Dua peniaga gerai makan di Persiaran Gurney Georgetown kecewa apabila Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) meroboh gerai makan yang terletak di halaman rumah mereka di Georgetown hari ini tanpa notis pemberitahuan.
Gambar Hiasan
Ramlah Ahmad, 75, berkata pada kejadian 10 pagi itu dia terperanjat apabila lebih 20 pekerja MPPP meranapkan gerai yang diusahakan bersama anak lelakinya, Mohamad Zambri Mohd Said, 36, dan gerai jirannya.
"Saya berniaga di sini sudah lama sejak tahun 1980-an...gerai kami dok dalam kawasan halaman rumah bukannya kacau ruang pejalan kaki depa mai roboh sat sahaja apa pun tak tinggal," katanya kepada pemberita di Georgetown hari ini.
Ibu tunggal itu berkata gerai itu menjual sarapan pada sebelah pagi dan menyediakan pelbagai masakan bergoreng pada sebelah malam.
Dia tidak menyangka berniaga di halaman rumah adalah kesalahan dan tidak pernah menerima aduan atau surat amaran daripada mana-mana pihak berhubung aktiviti perniagaannya.
Ramlah mendakwa kerugian hampir RM10,000 apabila perabot, bumbung, dan peralatan elektrik di dalam gerai itu rosak dan berkata perniagaan itulah satu-satunya punca pendapatannya.
"Kalau diberi notis kami boleh bersiap sedia, buat rayuan kepada kerajaan negeri paling kurang pun bagi peluang kami pindahkan apa barangan yang patut," katanya.
Seorang lagi peniaga, Mohd Fairus Saad, 33, berkata dia telah enam tahun berniaga makanan di situ dan pernah memohon tapak perniagaan daripada MPPP namun permohonannya tidak diluluskan.
Katanya tindakan MPPP meroboh gerainya hanya memburukkan keadaan kerana dia dan jirannya sentiasa memastikan kebersihan persekitaran premis mereka memandangkan kawasan berkenaan menjadi tumpuan orang ramai.
"Sisa gerai yang kena roboh ni siapa nak kemas? Kami memang tak terdaya lagi. Hancur rasa hati apabila tengok apa yang kita usahakan bertahun-tahun musnah begitu sahaja," katanya.
Sementara itu Yang Dipertua MPPP Datuk Patahiyah Ismail gagal dihubungi untuk memberi penjelasan berhubung isu berkenaan.
- Bernama
Huh!!! Melayu Diarah Cina Untuk Menindas Melayu!!! Lagi Berlaku Di Penang. APA TANDANYA????
0 Komen:
Catat Ulasan
APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....