Nuffnang

TERKINI!!! Syabas PDRM - DUA LELAKI SUSPEK KES TEMBAK DI NIBONG TEBAL DITAHAN




Nibong Tebal, 7 Dis - Polis menahan dua lelaki bagi membantu siasatan kejadian seorang lelaki mati ditembak ketika sedang berjalan seorang diri tidak jauh dari rumahnya di Taman Puteri Gunung, Tasek Mutiara di sini malam tadi. 

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang SAC Mazlan Kesah berkata lelaki masing-masing berusia 21 dan 35 tahun itu ditahan awal pagi ini beberapa jam selepas kejadian tembakan yang berlaku pukul 9 malam itu.

Beliau berkata berdasarkan maklumat yang diperoleh, polis berjaya menjejak dan menahan dua lelaki itu di sebuah rumah tidak jauh dari lokasi kejadian di Tasek Mutiara.

"Selain itu, polis turut menemui sebuah kereta jenis Perodua Myvi hitam yang terbakar dipercayai digunakan mereka ketika menembak mangsa kira-kira lima kilometer dari tempat kejadian," katanya ketika dihubungi di sini hari ini. 

Beliau berkata siasatan juga mendapati kereta itu dicuri dalam kejadian di Seberang Jaya, dekat sini pada Isnin lepas.
Mazlan berkata polis percaya kes itu berjaya diselesaikan dengan tertangkap dua lelaki berkenaan, bagaimanapun siasatan lanjut masih dijalankan. 

Katanya dua lelaki yang tidak mempunyai pekerjaan tetap itu direman bagi membantu siasatan.

Dalam kejadian itu, mangsa M. Parttippan, 29, dihampiri sebuah Perodua Myvi warna hitam dinaiki dua lelaki yang kemudiannya melepaskan enam das tembakan.

Satu daripada tembakan itu mengenai rusuk Parttippan dan mangsa yang mengalami pendarahan teruk disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Sebelum ini, Parttippan pernah ditembak lima bulan lepas dipercayai oleh suspek yang sama tetapi hanya mengalami kecederaan. - BERNAMA
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top