung Alor Senibong, Langgar pada petang Sabtu.

Tiga beradik itu berasal dari Alor Semela, Jalan Datuk Kumbar di sini.

Tiga beradik itu keluar dari rumah mereka dengan motosikal dikendali oleh Nor Syafikah Nadia pukul 7.30 malam hari Jumaat lepas dan tidak balik selepas itu.

Ahmad berkata polis yakin tiga beradik itu tidak bunuh diri kerana terdapat unsur-unsur perbuatan jenayah berdasarkan keadaan mayat Nor Syafikah.

Beliau merayu orang ramai yang mempunyai maklumat atau ternampak kejadian tersebut tampil membantu siasatan.

Sementara itu bedah siasat mayat Puteri Nurul Akma, dan Nur Izzati Husna dibuat pagi ini di Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar, katanya.

- Bernama
read more...

DURJANA!!! Suami Ugut Bunuh Kalau Tidak Melacur!!!





Kuala Lumpur: Seorang wanita mendakwa diugut bunuh oleh suaminya jika tidak melacurkan diri bagi melunaskan hutang lelaki itu kepada kumpulan ceti haram.

Difahamkan, lelaki terbabit yang juga dikatakan mengalami tekanan perasaan, bertindak demikian selepas sering diganggu ahli kumpulan berkenaan. Dia mulanya membuat pinjaman untuk dijadikan modal memulakan perniagaan, tetapi tidak diteruskan berikutan kesihatan ibu dan bapanya yang kronik.

Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Lina, berkata dia bukan saja buntu mencari jalan penyelesaian, malah turut tertekan kerana dipukul dan dimaki suaminya termasuk ketika di depan ahli keluarga.


Pernah dihunus parang

“Pernah dia menghunus parang panjang ke leher saya ketika sedang marah selepas didatangi ahli kumpulan ceti haram terbabit. Saya juga pernah dipijak serta dihentak ke lantai di depan ibu bapa serta seluruh ahli keluarga saya baru-baru ini.

“Malah, suami pernah mengugut dia tidak gentar untuk bunuh saya dengan alasan, dia hanya akan dimasukkan ke Hospital Bahagia kerana masalah mental dialaminya,” katanya 

Lina berkata, jumlah asal pinjaman yang dibuat hanya RM4,000 dan bayaran balik sudah dilunaskan selama 12 bulan dengan yang terakhir, Ogos lalu.

“Untuk bayar pinjaman, wang pencen dalam akaun ayah saya dipotong RM620 sebulan dan sehingga pembayaran terakhir, jumlah yang sudah dipotong RM7,440. Kad ATM ayah juga dipegang kumpulan terbabit, sedangkan hanya itulah wang untuk kami sekeluarga lapan beranak berbelanja setiap bulan,” katanya. - BERITA HARIAN
read more...

AMEKKAU!!! KPN "SMASH" YB Pilihan Rakyat Pertikai SOP Polis!!!


Tak payahlah nak sibuk2 dgn kerja Polis

PDRM ni dah 206 tahun dah wujud .... bukannya baru sepenggal dua .... tak gitu YB ...?




Kita sebagai rakyat nak nasihatkan YB2 akal kontot yg seperti ini .... banyak lagi kerja lain yg bolih dibuat utk berkhidmat pada masyarakat & rakyat .... jangan asyik nak mendapatkan 'political millage' dgn memprovokasikan isu2 yg bukan kepakaran anda ...


read more...

KEJAM!!!! Kakak Dibunuh, 2 Adik Masih Hilang!!!




Mayat seorang remaja perempuan ditemui dalam keadaan tertiarap di sebuah kawasan bendang berhampiran Alor Senibung, Alor Setar, petang semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Mohd Nashir Ya, berkata mayat remaja itu ditemui orang awam kira-kira jam 3.45 petang, sebelum anggotanya bergegas ke tempat kejadian.

Menurutnya, siasatan awal pihaknya mengklasifikasikan kejadian itu kes bunuh dan siasatan dijalankan di setiap sudut.

Katanya, ini berikutan mangsa bersama dua adik perempuannya, masing-masing barusia 12 dan tiga tahun keluar dari rumah mereka di Kampung Gelap pada 29 November lalu.

Beliau berkata, kedua-dua adik mangsa masih hilang dan usaha mencari masih dijalankan.

Menurutnya, siasatan lanjut sedang dijalankan termasuk mendapatkan bantuan anjing pengesan K-9 dan Jabatan Bomba dan Penyelamat. - Harian Metro
read more...

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top