Kementerian Pertahanan melalui Angkatan Tentera Malaysia, tidak ketinggalan melaksanakan tanggungjawab sosial serta turut bersama-sama agensi keselamatan yang lain memberikan bantuan menyelamat mangsa banjir dalam operasi khas yang diberi nama OP MURNI. Sehingga hari ini mangsa yang terlibat dianggarkan 20,378 di 164 Pusat Pemindahan.
Dato Sri Najib Razak dan Datin Sri Rosmah Mansor melawat mangsa banjir di Negeri Pahang hari ini.
Walaupun kepenatan selepas membuat Ucapan Dasar Presiden Umno di PWTC, beliau terus bergegas melawat mangsa banjir dan menyelami segala kesulitan Rakyat akibat banjir besar yang melanda Pahang.
Setakat ini negeri Pahang mengalami banjir paling teruk yang mana 40 ribu penduduk dipindahkan ke pusat pemindahan sementara.
Misi Bantuan ATM
ATM akan sentiasa memantau perkembangan banjir yang melanda Pahang dan Johor ketika ini serta memantau perkembangan di Pantai Timur yang turut mengalami banjir yang lebih buruk dalam masa terdekat. ATM telah menyediakan pelan tindakan termasuk bantuan lojistik untuk bantuan banjir dan semua trup dalam keadaan siap sedia untuk digerakkan sekiranya diperlukan.
Kredit - Sahabat Gunung dan Sejarah Melayu
go,go atm
BalasPadam